Jenayah Geng Surau ?

Saya belek kitab shahih Bukhari mencari hadis yang menceritakan tentang kelebihan dan keutamaan geng surau. Ternyata sangat banyak hadis itu. Saya petik satu sahaja.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulallah bersabda: Sesiapa yang bersegera pergi ke masjid, pagi dan petang, Allah akan menyediakan tempat baginya dalam syurga setiap kali dia pergi, pagi atau petang.
Geng masjid sangat dekat dengan Allah. Itu hakikat. Dalam artikel sebelum ini, saya sebenarnya mahu membuka mata kalian untuk kembali menjadi 'segelintir manusia' yang kembali menghidupkan masjid. Tapi ternyata, itu bukan mudah kerana tidak sedikit 'jenayah' berlaku di dalamnya.

Mari membaca dengan hati yang bersih daripada rasa mahu 'memangkah'. Terimalah teguran jika ia realiti yang berlaku.

Antara jenayah yang paling berat:

1-Mengumpat.

" Kau tahu Man, si Abu tu datang semayang pun sebab nak makan kenduri tahlil ni"

 "Tadi masa aku nak datang surau ni, aku tengok si Ali tu selamba je tanam pokok lagi. Memang jenis manusia yang tertutup hati la dia tu"

Saya tertarik dengan apa yang Imam Nawawi kata dalam kitab riyadus saliheen, dalam bab mengumpat. Jika ada orang meminang jiran kita yang jahat, maka kita boleh 'umpat' jiran kita kepada orang yang meminang, dengan menceritakan peribadi sebenar jiran kita.

Mengumpat itu haram. Tapi diizinkan dalam bab meminang.

Imam Nawawi menggariskan, yang boleh diumpat ialah apa berkaitan akhlak, perangai dan sikap orang itu. Contoh, si A itu suka melawan orang tua. Itu boleh. Tapi jika si A tidak bersolat, itu tidak boleh kerana ia tidak masuk dalam kategori sifat, akhlak dan perangai buruk. Tutup aurat juga sama. Ia tidak masuk dalam kategori akhlak buruk. Kalau jenis banyak boyfriend, ya ia masuk.

Maka, saya jadi gelisah sendiri. Apabila pakcik-pakcik ni selamba bercakap tentang keburukan pak mat, pak ali, makcik ani, makcik timah, abu, ahmad (semua hanya contoh). Mereka mahu meminang orang-orang ini kah? Mengapa mereka diumpat?

Tidak dinafikan yang ini kes terpencil. Sikit sangat. Tapi yang sikit inilah suaranya macam guruh berdentum di langit. Itu sebabnya saya terpaksa tulis. Moga kita menjadi geng masjid yang tidak mengumpat.

2-Sombong
Sombong kerana merasakan bahawa kita ni baik. Mana tak baiknya, orang lain tengok berita TV3, kita duduk dalam kuliah ilmu. Baiklah tu. Tapi untuk menjadi sombong, itu bukan suatu yang lagi diperlukan. Jika diajak untuk meluruskan saf, bahu bertemu bahu, hujung jari bertemu hujung jari, tumit separas dengan tumit, kita tidak mahu, bukankah ini tanda kita sombong?

3-Tidak kasih
Orang tua mahu dihormati. Tapi kadangkala, mereka menjadi sangat demand hingga lupa bahawa mereka juga perlu menyayangi orang muda. Sudah 2 tahun, boleh kata kenal hampir semua pakcik-pakcik tu, tapi saya masih dipangggil 'hoi', 'yop' 'syeikh' 'adik' dan lain-lain. Nama saya Iqbal. Susah sangat nak ingat ke?

Tahu nama ialah antara rukun ukhwah yang paling awal. Kalau nama pun tak tahu, macam mana nak bersilaturrahim. Masjid ialah tempat kita berkenal-kenalan. Maka pergaulilah semua orang.

4-Makan Harta Anak Yatim
Yang ini bukan saya timbulkan. Ustaz Zubir Embong yang timbulkan dalam kuliahnya dan membuatkan saya berfikir panjang. Orang masjidlah yang paling kuat makan harta anak yatim? Bagaimana?

Kenduri tahlil. Dalam banyak tempat, masyarakat menjadi sangat jahil hingga sanggup menjamu orang makan kenduri tahlil dengan wang si mati. Sedangkan si mati meninggalkan anak-anak yang masih belum baligh. Sepatutnya, wang peninggalan si mati ini sudah menjadi milik ahli rumahnya, tapi ia digunakan untuk buat kenduri. Yang makan? Ahli surau lah. Orang luar jarang-jarang dijemput.

Sepatutnya, kita gunakan wang kita. Isteri, boleh gunakan wang simpanan peribadi dia. Anak-anak pun boleh guna wang mereka. Jangan guna wang si mati. Takut-takut si mati ada hutang, maka bolehlah gunakannya untuk membayar hutang.

5- Sudah habis...
Sudah tiada yang buruk, semuanya baik-baik belaka. Hanya jika teguran saya ini dapat diterima dengan hati yang terbuka, saya pasti masjid pasti akan dapat menerima kedatangan lebih ramai 'pelancong'. Hati mana yang tak terasa mahu menjadi baik? Cuma tembok ego saja yang menyebabkan kita belum bersedia menyahut seruan Allah- 'Mari menuju kejayaan'. Solat berjemaah, lambang kejayaan umat islam.

Kesimpulan
Jika tidak dapat jadi tujuh, mari kita jadi salah satu. Tujuh golongan yang akan diaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 1) Pemimpin yang adil, 2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid, 4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah, 6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui, 7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya”-Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wallahua'lam.
Bercakap memang mudah, melaksana itu sukar...

Previous
Next Post »
16 Komentar
avatar

tertarik dgn point no3-tak kisah. mungkin orang tua ni tak suka mengenali orang muda kot. bila kita ckp nape tak kenal nanti mula laa orang tua kata dah tua mudah lupa.sbb tu tak ingat nama.

nak tambah satu lagi, jenayah tentang bab suci. tandas surau bau hancing. sisa-sisa disekeliling. tak tau laa geng surau punya kerja atau tak. at least bersihkan laa betul2.

Balas
avatar

salam akhi. masih tak faham tentang umpat itu. boleh terangkan lebih lanjut?

Balas
avatar

setuju dgn semuanya. macy bukan budak surau. tapi macy pn pernah jadi budak sekolah agama.

Balas
avatar

macam mana kalau seorang perempuan tu nak pergi masjid tapi ada dua tiga je jemaah perempuan? dia patut teruskan pergi ke atau lebih baik tak pergi

Balas
avatar

rozy-
pasal umpat ya? ada banyak umpat yang diharuskan. Antara lain ialah umpat penguasa, utk beritahu org tentang kezaliman penguasa itu.

Umpat org jahat, supaya org lain ambil preventive measure dan tak terkena kejahatan org tu.

Yg saya maksdukan dlm umpat dlam entry ni ialah, boleh umpat akhlak org cuma dalam kes 'orang meminang jiran kita, kita bgitaw org yg meminang tu bahawa jiran kita tu sbnrnya tak baik' dengan sebab NAK MENYELAMATKAN org yg oinang tu. Faham?

Dalam bab pompuan solat, lebih baik dia solat kat rumah sbnrnya. Berjemaah di rumah dengan anak2 dan kwn2 pompuan. Tapi...kalau ada kuliah agama di surau, maka lebih baik dia dtg surau, sebab dengar kuliah agama, hukumnya wajib.

Maka, artikel ini dan sblmnya lebih khas utk lelaki...

Balas
avatar

kat masjid tepi umah akak ni
ade semua di atas..

Balas
avatar

jauh kn ak..
dr sume bnde buruk di atas!

Balas
avatar

teringat ketika bulan lepas, wa pergi ke masjid A dan masjid B.

Masjid B bila iqamah je semua orang naik ke depan2. rapat2 tak kisah.

di masjid B wa tak boleh rapat2. semua orang bawak sejadah sendiri, bentang menegak(bajet tak mau kongsi). wa terlupa bawak sejadah, wa solat atas jubin beralas beg je.

alah sejadah tak penting pon kannnnn

Balas
avatar

Alamak silap. satu masjid B satu Masjid A.

sedihnya masjid 'jemaah sombong' itu dekat dengan rumah wa. no wonder lah bapak wa pergi masjid lain kalau semayang jumaat.

Balas
avatar

Assalamualaikum.

Bahan bacaan Iqbal,agak berat bagi saya. Kitab-kitab tulisan lamakah? Tak ramai terutamnya anak muda zaman kita suka dan tertarik kitab sbegitu.Maksudnya,gaya bahasa agak tinggi.Apapun,tahniah. insya Allah, ada jiwa 'Mujahid' dalam diri kamu.

Ameen.

Balas
avatar

terima kasih atas peringat utk kebaikan umat islam.

Balas
avatar

salam,

mmg tak ramai yg bersifat negatif. ada juga geng surau yg sgt baik dan melayan semua jemaah dgn mesra. semoga kita tidak menjadi se-negatif points yg ditekankan pd artikel :)

Balas
avatar

yang indah nmpak jelek dan buruk..yang buruk nampak indah dan best..semua itu adalah kja syaitan..

Balas
avatar

aku suka point orang tua
yups
itulah yang aku selalu tekankan
jika nak kita dihormati maka kita haru menghormati orang tu
kan?

P/S : Bila Ego Setinggi Langit Memang Akan Jadi Susah Untuk Mengaku Kelemahan Diri

Balas
avatar

nice sharing. :)

p/s: my fren cakap nk cari jodoh kat surau. ok x? haha.. ^_^

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443