Kita pejuang Israel?


Atas segala kekejaman mereka,kita masih bersahabat dgn mereka
Atas segala kemusnahan mereka lakukan,kita masih memuja mereka
Atas segala kerosakan mereka perbuat,kita masih memperakui mereka
Atas segala kesundalan mereka,kita tetap membantu mereka

Dimana sesitiviti kita keatas saudara kita yg dibunuh sewenang-wenangnya seperti binatang?

Benarlah kata Saidina Umar r.a,'Allah membantu kaum muslimin kerana maksiat yg dilakukan puak kuffar"

Lihat sajalah diri kita,apa jenis dosa yg saya dan anda belum lakukan?Kita lah hijab dan penghalang kpd turunnya bantuan Allah!!

Aneh...pelik..ajaib..
Kita mengatakan kita membenci Israel,
Tapi dlm masa yg sama,kita mengagungkan hiburan...
kita memuja artis-artis..
kita menggunakan barangan keluaran mereka..
dan paling buruk,kita memperakui cara hidup mereka dan kita guna pakai hukum dan undang-undang mereka! 

Kita adalah pejuang Israel..itu realitinya..

Sampai bila kita masih tetap mahu bersubahat?
Sampai bila kita masih tetap mahu menggunakan produk keluaran mereka?
sampai bila kita masih mahu mempraktikkan undang-undang mereka?
Cara hidup mereka?Hiburan mereka?
dan....
mencandu rokok buatan mereka??

Moga nanti bila Allah tanya apa sumbangan kita dalam perjuangan melawan Yahudi Laknat dan kuncu-kuncunya dari golongan org islam atau bukan islam,kita berupaya menjawab,"Aku menolak hiburan yg mereka agungkan.Aku membenci artis yg mereka didik-didikkan.Aku sanggup kelaparan asalkan tidak menggunakan barangan keluaran mereka,dan aku juga tidak menyokong dan tidak memperakui undang-undang buatan mereka,jauh sekali sistem kehidupan mereka".

Palestin...aku sayangkan engkau.Moga cita-citaku utk berbakti kpd islam terlaksana sebelum nyawaku diambilNya...
(agaknya apakah yg mereka makan semasa berbuka ya?Yang pasti,mereka takkan membazir sprt yg kita budayakan)


p/s-jika ada org yg melatah atau marah kerana dilabel sebagai pejuang Israel dalam diam,maka buktikan saya salah dgn kita sama-sama istiqomah solat subuh berjemaah setiap hari.Bolehkah?
Previous
Next Post »
34 Komentar
avatar

yes..org pertama komen..hehehehe..
taw xper...yelah org sekarang nie terikut2 ngan budaya yang dianjurkan yahudi....hiburan...seks bebas...rokok...gaya hidup mewah..dsb..sedih2...

Balas
avatar

saat menyentuh hati entry ini.. moga Allah memberi kemenangan pada rakyat Palestin

Balas
avatar

nis mmg tak suke kekejaman israel
eii.,,
bencibenci

Balas
avatar

salam. tahniah iqbal. the best entry.
memang betul, tak ada salahnya, kita menjadi pejuang israel tanpa sedar. nauzubillah.. terasa malu pada saudara di palestin. diri terlalu banyak khilaf dan tak mampu berbuat apa apa demi mereka

Balas
avatar

(1)-Nas
Tahniah nas dpt jadi yg pertama,tapi maaflah...aku tak kerja lg,so takde hadiah.hehe..insyaAllah nanti aku jd yg 1st utk entry2 ko ;D
Apa yg ko kata tu betul...budaya yahudi inilah yg umat malaysia amalkan...mengerikan..



(2)-amira
Kemenangan akan dtg.Itu pasti...cuma malulah jika nama kita tak termasuk dlm senarai panjang pejuang-pejuag itu..hmmm...


(3)-Nis
Rasanya takde seorang pun yg berhati manusia yg tak bencikan Israel,kan? :)


(4)-Anwar
Ya..thanks sbb setuju bro :)


(5)-HijabViolet
Ya...itulah yg membuatkan saya termenung panjang...hmm

Balas
avatar

boikot mana mampu. penting tu, bukan membantu menjana ekonomi bagi mereka mencipta bom untuk meletupkan kepala kita!

teringat blogger abang pacifist, pejuang alam maya menentang kekejaman israel, bila lagi mahu menyahut seruan jihad al-qital?

Balas
avatar

kita duk sebuk buat perhimpunan anti israel dan bakar bendera negara dia org..tapi pernah tak terpikir dlm mengherdik dan membakar bendera israel kita dlm masa yg sama merupakan org yg membenci negara tersebut tetapi sebenarnya menyokong dlm membantu petumbuhan ekonomi negara tersebut..pelik tapi ini adalah hakikat..

jln terbaik dlm memerangi negara laknatullah itu adlah umat ISLAM kena bersatu dan kembali kpd agama Allah..ini solat jemaah subuh pon ssh nk pg..padahal org yahudi ni takut jika umat islam sembahyang subuh ramai spt solat jumaat..hint dh kasi, tapi nape xpnh nk pikir..tepuk dada tny selera

P/S: AMACAM BRO BEBELAN GUA? HAKHAKHAK...

Balas
avatar

jgn lupakan umat islam dinegara yang lain juga

Balas
avatar

salam..
iqbal, lama sy xkomen kat cni kan..
tapi sy jadi silent reader je..hehe
sy pn salah seorang yg mmboikot brg2 diorang, tapi at the same time ade yg pernah menguji sy..dia cakap

"boikot tu la selemah2 tindakan yg org islam boleh buat..instead of boikot,knape kita xberusaha utk take over perniagaan diorg tu? biar kita yg menguasai..bla3.."

hehe..xtau nak jawab ape tau..sy ckp, buat yg terbaik yg kita mmpu :)

Balas
avatar

T___T terasa...boikot skejap then dah x boikot...ill try again

Balas
avatar

Palestin...aku sayangkan engkau.Moga cita-citaku utk berbakti kpd islam terlaksana sebelum nyawaku diambilNya...

AMIN... moga terlaksana berkat dibulan yang mulia ini.

Balas
avatar

sebaik2 demonstrasi adalah bila kita solat subuh berjemaah.

musuh takutkan itu.
kerana itu, tandanya iman kita teguh.
dan mereka tahu kerana keteguhan iman itu, kita akan menang ke atas mereka.

insyaAllah.

http://hijratuhuilallah.blogspot.com/2010/07/untuk-sahabat.html

Balas
avatar

setuju..boikot facebook sekali..ada beran(berani)?

Balas
avatar

(6)-maCy
ya.Boikot mana yg mampu~
Jihad al-qital rasanya terlalu berat bagi org lemah mcm saya..hmm


(7)-Pencacai Alim
Bro...jumaat minggu depan dtg masjid tempat aku..boleh jd khatib baca khutbah dah ni :D hehe..TQ atas komen bro.


(8)-Hans
Betul...kalau yg jauh boleh ingat,yg dekat pasti akan boleh diingat juga :)


(9)-iejan
Salam iejan :D
Saya tahu kamu tu silent reader,takpew~
Ya..saya setuju dgn kamu,Allah cuma mahu menguji kesediaan kita shj :)


(10)-Rina
InsyaAllah..saya pun sama.Sikit-siki,lama-lama jadi banyak ;D


(11)-mama HidayahAmin
InsyaAllah kak..itu azam saya,sejak dulu lagi ;)



(12)-Nursyahirah
Ya..cukuplah dgn umat islam beramal dgn islam,automatik bantuan Allah akan datang.Sekelip mata~


(13)-sengal ke aku?
Takde bran lagi..sbb saya melihat Facebook sbgai tempat saya melabur~

Balas
avatar

how to say eh bab nk boikot barang nih..sbb bnda ni da sebati dr dlu lagi kn??

so mcmmana ye nk ckp..tipula sy x guna barang dr keluaran mereka jgk kn..tp xretila nk ckp

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

Salam iqbal..

Ada bayan satu jemaah dari Palestin memberitahu...

" Rahib2 yahudi menunggu di hadapan masjid disana ketika masuk waktu subuh, apabila ditanya kenapa berada disitu, rahib yahudi itu berkata:

" KEBANGKITAN ISLAM MASIH JAUH LAGI. SELAGI ORANG YANG DATANG SOLAT SUBUH TIDAK SEPERTI SOLAT JUMAAT, ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT "

Allahu Akbar..sama2 fikir dan renungkan, disebalik maksud kata2 itu..

Apabila umat islam mengamalkan agama yg sempurna, ikut cara Nabi S.A.W..maka nusrah ALLAH akan turun mencurah-curah..

Sama2 doakan kesejahteraan palestin..

Balas
avatar

salam,

ya Allah..setiap kali terfikirkan ini, mmg hati rasa bergetaran. tp apalah daya saya yg kerdil ini. berdoa dan membenci. nak angkat senjata rasanya..perjuangan mendidik anak2 menjadi muslim terbaik masih 'jagung'. semoga Allah ampunkan dosa saya..saya bukan sygkn dunia (dlm bentuk anak2) secara melampau,tp sy menjunjung amanah. sama berat sama penting.

kalau la boleh aku pos biskut raya ke palestin sana..

Balas
avatar

Boleh saya tahu berapa lama anda boikot barang-barang Yahudi? Sejak kes Israel serang Gazakah?

Balas
avatar

InsyaAllah.. akan buat yang termampu

Balas
avatar

(14)-Cik Linn
boikot sikit2 pun takpew..guna pun setakat yg perlu je :)


(15)-Brutal solo
Sokong tukang komen!Nice comment~hehe


(16)-aisyahHumaira
Ya...mcm tu la..scale kekuatan umat



(17)-kak Lynn nasir
Setuju ngn akak.Lain org,lain ujiannya


(18)-optik
Entah..dah tak ingat :)


(19)-dini
Ya..sama-sama berusaha

Balas
avatar

zionis memang musuh kita sampai akhirat.

rakan-rakan IM baru sahaja balik dari misi ke Gaza beberapa hari lalu. IM entah bila pula hendak pergi...

Balas
avatar

Salam..

Betul tu iqbal, istiqamah solat subuh berjemaah setiap hari tu paling utama. Penuhkan masjid waktu subuh seperti solat jumaat

Balas
avatar

aha..dlm hati benci tp dalam kehidupan seolah-olah tiada apa yg jadi.muzik layan, mkn,minum, rokok amik gak..
-sama2 baiki diri-

Balas
avatar

nk jadi khatib bukan sebarang org beb..akhlak kena cantik selari dgn kehendak alquran dan assunah..cth dlm khutbah kita menyeru manusia mmbuat kebaikan..imam dan bilal ni bukan blh tangkap muat je beb..hakhak..

Balas
avatar

kadang2 memang sukar nak istiqamahkan benda yang baik..

Balas
avatar

salam iqbal..

ya Allah..dah berapa kurun entri kak tertinggal nih?? huhuuu

tp jgn ta taw, i spent around 40 minutes to read all of ur entries..

blog ni baik dan mantap, keep it up :)

Balas
avatar

mmmmmmm...btul2..kalau solat subuh berjemaah mcm solat jumaat tuh...mmg Islam akan bangun...

haihhh..bkn nak cakap apa, sedangkan di asrama saya pun solat subuh berjemaah pun lambat sebab lelaki lambat bangun.. even dekat dlm asrama pun susah nak berjaya apatah lagi satu kawasan,satu negeri,satu malaysia,satu dunia....

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443