Da'ie atau daki?

Ada sesuatu yg membuatkan saya marah,kecewa,menyampah dan jelek.Benda yg seringkali org tak nampak terutamanya yg menggelar dirinya sebagai Da'ie.

Seorang Pendakwah.
Dakwah ialah satu kewajipan dan satu kemulian bagi umat ini.Tugas menyeru kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran ini adalah sebaik-baik kerja yg ditugaskan kpd kita.Setiap org,tiada kecuali.Allah telah meletakkan penghargaan sebagai 'khaira ummati' iaitu sebaik-baik umat,hanya kerana tugas dakwah ini.Boleh rujuk 3;110.

Allah juga berfirman di dalam surah Fussilat ayat 33:-Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:"Sesungguhnya aku adalah dari yang berserah diri kepada Allah!"?

Terlalu banyak ayat yg Allah turunkan yg memuliakan golongan ini.Cukup jika saya bawa 2 ayat shj.
Apakah itu dakwah?
Dakwah ialah mengajak kpd kebaikan dan menghalang drpd kerosakan.Dakwah juga banyak pecahan dan bentuk-bentuknya.Cukuplah utk kita faham bahawa dakwah itu hukumnya wajib kpd setiap individu dgn tahap yg berbeza-beza.

Saya bukan da'ei tapi saya daki
Sesuatu yg menyayat hati dan telah lama saya pendam dalam-dalam.Biarlah saya ceritakan supaya ia menjadi ikhtibar.Saya terkilan dgn beberapa kelompok manusia yg kononnya melaksanakan dakwah,melaksanakan amar makruf nahi mungkar tapi dlm masa yg sama dia tertinggal satu elemen yg sgt penting dlm berdakwah.

Peristiwa ini berlaku kpd kenalan saya sendiri.Dia hebat.Dalam banyak perkara,saya kagum dengan dia.Cuma saya terkilan dgn tindakan melulunya yg melabel manusia dgn gelaran yg buruk.Tiada sifat berbaik sangka.
(Jgn pisahkan dakwah dgn persaudaraan dan kasih sayang!)

Kesilapan kita
Kita jahil.Kerana itu perlukan ilmu.Kita tak sedar,bahawa tugas kita hanyalah menyeru manusia kpd kebaikan,bukannya melaknat manusia!Apa yg terjadi,si da'ei itu marahkan sahabatnya yg kononnya suka mencarut,lalu tanpa berfikir panjang sahabat itu dilabel sebagai syaitan.Dihebohkannya pula!Mahu semua org tahu kah?Apa kurangnya dia dgn syaitan?Hanya tahu memalukan org lain sahaja!

Tembok Kebencian
Saya pasti ini adalah salah satu punca mengapa golongan yg menyeru kpd kebaikan dibenci.Mereka bukan dibenci kerana tanggungjwb islam,sebaliknya dibenci kerana kecurangan mereka,menjual nama islam dgn nafsu.Ramai sgt dlm kalangan manusia yg menegur,berdakwah dan menasihat kerna kepentingan peribadi seperti kerana mahu dipandang mulia oleh org lain.

Ada!saya sgt pasti org mcm ni ada!lebih-lebih lagi di laman sosial atau di blog ini.Dia akan menghentam org tu habis-habisan,melabelnya dgn label yg jahat-jahat kerana mahu menunjukkan dirinya baik.Tidakkah kita sedar,bahawa iblis yg pernah menjadi penghulu para malaikat dihalau keluar dari syurga kerana ucapan keramat,'ana khairun minhu',"aku lebih baik drpd dia!"

Bersangka Baik
Husnu dzon.Semua org tahu.Tahu sebut,tahu berhujah tapi tak tahu nak praktik.Bersangka baiklah sesama makhluk.Mungkin org yg kita tegur tu,hari ni dia tak nak dengar,tapi jgn sesekali kita buruk-burukkan dan canang-canangkan keburukan dia.

Pada zaman Rasulallah dahulu,Rasulallah telah menyenaraikan 360-370 nama org-org munafik dan ia adalah rahsia.Ia rahsia!Sedangkan Rasulallah pun merahsiakan nama org munafik,apakah kita lebih mulia drpd rasulallah utk menyatakan si polan itu syaitan dan si polan itu org yg tertutup hati?

Berhikmahkah kita?
Allah sebut dlm surah An-nahl ayat 125:"serulah manusia kpd jalan tuhanmu dgn hikmah..'.Apa yg kita faham tentang hikmah?Ibn Khatsir menafsirkan hikmah itu dgn kemampuan seseorang menerima teguran kita.Kalau org tua,tegur la dgn cara org tua.Kalau kawan-kawan,tegur la dgn cara kawan.

Imam Syafie pun pernah berkata: "Jika kamu menegur saudaramu dlm sembunyi(face to face) maka kamu telah menjalankan tanggugjwbmu,sebaliknya jika kamu menegurnya di kalayak umum,maka kamu telah membogelkannya di depan org ramai".Keburukan org lain bukannya bahan utk dijadikan senda tawa,atau topik berbual sebaliknya keaiban org lain harus kita tutupi.Jika dia sudah insaf,alhamdulillah.Jika masih belum,teruskan berusaha.Itu saja!

Menanam Bunga
Bagi saya,org yg berdakwah ini sama seperti org yg menanam bunga.Ini bukan kerja yg hasilnya ekspress.kita tak boleh mengaharap bahawa hari ni kita dakwah,esok dia akan terima.Tidak sama sekali!Dakwah juga bukan kerja yg sekali-sekala.Sama mcm org tanam bunga,kerjanya takkan selesai dgn hanya menyemai benih.Banyak lagi yg di perlu buat.Dia perlu menyiram,membaja dan melindungi pokok drpd serangan serangga perosak.

Dakwah juga memerlukan kita perlu dekati mad'u hari-hari.Nasihat hari-hari.Sayang pun hari-hari.dan itu terlaksana jika kita hubungan persahabatan kita dgn mereka baik.Usah kita mudah melaknat pokok yg belum berbunga,kerana itu mungkin tanda bajanya masih kurang,airnya tak cukup,atau mungkin climate atau environmentnya tak sihat.Siapa tahu?Atau mungkin juga kerana Tuhan mmg tak mahu ia tumbuh,siapa boleh bantah?

Kesimpulan
Harus kita ingat,kewajipan kita ialah menegur kesalahan,menasihati kekurangan dan mencegah kemungkaran.Allah tak suruh kita mengumpat apatah lagi mencanang keburukan org lain.Persaudaraan islam itu sgt perlu dijaga.Kerana itu,asas dlm dakwah ialah kasih sayang.Jgn menegur kerana benci atau dendam.Tegurlah kerana sayang.

Jgn membenci pelaku maksiat,sebaliknya benci hanya kpd maksiat yg dilakukan.Kerana jahil dan tidak berhikmah,org lain bukan hanya menjadi semakin jauh drpd islam sebaliknya membenci islam.Siapa mahu bertanggungjawab?Kita selalu mengina org lain kerana kesilapan yg dilakukannya,tapi pernahkah kita mendoakan mereka?

Sekarang cuba fikir dalam-dalam,adakah kita da'ie atau kita ialah daki?
Previous
Next Post »
43 Komentar
avatar

yey masih 1st. tegur rina hari2 ye. insyaAllah akan berbunga. hehe

Balas
avatar

itulah mengapa orng yang kita seru sukar menerima seruan kita,sepatutnya mereka kita doakan,buakn caci maki hamun...sebgai duat,ush tidak terhenti sampai tawakl semata2..senjata yang terakhir kiat aialah,doa.doa dan doa

Balas
avatar

masyaAllah, siapa aku untuk mengatakan manusia lain berdosa dan masuk neraka? aku bukan TUHAN DIA.

AKU TIDAK MELIHAT USAHA DAN HATINYA SERTA NIATNYA. kesalahfahaman yang selalu terjadi dan bersangka buruk sesama manusia, menyebabkan AKU MANUSIA TIDAK SEDAR DIRI.

Balas
avatar

yang pegang list orang munafik tu bukan kah Huzaifah RadhiAllahu'anhu?

Balas
avatar

(1)-Rina
1st komen ye?tahniah~hadiah takde.lalalala~hehe
InsyaAllah,selagi bernafas selagi itu saya akan teruskan usaha ini :)


(2)-nursyaz
Ya...doa itu komponen dakwah yg selalu kita cicirkan~hmm


(3)-Faezah
huhu...sedih baca komen kamu T_T

Balas
avatar

Ibn Abdillah
- Jazakallah khair sbb memberi tahu perkara ini.Sudah dbetulkan :)

Balas
avatar

setuju sesangat. peribadi kita dan akhlak kita tak cukup kuat untuk jadi senjata dakwah sebagaimana rasulullah mengajak seorang perempuan yahudi beriman dengan hanya membiarkan da menyimbah dan mencaci baginda.

Balas
avatar

salah satu cara dakwah fardiah adalah peribadi qudwah..
cara kita mencerminkan peribadi kita.
dan jangan sampai cara kita boleh menimbulkan fitnah kepada apa yang kita bawa..

nauzubillahiminzalik.
sama2 ingat mengingati.
jazakallah khairan kathira

Balas
avatar

yer22.betul tu..
jgn membenci antara satu sama lain
benci pada maksiat yg dilakukan bukan pelaku

:)

Balas
avatar

ye saya perasan jugak..ada sesetengah kawan yg geng orang surau, suka sangat melabel orang lain...ahli neraka la,xcium bau syurga la...

memang makin jauh la org2 yang cuba didakwah itu......

Balas
avatar

wah iqbal... ada main2 bunga dengan pengomen first ya??

tentang entri.... ini kelaziman yang patut dibendung. bukan sahaja dalam kerja dakwah, dalam kerja pejabat pun begitu juga nanti

kita bermula dengan diri kitalah, sebab nak mengubah sifat orang lain memang payah
semoga berjaya menjadi daie...bukan daki

Balas
avatar

betol!
kekadang tegur sebab nak tunuk baik jek!
nak dipandang mulia!
suka ayat last tuh,
jgn benci pelaku maksiat,
sebalik nye bencilah maksiat yg dilakukan!
:)

Balas
avatar

Janganlah kita memandang hina pada orang lain dan menganggap diri sudah baik. Tidak semestinya seorang yang telah berbuat kejahatan itu hina di sisi Allah. Sikap memandang rendah kepada orang lain itu menunjukkan diri kita merasa mulia, ini bermakna kita telah menjadi angkuh dan membanggakan diri.

Kita sepatutnya memandang orang lain lebih baik dari kita, dan kita ini yang banyak dosa dan hina di sisi Allah. Seseorang yang kuat beribadah tetapi sombong walau secebis, Allah akan murka.

Balas
avatar

salam iqbal,

penatnya nak mengingatkan orang ttg beza maksiat yg dibenci dgn org yg melakukan maksiat itu. sama la mcm org kafir yg melabelkan Islam ini agama jahat/zalim/not fair. padahal penganutnya yg bermasalah..bukan agama itu sendiri. hmm..

Balas
avatar

betul betul saye tak suke org terus judge org ni ... tau la alim .. tapi care nak tarik org ke arah kebaikan tak pro langsung .. umm

Balas
avatar

semuanya berbalik pada hati..kunci dia adalah ikhlas..

Balas
avatar

tak elok kita memburuk2kan org lain sedangkan diri kita tidak sebaik mana..nice info..

Balas
avatar

(5)-cemomoi
Ya...bercakap soal akhlak,membuatkan saya malu sendiri...buruknya akhlak saya T_T



(6)-Nursyahirah
Sama-sama.Terima kasih berkongsi juga.


(7)-Nis
Saya tak pernah membenci kawan2 saya.bahkan saya sayang semua..biasalah manusia kan selalu buat silap :)


(8)-ain
Oh ye ke?hmmm..moga kita tak jadi org mcm tu :)


(9)-cikgu normah
Hehe.bunga plastik je.
saya setuju,bahawa pendekatan ini tidak harus terhad hanya dlm dakwah bahkan semuanya harus begini..berbaik sangka~


(10)-reen
Ya!peringatan buat diri saya~



(11)-mama hidayahamin
Itulah yg saya cuba sampaikan.Jgn kerna amal kita yg sedikit,kita merasakan diri kita lebih baik drpd org lain!


(12)-Kak Lynn Nasir
Penganut yg bermasalah...siapa lagi kalau bukan saya.Hmm..malu T_T


(13)-Tujuh rainbow
Uishh..harap2 saya tak masuk dlm list org2 tu :D


(14)-Pencacai Alim
Tapi bro...ikhlas tu susah.Ia dtg slps taqwa..huhu..susah~


(15)-Kami
Terima kasih dtg :)

Balas
avatar

Alhamdulillah,,, setakat ni, lau teguran iqbal stil best..senang hati.

stuju2.. nk berdakwah.. kene lembut caranye.. pada sy la..:)

Balas
avatar

nak berdakwah ni kena slow2...
kan iqbal...selalu kalau nak nakal sikit mesti ingt...eh iqbal penah pesan yang,,,bla...bla.bla

n berbalik pada nk mengajar org kna slow2...
n even nak mengharamkan arak pun kalau xsalah 3 peringkat barula haram untuk mnum arak..kan...
sebab kalau islam ckp..xboleh minm arak..rasanya ramai yang xtertarik pada islam mase zmn jahiliah dulu..

Balas
avatar

Mengingatkan kembali diri ini apa sebenarnya tugas dai'e.Terima kasih. Insya Allah niat yang baik akan dipermudahkan DIA.

Balas
avatar

(16)-fisha
hihi..terima kasih fisha~salinglah menegur dan memperbaiki ya :)



(17)-echah
Hehe..bagus,kamu faham :)
moga saya tak terlalu memaksa dan tak menjadi fitnah kpd agama T_T


(18)-Fatin
Peringatan kpd diri saya sebenarnya

Balas
avatar

Salam iqbal.

Alhamdulillah, penerangan yang amat menarik, nak mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan ni satu tugas yang memerlukan kesabaran.

Balas
avatar

seronok jadi silent reader
tapi sekali sekala seronok jugak tggl jejak :)

satu topik yang biasa
tetapi di kupas dengan cara yang luar biasa

mksd sy topik begini dah biasa di utarakan,
tapi awak mampu mengupas dengan cara yang lain dari biasa

ayuh, bawak bekal ke akhirat dgn memberi peringatan di dunia

mabruk iqbal :)

Balas
avatar

emm.betul2.. :)
btw, cane nk letak box form spring tu kat blog ek?adoi..

Balas
avatar

alhamdulillah pengisian yang baik terutama bab bersangka baik dan janganlah mengumpat ....

sbg seorang dai... buat dakwah utk betulkan diri sendiri...bknnya utk betulkan orang lain... Kalau niat kita utk betulkan diri..insyaAllah Allah akan islahkan diri kita...

kena selalu tanya... diri kita ni dah betul ke?

Tiada siapa yg tak buat dosa tapi sebaik org yang berdosa adalah orang yang bertaubat..

berbalik citer td... buatlah dakwah utk diri..insyaAllah diri dapat diislahkan ...dan orang lain pun dpt diislahkan...


syukran ...iqbal mengingatkan kami yang lupa...
kadang2 dai ni "josh" tak tentu pasal... sengaja cari pasal...

Balas
avatar

cantik post.

baru terfikir benda yang sama.

yang saya pasti, komponen terpenting dalam berdakwah ialah jangan jadi judgemental.

mungkin mereka tak pernah jatuh, tak pernah salah dan tak pernah sesat jadi mereka tidak memahami.

dulu saya begitulah, cepat menghukum. tapi lama2 setelah saya sendiri berbuat salah, saya akhirnya lebih memahami kenapa orang lain masih dalam kegelapan; bukan mereka suka begitu tetapi mereka masih mencari ruang untuk berubah. kalau mengutuk dan tidak memberi ruang, tak ada peluanglah bagi mereka.

jadi janganlah menghina orang yang kurang iman dari kita, mungkin hari esok mereka lebih baik. kan?

salam merdeka.

Balas
avatar

(19)-Kak Werdah
Subhanallah.Maha Benarlah Allah...mmg komponen dakwah itu 'sabar'.Jika hilang sabar,hilanglah maksud.Hilanglah tujuan dan hilanglah nilaian dakwah,di sisi Allah.


(20)-Nazurah
Terima kasih ukhti.Lama betul kamu tak komen :) hehe..
moga peringatan ini memberi kebaikan kpd saya dan semua manusia seluruhannya.



(21)-fisha
Nak letak box?jap..
haaa...pegi kat setting..pastu cari 'widgets'..klik dan copy code tu ye :)


(22)-peluncur islam
Ya..saya juga begitu...buat dakwah utk membetulkan diri sendiri!bukannya membetulkan org lain.Hidayah milik Allah.jazakallah tuan~


(23)-poyo
erm..saya setuju.moga tiada lagi da'i yg akan mudah judge org~

Balas
avatar

suke~~
tak tau nak cakap ape
tapi betol la sume tuh,,
perlu berbaek sangka..
post neh bgus sgt~~
thanx

Balas
avatar

bagus nih...
yelah...
dakwah nie bukannyer boleh diterima dengan sekelip mata..
ia perlukan masa!!
janganla berdakwah dgn sembil lewa jerk....tapi arap2 dengan dakwah kita leh buka hati orang yang masih jahil tentang agama...

Balas
avatar

(24)-Farah Farhana
Sama-sama.InsyaAllah,more to come..selalu la dtg berkongsi ya :)



(25)-nash
Setuju bro..u've done well~

Balas
avatar

berbaik sgka n jgn menghina golongan kafir =)

Balas
avatar

tak susah..sbb itu Allah wujudkan doa..mnta jgn dibolak balikkan hati..setiap kebaikkan yg kita buat akan diganggu oleh setan..sbb itu nabi saw ajar supaya bila dtg ria dlm diri kna beristigfar byk2....insallah..

Balas
avatar

http://hijratuhuilallah.blogspot.com/2010/09/emerging-perspectives.html

Balas
avatar

(26)-Miss
Saya tahu isu tu~bersangka baik dgn org bukan islam...asbab hidayah juga itu :)


(27)-pencacai alim
Saya masih merasakan ikhlas itu susah


(28)-Nursyahirah
Terima kasih atas perkongsian.ARtikel yg TERsangat Baik!

Balas
avatar

Bila kita tergolong dalam golongan yang Allah beri Hidayah, janganlah rasa bagus, sebaliknya sayangilah kpd mereka yg masih belum diberi hidayah, bantulah mereka...

Allah berhak menarik Hidayah tersebut dan memberinya kepada sesiapa yg dikehendaki...

bersyukurlah dgn hidayah yg diberikn

Balas
avatar

betul tu..jangan benci pada pelakunya..dia tak tau mungkin Allah nak uji diri dia and diri kita nih..tiap yg berlaku ada hikmahnya..nak test tengok adakah kita ni cpt melatah..am i right?

Balas
avatar

Nice entry bro..2 la,kekadang kite sendiri pon ade kesilapan.so,ape2 yang berlaku mesti ade hikmahnyekan..bagus2!

Balas
avatar

(28)-Afif
saya sentiasa bersyukur dgn nikmat jidayah kerana saya sedar,ramai yg masih mencari dan tercari-cari~


(29)-Ckin
U r obviously right.Dalam apa perkara sekalipun,kita tetap kena ikut cara Rasulallah berdakwah :)


(30)-Zaer
Bro..entry ni peringatan utk aku yg sgt kerdil..banyak silap..banyak dosa..huhu..thanks dtg baca :)

Balas
avatar

Salam..

da'ie, saya memang tak layak.. tapi daki? semoga selalu dibersihkan.. Insha Allah..

salam perkenalan

Balas
avatar

ashrafi~
InsyaAllah...moga2 Allah perkenankan keinginan kita~

Balas
avatar

How do you do?
I am 31 years old woman and I live in Venezuela, Santa Rosa. My interests it is a family and spiritual self-improvement. For a long time dreamed to make international friends

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443