Berhias Bagi Wanita, Bagaimana?

Seorang saudara (mungkin saudari) bertanya soalan tentang berhias di hari perkahwinan. Siap beri link video lagi. Saya sudah tonton, maka saya download dan upload di Bayyinat. Moga kalian dapat turut sama menontonnya.


Video berkisar tentang aurat wanita. Saya lelaki, tapi banyak kali saya diajukan soalan berkaitan wanita. Sejujurnya, ilmu saya terhad. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan fiqah wanita. Jadi, saya akan jawab sekadar termampu.

Secara mudah, make up ini boleh kita sebut sebagai perhiasan. Ia masuk dalam hiasan tambahan. Bergerak kepada soalan, bolehkah wanita berhias semasa majlis perkahwinannya?

Dalam video ini, ustaz pun ada sebut, nak jadi  pengantin memanglah kena cantik, tapi...  Sebentar! Ada perkataan 'tapi' selepas itu, menunjukkan bahawa ada syarat yang harus dipenuhi. tapi apa? .. tapi mestilah kecantikan itu hanya untuk tatapan suaminya sahaja.

Pengantin wanita perlu dihias, supaya nampak cantik, berseri, elok dan jelita tapi tidak boleh kepada khalayak umum. Ia hanya perlu dipertontonkan kepada si suami. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk mengembirakan si suami. Maka, jika anda berhias cantik-cantik, tapi untuk tatapan umum, maka ia boleh membawa kepada haram.

Dalam ceramah ini juga, ada penonton membawakan kisah Saidatina Aisyah r.anha dihias cantik oleh Asma' bin Yazid, semasa menyambut kedatangan Rasulallah. Maka, saya tertarik untuk berbicara soal hukum wanita berhias.

Boleh! wanita boleh berhias. Bukankah fitrah manusia terutamanya wanita mahu kelihatan cantik? Tapi, dalam keadaan 'boleh' itu, ada 'tapi' nya juga. Syaratnya, wanita itu hendaklah menutup auratnya. Hiasannya juga hanya kepada suami tercinta dan ahli keluarga yang dibenarkan syarak sahaja.

Kepada yang selain daripada golongan yang dibenarkan syarak, apakah masih boleh berhias?

Berhiaslah, tapi jangan melampau. Jika sedikit bedak untuk lebih berkeyakinan, boleh. Jika secalit minyak wangi, untuk menghilangkan bau badan, itu pun boleh. Jika selapis gincu, untuk menyembunyikan pucat bibir, itu juga boleh!

Bukan semua benda tidak boleh, tapi semua benda harus ikut peraturan. Islam itu mudah.

Wanita adalah lebih terdedah kepada fitnah. Maka, sangat perlu anda berhati-hati terutama dalam hal  perhiasan. 2 perhiasan wanita, iaitu perhiasan asli (tubuh) dan perhiasan tambahan (gelang, rantai dan sebagainya) tidak boleh ditayang kepada khalayak umum kecuali kepada suami dan ahli kelurga terdekat sahaja. Pakailah pakaian yang longgar-longgar dan berwarna tidak garang, supaya ia tidak menarik perhatian. Pakailah jam jika mahu, tapi jangan terlalu besar hingga menarik perhatian orang. Bawalah handbag jika mahu, tapi janganlah coraknya menarik perhatian orang. 

Dan suka saya mengingatkan, bahawa aurat wanita bukan hanya kepada pakainnya, tapi yang lebih utama ialah akhlaknya...Wallahua'lam

Sesiapa nak tambah, silakan. Saya alu-alukan sebarang bentuk perkongsian :-)

Maaf kepada yang bertanya, saya terlewat satu hari untuk memberikan jawapan. Sibuk sikit.
Previous
Next Post »
17 Komentar
avatar

thanks. nice entry!

Balas
avatar

thanks !
suke part neh!
Pakailah pakaian yang longgar-longgar dan berwarna tidak garang, supaya ia tidak menarik perhatian. Pakailah jam jika mahu, tapi jangan terlalu besar hingga menarik perhatian orang. Bawalah handbag jika mahu, tapi janganlah coraknya menarik perhatian orang.
terima kaseh iqbal !
:))

Balas
avatar

i want to add something.
sebenarnya, islam tidak membenarkan kecantikan wanita dipamerkan. cara perkahwinan sebenar dalam islam adalah pertama sekali, tiada persandingan. persandingan haram kerana mengikut amalan agama hindu. then, terdapat dua ruang. satu ruang untuk lelaki dan satu ruang untuk perempuan. pengantin lelaki masuk ruang lelaki dan pengantin perempuan masuk ruang perempuan. kirenye diorang tak boleh la berdua-duaan^^ dua ruang tersebut dipisahkan dan ditutup supaya orang di ruang pengantin lelaki tak tengok orang di ruang pengantin perempuan dan begitulah sebaliknya. kirenye tak dapatlah nak usha2^^ hal ini untuk mengelakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. lagi satu, sebab kan kalau di hari perkahwinan pengantin perempuan akan make up. so, bile orang lain melihat dia, terutama lelaki, dia akan berdosa. lagi satu, kalau nak snap gambar, kene photographer je la yang bole snap. photographer wanita mungkin? dan snap gambar perlu dilakukan di tempat yang orang lain terutama lelaki tak dapat melihat mereka. best tak cara ni? ni lah cara sebenar mengadakan majlis perkahwinan mengikut cara yang Islam tuntut.cara ni bole elakkan kecantikan perempuan dipamerkan walaupun die tak makeup. even die tak make up, kite yakin ke sume org pandang die bhw die tak cantik tanpa make up. so, insyaAllah cara ni yang islam ajar. cara ini diamalkan di negara arab yang mengamalkan cara hidop islam sebenar seperti arab saudi dan madinah.

Balas
avatar

salam,

begitu mudah para wanita solehah nak masuk syurga Allah swt, tp byk pula rintangan yg memudahkan dia masuk neraka..astaghfirullah..

akak bersyukur dgn kehidupan akak sekarang yg byk menghabiskan masa di rumah..sekurang2nya sedikit hal aurat di mata masyarakat boleh dijaga.

Balas
avatar

Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:
- pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
- pakaian itu mestilah longgar
- tidak nipis
- bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
- tidak menyamai pakaian lelaki
- Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.
- Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj.
- Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.
- Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian
atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.
- Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek,
termasuk membersih sesuatu yang fitrah.
- Jenis perhiasan antaranya:
- Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
- Pakaian luar dan dalam
- Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah
dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan
isteri yang suaminya tiada di sampingnya.
- Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah
tabarruj.
Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat
semulajadi:
- Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh
bagi yang berkahwin untuk suami.
- Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodoh
dipandang.
- Memerahkan muka. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.
- Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, …..
- Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai
tabarruj.
- Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.
- Bersolek dan berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj.

halaqah.net

Balas
avatar

salam.. terima kasih menjawab soalan sy... maafkan sy.. kerana telah mengingatkan iqbal sekali lagi.. sy takut cuma iqbal terlepas pandang.. sy bg dua soalan, satu iqbal dah jwab satu lg tidak.. sebab perasaan ingin tahu itu tinggi.. sy tanya..lg skali.. melalui entri ini, iqbal ade ckap kalu jam terlalu besar.. yg boleh menarik perhatian tidak boleh. kenapa? em.. sbb lelaki bernafsukah selepas melihat jam tersebut? (maafkan sy, sy hanya ingin tahu) jika bernikah nanti pergi ke masjid.. just perlu memakai sedikit bedak, dan secalit gincu. =) mcm 2? baik!
kalu nak tngkap bersama suami.. baru bole berlebihan sedikit.. hanya untuk suami. fotoghapher juga perlu wanita. betul?

*betulkan saya jika salah

-terima kasih buat sahabat.. =)
bila tgok entri ini sy tersenyum!

Balas
avatar

akhlak mnggambarkan segalanya~

Balas
avatar

bile di bayyinat ni,tmbh lagi ilmu sy .. baru sy tahu bahawa memakai gelang pun ade cara nye .. terima kasih .. (^_^)

Balas
avatar

nice one...kdg2 nyampah gak tgk org yg berlebih-lebih semasa persandingan. Macam pertunjukan apa je kat dpn tu...tp kalau sekadar menutup pucat wajah kan ok...yg penting niat wanita itu berhias untuk apa....

Balas
avatar

Nak kawin nt kena bincang baik2 ngan husband.. kena jaga adab dua2 pihak..biarlah org tengok kita kolot,asalkan kita ni mnjaga..yg penting untuk suami and isteri bukan orang lain kan?..

Balas
avatar

Kepada anonymous ke-2, saya cakap jam besar( sekadar ambil contoh jam), bukan kerana lelaki bernafsu pada jam. Bodohlah lelaki, jika pada jam pun dia bernafsu. Sebaliknya saya tekankan perkataan 'menarik perhatian'. Apa-apapun, hati-hatilah. Semoga diri kita tidak terlalu menarik perhatian~

Balas
avatar

salam
mood iqbal mcm tak baik je.. hanya ingin bertanya.. entri terbaru iqbal 2, sy rasa iqbal adalah org yg 'terpilih'.. terpilih untuk menerima ujian drNYA.. DIA amat syg kan iQbal sebab itu di uji iQbal bertubi2.. bersabarlah sahabat =)

ilmu yg diberikan itu amat berharga. tQ

Balas
avatar

Dan suka saya mengingatkan, bahawa aurat wanita bukan hanya kepada pakainnya, tapi yang lebih utama ialah akhlaknya...Wallahua'lam

setuju! akhlak tersangat perlu dijaga.takut dimakan fitnah dunia.

Balas
avatar

Assalamualaikum.. mohon pencerahan..
wanita yg bertudung labuh(bulat-yg dijahit ditngh), wanita yg bertudung labuh ( tapi sempang ditepi, pin), wanita yg memakai selendang labuh(tdk jarang). ketiga2 kategori wanita itu menutup aurat.tp,cara mereka itu je yg berlainan.. mohon pendapat....

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

Rasanya soalan ni kena tanya orang perempuan kut. Sorylah. Tak reti dan tak tahu bab tudung2 ni

Balas
avatar

Assalm...mohon sedikit pencerahan berkenaan'menarik perhatian'.
Kalau memakai barang contohnya handag... rantai bag terebut warna gold dan kelihatan mahal.Pada pemakaiannya pula tertutup dan memenuhi syariat islam.Ia berkemungkinan boleh menarik perhatian kaum lelaki..so adakah ia tergolong dlm golongan tabarruj kalau dilihat pd perhiasannya.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443