Rosak besi kerana karat.Rosak manusia kerana jahil.Kedua-duanya sama bahaya,sama mudharatnya.Kerana karat,besi hilang kekuatannya.Manusia yg tiada cahaya,juga sama.Akalnya tidak berfungsi utk memakmurkan muka bumi Allah.Ya.Jahiliyyah lah penyakit yg paling memudaratkan.
Maka,penting sekali bagi kita utk memahami sifat-sifat dan sebab-sebab manusia menjadi jahiliyyah. Benar,masyarakat arab jahiliyyah telah pun ribuan tahun berada di dalam tanah.Jasad mereka sudah hancur,tapi sirah dan sejarah mereka masih tersimpan rapi,kerana kita telah mewarisi sifat jahiliyyah mereka.
Dek jahiliyyah,hati kita tidak lagi berperanan utk memberi fatwa,yg mana baik dan yg mana buruk.Hati yg dipacu dan ditunggangi sifat jahiliyyah,fungisnya cuma satu iaitu merosakkan diri sendiri,dan merosakkan org lain.
Sahabatku,ambillah ini sebagai suatu yg serius.
Sebab-sebab manusia kembali kpd jahiliyyah
Pertama sekali ialah kerana kita bersangka buruk dengan Allah.Kita mengharapkan balasan segera drpd amalan kita.Solat kita,ibadah kita,semuanya kita lakukan kerana mengharapkan ganjaran yg boleh dilihat pada pandangan mata sedangkan itu semua termasuk dlm benda-benda ghaib.Kadangkala Allah sengaja menyembunyikan kebaikan,kerana Dia mahu menguji keyakinan kita.Adakah kita akan bersangka baik dengan Allah atau sebaliknya?
Maka,ingatlah amaran keras Allah dalam surah Al-fath ayat 6-"Dia mengazab org munafik lelaki dan perempuan serta org musyrik lelaki dan perempuan yg bersangka buruk dengan Allah..."Sebab kedua kita kembali kpd jahiliyyah adalah kerana diserang al-istighna' iaitu kita merasa cukup dgn amal ibadah kita.Bila diajak kpd kebaikan,kita menolak dengan alasan,"aku sudah cukup baik.Aku tak memerlukan itu".Maka,dgn mudah kita diserang fahaman murji'ah iaitu kita berkira-kira kononnya kita akan masuk syurga tanpa perlu beramal dan kononnya Allah akn mengampunkan dosa kita dgn begitu saja.
Firman Allah dalam surah Al-alaq ayat 6 dan 7-"Sekali-kali tidak!sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas,apabila melihat dirinya serba cukup"Sifat yg kita warisi ini juga diceritakan oleh Allah dlm surah luqman ayat 21-"apabila dikatakan kpd mereka,'ikutilah apa yg diturunkan oleh Allah'.Mereka menjawab,'Tidak!kami hanya mengikuti kebiasaan nenek moyang kami".Hati-hati kerana saya perhatikan ramai dari kalangan kita yg memiliki fahaman ini,termasuklah saya sendiri.
Sebab ketiga ialah Takbur.Takbur bererti sombong.Boleh kita kaitakn takbur dgn keadaan kita yg menolak nasihat dan memandang hina pandangan alim ulama.Moga Allah menjauhkan kita drpd fahaman 'ana khairun munhu'-aku lebih baik drpd dia.Fahaman ini lah yg dinukilkan dalam surah al-A'raf ayat 12,bilamana iblis menolak perintah Allah supaya sujud.memberi penghormatan dan Iblis refuse,'aku lebih baik drpd Adam!!'
Celakalah iblis dan celakalah manusia yg memiliki sifat ini.
Sebab yg seterusnya ialah hawa nafsu.Saya tak berhajat utk menghuraikan berkenaan nafsu kerana saya pernah berkongsi tentang perkara ini di sini.Feel free to read.
Sebab yg terakhir sekali pula ialah taqlid,iaitu ikut-ikutan.Keras sekali larangan Allah dalam surah al-israk ayat 36-"Janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani,semuanya akan diminta supaya dipertanggungjawabkan" Saya juga tak mahu bercakap panjang tentang ini.Lain kali mungkin...
Kesimpulan
Sesudah kita tahu akan sebab-sebab dan punca kita kembali kpd zaman jahiliyyah moden,seharusnya kita mula merancang.Apakah cara terbaik utk mengawal diri,menjaga akidah dan menyelamatkan iman kita supaya saat kita mati nanti,kita tidak mati dalam jahiliyyah.Plan it,now!
21 Komentar
dunia ini bulat dan manusia hari ini akan kembali semula kpd zaman jahiliyah kerana masing2 sombong dgn Allah sedangkan rezeki yg mereka dpt dtgnya drp Allah jua..berbaliklah pada alquran dan assunah, insyallah kita tidak akan tersesat di dunia dan akhirat..itulah janji Rasulullah SAW pada khutbah terakhir baginda 1400 tahun dahulu..
Balassalam,
BalasAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian dan peringatan yg diberikan.. semoga Allah menjauhkan kita dari kejahilan..
insyaAllah..
bersangka buruk.. ya itu benar.. lagi2 dalam bab berdoa.. masyaAllah!!
Balas:)
Balaskalau dtg sini baca entry hati rase tenang je..
yup!plan it now...tp slow2 boleh kan?
sapelah yg suke bersangka buruk kt Allah tu..
BalasDia maha mengetahui dan Maha berkuasa...ape yg berlaku ni ad sbbnya.mungkin iman kita sng rapuh wlupon kita buat ibadat..sbb myb x ikhlas ke kn.then bila turun bala mula la nk blame mcm2 kt Dia
alhamdulillah.. tazkirah yang dekat di hati..
Balastq Iqbal... =)
thanks iqbal for the reminder ;)
Balasjahil deb
Balasngan kejahilan jahilyyah menyebabkan kta menadik pengikut orang-orang terdahulu tanpa usul periksa
(1)-Pencacai alim
BalasTahniah bro..betul2 ada gaya mcm khatib la :) hehehe..aku setuju dgn ko,lagi2 part khutbah tu :)
(2)-Manna salwa
Insyaallah,harap-harapnya begitu lah :)
(3)-amira
Semoga saya dan kamu,bahkan semua org terselamat dr sifat buruk ini
(4)-echah
Slow2 is much better~! :) sbb perancangan yg rapi will take time~
(5)-Cik Lin
Penerangan yg sangat menarik.TQ much~
(6)-Cahaya Pembuka
Alhamdulillah...sama-sama :)
(7)-Rina
Thanks rina for reading ;)
(8)-cemomoi
Hehehe..yg tu nanti punya cerita bang :) hehe
bnyk nye kekurangan diri ni. hum, salu terleka.knp?;(
BalasMarilah kita merenung dan menyuluh diri kita, menyuluh hati, fikiran dan nafsu kita, apakah kita masih memiliki sifat ini... Mohonlah kepada Allah SWT agar dijauhkan..
Balaslama xsinggah sini..thankss for sharing the ilmu and peringatan..=))
Balaslagi maju dunia lagi ke jahiliah manusia skang ni..bnyk da conth2
Balas(9)-fisha
BalasSemestinya org biasa mcm kita mmg banyak kekurangan.Dan adalah menjadi suatu kemestian bagi kita utk memperbaiki kekurangan diri~
(10)-mama hidayahamin
Amin...semoga beroleh kejayaan sentiasa :)
(11)-haNyss
Thanks dtg sini lagi.InsyaAllah,selagi saya bernyawa,selagi itu saya akan berkongsi..dtg jew :)
(12)-hentakberlipat
Semestinya~mmg klo nak list down,rasanya tak mampu..huhu
nice
Balassemakin lama semakin kamu layak untuk menjadi salah seorang ahli protaz.. (^__^)
Balasnice entry iqbal..
(13)-Hamzah Ian
BalasTQ bro dtg baca :)
(14)-Faarihin
Ish...kak..saya still perlu banyak belajar :)
Salam iqbal...
BalasMemang sedih bila memikirkan hal ni. Tp yg nyata, ciri2 jahiliah zaman dalu masih ada malahan semakin tegak dalam zaman moden ni. Kejahatan,kesesatan, kefasikan,kekafiran dan kemunafikan bermaharajalela dewasa ini. Amar ma'aruf dan nahi mungkar tidak menjadi teras dlm pendidikan. Manusia kini diserang penyakit yg memusnahkan kemanusiaannya.
Mereka memerlukan sejenis terapi perubatan bg merawat dan menyembuhkan ciri2 kemanusiaan. Farmasi yg mampu memberikan penyembuhan tidak lain drpd islam yg diperjuangkan oleh Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat r.anhu.
Inilah yg perlu kita bangunkn bg meneruskan usaha dan perjuangan baginda S.A.W. Baginda akan bangga bila umatnya tegak dlm islam dan sebaliknya akan berduka jika umat yg dibinanya musnah dalam kegelapan aqidah.
Marilah kita sama2 melakukan sesuatu yg boleh menyukakan hati baginda S.A.W disamping menjauhi diri dari menyebabkan baginda berdukacita.
Semoga ALLAH membantu kita dlm merealisasikan hasrat ini..
p/s: maaf yer kalau panjang sgt komen dr akak..Wallahua'lam.
nauzubillahiminzalik.
Balassemoga kita tak futur.ameen
(15)-Aisyah
BalasKak,terima kasih atas perkongsian yg sgt bernilai di sisi saya.Kata-kata nasihat yg sgt baik~
Semoga usaha kita yg kerdil ini mampu menyukakan Allah dan RasulNya
(16)-Nursyahirah
Semoga begitulah~amin
ADA GAK EH BERSANGKA BURUK PADA ALLAH.. SUBHANNALLAH.. X KUSANGKA
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443