Ikhtilat Bahagian 1

Teori
Ada orang minta pendapat tentang cara bergaul lelaki-wanita. Mungkin saya bukan orang yang tepat untuk menjawab persoalan itu kerana sejarah hidup saya jauh dari wanita. Apa tidaknya, kali terakhir saya punyai kawan sekelas wanita pun masa usia 12 tahun. Sekolah menengah dan zaman selepas sekolah pun semua lelaki, dan alam pekerjaan saya juga bakal dihiasi oleh all boys.

Maka, saya hanya mampu bercakap secara teori.

Ikhtilat.
Pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita. Ini suatu yang berat dalam islam, tapi umatnya sering mengaggap ringan urusan ini. Saya teringat satu gurauan 'makan dalam' yang diajukan oleh seorang teman. Gurauan berkenaan dengan Orang Minyak. Jika zaman mak ayah kita dan zaman kita kecil-kecil pun, di kampung-kampung, serangan orang minyak cukup sering kita dengar.

Mereka (orang minyak) akan mencari anak-anak dara lalu mereka memperkosa, kerana mahu menyempurnakan syarat yang dikemukakan oleh syaitan. Ada yang kata kena perkosa anak dara seramai 40 orang. Anak dara, janda tak dilayan. Tapi zaman sekarang, sudah tiada cerita tentang gangguan orang minyak lagi. Kenapa? Salah satunya, orang sudah semakin melupakan amalan-amalan sihir ini, dan faktor utama (seperti yang dinyatakan oleh teman tadi)  ialah kesukaran untuk mencari anak dara.

Susah! kerana banyak yang ada sekarang ialah yang pernah berzina dengan teman lelaki, yang mengandung anak luar nikah, dan yang sudah banyak melupakan ciri-ciri gadis melayu yang pernah dibangga-banggakan satu ketika dulu.

Maaf, jangan marah. Jangan melenting dan jangan salah faham. Anggap saja guraun tadi sebagai bentuk nasihat supaya kita sama-sama kembali menjaga kesucian diri kita dengan menjauhi zina.

Atas maksud menjauhi zina, maka kita harus meneliti dan memahami cara bergaul lelaki-perempuan.

Couple?
Allah berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.
Pergaulan lelaki-wanita, jika tak ikut cara ialah membawa kepada 'dekati zina'. Tapi Allah bukanlah bermaksud bahawa setiap lelaki tidak boleh berurusan langung dengan wanita. Tidak! Jika begitu, pasti tidak akan berlaku jual beli antara lelaki wanita. Bahkan, pasti akan wujud hospital lelaki dan hospital wanita. Sulit bukan?

Lelaki dan wanita, boleh berhubungan. Tapi ada batas dan syaratnya. nanti kita hurai satu persatu.

Dekat Sangat.
Apa yang kita harus faham tentang zina ialah 'kamu dekat, kamu mati'. Hikmah Allah sebut 'jangan dekati' ialah kerana jika kita dekati zina maka no way kita boleh terselamat dari zina. Bunyinya seolah-oelah mengarut, bukan? Tapi Allah benar-benar maksudkannya. Pergaulan yang tidak terkawal pasti akan membawa kepada zina. Lelaki dan wanita ialah seperti magnet. Kutub utara dan kutub selatan. Jika didekatkan, pasti akan bersambung mereka, padahal kita hanya mahu mendekat, bukan mahu ia bersambung. Tapi ia tetap bersambung. Tidak boleh kawal, itu lebih tepat.

Kesimpulan tentang couple.
Haram. Tapi..susah nak berpisah?
Maka jika susah, saya sarankan supaya jangan berpisah. Sebaliknya kahwin.
Muda lagi?
Tidak kisahlah. Kerana kamu boleh memilih untuk 'kahwin khitbah' iaitu kawin pada usia muda, tapi duduk berjauhan. Jalani hidup seperti biasa. Jangan bersetubuh lagi, tapi kalau terlanjur tak jadi dosa. Jangan bercita-cita untuk punya anak lagi, tapi kalau termengandung, tiada masalah.

Secara teori, nikah khitbah ini mudah. Tapi praktikalnya, belum tentu.

Tidak perlu duduk serumah, tidak perlu sara-menyara, tidak perlu itu, tidak perlu ini. Jalani hidup seperti biasa. Bezanya, dia bukan girlfriend kamu lagi, sebaliknya dia isteri kamu dan jika terlanjur, tidak jadi dosa dan jika terberanak, itu bukan anak haram.

Untuk faham lebih lanjut tentang ini, tanyalah orang yang lebih faham. Jangan tanya saya sebab saya tidak berniat untuk nikah khitbah. Calonnya pun belum ada.

Alahai, inilah yang tak seronok jika iqbal syarie mula menulis. Belum sentuh bab ikhtilat lagi, tapi sudah panjang sangat artikel ini. Maaflah, adat orang menulis. Jadi, bagaimana? hendak saya habiskan atau saya sambung dalam bahagian kedua ?

Baiklah, saya sambung dalam artikel kedua. InsyaAllah.
Previous
Next Post »
23 Komentar
avatar

post yang sangat2 terbaik...yup, jalan terbaik kawen tetapi ada satu hadis kepada anak2 muda,jika tidak mampu kawen,berpuasalah...pada pendapat saya,kalau anak2 muda sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah (usrah,main futsal sesama lelaki,pergi picnic dsb),so tidak timbul soal ingin bercouple kalau dia sudah diberi penerangan kapel itu haram.sebab manusia hidup bersinergi (saling bergantung antara satu sama lain), so kalau die mingle dgn rakan2 insha Allah mudah2 han terhalang daripada berkapel...namun, fitrah untuk mencintai pasanagn berlainan jenis, tetap ada tetapi bersabarlah...
wallahualam...

Balas
avatar

yup..nice post..harap2 jd teladan especially remaja.tanamkan niat utk bernikah dan jg adb pergaulan.

Balas
avatar

Hello. And Bye.

Balas
avatar

assalamualaikum...

atie nak berkongsi ^^,

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

p/s: nak bace smbungan!

Balas
avatar

alhamdulillah, syukran krna berkongsi pengetahuan..
sdg tggu entry yg strusnya,, :)

Balas
avatar

salam alaik.. Jey Yusuff, bercinta tak pernah jadi haram. kerana Allah yang letak cinta dalam hati manusia. takkan Allah nak letak benda yang haram. yang menjadi haram adalah perbuatan2 dalam 'cinta' yang disalah tafsirkan oleh anak2 muda sekarang iaitu couple. cinta itu suci tapi dicemarkan oleh orang2 yang xsepatutnya.. :)

Balas
avatar

salam.
Nikah khitbah tu nikah gantung kan?... Penah dengar juga..

Info yg mnarik.Pnjelasan bagi yang tak memahami..

Balas
avatar

menarik :)
saya tunggu sambungannya iqbal :)

Balas
avatar

wah...good sharing..as remaja, nasihat tu sgt diperlukan~~~
tapi kalaukan nikah gantung tu digalakkan, ibu bapa skrg ni nak ke anak dia nikah gantung?nikah gantung boleh buat org pandang serong ke?hm?

tgu smbungan!~~ :)

Balas
avatar

itu isu couple. tapi masalahnya dengan kawan2 lelaki. macam mana?

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

kawan echah dah 4org khawin muda..
dah ade ank dh pun,.diaorg bhgia je nmpk and ade yg smbung stdy..
btul..khwin adelah jalan terbaik..
kalau tidak mamppu..berpuasalah..

Balas
avatar

uffss.. teorinya gitulah. memang cantik. tapi realitinya dunia sekarang..

takkan nak salahkan remaja sahaja...

Balas
avatar

"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap" [HR Bukhari]
Allahualam :)

Balas
avatar

terima kasih atas kupasannya. saya tunggu part seterusnya. =)

p/s:request saya.hee.

Balas
avatar

Saya bersetuju dengan Nurul Nazierah Rosman. Bagi saya entri ini mengambarkan perkahwinan itu mudah - untuk mengelak zina. Perkahwinan itu datangnya bersama tanggung jawab. Belum tentu bernikah dengan cara yang anda katakan ini "selamat".

Sering terjadi pula apabila sudah berkahwin dan tinggal berjauhan, pasangan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki/perempuan lain dan akhirnya bercerai. Matlamat untuk mengelak zina sahaja tidak cukup untuk melangsungkan tanggung jawab kerana tanpa tanggung jawab dan pemahaman, statistik kes cerai akan bertambah.

Berkahwin muda tanpa ilmu dan ekonomi yang kukuh bagi saya amat berbahaya. Ya, bunyinya materialistik tapi itulah lumrah hidup hari ini. Tidak banyak pasangan yang mampu bertahan kalau di landa gelombang kewangan - pastinya bercerai.

Entah kenapa saya kira entri ini seperti entri orang berfikiran singkat untuk menyelesaikan masalah. Matlamat perkahwinan itu biarlah jelas supaya apabila di langsungkan akad kita tidak mencemari institusi perkahwinan.

Kahwin bunyinya mudah - semudah ABC tapi lihatlah dunia anak muda hari ini.

Balas
avatar

salam Iqbal,

ini bukan entri "org singkat fikiran". ini entri "pilihan di tangan anda".

bila sudah ada larangan daripada Allah swt, maka jgn la buat. kot nak tempah tiket awal ke neraka. dgn ilmu, kita semua tahu ada pilihan lain dlm menangani nafsu. jiwa nak couple yg degil, payah nak kekang. tp tak semua org muda tewas. ada yg selamat krn dia cari rahmat Allah swt. jodoh dan REZEKI di tangan Allah swt. kenapa belum nikah pun dah risau pasal ter-dapat anak, tak cukup duit, takde masa depan, psgn curang..walhal semua tu Allah akan bg mudah jika kita minta dimudahkan.

pilih dulu jalan 'selamat' terbaik utk selamatkan diri -jauhi zina. jika nikah itu yg terbaik, apa salahnya. matlamat perkahwinan utk menjauhi zina adalah baik. nak puasa? puasa la. kot mampu nk puasa 24jam sehari semlm di zaman sekarang ni. kat bilik dgn komputer pun org boleh buat maksiat. wallahualam.

Balas
avatar

Anak dara suah nak cari?

Salah iqbal, bukan susah nak cari, susah NAK DAPAT.

mereka sangat low profile.
tak ada boleh jumpa tepi-tepi jalan menggedik2 ketawa kuat dengan kain singkat.

ahahah.

ewah.

dan setuju dengan komen di atas.

seseorang tu boleh jadi masih dara "fizikalnya" tetapi tidak lagi suci "metalnya." Opps!

Balas
avatar

:)

Ringkas:

'Simpan untuk yang hala.No couple!'

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443