19 tahun yang berlalu

Syukur kepada Allah kerana saya masih mampu menikmati bahagia menjadi hambaNya.Melangkah ke alam 20-an benar-benar sesuatu yang mengujakan.Siapa tahu,ini tahun yang terakhir bagi saya,maka wajarlah saya berbangga,seronok dan menikmati usia ini tapi dengan cara yang lain daripada kebanyakan manusia.

Post kali ini mungkin bersifat peribadi kerana saya mahu menunjukkan dan menghadiahkan sekalung penghargaan kepada seorang sahabat yang telah mengajar saya suatu pengajaran yang sangat berguna kepada saya.Saya manusia biasa.Jangan ditanya tentang keburukan saya,kerana terlalu banyak yang saya kurang.Segalanya perlukan kepada tampungan dan ia datang daripada bantuan anda semua.Sila tegur saya jika saya tersilap langkah.

Kepada kamu yang mengajar saya erti hormat,hanya ucapan terima kasih dan sekalung doa,moga Allah merahmati dan bersama denganmu selalu.

Dan insyaAllah,dengan meningkatnya usia saya ini,saya ada beberapa perkara yang mahu saya capai.Pertama sekali ialah kematangan.Sejujurnya,saya masih merasakan tindakan saya tersangat tidak matang.Arghh..malu sendiri.Biarkan saja bicara sepi ini hilang.Hanya Allah yang mengerti jeritan kecil ini.Moga Allah segera menunjukkan jalan.

Kedua,saya mahu lebih mendalami ilmu.Ilmu dalam jiwa saya masih kurang.Moga tahun ini dan tahun berikutnya,jiwa saya lebih subur dengan baja ilmu dan buah amal.

Ketiga ialah menjadi manusia yang soleh.Itu impian setiap hamba,pastinya.

Dan langkah pertama ke arah itu bagi saya ialah dengan saya faham ayat 24:30 iaitu berkenaan perintah Allah supaya saya menjaga pandangan saya.Biarlah mulai hari ini,pandangan saya hanya jatuh kepada perkara-perkara yang perlu sahaja.

Maaf jika entry kali ini seperti entah apa-apa.InsyaAllah selepas ini saya mahu berkongsi dengan para pembaca tentang seseorang lelaki yang saya amat kagumi.Dia seorang penulis juga  :)

 (saya masih tidak matang?mungkin)

(Jika diizinkan Tuhan,saya mahu sentiasa menjadi manusia yang sentiasa peduli dengan saudaranya)
Previous
Next Post »
20 Komentar
avatar

insyaAllah.. selagi ada niat dan keazaman yang kuat ke arah kebaikan dan redhaNya.. Allah akan membuka jalan dik.. don't worry.

Balas
avatar

(1)-amira
Laaa...saya lagi muda ke?oh,setahun je.Apapun,terima kasih

Balas
avatar

eh...awak ke tue???
heheheh...
da dpt tengok wajah ko da..
erm...
wahh..kite sebaya la ek...
20 tahun??? huhu :)

Balas
avatar

salam..
buat iQbalsyarie.. selamat hari lahir..semoga kita semua sama2 berada dijalan lurus dan menuju ke syurga yang dinanti-nanti ^^,
bittaufiq wannajah

Balas
avatar

(2)-Nas
Ini la aku.Saja malas nak letak gambar.salah satunya sebab aku tak berapa suka bergambar



(3)-di sebalik wajah
Oh..terima kasih :)
Amiinn..moga Allah kabulkan doa yang dipanjatkan ini :)

Balas
avatar

salam iqbal,

selamat harijadi yg ke-20, kan? akak doakan semua matlamat iqbal tercapai dan Allah swt sentiasa melindungi dirimu walau ke mana kamu pergi. itu ke baju raya yg iqbal ckp kat akak aritu? hehe.. ^^

-kak lin
-29 tahun.
-muda lg woh! ^^

Balas
avatar

alhamdulillah..mudah2an harapan anta tercapai..rsanya mcm same je harapan kite>>hehe

Balas
avatar

semoga tercapai...jadi lelaki,suami dan ayah yg baik...hohoho

Balas
avatar

(4)-Kak Lin
InsyaAllah kak.Btw,jubah ni da 3 kali raya saya pakai.Saya mmg tak suka bershopping.hoho..


(5)-Nazrul
InsyaAllah.Saling mendoakan.Moga jika ana tak mampu jadi lelaki solah,anta bolah jadi dan doakan ana terus..


(6)-Mario
Amiinn..thanks rio :)

Balas
avatar

welcome to the 20's-age group.. hehhe

u gotta be mature enuff if not, dont get married hahha

Balas
avatar

biala..setiap yg dilakukan pasti ad balasan.bkn mendoa yg tidak baik..tp moga2 dia berubah..

biasala..tak sume org suke kita.

Balas
avatar

selamat hari lahir juga sahabat blogger :)

Balas
avatar

(7)-Ciknas
Ya..itu yang bermain dalam otak saya :)


(8)-Cik Lin
Erk...rasanya tiada masalah tentang itu :)


(9)-molmolla
Terima kasih :)

Balas
avatar

sungguh beruntung mempunyai sahabat yang mengajak kita ke arah kebaikan

RM3.89 or RM8.59?

Balas
avatar

(10)-rina
Terima kasih rina.Saya harap inilah kali terakhir saya mendengar orang berkata begitu :)


(11)-Sharinginfoz
Ya..itu betul-betul suatu nikmat dan rahmat

Balas
avatar

selamat sahabat...kita ni musafir menuju ke alam akhirat..tidak tahu bekalan itu ckp atau tidak..

p/s: lirik lagu dlm blog aku tuh, aku rembat nasyid aboi (hijjaz) kalau tak silap..aku pakai tibai je tuh..hakhakh

Balas
avatar

salam
woah..agak terkejut dgn realiti..
usie begitu mude bole tules pengisian yg mantap!teruskn perjuangan jd cm sultan muhammad al fatih! keep up the good work! barakallahu fikk :)

Balas
avatar

xmatang itu perlu.dan matang itu juga perlu kena pada tempatnya.:)

Balas
avatar

selamat hari lahir...semoga diberkati dan dirahmati oleh ALLAH sepanjang hidup ini...

***berkongsi SEPT rupenyee kita***

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443