Saya juga merasai dan mengalami masa,saat dan pengalaman yg sama.Saya pernah hidup dalam kepompong jahiliyyah.Jasad saya bebas,tapi jiwa saya terkurung.Saat dimana jiwa muda saya meronta-ronta mahukan 'sesuatu'.Sesuatu yg tak mampu di isi dan atau ditutup dgn apapun selain islam.
Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 257; 'Allah ialah pelindung orang-orang yang beriman.Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir,penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kpd kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya.'
Proses hijrah drpd kegelapan kpd cahaya telah menemukan saya dengan 'sesuatu' yg selama ini adalah teka-teki bagi saya.Barulah saya tahu,yg 'kosong' itu adalah cahaya.Bila Allah temukan saya dengan cahaya,terbuka luas jalan yg selama ini kabur dan berkabus.
Saya tak pernah kecewa atau menyalahkan org-org yg hingga saat ini,masih bergelumang dgn sifat jahiliyyah yg menebal.Walaupun kaum arab jahiliyyah telah ribuan tahun meninggalkan kita,tapi sifat mereka telah diwariskan kpd kita.Sifat jahiliyyah yg menjadikan kita buta kpd kebenaran.Ya,akal kita kelas pertama tapi hati kita kelas tercorot.Kita tak mampu membezakan antara yg benar dan yg salah,lalu kita cenderung utk menolak kebenaran.
Sesungguhnya,saya berkeinginan jika sekiranya semua org boleh berkongsi cahaya yg sama dgn saya,tapi apatah daya saya,cahaya itu milik Allah.FirmanNya dlm surah al-qasas ayat 56; Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
Seseorang yg menerima cahaya,pasti akan berkelakuan sprt Saidina Umar.Beliau jika bersendirian,terkadang tertawa namun terkadang menangis.Ketawanya adalah kerana mengenangkan zaman jahiliyahnya dahulu,dia pernah membuat berhala drpd buah kurma dan berhala kecil itu dibawa bersama-sama ketika beliau bermusafir.Disembahlah berhala kenit itu tapi setelah beliau kelaparan,dimakan pula berhala drpd kurma itu.Beliau ketawa,terkenangkan bagaimana beliau pernah 'memakan tuhannya'.
Selepas ketawa,beliau menangis pula mengenangkan perbuatannya menanam mati anak perempuannya hidup-hidup.Ya.Hidup dlm jahiliyyah akan menemukan kita dgn 1000 kesesalan yg tidak akan berpanjangan.Berbeza dgn org yg tidak merdeka drpd sifat jahiliyyah,kekesalan mereka akan terus menghukum mereka selama-lamanya di dalam neraka.
Kisah kehidupan silam saya rasanya sgt tidak menarik utk kita kongsikan bersama,kerana contoh terbaik ialah pada Saidina Umar r.a Saat beliau masih seorang jahiliyyah,beliau adalah sgt-sgt teruk,tapi setelah Allah mengeluarkan dia drpd kegelapan kpd cahaya keislaman,beliau dimuliakan hingga di saat beliau telah dijamin syurga.
Benar kata beliau,'Kita adalah suatu kaum yg Allah muliakan dengan islam'. Beringatlah wahai insan,tanya diri sendiri,adakah kita benar-benar telah islam atau sekadar beragama islam,tetapi berfahaman jahiliyyah?
Jika ada sesiapa merasakan dirinya masih berada dalam sisa-sisa jahiliyyah,maka sahutlah seruan saya.Kita jadikan Ramadhan ini sebagai medan dan langkah pertama dlm usaha kita utk meninggalkan kegelapan utk cahaya.InsyaAllah,jalan ketenangan hanya dalam islam.
31 Komentar
best!
Balasjzkk for sharing!
sy suke blog ini~!!
Balasbnyak ilmu
buat sy berfikir
Assalammualaikum...
BalasFirman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan kepadanya Nur, nescaya tidak ada baginya sebarang Nur". (Surah An-Nur:40)
Alhamdulillah..kerana sentiasa memberikan yg terbaik dr setiap penulisan..
BalasBeruntunglah orang yang telah ALLAH beri cahaya kebenaran..
Tiada apa yang berharga melainkan apabila ALLAH telah beri cahaya keimanan, cahaya ketenangan, cahaya kebenaran bg kita semua hambaNya..
InsyaALLAH, kita boleh jadikan kisah2 sahabat sebagai panduan utk mencari hakikat erti cahaya itu sendiri..
Sama-sama doakan...
insyaAllah..amin2
Balassedih sebab Allah dah bagi award 'ummat terbaik' pon masih low standard kita nih
Balassaya saya!
Balasmaseh dalam jahiliah!
banyak yg tak tahu,
banyak yg kurang,
banyak buat dosa!
haduhh
best (:
Balassgt tersentuh hati bace entri ni..
alhamdulillah...buka senang nk dpt petunjuk dn hidayah Allah ni melainkan org2 yg teristimewa shj..
Balas(1)-tulip putih
BalasSama-sama :)
(2)-Anis
Kalau suka,boleh dtg selalu.InsyaAllah anda sgt2 dihargai dan dialu-alukan :)
(3)-mama hidayahamin
Waalaikumussalam~ :)
(4)-aisyah Humairah
terlalu besar pengajaran dalam kisah para sahabat.Rugilah kita jika kita tak mahu mencontohi akhlak dan peribadi mereka
(5)-Rina
Aminn..glad to hear that :)
(6)-cemomoi
Uhhh...saya la yg low quality tuu..huhu
(7)-reen
Semua org ada peluang,dan masa utk keluar dan kuncinya ada pada tangan kita..use it~
(8)-Nis
Sama-sama nis.Moga ada kebaikan
(9)-Pencacai Alim
tQ bro..aku pun banyak belajar drpd ko :)
hidayah tu milik ALLAH..dan sy rase sy masih jahil lg!kurang arif dlm agama...xthu xfhm tp xbertanya...
Balaswlau kdg2 terdetik dhati tringt dosa2 kite..lepas tu buat pulak..entahla!
btol la sgt tu mencari dan menuju cahaya...
Balasp/s: bkn lagu Af ye menuju puncak lalala
betul..
Balaskadang-kadang kita perlu berubah untuk menjadi yang lebih baik.
memang hidayah milik Allah SWT dan Dia berhak nak bagi kat sesapa je.
Tapi kita juga perlulah berusaha untuk mendapatkannya.
Kalau tak usaha,xkan juga nak datang bergolek-golek,ye tak?
Bila dah dapat rasa nikmat 'cahaya' itu,nak istiqamah dan kekalkan pun banyak juga cabarannya.
jadi,di sinilah 'saling ingat-mengingati dan saling berpesan' sangat penting.
nice one iqbal!
iman kan ada pasang surutnya...
Balasmemang jahiliyah kalau boleh nak buang jauh2 dari kamus hidup, tetapi acap kali juga terpaksa berperang dengan nafsu
apa pun moga iqbal terusan diberi hidayah
salam ziarah..
Balasrasa dah lama tak berkunjung cari santapan rohani di sini~
~di surau masih sempat insyaAllah..
nice sharing..
suka penjelasan dalam entry ini..
menyedarkan bila mana pernah berada di zmn jahiliyah dan cuba mencari di titik mana sudah kita bergerak dari kejahilan, masih, atau sudah beredar~
nice...
Balasyelah...umat islam masa kini pon masih lagi berada dlm sisa2 kejahian seperti maksiat,pergaulan bebas,arak,dsb..harap2 elakkan ya! same goes to me...
(10)-echah mahsuri
BalasHidayah perlu dicari ;)
(11)-Miss XYZ
Menuju puncak ke menuju berhala?saya tak tahu.. :D
(12)-Oren
InsyaAllah nanti saya akan tuliskan lagi,hurain tentang cahaya dan kegelapan.keep updating with Pondok Cinta ya!
(13)-Cikgu Normah
Ya...harap semua org pun beroleh hidayah
(14)-maCy
Sama-sama.Moga beroleh kebaikan
(15)-nas
Bnayak sgt kalau nak list kan..hmmm..sama-sama beringatlah ea bro :)
Alhamdulillah.. kamu sangat beruntung.. sy masih lagi tercari-cari akan nur itu..
Balassaya sedang berhijrah tentng sesuatu.. doakan saye.. deep inside. agak susah kn.hmm.. kdng boleh, kdng tak.. :(
BalasInsyaallah bro...thanks
Balas(16)-Kak Faarihin
BalasSaya beruntung,dan saya tersangat mahu berkongsi keuntungan yg sama,kalau boleh dgn semua org..huhu
(17)-fisha
Senang atau susah,tetap perlukan mujahaddah~gudluck!
(18)-Mario
Sama-sama bro.TQ singgah sini :)
nama cahaya, tapi masih belum jumpa cahaya..hmm..
Balasdoakan ye..
thanks for sharing.. :)
moga kita sentiasa diberi nur oleh Allah...Amin..
Balas(19)-Aya
BalasInsyaAllah...kita sama-sama mencari ya ;)
(20)-Mawaddah
Aminn~
Teringat lirik lagu ini:
Balas'Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerna Islam
Semua ke Syurga kecuali dia
Kubimbangi dialah diriku.'
Hidayah Milik ALLAH.
nice sharing thought.. :)
Balas(21)-Fatin
BalasYa?lagu apa ya?saya tak pernah dengar lagi.1st time ;)
(22)-Hajarul Hamraa
Sama-sama.Terima kasih kerna membaca :)
kasihan sahabat nabi saw..
Balastp lg kesian kita ni, ummat akhir zaman..
saya juga malu pada Allah bila mengenangkan masa jahiliyyah..wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia,tetapkan hati kami alam agamaMu dan dalm mentaati MU..amin
Balasbetul2....setiap org pasti ad zaman jahiliyahnya...terima kasih atas dakwah anda....jom..jom..hijrah menuju cahaya...
Balas(23)-Lynn Nasir
BalasKesian,tapi untung sgt~kalau jd org beriman :)
(24)-nurisyaz
Moga teguh pendirian kita di jalan ini~
(25)-Cik jari
So,skrg tugas setiap individu itulah utk mencari cahaya itu :)
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443