Mari Berfikir!

Ingat tak dulu saya kata saya penah beli satu buku masa book fair tahun ni?(link).Ada 1 bahagian dlm buku tu saya nak kongsikan dgn anda semua.Dulu saya pernah cerita pasal kepentingan berfikir.Ingat tak?(baca disini).Satu cerita,berkaitan dgn dakwah Rasulallah s.a.w di Mekkah.

Rasulallah mencela kaumnya(org arab) kerana mereka menjadi tawanan tradisi nenek moyang mereka tanpa berfikir baik buruknya.Dakwah Rasulallah ialah dgn mengajak mereka utk membebaskan akal drpd belenggu ikutan membabi buta dan fanatik kpd tradisi yg tak tertumpu diatas pemikiran dan logika yg sihat.

Islam ini agama yg asli dan original.Kenapa saya kata original?kerana setiap yg ada dlm ajaran islam ni semuanya masuk akal dan semuanya bertepatan dan berlandaskan fitrah kewujudan manusia itu sendiri.Ditulis juga dlm buku ni,setiap hukum di dlm islam adalah berdasarkan kemaslahatan duniawi dan ukhrawi.Setiap hukum dlm islam diturunkan ialah semata-mata utk menjamin keselamatan,kesejahteraan dan kebaikan kpd kita.

Benda-benda mcm ni sepatutnya kita kena fikir,bukan sekadar taklid(ikut secara mem khinzir buta).Dituliskan oleh pengarang kitab Jauharatul Tauhid(sy belum pernah baca kitab ni)- “setiap org yg bertaklid dlm masalah tauhid,keimanannya tidak terlepas drpd keraguan."

Inilah pentingnya kita berfikir.Kita ni untung sbb lahir dlm family islam.Paling untung! Sbb kita automatic muslim.Tapi kalau setakat islam,itu belum cukup lagi.Kita rujuk surah al-Hujurat ayat 14,”Org-org arab Badwi berkata; ‘Kami telah beriman!’.Katakanlah kpd mereka; “Kamu belum beriman,tapi sebaliknya katakanlah kami telah tunduk(islam) kerana iman belum masuk dlm hati kamu’.

Org islam dan org beriman tu sesuatu yg berbeza.Org islam,belum tentu beriman tapi org beriman,sudah tentu telah islam.Sama lah mcm org bertudung,belum tentu baik.Tapi org baik,pasti akn bertudung.So,kita kena mula bertanya,kita ni sekadar islam atau islam yg beriman?
Berbalik kpd soal fitrah dan taklid tadi.Di sini kaitannya.Untuk membina keimanan,kita tak boleh sekadar taklid.Dan utk membina keimanan juga,kita perlu banyak berfikir.Dlm islam,berfikir adalah ibadah dan ia perlu mengikut garis panduan.Islam agama yg menyuluruh.Dlm adab dan kaedah berfikir pun islam jaga taw!Kita perlu fikirkan kebesaran Allah dan jangan fikir tentang dzat Allah!

Mungkin akn ada org fikir,Allah tu mcmana.Saya pun masa kecik,sekolah rendah tanya mak sy Allah tu cmne,jawab mak saya jgn fikir mcm tu,nanti boleh gila.Apa yg kita boleh fikir utk kita membina keimanan ialah dgn berfikir akan hikmah yg terkandung dlm islam.Saya beri sikit panduan utk anda.Ok.Kita ambik contoh solat sbb kita solat 5 kali sehari(kalau setakat 3-4 kali aje,sila Qada’ sekarang!).

Apa hikmah solat?hee..cari la sendiri,sbb saya pernah tulis di sini.Hikmah puasa?Utk kesihatan!Perasan tak,org yg nak kena bedah pun doctor suruh puasa!Maknanya,bila Allah suruh puasa,Allah mahu ‘bedah’ utk buang kejahatan kita.Contoh lain; kenapa perempuan yg bersetubuh dgn suaminya di siang hari bulan Ramadhan tak kena pun puasa 2 bulan berturut-turut?hee..soalan ni dah lama saya fikir(sbb pelik).Lalu apa yg saya dpt jwpn ialah Allah Maha Bijaksana.Kalau perempuan kena buat jugak,maknanya dia hanya boleh buat lps menopause aje la!Sbb puasa aje beberapa hari,dtg haid..kena start semula.

Antara sbb lain ialah puasa ialah utk kawal nafsu syahawat,terutama nafsu seks.Nafsu seksual ni Allah jadikan lebih pd lelaki compared dgn perempuan.Apa hikmahnya?sbb tu la Allah kata lelaki boleh kawin sampai 4.Selain itu,sebab apa lelaki boleh kawin 4?Sbb lelaki ialah pelindung wanita.Kalau dia kawin banyak,dia akan lindungi banyak wanita.Pernah kawan saya nak melawak,dia tanya sbb apa perempuan punya nafsu seks tak mcm laki?rasanya sbb...Eii..cuba korang bayangkan perempuan jd mcm laki...mungkin slps ni akan ada pelacur lelaki di lorong-lorong gelap...mungkinkah?

Banyak berfikir tentang kebesaran Allah,insyaAllah membuatkan iman kita meningkat.Saya jamin pasal ni!Saya jamin sbb Allah kata dlm Quran.Ayat ni mmg sgt-sgt indah!Hayati maksud ayat ni.Saya petik drpd surah al-Baqarah ayat 186-“Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperolehi kebenaran”.

Banyak persoalan yg ada dlm otak kita.Saya yakin sgt.Utk menemui jawapan yg kita perlukan tu,turutilah perintah Allah.Just ikut Quran,jgn ragu walau satu ayat pun!insyaAllah,kebenaran akan terbuka.Amaran keras drpd Allah,jgn sesekali ragu akan al-Quran walau satu ayat kerana boleh jatuh kafir,tanpa sedar.nauzubillah.

Kesimpulannya, iman itu sesuatu yg perlu diusahakan,dan salah satu cara utk mendapatkan iman ialah dgn merenung hikmah disebalik setiap perintah dan larangan Allah serta memikirkan kehebatan Allah Taala.Jom fikir! Ingat,merenung hikmah disebalik setiap perintah Allah..bukannya mempertikaikan perintah Allah!!

Tambahan: Ni entry dah lama dah duk dlm draf saya.Saya takde masa nak menulis la sbnrnya..huhu..Mungkin slps ni makin susah nak update sbb makin banyak masa yg perlu saya korbankan utk study..it getting harder and harder.Pray for my success~ 
Previous
Next Post »
21 Komentar
avatar

gud luck bro...takpe bro...blog sekadar mengisi masa lapang...study perlu didahulukan...

ye ...betul tu...kalau rajin nak berfikir...walau hanya sebaris ayat pendek pun bole buat kita berfikir jauh...klu dah malas berfikir...ayat pjg jela pun takde sapa nak amik iktibar...

Balas
avatar

ye,, mari berfikir..
kalau dari sudut kesihatan pun.. berfikir boleh elak nyanyuk cepat!

Balas
avatar

yup, u're right...
"think global, not local..."
=D

Balas
avatar

IM selalu terkesan dengan kebesaran dan keadilan Tuhan. terutama selama menjaga ibu_suri.

dan islam beruntung kerana mempunyai tempat pergantungan harapan....tuhan!

Balas
avatar

bukan ke kalau ayat "wahai org yg beriman..", tu merujuk kpd org islam?

Balas
avatar

Panjang atau pendek entry tak penting.yg nak ditengok isi dan manfaat yg nak disampaikan.

sy pun ada kekangan masa menulis.tp insya Allah,membaca blog org lain untuk dptkan pengisisan akan cuba diusahakan.

apa pun maat taufiq wan najah untuk semester baru.

Balas
avatar

ok...pagi2 ni kau dah mengajak aku utk berfikir ttg kehidupan....niat kehidupan aku nih..hehehe...

Balas
avatar

aku pn cam ko kawan,,pas ni bz sikit,,,

coz sem ni aku tough,,,,3 paper killer

Balas
avatar

hihihi..berfikir bnda yg worth.itu ok..kekekekekeke


sy suke bc n3 ni.bru sy thu knp pmpn x perlu ganti puasa 2 bln berturut2.

kdg2 org melayu or sape2 nama je islam,anut agama islam.tp x beriman.

Balas
avatar

takde mase? huhu..but stil panjang sesangat.. salute.. awk byk idea en?..

Balas
avatar

dalam hidup , kena mendahulukan kewajipan...
so, belajarlah...
insyaAllah dipermudahkan segalanya

terbaru dari saya : jangan terlalu membenci nanti jadi suka satu hari nanti

Balas
avatar

smoga berjaya k..

lin ske diam. tp smbil tu berfikir. then muhasabah diri balik.

Balas
avatar

tq ske bila diajak berfikir... =))
islam yang terbaik

Balas
avatar

selalu dlam quran ada sebut...
"tidakkah kamu berfikir"

biar setipa keputusan melalui akal berpandukan agama bukan nafsu..

Balas
avatar

salam ziarah.....
entry y menarik untk di kongsi bersama.
agama indah agama paling sempurna.merangkumi segala aspek yang di perlukan oleh manusia.setiap suruhan dan larangan ada tujuan dan hikmahnya.cuma manusia perlu bijak dalam membezakan antara yang baik dengan yang buruk.antara dosa dan pahala antara syurga dan neraka.

semoga kita semua terlindung dan terpelihara daripada pekara2 yang keji dan mungkar.....

Balas
avatar

contoh puasa sebab Allah nak bedah tuh best!
tak penah terfikir lak!
hahahaha

Balas
avatar

alhamdulillah..akhirnya saya menjadi saudara blog ini yg ke 356..jemput menjadi saudara saya..trime kasih dan selamat berblogging...

Balas
avatar

salam,

sekarang ni pun mmg dah banyak pelacur jantan la iqbal..nothing to hide. and it is the truth..astaghfirullah..

semoga Allah beri hidayah berpanjangan kpd setiap lelaki Muslim di dunia ini agar menjadi pelindung wanita, zahir & batin. insyaallah..

Balas
avatar

pelacur lelaki pon da mula bertambah..itu tak termasuk ngan pelacur lelaki yang bapuk n gay...eiii........:(

jom bace entri terbaru nas:
gunalah tandas dengan betul

Balas
avatar

totally agree..
think,think and think..
sbb tu manusia je yg Allah bg akal..not to plants n animals..
keep thinking n questioning br0~

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443