Saya Mahu Hilang

"Kebaikan ialah apa yang menjadikan hati dan jiwamu tenang, sedangkan dosa pula ialah apa yang menjadikan dirimu gelisah dan ragu-ragu"-riwayat Imam Ahmad.

Hanya satu perkara yang saya mahu lakukan buat masa sekarang, iaitu ber uzlah. Melarikan diri seketika dari alam maya. Terlalu banyak persoalan yang perlu saya soalkan kepada diri saya. Terlalu banyak perkara yang perlu saya kembali bermuhasabah dan terlalu banyak juga perkara yang perlu diri saya perbetulkan.

Seumpama sedang melakukan suatu jenayah berat, saya diburu rasa bersalah. Bersalah kepada diri saya sendiri, kerana dengan kelemahan diri ini, saya telah mengkhianati diri saya. Benar kata anda, kadangkala saya terlalu menegur, juga berdakwah hingga saya lupa bahawa diri saya seharusnya yang mula-mula dan pertama sekali ditegur, didakwah dan diperbetulkan.

Bersyukur saya kepada anda semua yang sedia memberikan motivasi, nasihat dan kata-kata semangat.

Saya mahu hilang sebentar...

Banyak persoalan yang mahu saya fikir. Semuanya menyesakkan dada ini. 

Saya mahu kembali tenang. Saya mahu 'pulang'...

Bila mana seorang sahabat berkata, "Si X tu, di  alam maya cukup sempurna, tapi di alam realiti dia cukup celaka!. ". Saya terdiam. Ya! saya harus lakukan sesuatu kerana mungkin saya ialah Si X itu.

Doakan saya. Saya mahu menjadi hamba-Nya yang praktikal.

 ( Jika mahu mati sebagai pejuang, maka harus melangkah dengan langkah kaki seorang pejuang! )

semoga apa yang ada dalam blog ni, menjadi suatu perkara yang boleh dimanfaatkan walaupun sedikit cuma.

Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

erkkk,,,,

tak thu nak kata apa~~~

:), plz jgn hilang lama2... sy pasti merindui setiap tulisan kamu.. :)

Balas
avatar

dik,
akak leh paham situasi adik skrg...

satu je pesan akak:
jangan cepat mengalah!

blogging nih salah satu usaha dakwah,adik ramai pembaca setia...sampaikanlah walau satu ayat.

Balas
avatar

that's y i dont update my blog too much now...

slmt meng-islah-kan diri :)

nak join gak la huhu.

Balas
avatar

apsal ni bro...relek2 je dulu eh...take ur time...dptkn semula semangat tu...kdg2 blog mmg akan buat kita jadi cenggini...klu ko pergi mana2...from time to time pasti ko akan persan ramai yg mcm hilang semngat...psl tu aku jarang dah bw...

Balas
avatar

salam iqbal,

take your time. rehat jika perlu. dunia iqbal sekarang sepatutnya more to studying. blogging sepatutnya perkara sampingan saja. ingat tu.

apa org nk kata, biarlah. mana tau, kutukan itu boleh jd pahala buat kita :)

Balas
avatar

kita insan tak pernah sempurna, ada waktu di atas dan ada waktu di bawah... selagi di atas landasan taqwa jangan le takut berbicara tentang kebenaran

Balas
avatar

tiada manusia yg sempurna...saya juga pernah merasa seperti ini kerna itu blog saya sudah menyepi seminggu, mencari diri saya di sis Illahi. Namun sampai bila kita nak menghilang? Yuk tahujud penguat semangat di medan ini...kita jua manusia sering khilaf. Tekadkan di hati kita, bila kita sampaikan peringatan itu jua utk diri kita. Semoga menjumpai cinta hakiki di sisi Illahi...

Balas
avatar

honestly, tulisan awak k buat saya bnyk buat sy rase smgt n rase nk berubah. Actuallt, terpulang pd pmbaca ntuk tafsir penulisan awak.. mungkin ade yg positive, ade yg negative. cumanya, kalau niat awak iklas.. teruskanlah.. coz org mcm sy.. perlukan tulisan sprti ini. coz cara awk serasi dgn jiwa. cara awak nk nasihat, pd sy, cara yg emphaty.
pd pndpt sy.. teruskanlh! jgn pergi lama2..:)

Balas
avatar

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan mmbanggakan diri,”

~Surah Al-Hadid (57): 22-23~

er.ada kena mengena ke tak ea ayat nie.huhu.

selamat memuhasabah diri.sama2lah kita berislah ke arah yang diredhaiNya.insyaAllah.

moga terus tsabat.salam perjuangan.

Balas
avatar

Bila mana seorang sahabat berkata, "Si X tu, di alam maya cukup sempurna, tapi di alam realiti dia cukup celaka!. ". Saya terdiam. Ya! saya harus lakukan sesuatu kerana mungkin saya ialah Si X itu.

Saya juga begitu iqbal.
Saya pernah meng 'private'kan blog..
dalam suatu jangka masa,sbb perlu fikir balik..
Saya rasa macam x selari diri dan penulisan kadang-kadang.
Namun,saya rindu untuk menulis.
Sokongan dari rakan2 juga buat saya 'open' balik blog.
Saya faham situasi anda.
Semoga dapat apa yang dicari.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443