Benar, saya cuma orang luar

Dosa Yang Terpaksa
Percaya atau tidak,dalam dunia ini ramai orang yang ‘terpaksa’ melakukan dosa.Bukan dosa darurat kerana dia sememangnya punyai pilihan samada untuk meninggalkan atau bergelumang dengan dosa itu.Sebaliknya,dia ‘terpaksa’ dalam erti kata lain,dia tidak mampu menghalang dirinya daripada meninggakan terus maksiat itu.

Inilah masalah yang seringkali terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya.Orang muda,sifatnya lebih mudah menghukum.Kurang rasionalnya,kurang timbang rasanya.Bayangkanlah,seseorang yang sudah bertahun-tahun berenak-enak dengan suatu dosa,pasti teramat sukar baginya untuk meninggalkan dosa itu.Sebagai contoh,seseorang anak muda yang sejak usianya belasan sudah pandai clubbing dan kini sudah 30-an,pasti sukar baginya untuk mengehentikan tabiat buruk itu.Makanya,kita tidak boleh menghukum sebaliknya kita boleh ‘meringankan’ dosanya.

Bagaimana?
Jika kita bukak surah Yusuf ayat 9 dan 10,kita lihat bagaimana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka(Nabi Yusuf).Lalu timbul persoalan,anak-anak seorang rasul pun mahu membunuh saudara kandung? Ayahnya tidak mendidik merekakah?

Maka jika kita lihat sekali lagi,jelas rancangan asal mereka ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan mereka mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh,sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi,moga-moga ada orang musafir yang mengutipnya.

Disini kita memerhatikan dua pengajaran.Pertama,hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh.Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang jealous dan cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa mereka,Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain.Kedua,orang yang ditarbiyyah,jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan dia pasti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.

Dalam keadaan masyarakat masa kini,untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam,itu adalah sesuatu yang sukar melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu.Yang pasti,ramai dalam kalangan kita sudah punya hidayah tapi belum dikurniakan taufik.Ramai yang sudah diberi kesedaran(hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan(taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.

Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia,tidak kisah sejahat manapun dia,dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosa.Kita boleh tipu orang lain,tapi kita takkan boleh tipu diri kita.Kita mahu mengenal Allah.Kita mahu menjadi pemuda yang dekat dengan masjid.Kita mahu jadi orang yang baik.Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita mahu berubah.

Maka,di situ lah peranan da’ei sebagai pennyeru dan bukannya penghukum.Apa yang terjadi,jika kita mudah menghukum orang lain,maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini.Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?

Saya faham...
Maka,saya sama sekali tidak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat.Cuma yang saya marahkan ialah maksiat itu,bukan pelakunya.Saya tahu,untuk mengelakkan maksiat itu bukannya mudah.Kerana itu,para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar,mereka meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.

Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita,tapi ia boleh.Apa yang perlu,ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah.Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali,mungkin minggu depan kita buat 4 kali.Sedikit demi sedikit,kita kurangkan.Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus!Yakinlah!Dan,jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.
Sebagai Contoh Sahaja
Lelaki yang terlanjur berzina dengan girlfriend dia tapi seringkali dia berniat untuk berhenti,namun tetap terjerumus dek kerana tidak tahan digoda,maka apa salahnya si lelaki itu beronani sekadar mahu melunturkan nafsu dan kekuatan batinnya.Benar,onani itu haram,tapi antara onani dengan zina,manakah dosa yang lebih berat?pastinya zina.Jika selalu begitu,diajak zina oleh teman wanita,lelaki beralasan bahawa dia tidak ‘kuat’,maka insyaAllah kelak dia sendiri sudah tidak terkesan dengan zina lalu mampu mengjauhinya.Maka,di situ kita lihat bagaimana orang yang ‘terpaksa’ berbuat dosa,pasti akan memilih untuk melakukan dosa yang lebih kecil.

Kesimpulan
Saya tak mengajar anda berbuat dosa sebaliknya saya mengajak anda supaya memasang niat.Saya pasti anda bukan malaikat,tak bolah lari daripada melakukan dosa sama seperti saya juga.Maka kerana itulah,jika tak tahan juga nak buat dosa,pilihlah dosa yang kecil dan bertaubatlah selepas itu.Taubat,moga-moga timbul kesal dan insaf.Dan paling penting jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itu dan jangan pula kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa.


kepada 'kamu'..maafkan saya kerana saya sedar,saya ialah orang luar.Saya faham kesukaran dan kesungguhan 'kamu' dalam usaha untuk meninggalkan dosa.Ya,saya orang asing yang tidak merasa derita perjuangan 'kamu' itu.Tapi ketahuilah,saya sangat bangga dengan 'kamu' kerana kamu sentiasa mahu cuba berubah.Saya sayang 'kamu',kerana Allah.
Previous
Next Post »
21 Komentar
avatar

hidayah ade....

taufik x de....

sian :(

Balas
avatar

maCy..
ada banyak benda nak cakap..
tapi maCy lagi berminat nak tahu..
siapa 'kamu'?

Balas
avatar

em,. kadang3 kalau sy nak marah kat sesorng tu, akan jd macam benci kesumat.x tau naper


Jum Singgah yer
Latest entry di:

Lelaki kurang otak
Letter for adik part 2
Lelaki hensem dan Pompuan Gem--

Balas
avatar

susah tul nak buang daki yang dah berkarat melekat.. camana nak buat tu?

Balas
avatar

yup! azam dan keinginan untuk berubah itu penting!!

manusia tak lepas dr melakukan kesilapan.. pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita...

semoga diampunkan dosa-dosa kita yg dilakukan secara sedar atau tak sedar.. amiin..

p/s : nice header.. cute boy! hee

Balas
avatar

yg penting sekali,kita kena ade kesedaran...tak boleh sombong dengan Allah..org yg sombong ialah org yang enggan berdoa...maka,berdoalah selalu agar Allah kurniakan hidayah buat kita....

Balas
avatar

(1)-Nis
Hihi..sangat betul tu :)


(2)-Inas
Huhu..kasihan :(


(3)-maCy
Hihi...betul nak tahu ni?atau buat-buat tak tahu?haha..gurau2~


(4)-PinQib
Wah..bahaya.So kesimpulannya,jgn buat kamu marah.hehehe :)


(5)-cemomoi
Taubat :)


(6)-ain
Terima kasih atas komentar yang sangat baik.Btw,gmbar tu dah lama kot..hehehe


(7)-Musafir Melayu
Silakan..dengan senang hatinya :)


(8)-Cik Jari
Terima kasih atas komentar yang secara tak langsung,mengajar dan memotivasikan saya :)

Balas
avatar

kadang2 ada juga masa lalai bila kita dah cuba untuk berubah ke arah kebaikan..

Balas
avatar

salam..

ini sekadar pendapat daripada saya yg sangat cetek ilmunya.

dalam surah alBaqarah, ayat 208-209 ada mengatakan bahawa Allah menyuruh kita untuk masuk ke dalam islam secara keseluruhan.dan dijelaskan juga, jika kita menyimpang dari kebenaran setelah mengetahuinya, dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha Perkasa. daripada ayat ni, jelas bahawa apabila kita tahu sesuatu itu haram, wajib untuk kita tinggalkannya secara keseluruhan.

adapun begitu, dalam surah almukminun ayat 5-7,seseorang yang melepaskan nafsu bukan pada tempatnya(cth:melakukan onani) dikatakan sebagai orang yang tercela dan melampaui batas.

beronani dikatakan boleh jika ianya benar2 darurat, ditakuti akan tetap melakukan zina walaupun pelbagai usaha lain sudah dilakukan untuk mengelakkan berzina.

maafkan saya, jika tersalah.
tapi yang ingin saya katakan ialah, contoh yang saudara berikan kurang sesuai dalam konteks meninggalkan perkara maksiat. saya tak nafikan niat saudara adalah untuk mengajak ke arah kebaikan, namun ada yang perlu saudara pertimbangkan. kefahaman antara para pembaca dalam hal ini masing-masing berbeza. mungkin jika diulaskan lebih mendalam lagi tentang hal ini, para pembaca akan lebih jelas lagi. tapi pada pendapat saya, jika hal ini hanya untuk dijadikan sebagai contoh, ianya kurang sesuai.

afwan.


namun begitu, entri ini satu perkongsian yang bagus. jazakallah khair. :)

Balas
avatar

ouh... sy pun tak lepas dari dosa yg terpakse,..
mcmmane ni ? T~T....

Balas
avatar

gua mmg tabik dgn lu ni..mmg bagus..sumber inspirasi...

Balas
avatar

maksiat ni kadang-kadang tak sedar yang kita istiqamah kita melakukannya.. Nauzubillah,

Balas
avatar

x suke dgn org yg bangga2 buat dosa. igt hebat kot. haisshh...

Balas
avatar

dosa terlalu halus. tapi pahala lebih halus :)

Balas
avatar

(a fren)
im crying... hmm.. tak tahu nak tulis pe but this is the situation im in in. even bkn la seperti cnth yg die bg but beban nye same kn.. bile kite tau.. sesuatu bnda tu buat kite worst. tapi kite tak dapat avoid. honestly, sy rase sgt. kalau sy jauh dr couple sy.. sy dekat sgt dgn allah.. hati sy tenang sgt. ibadat sy teratur sgt. tp untuk tinggal kn cinta tu. somtimes sakit sangt. sayang tu buat rase perit sgt. dats y sy rase somts kuat sgt tp dalam mase yg same. lemah sgt. mnkin pd org lain simple, tp pd sy ujian ni perit sgt. doakan sy ye. sy nk jd solehah.sy nk.

Balas
avatar

ehem..terasa..susah betul untuk berubah terus..terima kasih iqbal kerana berdakwah tanpa henti..
saya juga takkan berhenti untuk perbaiki diri, insyaAllah...

Balas
avatar

hanya dgn niat utk berubah dr yg buruk kpd yg baik tidak ckup..perlu ada kesungguhan dan kesabaran yg tinggi.

sama-samalh kita muhasabah diri dan memperbaiki diri..thanx iqbal diatas entry sebegini..=)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443