Mungkin saya salah

Sedang saya menunggu sahabat saya selesai menggunting rambut,saya singgah ke surau awam untuk solat asar.Mujur ada seorang pakcik tua sedang sama-sama dengan saya mengambil wuduk,lalu kami solat berjemaah.Usai bersolat,saya mampir ke sebuah kedai buku.Hajat asal mahu membeli majalah solusi isu 24.Ada!Saya capai dan menuju ke kauter untuk membuat bayaran,tapi sekilas saya terpandang wajah Imam Muda Asyraf pada muka hadapan majalah i.Terus sahaja saya meletakkan majalah solusi,dan mencapai majalah i.Bukan apa,sekadar tertarik dengan muka hadapan-Imam Muda Asyraf.

Selepas melunaskan bayaran,muka hadapan majalah saya buka.Oh!Perkara pertama yang dibualkan ialah tentang ulama muda UMNO.Isu lama,tapi belum lapuk.Masih segar lagi bahawa pernah ada ura-ura 40 ulama muda menyertai UMNO.Kebenarannya?Wallahu’alam.Saya tidak pasti.Cuma dalam artikel 1 muka surat ini menceritakan tentang wawancara antara Pengerusi Jawatankuasa Sekretariat Ilmu Ulama Muda UMNO,Fathul Bari Mat Yahya serta sahabatnya,Fadhlan Mohd Othman,ketua Jawatankuasa Sekretariat Ilmu Ulama Muda UMNO.

Antara yang dibicarakan ialah tentang dakwah.Penyertaan mereka adalah kerana mahu berdakwah semata-mata tanpa mencampuri urusan politik.(kata Fadhlan Mohd Othman).Sebenarnya banyak lagi yang dinyatakan,cuma lebih baik anda baca sendiri saja.

Apa Kata Allah tentang ulama?
Di dalam surah Fatir ayat 28,Allah menyatakan bahawa : ‘sesungguhnya yang takut kepada Allah hanyalah ulama’.Dalam membicarakan siapa ulama dan siapa pula ular dalam semak,saya cenderung untuk menyatakan bukan semua orang berilmu ialah ulama dan bukan semua ulama adalah baik.

Ini bertepatan dengan sebuah hadis  bahawa Rasulallah pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang: “Tiada fitnah yang lebih aku takutkan melebihi dajjal melainkan ulama-ulama su’u”.Juga dengan sebuah hadis tentang peristiwa akhir zaman bahawa akan muncul 2 golongan manusia iaitu ahli ibadat yang jahil dan ulama-ulama yang fasik.
Menurut Imam adz-Dzahabi, ulama sû’ adalah ulama yang mempercantik kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh penguasa; ulama yang memutarbalikan kebatilan menjadi kebenaran untuk penguasa; atau ulama yang diam saja (di hadapan penguasa) padahal ia mampu menjelaskan kebenaran
Ulama-ulama su’u inilah yang bahaya dan ramai.Bukan saya menyatakan bahawa kedua-dua saudara kita tadi itu ulama su’u.Bukan!Tidak! Bersangka baiklah dengan mereka dan dengan saya. Cuma saya mahu menyederkan anda semua bahawa,kita telah banyak melakukan kesilapan sejak berkurun lama dulu.

Kita telah memberikan banyak gelaran ulama kepada orang yang salah.Alasan orang itu dipanggil ulama,hanya kerana dia mempunyai master,phD atau apa-apa kelayakan akademik yang menggunung tinggi.Jika hanya dinilai dari sudut ilmu,maka iblis laknatulallah seharusnya juga kita panggil ia sebagai ulama.Kita jangan lupa,bahawa suatu ketika Iblis pernah menjadi makhluk yang paling hampir dengan Allah.Ketua segala malaikat bahkan luas ilmunya,tapi dia dilaknat Allah tidak lain dan tidak bukan kerana sombong!

Apa Nabi iktiraf pada Ulama?
Ulama itu pewaris para nabi.Ya,ulama ialah waris nabi bukan waris jari hantu.Apa layakkah seorang waris rasul untuk menjadi pemerhati kepada maksiat yang berleluasa tanpa keningnya berkerut menandakan rasa kesal,bimbang dan sedih?Atau layakkan ulama itu melupakan amanah nya supaya menjalankan amal makruf nahi mungkar kerana dia dibayar dan disuruh berbuat demikian?

Sedihlah jika begita kerana itu suatu fitnah kepada agama.Pewaris Nabi harus mengikuti perjuangan Nabi iaitu dengan berdakwah kepada setiap golongan masyarakat.

Ini tiada kena mengena dengan ulama muda UMNO,sebaliknya ia suatu penyataan umum.Jangan ingat saya seorang yang berpolitik.Tidak!

Seperkara lagi,mereka(Fadhlan Mohd Othman) menyatakan bahawa mereka hanya berdakwah tanpa mencampuri urusan politik.Maka,di situ saya pelik.Mungkin saya silap faham.Mungkin juga saya salah.Maaf,saya memang bukan orang yang bijak.Cuma saya faham bahawa antara politik dan islam,tiada titik pemisah.Islam itu syumul dan menyeluruh.Dalam islam,ada politik iaitu ada politik islam dan politik tahgut(kafir).

Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memperjuangkan politik islam!Seperkara lagi harus kita bicarakan iaitu berkenaan sunnah yang utama.Sunah Rasulallah yang paling besar ialah dakwah dan kedua terbesar ialah berpolitik.Jika kita seorang yang mengaku cinta Allah,cinta rasul tapi masih memperjuangkan politik taghut,undang-undang ciptaan Lord Reid,sistem-sistem puak kuffar,idealogi-idealogi yang bertentangan dengan islam,maka kita telah bermipi di siang hari.

Dan akhir sekali,saya bukan mengajar atau menegur sebaliknya saya hanya mahu berkongsi.Dalam dakwah rasulallah,Rasulallah pernah ditawarkan dengan 3 perkara iaitu harta,wanita dan jawatan.Lalu dengan tekad,Rasulallah mengumumkan kepada puak kafir,’sekiranya matahari berada di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku,aku tidak akan sesekali meninggalkan kerja dakwahku’.

Sangat tekad!Lalu timbul persoalan,mengapa Rasulallah tidak memilih untuk menerima tawaran jawatan untuk memimpin masyarakat arab jahiliyyah yang dengan jawatan itu,dapatlah Baginda berdakwah dengan lebih mudah dan menyeluruh?

Lalu,kita harus melihat betapa Rasulallah sedang menyampaikan mesej halus bahawa islam itu tidak boleh berdiri di atas sistem jahiliyyah,ia hanya akan berdiri di atas tiang agama.Asasnya ialah islam,tidak boleh selain daripada islam.

Maka,sila faham dengan teliti artikel ini.Saya bukan berbicara soal politik,sebaliknya saya sekadar berbicara soal kefahaman kita berkaitan suatu perkataan,iaitu ‘ulama’.Ulama sifatnya harus takut dengan Allah,menyuarakan kebenaran tanpa takut ancaman manusia dan paling penting,ulama harus berperangai seperti Rasul,bukan seperti dajjal yang menjanjikan neraka disebalik bayang syurga.
Previous
Next Post »
21 Komentar
avatar

setuju le tu, kalu takat nak dakwah tanpa campur bidang lain khususnya politik baik dok ceramah kat kengkawan aje

Balas
avatar

pasal ni xreti nk komen..sbb xkenal ulama2 kecuali tuan guru Nik Aziz Nik Mat...paling syg tuan guru!tnpa melihat idealogi politik beliau...

Balas
avatar

sgt setuju..msia ni belambak ulam2 yang terer2..kadang2 ad sesetengah ulama yang terbabas sikit dari landasan agama bila dah bercampur aduk dgn politik..knape ad perbezaan ulama parti sekian2 sedangkan agama itu mutlak dan satu?ka lebih baik duduk satu meje..nak bincang pasal soal orang itu ini buat ape kn..baik dok sibuk pasal halal haram nih..bnde simple mcm itu pn payah n prak kat mlsia..camne?

Balas
avatar

actually bukan tak boleh campur dakwah dan pilitik..
politik yang sepatutnya dipegang dipegang adalah politik yang menegakkan agama Islam.. dan tidak sekali-kali menyimpang dari landasannya..

hatta nabi Muhammad pun orang politik terhebat..
check balik.. macam mana campurkan politik dan dakwah tu..

Balas
avatar

Salam...

Setuju dengan pandangan sdra..

Balas
avatar

betul....jgn dipolitikkan ulama...seharusnya takde ulama UMNO mahupon Ulama PAS...sama-sama dokong ISLAM...bukan dukung Parti..

Balas
avatar

emmmmm.......
entahlah skrg ni...
mcm2 ada...
ulama PAs la
ulama UMno la...

emmmm....
bilalah umat nak bersatu ni...

kan senang kalau semua libatkan dalam dakwah yg hak...
bukan setakat dalam malaysia sahaja....
malah satu dunia boleh berdakwah....

kalau dalam parti...kebanyakkan hanya berjuang dlm parti...
tapi bila pergi luar negara....
takkan nak ajak orang luar negara undi parti yang ada dalam Malaysia...huhu mengarut...
nampak sangt dalam parti tiada kesatuan...

memang dalam Islam ada politik...

tapi kena ingat...

"ISLAM BERPOLITIK...BUKAN MAIN-MAIN POLITIK"

Balas
avatar

setuju ngan apa yang iqbal tulis...

satu lagi yang saya nak tegur dan kluar dari topik...
bukan nak tegurlah, nak puji... iqbal dah tak guna shortform dalam menulis... bagus, saya suka ...lebih profesional,

cuma satu lagi, lepas koma atau noktah, kena renggangkan ayat atau huruf seterusnya... nampak lebih kemas

jangan marah

Balas
avatar

(1)-cemomoi
Alaa bang..klo ceramah kat member2,mana layan...tak feymes la..hahaha(mungkin itu yg difikirkan)


(2)-echah
no doubt.saya juga sangat kagum dengan tuk guru ;)


(3)-hentakberlipat
hehe...saya rasa ia jadi payah sbb mufti banyak sangat.kalau kat arab atau mesir,sorang je mufti..haha..ok,tak masuk akal kot kata2 saya tadi..hmm..entah la..kalau betul2 ikhlas,maka takkan timbul masalah..tapi masalahnya tak ikhlas dlm berjuang.tu pasal la bergaduh je



(4)-amira
Betul :)


(5)-Abd Razak
terima kasih saudara.Kalau ada saya silap,tlg tegur ya


(6)-Umar
Thanks bro


(7)-Cik Jari
Betul tu.Bukan dokong kroni,tapi dokong ummah


(8)-Peluncur Islam
sangat setuju,islam berpolitik bukan main2 politik :)


(9)-cikgu Normah
Terima kasih cikgu atas komen yang tersangat membina dan memotivasikan ini :)

Balas
avatar

artikel yang sangat baik..hari ni maksiat berleluasa dan tiada yang menegurnya...bab tidak menegur ni jugak balik ke atas batang hidung saye jugak..tq iqbal..

Balas
avatar

saya rasa lebih baik ulamak ni jadi berkecuali...tapi sentiasa attack dan bg panduan kpd org politik tanpa mengira parti mana sekalipun...thats better...

Balas
avatar

salam..

saya suka dato harussani. ulama yg berani menentang politik. cakap direct aje :)

Balas
avatar

(10)-Nazrul
Oh tidak..ia sebenarnya kembali kpd saya.huhu..insyaAllah,dakwah akan dipergiatkan


(11)-fitri
Tiba2 saya rasa ide anda juga sangat baik :)


(12)-Kak Lynn Nasir
Baguslah mcm tu kan kak :)

Balas
avatar

Kadang-kadang mahu rasa mahu melihat sirat urat benang dalam akal minda kamu.Pemikiran kamu matang menjangkaui umur sebenar.Sy yg 21 tahun ini pun tak sematang kamu. :)

5 stars for this sharing.

Balas
avatar

apa yg ko tulis aku setuju belaka..ko adalah idola aku..hakhakhak

Balas
avatar

(13)-Sidratul Muntaha
hihi...jangan memuji kerana ini mungkin sekadar 'topeng' saya kerana saya tak pernah rasa yang saya ni betul-betul orang yang 'do what you said'..huhu...sedih :(



(14)-Pencacai Alim
Bro...jgn idolakan aku!haha..sbb mksud idol tu berhala taw..dlm bahasa apa tah,aku lupa :( huk huk

Balas
avatar

lame xsinggah sini..
eehhehe..
taw xper..
aku amat2 setuju bila seseorang yang berdkwah tak campur aduk ngan politik..
sebab bukan semua orang yang didakwah tue sama politik dengan pendakwah...
nanti takut mereka larikan diri....

Balas
avatar

org ramai masih susah nak hadam... bahawa di dalam Islam itu ada semua.. termasuk politik... dan jika berdakwah mesti dan tak boleh tidak utk sentuh soal politik... kerana politik yg menurut Islam akan menghasilakan sistem pemerintahan yg tak melanggar syariat Islam...

termasuk
sistem kehakiman Islam
sistem pendidikan Islam
dan ape jua sistem

ya tu semua bermula dengan pemilihan parti politik yg akn menerajui negara mengikut dasar parti yg mereka juangkan...

dakwah, politik n agama mana boleh diasingkan =)

p/s: sori agak bz sket hehe nak buat persiapan menikah

Balas
avatar

menarik. um, dan memang lupa iblis itu ketua~

Balas
avatar

sekarng ni.. sape ade kuasa dan duit. akn diikuti.. parah.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443