Musafir

Menuntut ilmu dan bermusafir seumpama baju dan seluar pada badan.Kedua-dua nya saling melengkapi proses pembelajaran itu sendiri.Kedua-duanya memerlukan pengorbanan.Jiwa hamba yg manakah tidak pernah merasai susah dan jerih menuntut ilmu?Pastinya saya akan mengatakan hal yg sama.Ia tak mudah.

Pengorbanan
Menuntut ilmu memerlukan kesedian dan pengorbanan si penuntutnya.Mungkin perngorbanan yg paling diperlukan ialah masa.Bukan sedikit keluarga yg terpaksa berpisah atas nama menuntut ilmu.Terkenang kembali musafir saya sejak sekolah menengah hingga kini.

Ya.Perjalanan jauh ni ternyata memberi pengajaran yg sgt berguna kpd saya.Selama 5 tahun saya di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh,rasanya terlalu banyak ilmu yg saya dapat tak kiralah yg bermanfaat atau tidak.Yang bermanfaat diaplikasikan,manakala yg tidak ditinggalkan.
Musafir kedua slps 5 tahun di Ipoh ternyata lebih banyak membuka mata saya tentang hakikat perjalanan hidup.Di awal usia 20 tahun,siapa boleh menyangkal bahawa saya masih muda.Saya sendiri masih belum puas mengikuti gaya hidup remaja masa kini,tapi dimana letaknya hidayah dan taufik jika bukan di tangan Allah?Ternyata cara hidup islam lebih saya sukai drpd cara hidup hedonism.

Musafir,perlukah?
Jika bercakap soal keperluan,pastinya saya akan mengatakan ia perlu.Ya.Manusia perlu bermusafir utk memahami nilai hidup.Ini bertepatan dgn firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 46-"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi sehingga hati(akal) mereka dapat memahami?"

Seorang bekas junior saya menegur saya di laman Facebook.Dia sekarang berada di Egypt.Melihat perubahan mendadak saya,dia ketawa sendirian kerana dia terpaksa bermusafir ribuan batu utk sedar dari jahiliyyah sedangakan saya tak sejauh itu,cuma antara Pahang dan Selangor shj jaraknya.

Pejuang
"Sesiapa yg keluar kerana mencari ilmu(agama),maka dia benar-benar berada dalam perjuangan di jalan menegakkan agama) Allah sehingga dia pulang-riwayat Tirmizi.

Langkah kaki seseorang yg ikhlas menuntut ilmu adalah sama dengan langkah seorang pejuang di medan jihad.Mengapa?

"Oh!Mudahla kalau camtu!tak payah la pikul senjata lagi!kan?'

Hey!siapa bilang jihad itu mudah?Ada musuh yg mengintai-intai peluang utk menyerang.Dan musuh paling licik ialah diri sendiri.Terkadang kita lalai,hingga niat yg ikhlas bertukar kpd mahukan populariti.Juga kadangkala niat awal ikhlas kerana mahu berbakti utk islam,tapi slps diserang bertubi-tubi dgn perkara yg disukai nafsu,maka agama dicampak,nafsu dijunjung.Masih pejuangkah bagi org yg tak ikhlas?

Ciri-ciri ikhlas pernah saya ceritakan dalam entry ni.Bacalah

Nasihat Kpd Para Musafir
"Barangsiapa yg melalui satu jalan menuntut ilmu,maka Allah akan mudahkan satu jalan ke syurga"-Riwayat imam Nawawi.

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka?" Ayat ni Allah ulang  banyak kali dalam Quran.Antaranya dalam surah Ar Rum ayat 9 dan surah Ghafir ayat 21 dan 82.

Jadi,dgn sukacitanya saya mahu mengajak diri saya dan anda semua utk mula mengembara.Tinggalkan kejahilan kita yg lama,mulakan langkah pertama utk menuntut ilmu,kerana untuk mengenal Allah,kita sgt-sgt perlukan ilmu.

Kesimpulan
Sudah bersediakan kita utk bekorban?Ingat!Proses belajar ini bukannya sesuatu yg enteng dan mudah.Ingatlah peristiwa ini-
"Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya kpd kekuasaanKu?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan aku percaya dan yakin,tetapi aku memohon yang demikian ialah supaya tenteram hatiku yang amat ingin menyaksikannya". Allah berfirman: "Jika demikian,ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu dan cincanglah semuanya.Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.-Al Baqarah 260
Sedangkan seorang Nabi juga disusahkan utk menjinakkan 4 jenis burung,kemudian dicincang-cincang burung tadi lalu didaki pula bukit-bukit yg tinggi,namun kerana Baginda mahu tahu(ilmu),maka ia bukan masalah lagi.Dan kita pula bagaimana?Sanggup bersusah payah menuntut ilmu kerana Allah?Ingatlah!Allah takkan mempersia-siakan usaha hambaNya.
Previous
Next Post »
26 Komentar
avatar

jihad tak mudah.
tapi lakukan segalanya kerana Allah taala

iqbal.
time kasih banyak
(:

Balas
avatar

lagi artikel tentang ilmu

terima kasih atas ulasan2 tersebut..
sgt membuka minda ini

Balas
avatar

thx 4 sahring....yelah..ak dlu pernah bermusafir di changlun kedah tyme matrik dulu......jauh..tapi ok aje...:) ilmu jd keutamaan bg ku..kini uitm shah alam..dekat la plak..ehehehe


jom bace entri terbaru nas klik:

ukiran buah-buahan yang menarik

Balas
avatar

salam

bemusafir bkn je membantu kta menambah ilmu. Malah mengajar juga kita hidup berdikari.

Gudluck

Balas
avatar

dalam pengembaraan akan banyak kita tempuh, kampung yang damai, bandar yang menghairahkan, hutan yang mengasyikkan, laut yang tenang dan sapaan yang menggamit hati untuk singgah... jika kita lupa pada niat asal maka lama le kita bermukim di satu-satu tempat tu

Balas
avatar

sbgai pelajar, jihad yg plg dekat dgn kita ialah menuntut ilmu

Balas
avatar

Ada seorang cikgu pesan, semasa kita bermusafir ni doa kita berkat..jadi, berdoalah banyak2..InsyaAllah makbul...~musafir kehidupan..

Balas
avatar

(1)-aNisa
Jihad dgn ilmu tak perlukan senjata,cuma perlukan keikhlasan yg betul..


(2)-amira
Sama-sama.Terima kasih amira sbb dtg baca.Saya hargai


(3)-nas
Ahaaa...dekat atau jauh,pengorbanan dan niat tu harus sentiasa menjadi keutamaan.kan?


(4)-nisya
A'ah...lupa nak sebut.Betul..ia mengajar kita utk lebih berdikari juga.Thanks


(5)-cemomoi
Dugaan dalam bermusafir..itu biasa lah.kan?hehe..saya pun sama juga..kalau takde org ingatkan saya,mmg sy akan boleh lupa niat asal..huhu


(6)-amirah
InsyaAllah.Berazam mahu berbakti utk islam~!

Balas
avatar

wwlaupun sakit kaki ttp g mnuntut ilmu gak..huhuh
eh..tetiba plak..

Balas
avatar

belajar pon jihad gak kan?
hmmm.
nak maintain belajar tuh pon susah!
macam macam dugaan!
kdg kdg rase dah give up.
rase nak quit jek!

Balas
avatar

(7)-musafir kehidupan
Ya..saya ingat tu..rasanya mmg ada hadis tentang doa org yg bermusafir ni mustajab,tapi disebabkan kedhaifan saya,saya lupa..huhu


(8)-echah
Haha..sakit kaki,lagi banyak ganjaran Allah bagi sbb banyak pengorbanan


(9)-reen
Itulah pasal kita perlukan motivasi.kan reen?gudluck selalu!!

Balas
avatar

perjuangan dalam menuntut ilmu ni mmg sgt terkesan pada ayue...

meninggalkan mak dan ayah yang kesihatannya tak berapa baik dikampung sgt menguji kecekalan hati...

namun perjuangan tetap perlu diteruskan. berbekalkan azam dan tekad membawa harapan ayah dan mak.

semoga Allah permudahkan kita dalam 'permusafiran' ini...

Balas
avatar

musafir dalam menuntut ilmu memang perlu dan bagus
kita tak terkongkong dalam satu komuniti sahaja


P/S : Review Film : Ong Bak 3 Memang Lucu! Hahaha!

Balas
avatar

iba, aku kira musafir gak ke? dari sabah ke semenanjung... hehe

Balas
avatar

(10)-ayue
InsyaAllah...gudluck selalu ya ayue..somoga langkahmu dinilai sbgai langkah seorang pejuang~!gudluck!!


(11)-hans
yeaahh!!bernas!Suka betul aku ngn komen ko ni..TQ bro!


(12)-IM normen
Of coz la musafir..takkan mu pasir kot??esok aku balik pahang...yeaay..doa-doakan

Balas
avatar

jangan lupa..ucap terima kasih kepad guru kita walau benda kecik pon yang diajarnya..

Post terbaru: Alternatif lain.. sudah jumpa!

Balas
avatar

bermusafir utk ilmu mmg tinggi darjatnya...saya dlu musafir pertama kt SMS Muar..then masuk matriz kat Pahang pulak..now ni kat UTM jb.hehehe,,suka musafir sbb leh jamak..hehehe

Balas
avatar

mak saya slalu ckp: penuntut ilmu plg bnyk pahala sbb ikan pun akn doakn n sy just nak ckp, ayuh lah sume kwn2 sy yg dlm ni untuk menuntut ilmu dgn gigih.. tunjukkn semangt juang yg tinggi demi agama kita. n ikhlaskn hati blejar untuk mencari redha Allah.

Balas
avatar

salam dik...

pengalaman dan pengajaran kita bermusafir dan menuntut ilmu begitu MAHAL...

Balas
avatar

musafir tu perlu... baru kita dapat lihat n tau cm ne nk survive sendiri dan hanya mengharap bantuan drpd NYA

Balas
avatar

pengertian yg penuh makna tersurat dan tersirat,,,moga menjadi wadah buat kita semua. teruskan usaha murni anda ni

Balas
avatar

yups
sebab melalui pandangan dan pengalaman aku lah
kita senang bersikap prejudis pada sesuatu orang atau sikap atau pun mitos yang kita dengar
biar kita lihat sendiri dengan mata kita dan selepas itu kita buat sendiri keputusan
kiranya musafir ke negeri orang nih memang perlu

P/S : Review Filem : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb! Terbaik!

Balas
avatar

hidup ini sendiri pun memang sedang bermusafir kan

terbaru dari saya : banyak pilihan

Balas
avatar

Kita pn dalam musafir jugak.....dunia hanya persinggahan yang sementara shj...umpama berhenti berehat di bawah sepohon pokok....mengemaskini bekalan...sebelum meneruskan perjalanan.....

Balas
avatar

owhh STAR... pas tu ke mana?

perjalanan hidup juga satu kembara seorang musafir kan...banyak simpang siur banyak lebuhraya banyak jalan persekutuan banyak jalan negeri banyak juga jalan bandaran dan sudah tentu ada juga jalan tak bertar di kampung2...

semoga kita bijak memilih yang terbaik untuk kita... berdasarkan iman...

insyaAllh yang terbaik untuk iqbal... aminnnnn

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443