Hobi yg tak rugi

Setiap manusia ada kecenderungan masing-masing.Hal ini boleh diperhatikan dlm blog mereka,apa yg mereka selalu tulis,itulah yg mereka suka.Ramai org suka bercerita tentang review filem atau pengalaman mereka menonton movie dll.Itu tandanya mereka suka menonton filem.

Saya dan movies
Saya juga suka.Oh!Tipu saja.Saya tak suka tengok movie,tapi saya baru belajar nak suka tengok movie.Jangan tak percaya,kerana yg 'ajar' saya itu ialah Tuan Haji Mohammad Sabu taw!Sudah pasti secara indirect.Saya cuma mendengar tazkirah yg dia sampaikan dan dlm tazkirah beliau,beliau menceritakan bahawa beliau pernah menonton filem tamil yg mengisahkan tentang kasih seorang ibu yg sanggup bermati-matian menyelamatkan anaknya dan diolong si ibu itu sungguh mengharukan.Si ibu berkata kpd org jahat yg nak bunuh anak dia-"Tuhan boleh lupakan umatnya,tapi seorang ibu takkan lupa kpd anaknya!". Tuhan mereka tak hebat laa..kan? =)


Lalu dia kaitkan dgn ibu-ibu muda islam,yg tak ingat anak-anak mereka!Slps dilahirkan,mereka dibunuh atau dibuang.Ada dalam ajaran islamkah?

Sejak itu,saya pun sudah mula menonton filem dan pastinya niat saya ialah utk melihat values dan nilai yg ada dlm filem itu.Dahulu,saya cukup membenci filem melayu.Sampai sekarang pun sisa-sisa penolakan itu masih wujud,kerana sakit hati melihat adengan org islam bercium,berpengangan tangan dan berpelukan atas nama seni.

Seni apa jika mengundah dosa?

Ya.Saya lebih suka menonton filem org kafir.At least,mereka tak memijak-mijak syariat kerana mereka mmg tiada syariat.Cerita hindustan yg saya tengok masa kat Pangkor tu pun sama.Saya tengok sbb nilai dan pengajarannya.

Pengajaran yg sgt baik dpt diperolehi melalui filem itu.Ia berkisar tentang seorang wanita india yg sgt-sgt tabah,cekal dan berani.Dia telah dirogol,lalu dia lawan perogol tu dlm court.Kerana kepetahan dan keberaniannya,dia boleh fight dgn si perogol sbb perogol dia tu anak org kaya.Kalau kat India,org kaya dia sgt jahat.Sama mcm dlm filem tu,org kaya tu rasuah tuan hakim,tapi perempuan tu pandai.Akhirnya mahkamah jatuhkan hukuman supaya perempuan tu kahwin dgn si perogolnya.Hukuman yg pelik~
(Dah 3 tahun saya tak masuk wayang,tggu org belanja bru nak masuk ;D)
Pengajaran Filem
Pengajaran yg paling baik saya dapat ialah bagaimana org india sgt mementingkan 'kegadisan' mereka.Faham tak?Mereka tak berzina sblm kahwin kerana bagi mereka kegadisan mereka adalah mahkota yg paling berharga yg tiada tolak bandingnya.Entah..itu dlm filem.Realiti saya tak tahu.

Org islam cuba ambil pengajaran terutamanya gadis.Jgn biarkan diri anda disentuh mana-mana lelaki yg tak layak kerana sekali anda disentuh,pudarlah warna anda.Sekali disentuh,walaupun hanya di tangan secara suka-suka tapi ia telah meninggalkan tompok hitam dalam hati.

Bukankah buah manggis asalnya dari pokoknya?Sama juga..bukankah zina juga asalnya sentuh-sentuh dahulu?Potensi utk kita membuang anak sentiasa wujud...kerana zina sentiasa wujud.

Nasihat saya
Lepas kalau kita menonton apa-apa cerita pun,jgn hanya menonton dgn nafsu sebaliknya bawak sekali akal dan iman.Barulah tak rugi tengok ;D Ingat!Sambil menyelam minum air.Sambil berhibur,ambil manfaat dan praktikkan nilai-nilai yg baik.ok?
Previous
Next Post »
22 Komentar
avatar

the last time i went to cinema was to watch Geng Upin Ipin hahhaha.. layanz dgn budak2. ;p

anyway, cite hindustan mmg byk pengajaran sbb diorg byk cerita hubungan antra kawan2 dan family tp bila masok part nyanyi2 tu yg dugaan tu, sbb si penari pompuannya seksi nak gile.. dgn lenggoknye lg..

wei tutop mataa!

Balas
avatar

tak brapa nak minat dah layan hindustan, over act tapi sari katanya memang mengandungi falsafah yang tinggi macam contoh tu, tu le antara kehebatan filem hindustan

waimma apa pon terpulang le pada penonton nak berhibur atau cari suatu yang bermanfaat

Balas
avatar

tuh laa!
tertanya tanya gak,
bleh ke berpegang tangan, berpeluk, bercium dalam filem tuh walaupon blakon aje.
walaupon konon konon ntok carik rezeki!
huhuhuh

Balas
avatar

menonton movie untuk di amek pengajaran sangat la bagus dan bermakna...

kadang2 tu ada juga di kalangan kita yang menonton movie hanya masa tue je sedar (if movie tu penuh pengajaran), bile kuar panggung dah buat2 lupa balik...ermmm...


**suka tengok movie yang kelakar, action dan berfantasi macam harry potter..kartun pun suke tgk gak...

Balas
avatar

betul citer orang kafir x pa lah, dah memang diorang xda agama. citer orang melayu semua pakat nak telanjang.. aiyokk

Balas
avatar

(1)-nis
Kena jaga elok2 la kan =)


(2)-november zulu
hahahaha..part tu mmg tutup mata pun ;P


(3)-cemomoi
Mesej saya pun jelas.Pasni kalau nak menonton,berhiburlah sambil ambil pengajaran..2 in 1~


(4)-reen
Itu tak pelik lg reen.Yg pelik ada pula 'ustaz' dlm filem ;D
akhir zaman~


(5)-adah
Haha..mmg banyak jenis yg insap kejap.Cuma arap2 pasni diorang mati dlm keadaan insaf la~
saya suka tengok kartun juga!sgt suka ;D


(6)-PinQib
hahaha...aduyai..itulah masalahnya~menyedihkan..huhu

Balas
avatar

yup...watching movie can teach u a lot...but have to learn to read between the lines...(cari yang tersirat bkn tersurat). Asalkan jgn terpengaruh dgb budaya / ajaran yang mengarut udah la.....:D

Balas
avatar

iqbal, tengok, maCy dah tengok blog..
isk!

hum, menarik.. maCy pernah buat review skt pasal satu cta hindustan, sbb values dia..

baik awk tgk cerita inception. best! err, best pada aksi pada moral value? entahla~ huu

Balas
avatar

salam iqbal,
oren suka sangat tgok movie.
x kisahlah apa genre,apa bangsa punya movie.
dulu,mmg tgok movie sekadar suka-suka.sekadar nak isi masa.
tapi sekarang,bila tgok movie,dah mula berfikir.hatta tgok cerita kartun sekalipun.sebenarnya,dalam movie,banyak values and the hidden things. cuma kita perlu lebih buka minda tapi,masih ada batasnya.buka minda ialah kita x boleh judge sesuatu movie mungkin pada bahasanya,tajuknya atau para pelakonnya.u have to sit and wait until it ends.lepastu,baru kita boleh menilai.kadang-kadang memang ada jugak cerita yang sampah kan.buat sakit hati je tgok.tapi setengahnya,banyak values yang kita boleh dapat.tapi yang good sides la.yg bad sides?xperlulah ikut.akal Allah beri x kan nak sia2 kan ye x.hee~

Balas
avatar

ntah.. naka kata perempuan sekarang gila?? boleh juga.. ada anak gadis yang sanggup toreh nama kekasihnya di lengan~~
nak kata media salah
bukan!! kitalah yang kena ada self-censorship and self-control...
erti kata yang lebih tepat..
iman dipandu akal berdasarkan wahyu..

Balas
avatar

(7)-sophietarmizi
sure thing.Remaja suka tengok muvie,maka harapan saya supaya lps ni org tengok juga,tapi tengok yg baik2 aje...harap2 lah~


(8)-maCy
Haha...saya tengok cerita kartun je...dan yg untuk tontonan Umum~hehe


(9)-OrenLimau
I like ur comment very much!hehe..best~senang faham dan sharp.Berhati-hati dlm berhibur~sure thing~

Balas
avatar

filem mlayu skarang dah hampir same je dengan filem barat. nyampah bila menonton.

alasan si penulis skrip, keadaan itu memang terjadi tapi perlu ke sampai nak diselitkan dalam filem?

stuju..

tengok filem bukan skadar hiburan smata-mata. banyak manfaat yang boleh diambil.

teroskan dengan penulisan kamu

Balas
avatar

ambik yg baik shj..yg buruk 2 jgn ikut..:)

Balas
avatar

salam iqbal,

semoga mereka yg terlibat dgn industri film di malaysia (muslim) sempat bertaubat.

semoga juga Allah swt beri hidayah kpd semua umat islam supaya 'sindrom' buang bayi ni boleh dicegah & dihapuskan.

p/s: akak tgk toy story 3 ngan suami & anak2 kat umah pun boleh nangis..ceh..

Balas
avatar

Assalammualaikum... saya pun selalu bawa anak-anak saya menonton wayang, disamping berhibur ianya juga merapatkan hubungan saya dan anak-anak...

Balas
avatar

ramai umat islam sekarang ini "islam" pada keturunan je..tapi dlm hati tiada..

Balas
avatar

baiklah en iqbal! hehe. sentuh sentuh not good~ tp aritu tersalam salam tansri masa naik stage amik scroll. haih. susah betol.

mse alam pekerjaan lagila..susah btol..serba salah kalau org sua tangan mau salam...

Balas
avatar

tentang hobi ni... UJ tak dapat nak bagi komen panjang ... dan memang UJ tak ada pengalaman... belum pernah masuk wayang lagi buat masa ni... walaupun dah umur dah senja dan sememangnya golongan retro... hehehe
TV pun sekadar ada.. jarang pula melihatnya dengan serius melain informasi2 yang menarik perhatian...

mungkin UJ terdidik dengan cara sebegitu bahawa menonton wayang gambar itu 'agk tidak baik' suatu ketika dulu...lantas ibu dan ayah melarang keras menghabiskan duit dan menghabiskan masa dengan menonton wayang...walaubagaimana pun UJ tidak beranggapan sebegitu dewasa ini... ada juga positifnya...

so masa banyak habis terluang dengan mengetahui cerita melalui pembacaan Novel... banyak kisah jugak kan dalam novel..

teringat suatu kisah dulu.. ada sorang member yng ingin sangat tgk wayang dan tiada teman..lalu UJ yang dipelawa... terlalu sukar nk tolak ajakan itu.. kerana kawan baik..dan pada masa yang sama Uj teringat pesan mak...larang keras masuk wayang... waduh... UJ ikut member tu... UJ sebenarnya risau dalam hati Allah sahaja yang tahu... bukan kerana takut dengan mak sahaja kalu dia tahu kelak... tapi juga camne lah rupa dalam wayang tu cukup UJ takut... jakun betol UJ time tuh...

last2 selawat banyak2 agakr ada je aral agar UJ boleh escape...tup tup tup sampai di cinema... movie yang nak ditonton itu dah sold out..lega UJ... alhamdulillah... UJ bleh mengekal rekod tidak masuk wayang...

mungkin jakun... tapi itulah UJ bukan orang lain kan... heheh

panjang lak sekadar perkongsian pengalaman...

salam ukhuwwah..

Balas
avatar

ye saya setuju sangat...menonton movie boleh tapi biar dgn niat yg betul...ambil yg baik buang yg keruh..jdkan yg baik itu sebgai tauladan...

Balas
avatar

(10)-amira
Wau..anak gadis jadi penoreh?
ceh..klo penoreh getah okey lagi!hee
erm..saya sgt setuju ngn kamu.Setiap org harus memiliki self-control tapi...iman setebal kulit bawang,what we can expect..hmm..


(11)-nisya
Hampir sama ke mmg sama ;P
Yup..banyak perkara perlu diperbetulkan~
dan insyaAllah,sy akn tetap menulis smpai takde jari da.hehe..TQ


(12)-Ct SoLeHa
ok..thanks atas nasihat yg sgt baik :)


(13)-kak Lynn Nasir
harapan saya pun begitu.Semoga setiap org yg berdosa,sempat bertaubat sblm mati.Dan semoga pasni,media massa dpt membantu masyarakat dgn mengurangkan hiburan yg mereka agungkan...dgn itu,insyaAllah gejala buang bayi pun akan berkurangan


(14)-mama
Sure...yg penting bagi anak-anak ialah bimbingan ibubapa masa menonton filem dan tV~


(15)-pencacai alim
Ramai~mungkinkah aku pun termasuk dlm yg ramai tu....huhuhuhu


(16)-Rina
Haha..susah kan?hati-hati rina..'redha kpd maksiat adalah seumpama kita melakukan maksiat'.Kalau terpaksa dan darurat,harap2 Allah maafkan.


(17)-UJ
Waahhhhhh...kagum!tak pernah!Bagusnya!!!lagipun mmg tak elok pun masuk wayang ni~saya pun dah lama tak masuk.Alhamdulillah~


(18)-Yuni Aisyah
Ambilkan pengajaran.Barulah tak rugi~

Balas
avatar

mmmm,is it ok if we (akhawat ikhwah) watching movie?


-baru first tyme dtg blog ni-

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443