Ramadhan Bulan Tarbiyyah

Facebook dan blog,rata-rata penuh dgn ucapan selamat menyambut Ramadhan.Bagus sekali,kerana ada yg disertakan dgn doa dan ucapan-ucapan yg baik.Sememangnya ini bulan yg penuh dgn kebaikan,kerana semua org telah terkena aura dan ransangan bulan tarbiyyah ini.

Saya pernah menyuarakan rasa hati saya yg mahu berehat dari dunia blogging ini mulai 1 Ramadhan.Terima kasih kpd Rina dan teman-teman lain kerana kata mereka,masa inilah masa yg paling org laparkan makanan rohani.Saya terfikir perkara yg sama.Moga-moga syaitan yg bakal dirantai akan menjadikan kita lebih ghairah menuntut ilmu dan lebih kuat semangat utk menuntut ilmu.

Wahyu pertama dan kedua
IQRA'-bacalah.Maksudnya ialah tuntutlah ilmu manakala wahyu kedua pula ialah daripada surah al-mudassir-'Wahai org yg berselimut,bangunlah dan berilah peringatan'.Wahyu kedua ini bermaksud tntutan dakwah.Sungguh menarik bila kita perhatikan bahawa tuntutan dakwah itu dtg slps ilmu.Ya.Ilmu ialah permulaan bagi segala-galanya.

Saya takleh jadi too selfish.Ya..saya perlu menulis,pelu mentarbiyyah dan berdakwah.Bulan Ramadhan ini bakal menjadi bulan tarbiyyah kpd saya.Slot 30 malam Ramadhan sudah sudah terisi.Jadual saya penuh.Pengajian dan tazkirah akan ada pada setiap malam.Untungnya saya.Tapi sifat seorang muslim tidak boleh untung sorang-sorang.Jadi saya faham ada segelintir drpd kita tak berpeluang utk mendapat 30 malam straight kuliah dan tazkirah,makanya saya terpaksa juga menulis,berkongsi input dan kebaikan bersama.

Jadual ketat
Penat dan lapar,bagi saya itu bukan masalah.Cuma yg menjadi masalah ialah saya tidak punya banyak masa utk berada di depan laptop.Bayangkan,saya mula kelas jam 8 pagi,maka saya akan bertolak selepas solat subuh dan kelas habis alhamdulillah awal,pukul 3.30 petang.Mungkin dari jam 4ptg hingga asar sahaja masa yg saya boleh guna utk mencoretkan sesuatu di Pondok Cinta,kerana usai sahaja tarawih pada jam 10.30,saya sudah ada janji temu dengan Al-Quran hingga lewat malam.Lepas asar InsyaAllah saya allocate utk study.

Itu jadual saya.Jika saya tak mampu follow pun,sekurang-kurangnya Allah sudah terima niat dan azam saya.InsyaAllah.

Sabtu pun masih ada kelas sampai hampir zuhur.Cuma ahad sahaja saya akan free.Seperkara lagi,saya mahu ingatkan diri saya dan anda semua supaya kita tidak menjadi golongan kelima kerana dlm sebuah hadis,Rasullallah berpesan kpd kita supaya menjadi golongan pertama,iaitu org-org yg mengajar.Jika kita tak mampu,maka kita jadi golongan yg kedua,iaitu org-org yg belajar.Kalau tak mampu,baginda pesan supaya kita cuba jadi golongan yg ketiga iaitu org-org yg sekadar mendengar ilmu.Paling kurang pun Baginda suruh kita jadi golongan keempat iaitu org-org yg suka dan cinta kpd org belajar,mengajar dan mendengar ilmu.Tapi,amaran keras Baginda kpd kita supaya jgn jadi golongan kelima iaitu org yg tiada ciri-cirinya dlm keempat-empat golongan tadi kerana golongan kelima ini pasti akan celaka.

Awas!Di sisi Allah,ilmu agama sangat tinggi nilainya.Oleh itu,kita jgn sekadar taklid org lain,berbuih-buih mulut bahkan sakit-sakit jari menaip kononnya bulan Ramadhan bulan tarbiyyah,tapi diri sendiri masih jauh dan tak mahu ditarbiyyah.

Satu lagi nasihat saya,jgn lupa bahawa ilmu itu seumpama binatang buas.Jika tak ditambat,maka ia akan hilang.Sama juga,jika ilmu itu tidak dicatit,maka kita akan lupa.Jgn jadi malu utk menyalin kerana saya sendiri tak malu nak mencatit isi khutbah setiap jumaat apatah lagi kuliah-kuliah.Jgn malu tuntut ilmu.Semua org sedia memberikan tunjuk ajar,insyaAllah.

Kesimpulannya
Saya sgt-sgt berharap agar masa kita di bulan ini banyak dihabiskan dgn menuntut ilmu,membaca al-Quran atau paling kurang dgn membaca buku dan bahan ilmiah.Kurangkan masa menonton k-drama atau j-drama apatah lagi filem bollywood serta holywood.Jadikan Ramadhan kita ni sebaik-baik Ramadhan kerana seperti biasa 1/3 bahagian akhir Ramadhan ialah keampunan dan kita sesekali takkan beroleh itu jika kita telah cuaikan Ramadhan.Maafkan saya..semoga anda semua beroleh kebaikan yg banyak..
Previous
Next Post »
24 Komentar
avatar

semoge kite same2 topup phala time ni..
:)
*xsbr nk tgk pgumumn pose kejap lg..rndu kt penyimpan mohor bsr:)

Balas
avatar

Bila ya akan diumumkan?

And Ramadan Mubarak, Iqbal :)

Balas
avatar

Assalammualaikum, semoga tabah... salam ramadhan untuk saudara...

Balas
avatar

salam ramdhan iqbal.. ramdhan ni bulan seminar iman, tamat bila raya ;)

Balas
avatar

semoga segala amaln kte diterima olehNya...;)
slamat berpuase esk yee..;)

Balas
avatar

InsaAllah bro...mudah2an dapatla ko buat apa2 yg ko rancang tu.....

Balas
avatar

jadual aku pon ketat gak..
lagi2 ader klaz koko tenis tyme petang lak..
mesti aku akan kepenatan tahap gaban...
tapi aku harap2 dapat menunaikan sebanyak mungkin ibadah puasa...:)

Balas
avatar

insyaAllah nk khatam quran 30 juzuk...sblum ni xpenah lepas...huhuhu :(

Balas
avatar

salam iqbal ^^

selamat menyambut ramadhan mubarak dan dipermudahkan urusanmu sesuai dgn jadual yg telah diatur itu. insyaallah..

yer,saya tak tgk pun k-drama ke j-drama lg. skang ni dok tenung rumah b'sepah je, bila la nk mula operasi buang 'sampah'..hehe!

minta maaf ye iqbal jika ada komen2 yg menyentuh hati :)

Balas
avatar

Selamat berpuasa dr kami untuk anda sekeluarga..semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dgn sempurna..

Balas
avatar

semoga segala usaha dan niat kita dipermudahkan...yg penting,manfaatkan spenuhnya Ramadhan ni...

p/s : waktu join tarawih jadi tak khusyuk time jemaah...cm na nih?huhu

Balas
avatar

afatal ilm binnisyan... (binasa/luputya ilmu disebabkan lupa)

Balas
avatar

yey. iqbal tpkse tulis gak blog haha!
:p

thanks iqbal..smoge kite same2 dpt manfaat untuk bulan ni..

maybe rina x dpt sbyk iqbal..tp harap2 ada sikit dah memadai

^___^

Balas
avatar

insyaAllah. Semoga ramadhan kite terisi dengan perkara2 berfaedah =)

Balas
avatar

SY SANGAT tabik dengan cara awak menulis, keep it up.. :) insyaallah, bahkan lintasan hati pon dikira, sy nak cakap lebih3, kurang ilmu dibandingkan ngan pondok cinta owner. malu sikit



Latest entry. Mai la singgah. 
Apa menu sahur anda?

Balas
avatar

Terkena kat diri sendiri nampaknya ni.:)thanks mengingatkan.

kalao tak mampu mengajar org lain,atleast cuba belajar untuk diri sendiri kemudian dapat mengajarkannya pada org lain.

Salam ramadhan~

Balas
avatar

terimakasih sudi singgah kat teratak seri. sama-samalah kita berusaha kearah yang di berkati oleh Allah.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Balas
avatar

smoga ms yg dimiliki dpt digunakan sebaik mungkin at least dpt berkongsi ilmu dgn kwn2 hi3

Balas
avatar

ya..inysaAllah.
Semoga kita memperolehi keberkatan pada Ramadhan ini.
Mungkinkah Ramadhan ini yang terakhir buat kita?
Sama-samalah kita manfaatkannya.
Ayuh kita kutip pahala banyak2.=)

Balas
avatar

tuh arr
cam tak dek byk mas bulan puasa neh.
nak login blog pon rasa cam tak sempat.
:)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443