Anak kesayanganku~

Setiap bayi yg lahir adalah dalam keadaan suci.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa).Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” –(Hadis riwayat Bukhari)

Pendidikan kpd seorang anak adalah tersangat penting,kerana pendidikan sedari awal inilah yg akan menentukan siapa mereka tika dewasa kelak.Kita lihat bagaimana cara Nabi mentarbiyyah anak kecil.Dalam sebuah hadis yg diceritakan oleh Ibnu Ibbas r.a,ketika dia bermusafir bersama Rasulallah,Rasulallah berpesan kpdnya,’Ya Ghulam.Jagalah Allah,nescaya Allah akan menjagamu.Jagalah Allah,pasti Dia akan bersamamu.Jika engkau mahu meminta sesuatu,mintalah drpdNya dan jika engkau mahu meminta pertolongan,maka mintalah pertolonganNya'.

Dalam bahasa arab,’ghulam’ itu merujuk kpd kanak-kanak yg telah tamat tempoh menyusu badan hinggalah sebelum baligh.Saat itu,Ibnu Ibbas baru berusia 10 tahun.Tapi Rasulallah telah mentarbiyyah beliau kpd sesuatu yg besar,iaitu tauhid.

Memberi pengajaran tauhid kpd anak-anak adalah perkara yg paling awal,paling penting kerana tauhid ini berfungsi seperti cawan yg menakung air.Jika terdapat sedikit kebocoran pun,air akan mengalir keluar.Jika kita membuka lembaran al-Quran pun,ayah mithali Luqman al-Hakim juga memperingatkan anaknya kpd benda yg sama,iaitu jangan sesekali kau,anak kesayanganku mensyirikkan Allah.

Saat ini,ayah dan ibu yg manakah yg berpesan kpd anak mereka utk tidak mensyirikkan Allah?Rata-rata berpesan kpd anak-anak supaya besar nanti jadi pilot,jadi engineer,gaji besar dan hidup senang.Tidak mengapalah,kerana itu sememangnya tanda cinta ibubapa yg mahu melihat anak hidup senang.Tapi apa gunanya hidup senang di dunia,jika 24 jam hati tak pernah tunduk,patuh kpd Allah?

Ya,anak-anak kita masih kecil.Kerana masih kecil lah mereka sgt mudah ditarbiyyah.Apa tarbiyyah kita?kita mentarbiyyahnya dgn rancangan bintang kecil,tom-tom bak,dan akademi fantasia.Kita mentarbiyyahnya dgn baju-baju seksi,mekap-mekap berjenama dan anak patung,anak patung yg menyerupai berhala.
Ya,anak-anak kita masih kecil.Apa ilmu yg kita ajar pertama sekali?Rasulallah bersabda bahawa seawal usia 6 tahun,kanak-kana seharusnya telah diajar utk bersolat.Sebaliknya kita ajari mereka ilmu tarian dan ilmu nyanyian.Mereka kenal artis lebih drpd mereka kenal Muhammad s.a.w.Rasionalkah?

Kita lakukannya atas alasan,’mereka masih kecil’.Sedangkan pelajaran di masa kecil inilah yg akan paling memberi kesan kpd anak-anak.Seorang ibu yg tak menutup aurat,dosanya bukan hanya 24 jam,bahkan sampai kiamat!Pertama ialah dosa kerana melanggar perintah Allah.Keduanya ialah dosa menaikkan nafsu lelaki,dan ketiga,dosa kerana menjadi ikhtibar dan contoh kpd anak-anak.Jika kelak anak-anak pun seksi,dia dapat dosa.Jika cucu-cucu pun seksi,sbb tiru anak dia,dia pun dpt dosa.Begitulah seterusnya...

Wahai saudara,jika betul kita sayang mak ayah kita yg dah mati,hentikanlah maksiat kerana mereka mendapat saham atas perbuatan kita.

Kerana itulah, doa anak soleh boleh menjadi penyelamat ibubapa drpd azab kubur.Sifirnya mudah,anak soleh hanya akan lahir drpd tarbiyyah islamiyyah ibubapa.

Bagi seseorang lelaki yg mahu memikul tanggungjwb sebagai suami dan ayah,dia harus bersedia memikul dosa-dosa isteri dan anak-anaknya.Kerana inilah,akan wujud lelaki yg lagi selangkah saja lagi utk masuk ke syurga namun akhirnya isteri dan anak menariknya sama-sama ke dalam neraka.

Keluarga bahagia,keluarga sakinah takkan wujud sekiranya suasana islam dalam diri tak wujud.Ibu imam syafie mengandungkan imam syafie rah. selama 12 bulan.bayangkan betapa susahnya ibu yg mengandung tapi ternyata ia sgt berbaloi.Kesusahan ibu utk melahirkan anak,terbalas dgn sumbangan yg teramat besar anaknya kpd ummat islam.Sebaliknya kita sendiri aneh,akhir zaman org yg beranak sgt mudah.Beranak anak sulung dlm tandas,dlm bilik bahkan ada di dlm semak!Mudahnya?
Tapi apa balasan atas mudahnya melahirkan anak?Kerana itulah jika kita bertanya kpd doctor yg bertugas menyambut kelahiran dan melihat kematian,mereka akan berkata bahawa wanita solehah amat susah melahirkan anak,tapi amat mudah utk meninggal dunia.Berbeza dgn wanita fasik,utk beranak sgt mudah tapi utk mati azabnya sgt menyedihkan.

Ibu yg melahirkan anak seumpama seorang pejuang.Matinya saat itu,dikira mati syahid.Kerana itu,harus kita sama-sama beringat bahawa melahirkan anak itu sgt perit tetapi mendidik anak supaya menjadi org bertaqwa itu puluhan ganda lebih perit.Persediaannya bukan bila-bila,tetapi sekarang..saat kita belum kahwin lagi kerana percayalah ckp saya,kalau masa kita bujang kita malas nak menuntut ilmu agama,pas kahwin pasti akan lebih liat.Maka,persiapkanlah diri utk memikul dosa mereka.Wallhua’lam
Previous
Next Post »
26 Komentar
avatar

Ye sayangi anak dijaga bukan hanya fizikalnya,, rohaninya juga ibu bapa perlu monitor.. hatta dari dalam kandungan lagi.. anak itu amanah.. silap mencorak.. ibu bapa lah padah!!!

Balas
avatar

betul tu...bukan senang nak jaga anak zaman sekarang ni...banyak dugaan...

Balas
avatar

iqbal~btol tu...mendidik itu bkn sng..bkn ckp kat orang lain..kat diri sendiri jugak..dah berapa kali diri ini mengecewakan keluarga,menyakiti hati ibu...buat abah marah...xdengar kata..
sememangnya kadang2 darah muda mengaburkan sisi iman ini:(

Balas
avatar

Sedari kecil jangan jemu berusaha mendidik mereka mengenal Allah, mengenali diri sendiri, kenal dan tahu dosa pahala, Akhirat, Syurga, Neraka dan seksaan di Alam Barzakh. Dengan penanaman nilai-nilai agama ini akan dapat menghindari mereka bertindak liar dan membelakangkan Allah. Semoga terpancarlah ketenangan dan kebahagian di raut wajah mereka. Mereka kaya dengan iman dan mewah dengan sifat sabar yang menyelamatkan mereka dari berputus asa dengan Rahmat Allah.

BIARLAH KITA MENDERITA, BERSUSAH PAYAH DEMI KEBAHAGIAN DAN MASA DEPAN ANAK-ANAK, LEBIH-LEBIH LAGI DEMI KESELAMATAN MEREKA DI AKHIRAT.

Balas
avatar

anak memang suci dari lahir lagi..ibu bapa lah yang mencorakkannya...kalu coraknya cantik, baik la dia...kalu coraknya buruk, buruk la die...huhu..fikir2 kan lah...

Balas
avatar

bersedia dari sekarang dengan ilmu keibubapaan untuk menjadi ibu dan ayah yang solehah..kalau nak anak2 soleh-solehah,pentarbiahan diri perlu bermula dari sekarang bukkanya selepas kahwin.Kata ayah imam nawawi,apbila beliau ditanyakan soalan bagaimana beliau mendidik imam nawawi,beliau menjawab aku mendidik imam hanifah 40 tahun sebelum dia dildalirkan.
wallhahualam.

menarik iqbal:)

Balas
avatar

ank terdidik n hrus ddidik ktika msih kecil lgi


Latest entry di:
Kek beluberi free~!
Men suck!!!
Keyword 18SX

Balas
avatar

thanx,,mnarik~~
mak sy da bagi pndidikan yg ckup kat sy,,even kat skolah da blaja byk benda..tapi tuh sume depend pd sy nk jd camne..sy syg family sy,,sebab tuh sy nk bubah jadi lebeh baek..
kata syg tapi taknak ubah diri jd lebeh baek tok family,,takde gune
kn??..taknak salahkn family,,sy nk jd anak yg solehah jgk,,
thanx

Balas
avatar

tibatiba
teringat kat ibu niss

sayang ibu

Balas
avatar

setuju! anak itu ibarat kain puteh..mcm mane kite kaler camtu la die bercorak

Balas
avatar

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai harganya.Sementara kita masih bernyawa,curahkan rasa kasih sayang kepada mereka dan berikanlah didikan agama yang cukup agar mereka menjadi insan yang mulia kelak.Mudah-mudahan mereka akan berbakti kepada ibubapa,negara dan agama.InsyaAllah..

Balas
avatar

memang bermula dr kecil mndidik anak brulah bila besar nnt dia mnjadi manusia...

Balas
avatar

didik diri sendiri dulu, then insyaAllah akan diikut oleh anak kan?..takkan nak tunggu kahwin baru nak berubah. segalanya terletak pada dri sendiri..itu yg utama...

Balas
avatar

memang susah didik anak. tambahan dengan cabaran masa kini... tak heran bapak imam anak jadik setan.. bukan salah bapa mendidik tapi salah anak memilih pon ye juga... semoga Allah membimbing kita dengan taufik dan hidayah dalam mendidik anak-anak menjadi generasi Islam tegar

Balas
avatar

bilelah nk ada anak sendiri ni.hakahk

Balas
avatar

anak ni dapat menceriakan kehidupan kan

Balas
avatar

tak sabarnye nak dapat anak. eh kene kawin dulu hehehe :p

thanks iqbal..

Balas
avatar

Salam Iqbal.

sekadar berkongsi beberapa hadis..

Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islami). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala).
(HR. Bukhari)

Seorang datang kepada Nabi Saw dan bertanya, " Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?" Nabi Saw menjawab, "Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatirnu)."
(HR. Aththusi).

anyway,nice sharing thought..konklusi,anak adalh amanah Allah yang tidak ternilai harganya..Cintailah anak-anak dan sayangi lah mereka. Bila menjanjikan sesuatu kepada mereka tepatilah. Sesungguhnya yang mereka ketahui hanya kamulah yang memberi mereka rezeki.

wallahua'alam.. :)

Balas
avatar

betul tu
pendidikan awal memang penting sedari anak masih kecil lagi

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

Balas
avatar

ooo.jadi betullah kata orang, tarbiyah(pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.

Balas
avatar

anak tu lahirnya ibarat kain putih.. tapi kadang kala sudah dicorak cantik sengaja lagi mahu masuk ke dalam lumpur~

Balas
avatar

Sewaktu kecil nya semengnya anak2 diberikan didikan agama yang cukup, kasih sayang yang tak tak berbelah bahagi,namun selepas anak2 ke IPT, le asrama penuh, ramai yang mula berubah..berkesankah diidkan yang kita tanamkan??

Balas
avatar

selalu bercerita pada anak...anak lelaki umur 6 tahun..dia selalu beri perhatian bila diceritakan tentang kebesaran ALLAH,SYURGA ,NERAKA,KIAMAT.

Tapi akhir akhir ni ada beberapa ayat yang keluar dari mulutnya ..yang membuatkan saya rasa macam terlalu awalkah aku bercerita padanya perihal kiamat...

contoh..
ibu berkata : nanti irfan masuk university mesti mama rindu kan irfan kat rumah

anak berkata : irfan darjah satu pas tu darjah dua...banjir dah banyak berlaku..dah nak kiamat mana sempat masuk u...

anak macam dah hilang semangat.

ada pendapat.????

Balas
avatar

Salam kak nur. Saya tak merasakan terlalu awal dan saya juga yakin anak akak tak putus asa. Sebagai ibu bapa, selain mendidik kita juga wajib menjadi pakar motivasi kepada dia. Setuju? :)

Moga akak dan anak akak sentiasa dalam rahmat-Nya. Dan saya harap satu hari nanti, Irfan akan menjadi salah seorang pemuda yang berdiri dan bercakap untuk Ad-Deen ini :)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443