Sila Bayar ya

Puan  Sabarina(bukan nama sebenar) bekerja mengambil upah membuat kuih donut.Dia mengambil upah membuat 50 biji donat setiap hari utk dijual di warung Haji Hamid(juga bukan nama sebenar).Disebabkan Puan Sabrina ialah seorang yg tersangat miskin,maka Haji Hamid pasti akan memberinya wang termasuk upah dan juga wang modal setiap awal bulan supaya Puan Sabarina boleh membuat donut.Malangnya pada suatu hari,Puan Sabarina telah terlupa utk membuat donut seperti sepatutnya.Haji Hamid marah kerana Puan Sabarina telah memungkiri janji,tapi dia tetap bersabar.
Persoalannya :Wajar atau tidak Puan Sabarina gantikan 50 biji donut yg dia lupa dan memberi 100biji donut utk hari esok?

Jeng jeng jeng.Ni soalan SPM tahun 2020,time tu SPM dah dimansuhkan kan?saya agak je ;P
Saya dah tanya soalan ni kpd beberapa otai blogger kat Facebook sprti en hans, cik maCy dan cik Linn dan beberapa org lain,dan jawapan mereka-Puan Sabrina wajar menggantikan semula kuit donut itu.

Baiklah,apa kata saya ubah sikit soalan-
Allah telah memberi macam-macam kesenangan dan nikmat kpd kita,dan Dia mewajibkan kita supaya solat cuma 5 kali sehari.Tapi,ada antara kita lupa(kerana mcm-mcm faktor),maka wajar tak kita gantikan solat yg kita tinggal itu?
Pastinya jawapannya ya. Ya!kita wajib mengqada' solat yg kita pernah tinggalkan slps kita baligh hinggalah saat ini.Hitunglah sendiri,berapa banyak waktu yg telah kita persiakan.Semuanya perlu diganti selagi kita bernafas.

Bagaimana nak ganti solat saya 20 tahun dulu?
Senang saja,setiap kali slps solat fardu maka bangun dan tunaikanlah 1 solat qada'.Tak perlu tergesa-gesa sgt,cuma yg perlu ialah istiqamah dan terus-menerus ganti solat yg kita tinggalkan dulu.Selagi kita belum qada',selagi itulah kita berhutang dan seburuk-buruk hutang ialah hutang dgn Allah.

Kenapa Perlu Qada'?
Memandangkan bulan Ramadhan dah dekat,maka saya rasa sgt patut saya ingatkan ini kpd diri saya dan para pembaca yg disayangi sekalian.Dalam bulan ini,kita ada solat sunat tarawih kan?dan solat sunat ini,ada yg buat 8rakaat dgn 3rakaat witir dan ada juga yg buat 20rakaat terus.Itu bukan isu.

Cuma saya nak peringatkan bahawa ada pendapat dlm mazhab syafie' bahawa sesiapa yg ada hutang solat fardu,maka dia tak layak utk tunaikan solat sunat.Dia perlu selesaikan yg wajib dulu,baru beralih kpd yg sunat.Mmg dlm isu ini ada yg berpendapat bahawa tak payah qada',cukup dgn taubat dan istigfar,tapi jumhur ulama 4 mazhab,semua kata wajib qada'.So,better kita pegang pendapat majoriti.

Kesimpulannya
Saya harap sgt kwn-kwn saya yg sy kasihi ini tidak jadi org yg ahli sunnat dan ahli jumaat.Ahli sunnat iaitu ahli dlm ibadah sunnat shj.Cth;dalam bab solat tarawih mmg laju,tapi bab solat fardu paling belakang.Ahli Jumaat pula,masa solat jumaat dtg masjid awal duduk depan mimbar tapi lepas tu kena tggu seminggu baru nampak muka kat masjid atau surau.

Pesanan saya,sesiapa rasa ada hutang solat fardu,maka tunaikanlah dan gantilah.Walaupun ada ulama yg berpendapat sebaliknya,tapi saya pegang dgn pandangan ini-wajib ganti.Sbb ada pandangan yg lebih keras,org yg tak qada' solat tak boleh keluar rumah kecuali utk keperluan yg benar-benar perlu sehinggalalah dia habis ganti solat.Tapi,bagi saya-dan saya pun selalu dengar drpd kuliah ust-ust,kalau dah banyak sgt,boleh ganti sikit-sikit slps tiap kali solat fardu dan bertaubat taknak tinggal solat lagi.

Terpulang pada anda,nak ganti atau tidak.Saya menegur kerana sayang.Saya taknak nanti kalau-kalau solat tarawih kita tak diterima kerana kita masih cuaikan yg fardu.Apapun,ini persoalan mazhab maka anda pegangilah mana-mana pendapat yg anda rasa anda yakini,dan saya yakin dgn pandangan ini.Wallahu'alam

kita yg jahil ni,jgn ijtihad sendiri.Sebaliknya,ikut saja pandangan majoriti ulama ;D
 Rasulallah s.a.w bersabda:Sepuluh golongan akan diseksa denga dahsyat,salah satu golongan adalah yang meninggalan solat.Tangan mereka akan diikat,sementara malaikat pula akan memukul muka dan belakang mereka.Syurga akan berkata "Aku tiada hubungan langsung denganmu.Aku bukan untukmu dan kamu bukan untukku."Sementara neraka pula akan berkata kepada mereka, "Mari,mari kepadaku,kamu untukku dan aku untukumu"
Masih belum rasa bersalah meninggalkan solat?
Previous
Next Post »
31 Komentar
avatar

Assalammualaikum.. terima kasih atas perkongsian...

Balas
avatar

Assalamualaikum wbt.,

Apakah kita tidak boleh melakukan solat sunat sekiranya ada solat yang saya belum qada'kan lagi sewaktu saya baligh?

Balas
avatar

wah entry ni plg bermakna....thx :)

Balas
avatar

wah entry ni plg bermakna....thx :)

Balas
avatar

NISA-
Boleh solat sunat,mcm saya cakap tadi.Tapi dlm masa yg sama,kamu solat Qada' juga..get me? ;)

Balas
avatar

errr....kalo xsengaja kena qada gak ke?

Balas
avatar

errr....kalo xsengaja kena qada gak ke?

Balas
avatar

Yuhp, terima kasih, Iqbal :)

I was confused bila Iqbal kata orang yang masih hutang solat fardhu tidak layak untuk menunaikan solat-solat sunat. So, bila kata tidak layak, Nisa terfikir yang solat sunat kita tu tidak diterima sehingga solat-solat fardhu selesai digantikan.

Again, terima kasih! :D

Balas
avatar

--Echah--
Menurut pendapat ramai ulama yg mengggunakan hadis,bahawa 'Jika tidur salah seorang daripada kamu daripada solat, atau melupainya, hendaklah dia menunaikannya apabila sedar atau teringat"

Tidur tu maksudnya tak sengaja la..so,qada' lah ;)

Balas
avatar

salam iqbal,

mmg tahu kena qada solat yg tertinggal..tp baru hari ni tahu yg mazhab shafie utamakan qada solat sebelum solat sunat yg lain. alhamdulillah, satu ilmu baru dipelajari. tq ustaz..hehe..

tp org pompuan spesel kan.. :DDD

Balas
avatar

betul tu... dni pun dapat tahu memang wajib qada. qada sehingga diyakini cukup qada kita tu. macam berhutang gak.. bila kita terlupa hutang kita berapa, wajiblah kita bayar hutang tu dengan jumlah yang diyakini... terlebih tak apa... jangan terkurang aja... Wallahu'alam

Balas
avatar

kata2 neraka itu cukup mbuat bulu roma meremang..

wah! ada nama maCy! tapi, err.. hans dgn cik linn tu ye lah otai..isk

terima kasih ats ingatan :)

Balas
avatar

like like!
huhuh
thanks iqbal!
:)

Balas
avatar

menghitung solat yang tertinggal sejak baligh... uhhh banyak jugak berhutang lagik nih

Balas
avatar

errr,,,peringatan tuk aku ni...thanks bro

Balas
avatar

entri yg memberi manfaat kpd kita semua
(:
gud iqbal

Balas
avatar

thanks Iqbal. :) nice entry.

Balas
avatar

Salam...

Benar, hutang mesti dibayar balik. Apa yang sdra sarankan itu sangat baik setiap kali selepas solat fardhu lakukan solat qada dan yang penting istiqamah dalam perkara ini.

Balas
avatar

btul tu..bukan senang nak selesaikan solat yang dulu2,tapi tak mustahil kan...?moga yg tahu tu akan cpt2 settlekan naa...

Balas
avatar

Ya Allah..
aku nie sometimes tertinggal solat..
then kadang2 sengaje je qada'
adduss
beringat2 la sikit nas..
ok2..
bulan puase nie aku akan berubah!! bukan bulan puase,selamanya..insya-Allah..

jom bace entri terbaru nas klik:

adakah mereka membaca entri kita??

Balas
avatar

ok.menakutkan...

kalau kite lupa, kite penah tggl solat cmne?

klo rse2 da ganti smua tp rupenye ade lagi cmne?

solat2 yg mcm x kusyuk2, mnunjuk ke, laju2 mcm patuk ayam ke, cmne? kne gnti ke?

zaman kcik2 dlu solat ckp syarat je..

Balas
avatar

salam.. lama tak singgah sini gak..

nice entry iqbal.. (^__^)

slamat menjalani ibadah puasa..

Balas
avatar

-Rina-
qada sehingga diyakini cukup qada kita tu.Pasal solat banyak yg buat sambil lewa tu,takper sbb boleh di topup kekurangan solat dgn solat sunnat.So,banyakkan solat sunat laa

Balas
avatar

qada' jangan tak qada'
buat malu je minta macam2 pada Allah padahal solat yang 5 itu tak ditunaikan..

Balas
avatar

thanks. sangat bermakna entri ni. dan menakutkan jugak. T__T

sebelum ni saya memang tak tau kena qada' solat. saya ingatkan kalau kita dah tinggal / tertinggal solat tu, menyesal tak nak buat lagi, pastu minta doa diampunkan banyak-banyak.

errr, mungkin solan ni nampak sangat tak cerdik. err, kita qada' solat tu kan, nak buat solat berapa rakaat? kalau hitung balik dari mula baligh dulu, banyaknya solah dah tertinggal. hmmm.

Balas
avatar

-Amy-
Ganti je setakat yg mampu.Sikit2,lama-lama jadi bukit~kan? :)

Balas
avatar

ohh bru sy paham..kira klu kita solat sunat tp xsolat fardhu..kira kita punyer solat sunat tu mmg totally x diterima la kn?

Balas
avatar

wallahua'lam..saya tak pasti yang itu~tapi menurut pendapat mazhab syafi'e mcm tu la..

Balas
avatar

thanks bro atas perkongsian.. semoga kita semua dalam rahmat Allah

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443