Ikhtilat Bahagian 2

Selepas diciptakan Allah, Adam tinggal di syurga yang penuh dengan kenikmatan! Tapi Adam merasakan 'kekurangan'. Adam mahukan teman. Lalu Allah jadikan Hawa sebagai teman. Mereka menikmati hidup dengan penuh bahagia dalam syurga sehingga kedua-dua mereka terpedaya dengan hasutan syaitan. Angkara syaitan, aurat mereka terdedah.

Cerita ini panjang. Tapi cukuplah untuk kita tahu sedikit sejarah tentang 3 watak utama ini. Ada lelaki, ada perempuan, ada syaitan.

Jika antara lelaki dan wanita yang halal pun syaitan masih 'menyelit', apa kita fikir syaitan tidak bersama kita,  lelaki dan wanita yang belum halal?
Untuk bercakap tentang ikhtilat dengan lebih lanjut, izinkan saya memetik satu kisah dari al-Quran iaitu kisah Safura. Ini bukan calang-calang Safura. Ini Safura, anak Nabi Syuib a.s . Kisah ini dirakamkan dalam surah al-Qasas mulai ayat 23 yang mana antara pelakon utamanya ialah Musa a.s.

Kisah ini bagi saya cukup sempurna untuk dijadikan model pergaulan lelaki dan wanita.

Pertama.
Lelaki dan wanita boleh saja berbual, tapi dalam perkara yang perlu. Lihat ayat 23.
Musa a.s : "Apa kamu sedang lakukan ini?"
Gadis : "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya ".
Saya tertarik dengan jawapan yang oleh anak-anak Nabi Syuib ini. Jawapan mereka sangat jelas. 

"..sehingga pengembala-pengembala itu membawa pulang binatang ternak masing-masing.." membawa maksud bahawa mereka lebih sanggup bersabar daripada berpusu-pusu dan berebut-rebut dengan lelaki-lelaki di sana.

"...dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.." sudah cukup untuk menjawab persoalan-persoalan yang bermain di minda Musa a.s hingga tidak perlu bagi Musa untuk bertanya dengan lebih lanjut. Jelas, bapa mereka tua dan kerana itu mereka terpaksa bekerja mengembala binatang yang sepatutnya menjadi tugas laki-laki. 

Musa a.s lalu membantu mereka memberi minum binatang ternakan itu. Bukan kerana tergoda atau cair dengan wanita, sebaliknya kerana sifat beliau yang ringan tulang. Sikap inilah yang harus kita contohi. Jangan hanya menolong orang bila ada perempuan tengok. Konon-kononnya supaya dikatakan baik hati. Contohilah Musa a.s, ikhlas membantu sesiapa saja.

Kedua, merendahkan pandangan.
Dalam ayat ke 25, Allah merakamkan peristiwa Safura datang bertemu Musa a.s yang sedang berehat di bawah sebuah pokok. Safura berjalan menghampiri musa dengan malu-malu. Malu-malu yang membawa makna sopan, menjaga akhlak, merendahkan pandangan dan bercakap dengan tidak menggoda. Lihat bagaimana Safura berkomunikasi, terus kepada matlamat

"Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami".

Tiada lenggok-lenggok bahasa. Straight to the point.

Apabila menerima pelawaan, Musa a.s pun memenuhinya. Pada awalnya, Musa a.s berjalan dibelakang Safura. Tiba-tiba, ada angin yang deras datang lalu meniup kain Safura sehingga sedikit terdedah auratnya. Lalu, terus Musa berkata kepada Safura, "jalanlah kau dibelakangku, supaya aku tidak terkena fitnah penglihatan kerana melihat anggota tubuhmu".

Subhanallah.
Jika kita, kita sama sekali tidak merasakan terpandang aurat wanita itu sebagai fitnah. Sering, kita anggap ia biasa-biasa saja. Lebih teruk, ada yang mengggap ia sebagai 'rezeki' ! 

Ketiga.
Saya tertarik dengan kisah perkahwinan Musa dengan Safura. Kita rujuk ayat berikutnya, ayat 27. Nabi Syuib a.s berhajat mahu menikahkan Musa dengan salah seorang daripada dua orang anak perempuannya.

Mudah kan?

Ini baru betul. Seorang bapa menikahkan anak gadisnya dengan lelaki yang dipercayai. Lihatlah apa yang berlaku sekarang, sikap ibubapa yang membiarkan anak gadis mereka 'memilih' nyata membawa kepada anak gadis mereka dipermainkan oleh si hidung belang. Contohilah sikap para nabi. Jika Nabi Syuib mengahwinkan anak gadisnya dengan Musa, Nabi Muhammad juga menjodohkan puterinya, Fatimah r.anha dengan Ali ra.

Yang pasti, mereka bahagia!
Ya, mereka sangat bahagia.

Orang yang berkahwin kerana 'pernah bercinta' nyata mengalami kegagalan rumah tangga yang lebih banyak jika dibandingkan dengan orang yang 'bercinta selepas kahwin'.

Kesimpulan.
Saya ulang balik semula. Lelaki dan wanita hanya dibenarkan bercakap-cakap dalam perkara-perkara yang perlu. Lelaki dan wanita diwajibkan merendahkan pandangan. Lelaki dan wanita tidak boleh membuat perbualan yang melerat-leret. Harus straight to the point. Dan akhir sekali, jika terpaksa berjumpa, haruslah berteman. 

Mungkin bagi orang yang tak faham, mereka akan tersalah anggap bahawa kita ini sombong. Tapi hakikatnya, tidak. Kita cuma 'melayan' perkara yang benar-benar mustahak. 

Jika ada beberapa perkara yang saya tertinggal, saya harap anda semua yang cerdik pandai boleh lah menambah ya :-)
Previous
Next Post »
25 Komentar
avatar

saya rasa ikhtilat tak salah,
cuma manusia yang salah cara ikhtilat mereka.
maksud ikhtilat itu sendiri adalah percampuran.
jika percampuran itu secara baik,
tau batasan antara lelaki dan perempuan,
ia tak menjadi salah.
manusia kene JAGA IKHTILAT.
bukan sekadar waktu face-to-face,
tapi juga di laman sosial
spt fb, blog, formspring dan sbg
Wallahu a'lam

Balas
avatar

setuju dgn di atas!

Balas
avatar

salam

setuju dgn isi2 dlm entry ni ^_^
tapi kan, yg 1st line tu, ada pmbetulan sikit; dlm al-quran (2:30-38), adam diciptakan kt bumi dulu, bru dinaikkan ke syurga, kt syurga bru hawa dicipta n t'jadi peristiwa tipu daya syaitan.yg adam dciptakan di syurga tu, klau ikut bible.

nway, nice one! :)

Balas
avatar

manusia berdosa bila membunuh bukan pisau yang berdarah

Balas
avatar

iejan-
Terima kasih atas pembetulan. Saya sudah betulakan mukaddimah saya. Terima kasih banyak-banyak menegur ya :)



Jey Yusuff-
Saya baca banyak2 kali baru saya faham maksud saudara. Saya setuju. Jangan disalahkan cinta, tapi salahkanlah nafsu yang mencemari kesucian cinta itu

Balas
avatar

erk..
banyaknye dose saye

main redah je ckp2 dgn lelaki selama ni
):

Balas
avatar

itulah yg cuba jey sampaikan. cinta itu fitrah Allah dan sifat Allah yg dipinjamkan kepada manusia

Balas
avatar

bercinta iman dihadapan bukan ditengah atau dibelakang

Balas
avatar

Setuju ngan anonymous..mnjaga ikhtilat waktu di laman sosial.. Bersembang ok..no hal.. Jangan langgar batasan2 tu.. Cth, nal lebih2 dlm sembang..

p/s : abg sy ckp, makin lama kita belajar, kita akan rasa semakin bodoh..sbbnya byk lagi bnda kita tak tau.. v^_^v

Balas
avatar

sebenarnya kita tahu cuma kadang2 kita alpa.sbb tu kena saling ingat mengingati w/pun xkenal kita tetap bersaudara :)

Balas
avatar

yes! adik suka. terima kasih iqbal. =)

Balas
avatar

salam Iqbal!

memang wajib ditekankan cara betul bercampul-gaul sesama bukan mahram. banyak dah akak jumpa wanita bersifat kurang malu secara tidak perlu di hadapan lelaki..kenapa ye..pelik betul, takkan nak kena sound tepek baru nak sedar?

Balas
avatar

dh lame xkomen nih. hehe

cm yg kak Lynn Nasir komen, nape eh pompuan skrg xmalu2 dh? yes.. sy juge pelik. mgkn jika sy, sy perlu hingga tahap wajib bercampur dgn classmate sbb hampir sume classmate sy lelaki! nisbahnye, P:L=1:9

jd kami mmg xtakut n xmalu nk ckp ngn mreka. pelik bile fakulti yg rmai prempuan pulak yg suke n'ngendeng2' kt boys cls kami. huhu

so.. sy xsure nape. mybe sbb xpenah jumpe sgt kot??

"malu sebahagian iman"

ingatan pd dri sdri juge...

Balas
avatar

ya..straight to the point...kalau ade belok2 dan lenggok2, memang bahayakan...memang dah lain la tue...huhu

Balas
avatar

jangan melampaui batas, kerana menghampiri zina.

jangan pula terlalu malu, nanti sesat jalan.

dunia sekarang payah sikit.

mau tak mau terpaksa bergaul dengan orang lain jantina.

Balas
avatar

salam atuk.. lma x bka ym tp slalu gak msuk blog atuk.. hehehe..ingt org ag x??

ikhtilat - byk definisi yang boleh dibuat.. bergantung kepada pandangan serta bagaimana seseorang itu memandang serius tentang perkara ini..
ikhtilat bkn shaja berlaku msa prempuan bersama lelaki tetapi laman2 sosial yg ada juga sudah boleh dikira sebagai ikhtilat...

pertemuan di laman sosial boleh mendorong kepda pertemuan yg sebenar dan seterusnya mendoorong kpd prkara yg x baik.. tapi saya tak maksudkan semua orang yg menggunakan laman sosial adalah begitu.. sbb sy sndiri seorag penguna laman sosial...

sy akui ikhtilat yg tdak d jga memag boleh menjerumuskan kita ke arah perkara yg tdak elok.. (tiba2 teringat kisah silam)....

apa2 pn sbelum jga ikhtilat kna betulkan niat dan hati dlu... sbb ikhtilat yg tercemar bermula dr hati yang meronta mengikut alunan nafsu yg tidak tahu halal haram dan baik buruk... :)

p/s:atuk, org ada sumthing nk tnya kt atuk... ada msa orag tanya.. (sory sbb mcm dh tulis blog je dlm komen nie.. hehe)

Balas
avatar

to annonymous: nape panggil iqbal atuk? iqbal baru je 20an umurnyer...isk3...ade2 je la ko...hehehehe.... erm..kalau aku pergi mana2 mmg jarang berteman..pergi sorang2..xpe la..lelaki...tp kne jaga2 gak..

Balas
avatar

ikhtilat? maksud.. adeh.. akak tak paham bahasa arab... huhuhu..

apa2 pun pengisian yang menarik..

Balas
avatar

salam.. to nas: sbb iqbal bg kbenaran pangil dia atuk... :)

to faarihin : akak, ikhtilat 2 mksudnya prcampuran... x pe akak.. sy pn dlu x taw jga bhasa arab.. skarag je bru tahu skit2.. :)

p/s: tolog jwb utk kak faarihin :)

Balas
avatar

to anonymous..
sebenarnya, saya masih tertanya-tanya, siapakah ini ya..er..maaflah, sudah lupa T_T

Balas
avatar

Safura:

Perempuan paling pemalu yang patut dicontohi daripada segi pergaulannya dengan lelaki.

Musa:

Lelaki yang paling 'gentle man' yang tak pandai ambil kesempatan pada perempuan yang wajar dicontohi lelaki zaman sekarang.

Lelaki dan perempuan kena ada sama -sama sifat PEMALU. Perisai dari segala macam bentuk 'gannguan syaitan'.

:)

Balas
avatar

umur dh 20-an..my mum mmg sempoi..beliau kata: takpe,nanti kami bemuafakat carikan calon...insyaAllah,pilihan keluarga lebih berkat....<----akhirnya,mak sy keluarkan statement ini...yes!

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443