Perlukah aku jadi BOSS?

'Lepas ni kamu semua nak sambung belajar di mana?'

Biasa lah...org baru tamat zaman sekolah,pasti akan berkira-kira bidang apa yg mahu dikhususkan di universiti nanti.Ada yg cenderung kpd sains dan ada yg sebaliknya,bahkan ramai juga yg terpanggil utk melanjutkan pendidikan dlm bidang agama.Alhamdulillah.Yg pasti,kita ghairah utk menuntut ilmu.

Profesional
Telah saya tekankan dalam artikel lepas tentang kawajaran kita utk menceburi setiap cabang ilmu.Kali ni saya mahu memotivasikan diri sendiri khususnya akan peri pentingnya umat islam menjadi professional.

Tidak pernahkah kita impikan jawatan yg tinggi?Gaji yg mahal-mahal?atau pekerjaan yg baik-baik?

"Tak pun.Saya zuhud.Saya tak minat perkara duniawi semua ni"

"Saya sudah cukup dengan ini semua.Islam kan tak galakkan kita sibuk dgn dunia"

Mungkin ramai org berfahaman begitu.Saya tak kata salah dan saya tak kata betul.Saya mahu anda sendiri menilainya.Fitrah asal manusia,pastinya mereka cintakan harta yg banyak dan kedudukan yg tinggi.Ini dinyatakan oleh Allah dalam surah Ali-Imran 14 bahawa semua ini telah dijadikan indah bagi manusia.

Dan bagi saya,pendapat peribadi saya menyatakan bahawa umat islam zaman kini wajar berfikiran lebih jauh melepasi bumbung-bumbung masjid.Pandangan seperti mahu bersederhana dgn dunia hanyalah sebuah alasan yg digunakan bagi menutupi kejelekan diri sendiri.Jauh panggang dari api,umat islam zaman kini bukannya zuhud dgn dunia,tapi pemikiran mereka telah diracuni,menyebabkan mereka termasuk saya menderita  penyakit MALAS.Malas nak study hard,malas nak bersusah payah, dan malas nak bersaing dgn bangsa lain.Hilang daya saing,mungkin lebih tepat.

Sedangkan hal ini dinyatakan oleh Rasulallah bahawa umat islam yg cerdas dan kuat adalah lebih dicintai Allah drpd umat islam yg lemah.Dan Allah juga berfirman dlm  surah Al-Qasas(28;77)-'Dan carilah pahala akhirat dgn apa-apa yg diberikan Allah kepadamu...'. Bukankah org yg yg lebih kaya dan berkedudukan berupaya utk bermal dgn lebih elok?


Pemerhatian saya

Tak boleh solat!Kerja!!(link)

Tak boleh pakai tudung!!Nanti customer lari!!

Jengkel sekali bila mengenangkan kita menjadi kuli di negara sendiri.Banyak bos dan majikan yg nampaknya memusuhi islam.Polisi mereka ada yg menyalahi tuntutan islam itu sendiri.Tidakkah kita rasa terpanggil utk menjadi majikan yg beriman,yg bakal menjaga iman dan pegangan akidah org islam terutamanya org bawahan kita?

Bukankah jika kita berpangkat besar,kita berupaya melakukan dakwah dengan tangan?

Ingatlah bersama pesanan Rasulallah;"Org islam itu ialah saudara bagi org islam yg lain.Dia tidak boleh menzalimi dan juga tak boleh membiarkan saudaranya terbinasa"-Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi.

Islam Bukan Penghalang!
Pesan Rasulallah s.a.w:'Sesiapa yg mahu akhirat,hendaklah dia meninggalkan perhiasan dunia'.Org yg tak mengaji agama atau mengaji sekerat jalan,mesti anggap yg islam agama yg menolak umatnya drpd kekayaan dunia.Sayang sekali tanggapan ini salah.

Islam tak pernah halang umatnya drpd hidup senang.Cuma yg diajar oleh islam ialah bagaimana kesenangan ini mampu digunakan utk menjana kebaikan.Kebaikan yg menyeluruh-tidak menganiaya org lain dan diri sendiri sepanjang proses menjadi kaya itu sendiri.

Dan kebaikan yg saya maksudkan tadi iaitu-menjaga urusan umat islam yg lain.Kasihan mereka yg terpaksa mempertaruhkan akidah dan keislaman demi sesuap nasi.Jika kita muslim yg profesional,mmg kita berupaya membantu menyelamatkan akidah mereka dengan dakwah tangan kita!
Dari Abu Said Al-Khudri,Rasulallah s.a.w bersbda;"Barang siapa yg melihat kemungkaran,hendaklah dia mencegah dengan tangan iaitu dgn kuasanya.Jika dia tidak mampu,hendaklah dia mencegah dengan lisannya iaitu dgn nasihat dan barangsiapa yg tidak mampu,hendaklah dia mencegah kemungkaran itu dgn hatinya iaitu benci dan mendoakan si pelaku maksiat.Yang demikian itu adalah serendah-rendah iman"-Riwayat imam Muslim.
Sangat jelas,sebaiknya kita cegah kemungkaran dgn kekuasaan yg kita ada.Justeru,sudah bukan zamannya kita membiarkan Malaysia dikuasai oleh orang bukan islam,atau org islam yg memusuhi islam.Rasanya masa kita utk menggantikan mereka telah tiba.

Dan langakh pertama yg membawa kita ke matlamat itu ialah dengan ilmu.Pastikan diri kita seimbang kerana jika akademik saja yg mantap,kita akan menjadi musuh dalam selimut bagi islam.Seimbangkanlah.Usah berasa malas atau susah belajar agama kerana islam memudahkan.
(si comel ni pun membaca?haha)
Kesimpulan
Disinilah maksud jihad dalam medan ilmu,dan disini juga maksudnya syahid bagi org yg gugur dalam menuntut ilmu.Ikhlaskanlah niat menuntut ilmu itu utk membantu sesama muslim.Allah pasti akan membantu kita,selagi kita membantu org lain.Hidup utk memberi..itu pasti~InsyaAllah akan bersambung lg dlm tajuk sama iaitu ilmu.
Previous
Next Post »
35 Komentar
avatar

btl tu...islam bkn penghalang..
tetapkan niat dlm ati...kerja..study..hnye krana ALLAH SWT..

Balas
avatar

bgs!!! ske berazam utk jd muslim yg berjaya supaya kita bleh terapkn nilai2 islam dlm organisasi yg kita pgg... jd lah doktor, jurutera, pilot dan apa sahaja n pastikan kita tetap di landasannya =)

tocey3 utk ingatan ni... =)

Balas
avatar

iqbal.
kamu kena yakin..insyaAllah pasti berjaya
(:

Balas
avatar

salam iqbal...

"Org islam itu ialah saudara bagi org islam yg lain.Dia tidak boleh menzalimi dan juga tak boleh membiarkan saudaranya terbinasa"-Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi.

Alhamdulillah bos akak adakan majlis ilmu di tempat kerja, solat asar dan tazkirah 2x seminggu dan juga kelas mengaji ^_^

Balas
avatar

Ilmu sebagai pendinding diri andai kita mahu tergelincir, kita tahu caranya untuk naik semula. :))

Balas
avatar

(1)-echah
Islam sememangnya bukan penghalang.Dan betul kata kamu.Niat kerana Allah,jadi ibadah yg sgt bernilai di sisi Allah Taala


(2)-MissXYZ
yup.Betul..ulama dulu boleh buat.InsyaAllah kalau kita ikut cara mereka,kita juga akan berjaya


(3)-Nis
InsyaAllah.Mohon doanya


(4)-cun09
Salam kak.Untung kak dpt majikan yg okey..org lain yg tak okey...kn kesian..huhu


(5)-si Tedi
sgt benar~setuju!!

Balas
avatar

mak saya selalu kata,,
"biar kerja guna otak jangan kerja guna otot"

namun ramai yang tak suka guna otak terpaksa la jadi kuli2 dan buruh2..

Balas
avatar

itu adalah biasa...
dulu pun pernah kerja kat butik, milik melayu + islam... tp pekerjanya x solat pun, bila kerja kat situ, time nak solat tnya arah kiblat semuanya gelabah. nasib ada akak sorang tu yg solat dan tahu arah kiblat...

kesiankan, kita seperti tak merdeka di negara 'islam' ini...

satu lagi, fikiran kolot mereka2 yang kata pakai tudung labuh susah nak dpt kerja... mereka macam tak percaya yang rezeki tu Allah yang tentukan...

Balas
avatar

Salam..

Ilmu itu harus disandingkan dengan iman, menuntut ilmu itu termasuk bahagian dari ibadah.

Balas
avatar

islam menyuruh bersedekah tapi kalo dah takde harta camana nak sedekah

semudah-mudah sedekah ialah senyuman...

Balas
avatar

kalau syarikat tempat keja tu ada unsur2 macam jadikan Islam tu penghalang, baik takyah keje terus. wat rugi saham akhirat kita je.. kan.. macam boss suh bukak tudung sebab takut customer lari.. urgh... takyah keje situ terus. wat tambah dosa je..

Balas
avatar

ade member cite dulu die try carik keje kat satu kedai baju neh.
die kate org tuh nak carik pompuan tak pakai tudung!
ade ke patut!

Balas
avatar

motivasi hari ini. "aku nak jadi boss".thanks iqbal. =)

Balas
avatar

(6)-Amira
Wah..sgt menarik apa mak kamu kata tu.Dan betul juga~hehe..


(7)-Nur_nj
Erm..aneh...ni kan negara islam..kononnya..erm..bila alat lebih diutamakan drp matlamat,inilah jadinya..huhu


(8)-Abd Razak
Semuanya kerana Allah dan semuanya akn jd ibdaha


(9)-cemomoi
Sedekah dengan senyum.Yup!tapi itu pun perlukan ilmu kan?klo org yg tak mengaji,mereka takkan tahu rahsia sedekah tu..kan?


(10)-ardinihumaira
Sgt betul dan sy setuju.Apa perlunya kita bergadai akidah semata-mata harta yg sedikit.Bukannya takde jalan lain pun yg halal...


(11)-reen
Tak patut!itu la pasal org islam yg bertanggungjwb kena ubah fenomena ini..reen ubah ya nanti.Jd boss!


(12)-Munie
InsyaAllah.Saya doakan.Doakan saya juga ya

Balas
avatar

xberani sahut cabaran, xnak terasa beban, xnak pikul tggjwb, byk alasan kita nak elak dr jd pemimpin.
susah nak maju kalau xberganjak dr zon selesa

Balas
avatar

spt biasa, do everything lillahi ta'ala..

Balas
avatar

bekerjalah kerana ibadah kerana ia juga adalah ilmu...

terima kasih atas perkongsian ilmu ini...

salam ukhuwwah...

Balas
avatar

comelnya kucing tu....
nak mintak....heeeee~~

Balas
avatar

setuju2..orang islam kna jadi lebih maju sebab islam iitu sendiri nak kita sentiasa mencapai kejayaan dan berdaya saing, tak semestinya kalau kita islamik kena lupa dunia..sepatutnya kena bawak dua-dua tuh seiring dan yang penting kita kan hidup bermasyarakat, dalam islam kan ada cakap suruh menjaga hbgn sesama manusia..=)baru ALLAH akan jaga hbgn kita dgn DIA.

Balas
avatar

salam iqbal,

betul tu, ilmu dunia ie sains or ilmu akhirat same je. both ilmu Allah.. x boleh ketepikan ilmu dunia semata-mata nak cari ilmu akhirat. Ilmu dunia mengajar kita mengenal Al-Khaliq. Sedangkan tokoh-tooh islam terdahulu pakar dalam ilmu Allah mahupun dunia :)

Balas
avatar

dunia sebenarnya penting sebab dari dunia nih lah yang akan menentukan macam mana kehidupan kita di akhirat kelak

yups...
kadang2 umat Islam kena buka minda
jgn terlalu cepat puas hati

entry nih sangat best
thumbs up


P/S : Sebab Pinggang Gua Tergeliat Jadi Hari Nih Gua Jawab Soalan Jer Lah

Balas
avatar

(13)-amirah
Betul tu.takkan maju kalau taknak berganjak drpd zon selesa


(14)-nOvember Zulu
InsyaAllah..Kerana Allah semata-mata!


(15)-Uncle Joe
Salam ukhwah juga.terima kasih juga


(16)-hANySS JonG
Erk...tu gambar dari google la..hehehe...tapi mmg sgt comel~


(17)-pearl Apple
Sgt setuju dgn kamu.Islam agama yg sempurna dan menyeluruh.Maka semua aspek kehidupan ada.Berjaya dunia dan akhirat


(18)-light of happiness
Betul tu!Ulama dulu boleh,ulama sekarang kena ikut...contoh~


(19)-hans
Betul bro...kehidupan sementara ni lah yg akan menentukan kehidupan selama-lama kita nanti.Tq dtg..

Balas
avatar

nak seribu daya. tak nak, berbillion dalih & helah..

D=doa
U=usaha
I=iktiar
T=tawakal

sume kompenan tu penting!! so DUIT amat penting! hehe..

$____$

Balas
avatar

entry yg amat bagus iqbal...;)

selalu dgr yg majikan yg nak mcm tu..huhu...bt ape kite nak keje kan dgn org yg mcm tu kalau hati xtenang nak kije...huhu

Balas
avatar

kekadang boss tak halang, tapi pekerja tu sendiri yang mencari alasan...


terbaru dari saya : long bamboo

Balas
avatar

isk3..xboleh blah ar kalau orang pakai tudung nanti customer lari..
apela teru sangat persepsi dye nie..
huhu

jom bace entri terbaru nas:

ukiran buah-buahan yang menarik

Balas
avatar

(20)-fisha
Haha...smpai berbillion??
Dan Formula DUIT tu sgt menarik..tQ share


(21)-MaWaDDaH
Sama-sama.Kalau pasal kerja,mmg saya akan kata yg baik berhenti kerja drpd kerja tapi Allah murka!


(22)-Cikgu Normah
Kekadang tu rasanya sangat sikit..kan?tapi isunya bukannya itu,isu sbnr ialah umat islam perlu jadi TUAN di Negara
sendiri..Ini TANAH MELAYU!..kan?huhu


(23)-Nas
Persepsi org zaman batu kot...entaah la nas..aku pun pening

Balas
avatar

Entry yang bagus, terima kasih tuan tanah~~

Balas
avatar

assalamualaikum iqbal ^^

ketika akak bekerja di sebuah firma guaman (PJ) dulu, ketiga-tiga bos (peguam) akak bukan islam. hindu, singh, australian. masa mula bekerja, akak minta mereka sediakan bilik solat. tp, pjbt kami takde bilik kosong. jd, mereka sebulat suara bersetuju tidak berkasut di dlm pjbt supaya seluruh pjbt bersih utk akak solat.

pelik pula, masa b'sekolah dulu kena marah dgn guru melayu bila masuk kelas lambat beberapa minit krn bersolat. "lain kali solat cepat2!".

Balas
avatar

(24)-Hamli Sanai
Terima kasih yg tak terhingga kpd anda kerana sudi dtg sini..free nanti dtg lg ye~!


(25)-Lynn Nasir
Wahh...bagusnya!saya pun sama juga kak!Instructor non muslim saya nampaknya lebih faham keperluan kami utk solat.Seringkali mereka membenarkan kami solat awal2,tak mcm melayu punya..huhu


(26)-Cik shabah
Kucing tu terlalu comel laaa..kan?hehehe...Tq sudi dtg blog ni.saya sgt hargai dan berterima kasih~

Balas
avatar

Org islam kena kuasai ekonomi,barulah kita tak dpandang rendah.masalahnya sekarang yg pegang ekonomi adalah mereka yg bukan Islam.
Satu cabaran buat kita untuk jd professional and mahir sumer aspek.

Islam pernah kecap Zaman kegemilangan dulu.Boleh ke berlaku kali ke-2?

Hmmm...

P/S:That cat is so cute :)

Balas
avatar

pesanan rasulullah smue nye cukup bguna. Rugi klau xikot

Balas
avatar

This entry made me think (in a good way, of course).

Balas
avatar

(27)-sidratul muntaha
Umat islam harus jadi penguasa,bukannya dikuasa..islam agama yg kuat,malangnya kita ni lemah kerana belum benar2 meneroka islam.


(28)-nisya
Betul..rugi...bahkan membawa kpd kesesatan kalau tak ikut!


(29)-nisa
Yeah...everybody must think..surely~

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443