Pasar dan Bazar

Di dalam kitab ihya ulumuddin,Imam al-Ghazali menyatakan bahawa ada 4 bentuk penghalang bagi manusia.

Makhluk.
Yang dimaksudkan dgn makhluk itu termasuklah ahli keluarga,sahabat dan anggota masyarakat.Kadangkala kerana makhluklah,kita membatalkan niat kita utk berbuat kebaikan.Contoh:seorang datuk yg istiqomah dtg ke masjid,tapi bila anak cucu balik kampung,mereka tak pegi masjid.Mujurlah ayah saya masih tetap laju ke masjid walaupun kami adik beradik semua balik.

Dunia
Menurut ulama-ulama sufi,dunia adalah sesuatu yg tidak memberi kebaikan kpd kehidupan akhirat.Jangan salah faham dgn mengatakan semua yg duniawi adalah tak elok dan sia-sia.Tidak! contoh:kita ada kereta besar.Kereta itu tak dipanggil dunia sekiranya kita gunakan kereta kita utk kebaikan seperti utk ke masjid,mencari ilmu dan mencari rezeki yg halal.

Syaitan
Allah sebut di banyak tempat di dlm Al-quran bahawa sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kita.Sumpah dan ikrar syaitan ialah utk merecruit sebanyak mungkin manusia ke neraka.Dengan itu,misi syaitan ada 2 sahaja.Menghiaskan dunia supaya dipandang mulia oleh manusia dan membisikkan kesesatan.

Nafsu
Dalam 45;23,Allah menceritakan perihal manusia yg menjadikan hawa nafsu sebagai ilah,iaitu tuhan mereka.Apabila nafsu dijadikan tuhan,dimana letaknya Allah?

Kaitan dengar Ramadhan
To combat them,pertama sekali kita kenalah faham caranya.Untuk menolak pengaruh jahat makhluk,benar kita boleh beruzlah.Untuk melawan pengaruh buruk dunia,ya kita boleh zuhud.Ambil dunia sekadar yg perlu kerna kita faham bahawa,'ad dunya mazroatul akhirat'-Dunia adalah jambatan kepada akhirat.

Untuk menolak syaitan,kita diajar supaya melafazkan ucapan taawuz.Kita disuruh supaya memohon perlindungan Allah drpd kejahatan syaitan.Ya!mereka akan lari.Bahkan dlm bulan puasa ini,mereka diikat.Tapi bila berbicara soal nafsu,tiada satu pun cara utk kita lari jauh drpd pengaruh nafsu ni.

Tiada!kerana nafsu dan kita adalah satu,hanya akan terpisah sesudah kita mati.Oleh itu,satu-satunya cara mengelak pengaruh jahat nafsu ini adalah dengan menjinakkan nafsu kita.Ini adalah kerana nafsu kita ada 3 jenis dan kita bertanggungjawab utk menjadi yg mana satu.

Jenis nafsu
Jenis pertama ialah nafsu amarah- Ia adalah nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan. Sungguh malang org yg memiliki nafsu sebegini kerana tarafnya nyata lebih rendah drpd haiwan yg tiada akal utk berfikir mana yg baik,mana yg buruk.
Jenis kedua ialah nafsu lawwamah.Nafsu Lawwamah ialah nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan.Kebanyakan manusia memiliki nafsu sebegini.Kita sering terjebak ke dalam dosa,tapi kerana dosa itu,kita rasa tak tenang,bersalah dan menyesal dan terasa mahu membaiki diri.Saya sgt yakin,bahawa saya dan anda,kebanyakan kita memiliki nafsu ini.Antar ciri-ciri nafsu ini ialah-
  1. Mencela diri sendiri bila melakukan dosa
  2. Bertafakur dan berfikir(menyesal)
  3. Membuat kebajikan kerana Riya'
  4. Kagum pada diri sendiri-Ujub 
  5. Membuat sesuatu agar dipuji 
Jenis ketiga ialah nafsu Mutmainnah.Nafsu yg senantiasa cenderung melakukan kebaikan.Org yg memiliki nafsu ini dijamin tempatnya di dalam syurga.Sila rujuk al-Quran,90;27.Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia.Mengapa tidak?Kita berakal.Mengapa tidak kita gunakan ia utk mengawal nafsu kita?

Bacaan lanjut bagi nafsu,boleh baca di sini.Saya bagi 16 bintang!artikelnya sgt mudah faham ;)

Ramadhan
Antara salah satu tujuan Allah memfardukan puasa ialah supaya kita berupaya mengawal dan menjinakkan nafsu.Tapi apa yg saya perhatikan,kita seringkali berlebih-lebihan dlm perkara yg harus hingga menjerumuskan diri kpd yang haram.

Perlukah saya kemukakan satu persatu?

Berhati-hati dgn nafsu makan,kerana ia memberi kesan yg tersangat besar kpd diri kita.Bukankah Nabi s.a.w sgt membenci pasar?Dalam hadis juga ada menyatakan bahawa tempat yg paling baginda suka ialah masjid dan yg paling Baginda tak suka ialah pasar.Perhatikan hikmah kenabian..pasar ialah tempat kebanyakan manusia berbondong-bondong memenuhi permintaan nafsu.Ya.nafsu makan,nafsu harta bahkan nafsu seksual.

Bukan saya nak kata pasaraya atau bazar ramadhan ni tempat yg tak elok.Ia elok dan baik selagi kita mampu mengawal dua anggota badan kita iaitu perut dan kemaluan.Dgn ini,kita mampu mengawal nafsu makan dan nafsu seksual.

Kononnya pergi ke bazar mahu membeli kiuh kuaci,sebaliknya ternampak 'kuih kuaci' pula!!burn pahala puasa!!!
(Satu stadium org makan pun tak abes ni!!)
Kesimpulan
Rasulallah berbuka tak pernah makan sedap-sedap.Sekadar beberapa biji tamar shj.Bahkan pernah dgn 1/3 drpd sebiji kurma.Bukan sebiji!Tapi Baginda ttp mampu beribadah dgn baik.Kita?Kita borong makanan mcm-mcm sampai tak habis.mujur tak pengsan kekenyangan dan akhirnya jadi mcm ular sawa,penat keknyangan langsung miss solat tarawih dan majlis ilmu.Malu...(pesanan buat saya sendiri)
  • Apa nilainya puasa kita?
  • Adakah ia membantu kita mengawal nafsu?atau kita sekadar berpuasa kerana mengikut adat?
p/s-jgn jadi ular sawa.Percaya la cakap saya,kalau dlm bulan ramadhan kita liat nak beribadah,maka bulan selepas ramadhan nanti kita akan 10 kali lebih liat dan susah.Berlatih la! :D
Previous
Next Post »
28 Komentar
avatar

menarik kat ayam tu..kalu ada sungguh mmg orang tak ke mana la..hehe ntah2 time ramadhan ni, lagi bertambah brat badn kan sbb slalu g beli mknn banyak2...hmm

Balas
avatar

sy mmg tak berapa suka pergi pasar sbb ramai sgt org,nak bergerak pun susah..tp alhamdulillah bulan puasa ni nafsu makan xkuat sgt,so takde la beli mcm2 makanan waktu berbuka..

masalahnya kdg2 ada perasaan malas dlm diri,tu yg sometimes mcm liat sikit nak beribadah.. :(

Balas
avatar

hurm..me got the mesej.. besederhanalah!!! biar kita kawal nafsu bukan nafsu kawal diri kita..

Balas
avatar

bulan pose memang susah nak kawal nafsu.
susah nak kawal diri.
adusss.

Balas
avatar

Assalammualaikum... apa yang dikatakan memang benar... suka artikal kamu ini... terima kasih atas perkongsian. sekurang-kurangnya membuka minda dan hati untuk berfikir..

Balas
avatar

masa berbuka mkn skit je klu da melimpah tentu malas nk terawih..info menarik..

Balas
avatar

Salam iqbalsyarie...

Alhamdulillah...catatan ini sgt baik dan bermanfaat utk dikongsi.

Dikatakan bahawa,setiap manusia dihadapkan kpd 2 kekuatan, yg saling tarik menarik: iaitu kekuatan taqwa (takut kpd ALLAH)dan kekuatan hawa nafsu itu sendiri.Bila takutnya kepada ALLAH lebih kuat, maka ia akan dpt kendalikan nafsunya.

Begitu nafsu dpt dikendali,syaitan tidak dpt menggodanya.Ketika syaitan tdk berdaya, maka amalnya akan selalu terusan dlm kebaikan.

Kerana itu dalam bln Ramadhan kita menyaksikan masjid-masjid penuh,siang maupun malam.Dlm suasana spt itu sukar kita temukan di luar Ramadhan.

Sebab begitu apabila nafsu dibuka di luar Ramadhan,syaitan kembali berkuasa. Kerana itu sebahagian ulama mengatakan bahawa dari dibukanya nafsu makan, terbuka secara automatik pintu-pintu syaitan menguasai manusia.

Jelaslah bahawa dgn kuatnya rasa takut kepada ALLAH, akan dpt menundukkan hawa nafsu di bln Ramadhan ini,dan dari situ terbukanya pintu kebaikan selebar-lebarnya dan akan dpt kekuatan utk terus istiqomah melakukan segala amal kebaikan..

wallahua'lam..

Balas
avatar

nak x nak kena gak g bazar ramadhan........ mmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

p/s: mlm smlm mkn megi utk sahur :|

Balas
avatar

(1)-ckin
Berat badan bertambah takpew...yg penting kesihatan kena jaga ;D



(2)-Aya
Malas beribadah tu masalah semua org.saya pun sama.. :)mujahaddah lah~


(3)-amira
Bagus~kamu mmg cepat tangkap :) org lain pun sama~


(4)-reen
Haha...kalau mcm tu,kena banyak practise la kan?


(5)-mama Hidayah Amin
Terima kasih kak singgah sini~


(6)-Life
Biasa~mmg makanan ini banyak influence kita ;(


(7)-aisyah
Terbaik!terima kasih atas perokongsian yg sgt baik dan menarik :)


(8)-inas
Hahaha..takpew2~biasa laa student ;D

Balas
avatar

kena LIKE entry ni.. huhu..

best.. best..

sama2 latih diri di bulan ramadhan. klu tak, org tak panggil ramadhan ni sbg madrasah @ universiti. =)

Balas
avatar

ramai kite hari ini berpuasa adat..jadi,puasa hanya sekadar lapar dan dahaga..kalau lebih sikit pun, hanya mampu mengurangkan berat badan..peringatan untuk diri ini sebenarnya...:)

Balas
avatar

sedap ngat makan sampai lupa plak nak semayang yerk...

Balas
avatar

pengisian ramadhan dan juga kehidupan kita sgt le penting... =)

Balas
avatar

cuba tgk time nak dkt raya....sibuk bershopping sampai lupa nak berjimat mengikut sunnah...ikut nafsu la tu....

Balas
avatar

KIUH KUACI?? apa tu ustaz??? saya tak pahamlah! hahah :p

ok serius2. alhamdulillah..rina ada nafsu mutmainnah hehehehe :p

thanks for the info.

patutlah bulan pose pun rina malas beribadah..rupanya masih ada 3 penghalang huhuhu....

Balas
avatar

popalei weh..bt buko pose kenyang 3 bulan...

Balas
avatar

mmg perlu lah tgk tahap mana kemmpuan nk bedal masa berbuka kan bro.ni kadang2 air pun aku tgk smpai 2-3 jenis sorang..kesudah seteguk dah tekangkang

Balas
avatar

thx ye...^_^
p/s, punya besaq ayam tengah padang..hu3

Balas
avatar

(9)-asada
Tq bro~berbesar hati aku menerima kunjungan ko di sini :)



(10)-Nazrul Fazli
Peringatan buat diri saya juga.Terima kasih :)


(11)-cemomoi
Yg tu boleh tengok kat hotel2...org-org besar punya function dan majlis diorang la..pas berbuka mcm aktiviti buat,smpai tak solat,...sedih...mmg tak semua,tapi wujud benda ni



(12)-Miss XYZ
Sgtlah betul tu ;D


(13)-sophie
Moga tahun ni tak mcm tahun-tahun lepas...tahun ni kan hujan je~


(14)-Rina
lawak pasal kuih kuaci tu bukan saya punya idea...saya ambil drpd ceramah ustaz Rafy Kadri..haha..lawak,but true..huhu


(15)-Pencacai Alim
hahaha,,,mmg betul2 ular sawa makan kenyang 3 bulan.haha


(16)-hentak berlipat
Hahaha...mmg betul ada org mcm tu.makan sikit,tapi beli banyak.haha


(17)-AnWar
Haha..besar woo..kompem 3 bulan kenyang!hahaha

Balas
avatar

uhuuu insaf neh. tapi skrg mmg beli kat bazar cuma 3 ketul je kuih. sorg satu. HEHE

Balas
avatar

bahaya nizam,kalau g bazar ramadhan tuh..yelah,banyak sangat pilihan sampai 'terbeli' banyak makanan..pas2 makan sampai kenyang....last2 sembahyang tarawih pon pernah aku 'terlepas' sekali sebab tertidur kekenyangan..bahaya2..


jom bace entri terbaru nas klik:

ok tak template baru aku?

Balas
avatar

bersederhana tu bgus!td pn da kene...kwn2 n echh sume g bazar beli mcm2 td..alih2 sume xabis..nsb bek ade akk2 dlm umh tu mkn jugak..wlaupun ttp xabis ag..er,..mmbazir j..
da xnk g bzr!rmbang mata..

Balas
avatar

(18)-Poyaty
Bagus la jimat2.Boleh guna duit tu utk benda lain pulak kan? :)



(19)-nas
Wahahahha..tdo kekenyangan?haha...nice!


(20)-echah
haha..baguslah,biar ia jd 1st time dan final time.pasni tak moh buat lagi~hehe

Balas
avatar

salam ziarah.

Trima kasih atas tazkirah yg menginsafkan. Mmg ramai yg menjadikan bulan puasa sbai bulan juadah dan bukannua bulan ibadat.

Ttg nafsu Mutmainnah, mmg byk mehnah dan tribulasi utk meraihnya.

Balas
avatar

org cina kata orang melayu sekarang sedang berpuasa..iaitu pesta makanan!!

ciss sunguh..

jd ..ape kata jadikan ia pesta pahala..kan best??

bila berpuasa berjauahn...bukan di tnh air sendiri..lg nikmat sebenarnye rasa puasa tuh..sbb bersederhana...

hope ramai org tak ikut nafsu la..n betul..kalau ramadhan pon malas.kite leh tau bulan lain org tuh mcm mane.

ape pon jgn kejarkan yg sunat smp yg wajib diabaikan...=)

Balas
avatar

(21)-Cg shameel
Sama-sama cikgu.terima kasih berkongsi di sini :)


(22)-shukri
InsyaAllah ;D


(23)-fiQfrozen
Ada betulnya kata-kata tu..hmmm..

Balas
avatar

as salam.. baru terbaca..xfaham nafsu lawwamah.blh detailkan..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443