Mari menjadi manusia.
Bercakap memang mudah. Benar, kita manusia tapi belum tentu kita ada kemanusiaan. Manusia dan kemanusiaan, hakikatnya dua benda berbeza. Manusia diciptakan Allah, bukan untuk bermain-main atau tiada tujuan. Ramai manusia kabur dan tidak nampak apa tujuan dia hidup. Maka, dia mudah berputus asa. Hidupnya sukar, penuh dengan duka, tidak kenal erti ketenangan dan tidak bahagia. Jiwanya kosong, tercari-cari matlamat hidup. Faktor utama ialah kerana tidak tahu.
Moga-moga artikel pendek ini berjaya merubah keadaan kita yang 'tidak tahu' menjadi 'tahu'.
Firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 115- "Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu bermain-main (tanpa ada maksud) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Suatu ayat sindir, Allah tujukan kepada kita untuk kita sama-sama muhasabah diri.
Secara asasnya, manusia diciptakan Allah dengan 3 komponen, iaitu Hati, Akal dan Jasad. Ketiga-tiga komponen ini ada tugas dan peranan. Peranan hati ialah untuk membuat pilihan. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 29- " ... maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.."
Manusia diberi pilihan. Pilihan samada untuk merendahkan pandangan atau tidak apabila gadis tudung labuh berlalu, membuat pilihan sama ada mahu bercakap atau diam apabila azan, membuat pilihan samada mahu tinggal atau lari apabila mendengar orang mengumpat, dan lain-lain. Siapa kata dia tiada pilihan, maka dia pembohong. Pilihan sentiasa ada, cuma kekuatan saja yang kadang ada kadang tiada. Kerana itulah wujud 'dosa terpaksa' .
Peranan Akal pula ialah untuk berfikir. Berfikir akan baik buruk sesuatu benda. Memikirkan kesan dan akibat dan memikirkan bagaimana mahu Tuhan redha kepadanya. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 36 -"Dan janganlah engkau mengikut sesuatu yang kamu tidak tahu. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya"
Sangat jelas, peranan akal untuk berfikir dan menilai sesuatu, sebelum bertindak. Jika aku tinggal solat, apa kesannya kepada aku? Jika aku ber couple, apa kesannya kepada aku? Jika aku tengok filem tu, apa kesannya kepada aku? Semua persoalan ini harus dinilai oleh akal.
Akhir sekali, peranan jasad iaitu untuk beramal. Tipulah jika kita mengaku iman, tapi tanpa amal. Tipulah jika kita mengaku 'berhati baik' tapi tidak dibuktikan dengan perbuatan. Rasanya tidak perlu huraian yang panjang bagi amal. Cukuplah kita faham bahawa kita tidak dikira beriman selagi kita belum melaksanakan tuntutan iman.
Dengan wujudnya 3 komponen penting ini dalam diri manusia, layaklah manusia menjadi sebaik-baik makhluk, berbeza dengan haiwan. Namun, kerana anugerah hati, akal dan jasad ini, Allah telah memberi kita amanah yang diwajibkan sejak kita baligh hingga mati. Amanah yang memerlukan kepada pengorbanan dan perjuangan.
Apakah amanah-amanah itu?
Ia adalah Ibadah dan Menjadi Khalifah.
Firman Allah dalam surah Adz-Zariyat ayat 56 : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku". Tiada persoalan, tiada bantahan. Jelas.
Selain ibadah, kita juga ialah khalifah. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam ayat ke 30 dalam surah al-Baqarah ; "Aku hendak menjadikan khalifah dimuka bumi ini". Sesuatu yang kita harus hayati ialah bagaimana untuk kita melaksanakan dua perkara dalam satu masa, iaitu beribadah dan menjadi khalifah.
Secara teori, ia mudah kerana menjadi khalifah itu sendiri ialah ibadah. Kita diperintah oleh Allah untuk memakmurkan bumi. Maka, jika orang tanya saya apa matlamat hidup saya, saya akan jawab saya mahu menjadi manusia yang bermanfaat.
Matlamat hidup,tujuan hidup dan apa yang saya kejar di dunia ini hanyalah apa yang Allah suruh- iaitu menjadi manusia yang bermanfaat dan sentiasa beribadah kepada-Nya. Kerana itulah, Bayyinat ini diwujudkan, untuk saya 'memberi' dan 'menerima'.
Akhir sekali, selepas kita diberikan amanah, Allah menyediakan balasan kepada kepada kita. Jelas, orang-orang yang berusaha menunaikan amanah, Allah sediakan syurga dan bagi manusia yang tidak tahu, tidak mahu dan tidak peduli dengan amanah ini, Allah beri neraka. (Nauzubillah).
Penutup
Saya juga masih mencuba-cuba untuk menjadi manusia. Manusia yang ada 'fungsi', ada matlamat dan ada tujuan. Ia memang tidak mudah, tapi cukuplah jika Allah tahu saya berusaha dan akan terus berusaha sehingga saya mati. Usaha. Itu sahaja yang membezakan...
18 Komentar
ini yg iqbal panggil artikel pendek? haha ;p
Balasum, ilmu iman amal.
ade ilmu tak amal? humm
moga sama2 jadi manusia~
pancaindera kita pon amanah juga kan???
Balasmau jd manusia berguna... dan syukur selalu
Balaswalaupun kita nie da sememangnya manusia..
Balasini bukan bermakna kita nie betul2 manusia...huhu...nak tak nak kita kene berubah menjadi manusia yang baik n berguna..
salam iqbal,,
Balasyup..sy stuju..
suke ayat ni:
Manusia diberi pilihan.
Pilihan samada untuk merendahkan pandangan atau tidak apabila gadis tudung labuh berlalu, membuat pilihan sama ada mahu bercakap atau diam apabila azan, membuat pilihan samada mahu tinggal atau lari apabila mendengar orang mengumpat, dan lain-lain. Siapa kata dia tiada pilihan, maka dia pembohong. Pilihan sentiasa ada, cuma kekuatan saja yang kadang ada kadang tiada. Kerana itulah wujud 'dosa terpaksa'. berilmu,beriman,beramal
;)
cantik gambar tu akhi :) teringin serupa itu :)
Balasbetul tu, berusaha jadi manusia yg berfungsi pd diri dan semua org itu yg penting..
Balaskak doakan awk terus thabat di jln dakwah ini.
niqab (:
Balassaya pun mahu menjadi manusia yang berusaha...
Balasp/s: lame xjenguk sini..huhu
hidup manusia memang penuh dengan pilihan.tinggal kita untuk memilah yg mana terbaik buat hidup kita,untuk masa kini,akan datang dan tentunya untuk Islam.
Balasto live well or to live hell.we choose. :)
saya pun mahu berusaha menjadi 'manusia'..^_^
OH,bila nampak gadis betudung labuh,akan diam..?bagus la cmtu..skurang2nya hormat..
BalasMudah untuk kita berbicara ttg teori,tp tak mudah untuk amal..bnyk cmtu kan?...kadang tu pun termsuk dlm golongan cmtu...huhu
biar jadi manusia mati meninggalkan jasa
Balasmahu jd manusia yg berusaha. :)
BalasTerima kasih atas artikel
Balasartikel yg sgt memberi kesan....saya juga ingin menjadi manusia yg baik...=)
Balassmile + spirit!
Balassaya juga ingin menjadi manusia yang kemanusiaan yang tahu . (:
Balasterima kasih kerana perkongsian dan ingatan. :)
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443