"Aku tidak tahu membaca!"
"Bacalah!"
"Aku tidak tahu!!"
"Bacalah dengan meyebut nama Tuhanmu yg menciptakan.Dia lah yg menciptakan manusia drpd seketul darah.Bacalah,dan Tuhanmu lah Yang Paling Pemurah,yang mengajarkan manusia dgn perantaraan qalam.Dia lah yg mengajakan manusia apa-apa yg diketahunya"-surah Al-Ala'q ayat 1-5.
Belajar dan mengajar ialah satu proses yg tiada henti dalam kehidupan manusia.Proses ini akan membawa manusia kepada kematangan,berdikari dan kewarasan akal fikiran seterusnya menjadikan mereka suatu makhluk yg diiktiraf oleh Allah sebagai sebaik-baik makhluk.
Jenis Ilmu
Merujuk kpd keperluan ilmu,Rasulallah s.a.w pernah bersabda sebagaimana yg diriwayatkan oleh Baihaqi-"Menuntut ilmu adalah kefarduan bagi setiap muslim".Ulama telah menggariskan bahawa yg dikatakan fardu itu terbahagi kpd 2 cabang yg utama iaitu fardu ain dan fardu kifayah.Dan saya sendiri sgt yakin bahawa setiap drpd kita telah sedia maklum akan kedua-dua kefarduan ini.Fardu ain hukumnya wajib kpd setiap org drpd kita manakala fardu kifayah,hukumnya juga wajib tapi hukum wajib itu akan gugur jika telah dilakukan oleh muslim yg lain.
Keperluan Ilmu
Wahyu pertama yg Allah turunkan ialah 'bacalah dgn nama tuhanMu'.Ini adalah perintah Allah kpd kita semua supaya menuntut ilmu dengan maksud kerana Allah.Ilmu adalah sangat penting bagi setiap manusia,kerana itulah Saidina Ali r.a ketika ditanya tentang harta kekayaan yg banyak dengan ilmu,manakah yg lebih utama,beliau cenderung mengatakan ilmu lah yg paling utama.Juga Rasulallah pernah menyatakan tentang pentingnya ilmu bahawa sesiapa yg mahukan dunia,perlukan ilmu dan sesiapa yg mahukan akhirat juga perlukan ilmu.Juga Rasulallah pernah menyatakan bahwa ilmu itu adalah cahaya.Justeru,kita yg sedang berjalan diatas bumi,perlukan cahaya supaya tidak kita tersesat kelak.
Imam Syafie juga pernah berkata bahawa menuntut ilmu itu lebih baik drpd bersolat sunat.Maka saya juga akan mengatakan bahwa membaca blog ilmiah adalah lebih baik drpd banyak membaca blog fitnah dan mengata-ngata org lain.Tahniah kerana anda masih membaca hingga saat ini.
Dunia vs Akhirat?
Setiap ilmu itu berasal drpd Allah,tidak kiralah ilmu agama atau ilmu moden.Ini bertepatan dgn sifat Allah yg Maha Mengetahui setiap yg zahir dan ghaib.Perkara ini juga ditegaskan oleh Allah dalam firmannya dalam ayat 34 surah Luqman.Jadi tidak perlu timbul persoalan tentang dia belajar agama dan dia ni pula belajar sains.Kedua-dua ini datang drpd Allah juga dan harus dipelajari dengan tujuan mendekatiNya.
Bagi saya,saya sedang mengikuti kursus penyelenggaraan pesawat.Tapi ia tak bermakna kewajipan saya menuntut ilmu agama terhapus.Begitu juga dgn org-org yg mempelajari bidang agama,mereka juga perlu mempelajari serba ringkas tentang komputer,ICT dan cabang-cabangnya kerana sudah menjadi keperluan semasa semua ini.
Jadi,molek sungguh bagi golongan agama utk terjun kedalam bidang yg lain drpd bidang agama sprt engineering dan kedoktoran.Ini adalah kerana kita mahu meraikan ilmu dan mengambalikan kembali kegemilangan islam.Tokoh islam dahulu kala,banyak yg 3 dalam 1 bahkan kadangkala sampai 5 dalam 1.Mereka menguasai Al-Quran,menguasai hadis bahkan juga menguasai ilmu sains.Ada juga ulama yg alim dlm ilmu kedoktoran,ilmu fizik,matematik dan dan berbagai ilmu lagi.Dan dalam bidang aviation,tokoh islam Ibn Firnas adalah org yg pertama sekali menjumpai theory of flight.Theori inilah yg diguna pakai oleh kapal terbang yg bertan-tan beratnya utk terbang lalu dicelok oleh orang barat.
Ops..baiklah,cukuplah sekadar banyak ni saya menulis.Tak mahu saya meleret panjang pula kerana insyaAllah topik ilmu ni seronok dibualkan.Slps ni akan ada beberapa entry sambungan kerana entry ni hanyalah sekadar pengenalan dan mukaddimah ilmu sahaja.Kita akan kupaskan soal ilmu ni dgn panjang lebar insyaAllah.
33 Komentar
bila ditanya sama ada mahukan harta, wanita cantik atau ilmu, Rasulullah memilih ilmu kerana dengan ilmu baginda boleh mendapat semuanya.. begitu juga dgn kita :)
Balasnak dunia...kena ada ilmu
Balasnak akhirat pun nak kena ada ilmu..
nak dua2...lagi la kena ada ilmu..
ILMU PELITA HIDUP..
tuntulh ilmu smpai liang lahad..
Balas:)
penah bace dalam novel.
Balasilmu yg berguna ialah ilmu yg mendekatkan kite pada Allah! :)
(1)-maCy
BalasWah..ni baru pertama kali saya dengar ni..hehe..Tq~sgt hargai
(2)-amira
Sgt betul.Cuma kena bagi jelas,ilmu apa..nanti kita bincang~hehe
(3)-echah
Sampai mati~yaaa..tepat!
(4)-reen sofee
Harusnya begitu..kerana ilmu ialah dari Allah,sepatutnya ia digunakan utk mendekatiNya juga~
sayangnya ibnu firnas terkorban tatkala melancarkan penerbangannya... apa le hikmah di sebalik takdir tersebut
Balasilmu sangat penting dalam kehidupan..
Balastanpa ilmu bangsa dan ummah takkan membangun n maju.....
harapan saya ingin jd insan yg berilmu....n berjaya as akauntan :)
nk belajar ilmu memikat tak? huhu =)
Balastq 4 sharing... suke membaca hasil tulisan iqbal... silalah rajin menaip entri heheh =))
(5)-cemomoi
BalasIya ke bang dia meninggal?setahu saya dia cuma cedera parah kerana silap teknikal masa landing.Dia org pertama yg terbang dgn glider...hmm..tak tahu la..mungkin juga ya~
(6)-nas
InsyaAllah nas!aku doakan kejayaan kita bersama.Moga Allah beri peluang utk kita berbakti
(7)-MissXYZ
Wah...kak offer ilmu memikat?nak!ajar la..haha..saya nak memikat anjing laut..hahaha
:) rindu baginda!
Balassalam
BalasBacalah ..
Itulah sumber ilmu tak terhingga dan tiada batasnya. Sesungguhnya Maha kuasa dan luas ilmuNya ...
salam...
Balasdulu2 diri nih salu fikirkan bhw ustaz ustazah je warak alim....bila masuk matrik,barulah saya sedar bhwasanya semua umat islam harus balance ilmu agama n akhirat...sy sgt teruja sewaktu ustazah bercerita tentang engineer islam yg sgt disegani..wpon bkerja dgn warga asing,pegangan agamanya cukup kuat.. Namun,Allah lebih menyayanginya...dia meninggal kala usia masih muda...dan jenazahnya diiringi dengan ramai org...termasuklah si boss yang berbangsa jepon yang cukup mengagumi sikapnya..sungguh,alangkah indahnya Islam....
ilmu Allah amatlah luas...ilmu kita yang ada ni pun diibaratkan hanyalah setitik je bila berada di lautan yang luas...
Balastokoh islam yg terdahulu memang amat dibanggakan...org islam sebenarnya memang bijak..dah bnyk dah penemuan2 bru oleh org islam, tpi org barat yg ciplak dan dapat nama...
ilmu itu bagaikan cahaya.
Balastanpa ilmu manusia akan hidup dalam kegelapan.
(8)-molmolla
BalasSame here =)
(9)-Cikgu Rashid
sgt betul...sumber ilmu tu sendiri sgt luas.
(10)-si jari
Betul tu..takkan ustaz ustazah aje yg nak masuk syurga kan?Kita pun nak gak.Tu pasal kita pun kena kasi balance
(11)-mawaddah
Iya..org islam dulu bujaksana kerana asas(tauhid) nya kukuh.
(12)-beautiful rose
Sgt betul.Dan sampai sekarang,saya masih dlm gelap mecari cahaya
Firman Allah SWT:
Balasterjemahannya; Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang yang berilmu pengetahuan dengan beberapa darjat.
(al-Mujaadilah 58:11)
p/s: sama2 kita menuntut ilmu yang bermanfaat;)
saya sedang berperang dan bertempur nak tuntut ilmu frmasi nieh.. adoi~~~
Balasilmu oh ilmu..
Salam,
BalasTahniah, mukaddimah yang sarat dengan isi. Teruskan perjungan saudara, agar ilmu yang ada dapat dikongsikan bersama.
setiap kali entri pasti tidak mengecewakan
Balasgood entry...
Balasmcm program Imam muda tu...sgt bagus....mendidik para ulama bukan sekadar berilmu tinggi dlm bidang agama ttpi juga versatile...
supaya dakwah dpt diterima secara menyeluruh.... bkn oleh certain2 kelompok masyarakat je...
pepun, ilmu itu mmg penting...xboleh disangkal lagi...=)
harap2, blog saya tidak tergolong dalam blog yang melalaikan
Balasterbaru dari saya : boleh buat menantu
entry menarik.. :) suka baca..
Balasentry menarik.. :) suka baca..
Balas(13)-ardinihumaira
BalasTerima kasih.Moga kita benar-benar menjadi org yg berilmu
(14)-fisha
hehe..tak banyak beza dgn saya.Stress juga kdgkala
(15)-Norgadis
InsyaAllah.Terima kasih dan teruskan dtg sini ya
(16)-Blog Putera yusoff
Terima kasih.InsyaAllah akan ada sambungannya
(17)-hANySS JonG
Yup,saya juga penonton setia imam muda,tpi melalui U-Tube lah..hehe
(18)-Cikgu Normah
InsyaAllah.Saya suka blog cikgu sbb banyak info dan kebaikan
(19)-fiezah91
Terima kasih.Dtg lagi ya...kerana ada sambungannya~
Ilmu yang baik wajib dikongsi. Manfaat diperolehi bersama. Saham akhirat pun naik...
Balassalam Iqbal ^^
Balassgt setuju bhw cabang ilmu tak kira la keagamaan atau bukan adalah sama-sama penting. dgn ilmu kita memandang sesuatu perkara itu bukan hanya pd zahirnya. kerana kita ada ilmu & kita faham, maka ilmu itu membawa kita menyelam lebih jauh kpd hakikat sesuatu kejadian itu. contohnya, sebelum paham ttg kitaran fotosintesis, kita pk daun berwarna hijau krn ia membalikkan warna hijau ke mata. tp lps study fotosintesis, kita faham ia adalah krn kehadiran pigmen klorofil yg sgt kiut yg ada pd tmbuhan hijau. dua2 fakta itu tepat, tp berada pd level penghayatan yg berbeza.
dpt A tak? :)
(20)-asmidar
BalasSgt betul...sebab tu pondok Cinta ni wujud...bukan hanya saya berkongsi,malah semua org boleh berkongsi
(21)-kak Lynn Nasir
Wau...mantap la kak!mcm baru habis sekolah je?hehehehe...saya dah lupa dah.Tq..bagus..makan kismis banyak ek kak ni?hehe
bagus ni...ilmu mmg luas...kene pelbagaikn... multiskil...
BalasSyukran perkongsian.. Ilmu Allah sangat luas
Balasdalam Al-Qur’an surat Al-An’am ayat 59 Allah SWT berfirman :
“Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis di dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)“
hangat sungguh perbincgn kat sini...
Balashmm..betul..golongan yg tahu agama takleh duk dlm kepompong "agama" shj..we need to be as what people say : protaz..
professional ustaz @ ustazah...
baru la ajaran Islam dpt diaplikasikan scra menyeluruh dlm khidupan!
Ilmu bukan hanya untuk dipelajari. Apa yang dituntut ialah kita beramal dengan hati yang jernih. Sekiranya dengan ilmu itu, kita semakin sombong dan hebat berbanding dengan orang lain, bermakna kita tidak mendapat manfaat daripada ilmu tersebut~Musafir kehidupan.
Balas(22)-mario
Balasyeaahhh...itu yg kita kena sama-sama usahakan bro.InsyaAllah~
(23)-cahaya kebahagiaan
erm...sgt tepat.semua ilmu dtg dari Allah.jgn manusia bongkak dgn ilmunya..huhu..oh manusia
(24)-bintun sazali
Iya...sgt tepat.Rasulallah sendiri bukan hanya aktif dalam dakwah,namun Baginda uswatun hasanah..contoh terbaik,kehidupan yg menyeluruh~!InsyaAllah.Terima kasih~
(25)-musafir kehidupan
Sgt betul.Ilmu utk amal..paling merisaukan jika wujud golongan munafik yg alim..huhu..mohon dijaukan drpd sifat ini
salam iqbal...
Balassemoga 'umah' akak juga dapat berkongsi ilmu...insyaALLAH
akak juga masih mencari ilmu di hujung minggu...semoga istiqomah...
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443