Pangkor Trip pt 3

Malam menjelma.Selesai solat maghrib,dah sunset pun.Tak sempat layan..takpelah sbb dulu dah pernah solat atas pasir pantai lps layan sunset~

Dan skrg acara yg dinanti-nanti tiba.BBQ.Ayam kami beli dlm 150+ ketul.Mula masak pukul 8 lebih,tapi pukul 11 pun stil belum habis masak.Mmg seronok,sbb saya ngn kawan-kwn take turn masak,so bila sampai turn saya jaga ayam yg dah masak,mesti kitorang rembat senyap2 seketul dua.haha..akhirnya semua org dah kenyang,tapi ayam dan sosej masih ada dlm 3 pinggan penuh!
(Ops...yg hitam tu bukan arang,tapi kepak ayam.Dan bukan saya yg buat dia jd itam!hehe)

Saya tak tahu apa diorang buat ngn ayam tu,sbb mmg saya dah tak larat lgsung nak makan.Pukul 12 malam saya dah masuk bilik.Tiba-tiba rasa mcm nak baca Quran,saya bukak beg ambil dan baca.Mmg dah jadi habit,saya bermusafir aje saya akan bawak Quran,sbb kalau saya bosan saya boleh baca Quran terjemahan tu.Teman setia,harap-haraplah.

"I.C kita penting.Sbb tu kita selalu bawak ia ke mana-mana,tapi Al-Quran lebih penting.Selayaknya ia juga kita bawak kemana-mana".Teringat saya kata-kata seorang abang masa awal-awal perjumpaan kami.Ya.teguran kpd saya kerana saya tertinggal Quran.

Lebih kurang pukul 12.30,saya dah tido.Tido-tido ayam.baru nak lelap,ada org kacau-'iqbal pinjam toilet.pinjam ubat gigi,pinjam sabun..nasihat saya,pasni kalau rasa nak bermalam di  mana-mana,bawak la toiletries lengkap-lengkap!.Mmg mlm tu dah rasa tak sedap badan dah,lalu subuh tu bangun saja saya dah kena selsema.Mungkinkah kerana faktor makan ayam mlm tadi? kerana firman Allah ni-"...makan dan minumlah,dan jangan melampau!sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas"(al-A'raf ayt 31).

Adakah saya dah makan ayam terlampau banyak? ek...

Selesai subuh berjemaah dgn beberapa org,mulalah aktiviti harian saya,kejut membe bangun solat subuh.Huaahh..susah sgt sebab diorang semua ada yg pukul 4 baru tido,ada pukul 3..semuanya tido lewat.How come we expect they will wake up early?Ya..tak ramai org tahu,atau mmg dah tahu,tapi ramai yg ignore fakta ni-"Jumhur ulama mengatakan,wajib kita mengejutkan ahli rumah,tak kira lah kwn-kwn atau family utk bangun solat subuh".

Ada yg saya terpaksa kejut sampai 5-6 kali baru diaorang nak bangun.Baguslah..sbb entah sejak bila,i've be particular detail about solat.Mmg saya kasihan dan sedih bila tahu fakta rakyat Malaysia yg dapat solat 5 kali seharian hanya less than 30% aje.Mungkinkah kita termasuk yg selebihnya?Nauzubillah..

Ramai org kantoi subuh.Ada yg terperangkap dlm jammed,ada yg tak mampu bangun walaupunset alarm-letak sebelah telinga lagi.Maka jika itu masalahnya,qada' lah dan mohon ampunlah...itu yg saya sering ingatkan pd kwn-kwn saya.Anda kawan saya juga,maka sy rasa bertanggungjwb mengingatkan anda.

Slps puas kejut kwn-kwn dan ramai yg dah mula bangun,saya bergerak ke tepi pantai.Baca Quran tepi pantai..best!rasa sesuatu yg sgt lain..Habis satu page,berhenti sat layan sunrise.Pemandangan yg indah~sy tak malu nak bukak Quran dan baca di tempat awam,walaupun saya pasti ramai org yg akan pelik dan malu utk berbuat demikian.Terpulanglah...

Pagi tu mmg saya dah demam dan selsema,maka saya manfaatkan pagi tu dgn tidur shj,walaupun kwn-kwn saya ada yg berkayak dan snorkeling,saya tak mampu ikut sama.Entah pape,org dtg bercuti dia demam pula..haha

Bersambung lg..
Previous
Next Post »
30 Komentar