Pangkor Trip pt 2

Selsema Pangkor belum hilang lagi tapi syukur exam petang tadi Allah mudahkan.Kurang sikit tekanan,boleh saya sambung cerita.Dalam entry yg lepas,saya cerita sampai sy check-in bilik kan?Lepas tu..masuk-masuk aje bilik,terus baring katil!Huaahhh...mengantuk+penat sgt!Tapi perut lapar...

Jadi,kami berpakat tutup pintu dan kunci,bukak roti dan tuna.Terpaksa kunci pintu sbb makanan terhad.Suatu benda yg ramai org tak sensitif -Kalau kita ada makanan,lalu org lain tengok makanan kita,maka makanan itu bukan lagi hak kita sepenuhnya.Bila mereka minta,wajib kita beri.Jadi dah tahu sikit,maka kita soroklah!Dari zaman saya sekolah lagi benda ni berlaku.So,pasni kita perlu lebih sesnsitif la kan?

Sama mcm kita hidup berjiran..kalau dah masak,sampai bau masuk rumah jiran,bagi la sikit kat jiran!Kalau taknak bagi,jgn lah bagi bau tu keluar sampai masuk umah jiran.Ada faham?

Lepas makan sikit,kawan-kawan saya terus terjun laut.Saya?penat..baring dan tidur.Sedar-sedar sudah pukul 10 pagi.Segar sikit..keluar aje bilik tengok kwn-kwn tgh berseronok!!Tak tahan,saya pun turut sama terjun laut.Mmg best,tapi lagi best kalau saya pandai berenang.Ya.saya tak reti berenang.teruknya...

5-6 org kawan saya offer nak ajar saya berenang.Rupanya mmg susah nak belajar renang!Dekat 1 jam duk dalam air laut.Kembung perut telan air laut dan tak tahan nak termuntah dah,saya naik darat.Memang puas mandi laut!Selesai mandi laut dan bersihkan diri,kami bersiap-siap utk solat zuhur.Tak ramai yg berjemaah, sbb semua org sibuk mencari makanan.Semua lapar lepas puasa main air!Saya makan mi segera aja,hotcup.Utk pengetahuan semua,saya tak reti memasak!!

Cmne ni??
Terpaksa lah makan mi segera aja..takpew kot..sekali-sekala.hehe

Kwan-kawan saya,lepas solat bukannya diorang reti nak berehat!Ada yg sambung main laut lagi.Saya pula duk tengok TV aja.Guna peluang,sbb kat sini mmg takde tv.Wah...cerita hindustan tv3!Saya tengok sampai habis.Kawan-kawan saya tegur,'ko datang sini nak tengok Tv ke ba?'..haha...

seronok sgt cerita hindustan tu.Seingat saya last saya tengok pun 3 tahun lepas!hehe.nanti saya cerita pasal cerita hindustan tu...sebab saya tonton pun sbb nak tengok values dan lessons nya aja,bukannya utk hiburan semata.

Pas asar saya tak buat apa-apa,cuma lepak tepi pantai tengok manusia-manusia.Bila tengok gelagat 'org pantai',teringat saya satu ayat dalam surah Al-An'am ayat 44-"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka,Kami timpakan mereka bala bencana secara mengejut yang membinasakan mereka, maka merekapun terdiam berputus asa"

Muhasabah diri.Saya cuba kaitkan dgn peristiwa tsunami yg pernah berlaku dahulu.Memang,di pantai maksiat mmg secara terang-terangan berlaku.Wanita melayu(mungkin islam) selamba sahaja mandi laut dgn pakai seluar pendek,mujur bukan bikini.Sahabat-sahabat saya sendiri ada yg selamba berkeliaran dgn pakai boxer pants aje tapi syukur alhamdulillah,mereka mmg mendengar nasihat.

Cukup bangga dengan mereka,bila ditegur saja supaya pakai lebih sopan,mereka segera pulang ke khemah tukar pakain.Ya.aurat lelaki lebih mudah dijaga,tapi tetap lelaki ramai yg free hair-rambut di kepala lutut dibiarkan terdedah.

Petang itu saya habiskan masa dengan tadabbur alam dan muhasabah diri sambil bersiap-siap utk aktiviti malam,yg sgt dinanti-nanti!

To be continue again......
Previous
Next Post »
33 Komentar