Pesona si tudung labuh

Teringat kembali zaman persekolahan dahulu.Saya dan kawan-kawan berbual tentang cirri-ciri perempuan idaman.Ada yg kata mahu perempuan yg comel mcm gadis korea,ada yg mahu perempuan yg bertubuh langsing,ada pula yg mahu perempuan yg putih melepak,tak kurang juga ada yg mahukan perempuan yg berdada besar,yg tinggi,yg lambut panjang dan mcm-mcm lagi.

Saya sendiri pernah menyatakan ciri-ciri perempuan idaman saya masa saya jahiliyyah dulu.Yang pasti ,ianya adalah cirri-ciri jahiliyyah juga.

Saya mengambil masa yg lama utk cuba memahami firman Allah dalam surah An-Nur,ayat yg ke 26.Ayat yg sgt selalu kita dengar.Berulang-kali.Asal sahaja kita berbicara tentang jodoh,pasti ayat ini yg sering diutarakan sebagai hujah dan dalil.Namun,adakah kita telah benar-benar faham akan ayat ni?
“Perempuan yg jahat adalah utk lelaki yg jahat.Perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik.”
Segalanya kabur bagi saya hinggalah ada seorang sahabat mengaitkan entry malu yg pernah saya tulis ini ke dalam konteks hubungan lelaki dan wanita.’Perempuan jadi tak malu sbb lelaki yg tak malu.Kalau lelaki pemalu,maka perempuan pun akan jd pemalu’.Ada benarnya..mungkin.

Bagi saya sendiri,dahulu saya langsung tak pernah merasakan yg perempuan yg bertudung labuh dan berpakain sopan itu sebagai cantik.Langsung tak menarik.Namun itu dulu.Sekarang,si tudung labuh dan si berpakain sopan inilah ujian berat bagi saya!

Jika dulu masa sekolah,outing saja ke bandar maka mata ini hampir juling tengok awek-awek bandar yg moden.Pasti akan dijeling dan diperhati.Biasalah,sekolah all boys.Tapi kalau terserempak dgn perempuan yg nampak baik,sopan,bertudung labuh dan sempurna menutup auratnya,mmg rasa biasa-biasa saja.Rasa mereka ni sgt tak menarik.Skema?entahlah.Kiranya kalau terpandang perempuan yg berpakain sopan ini sekilas,ia akan hanya jd sekilas itu sahaja.

Tapi sekarang,lain pula!Gadis yang bermekap tebal,berfesyen dan moden ni rasanya biasa-biasa saja bagi saya.Kalaupun berselisih,takde rasa apa-apa dlm hati.Tapi kalau berselisih dgn gadis yg berjubah,bertudung labuh..mmg hati ni rasa lain mcm.Terus ingat Allah!kalau tengok perempuan seksi,ingat Allah juga,tapi rasa sedih.Tapi kalau tersermpak dgn si tudung labuh ni,rasa...rasa lain mcm lah!Istighfar dalam hati,rendahkan pandangan.Timbul rasa malu.

Ya Allah...
Bukannya saya nak mengatakan saya baik.Maha Suci Allah yang akan mengazab hambaNya yg sombong dan riak.Tapi apa yg saya mahu simpulkan,” perempuan buruk utk lelaki buruk” itu sebenarnya kembali kpd siapa kita sebenarnya.

Jika kita seorang yg terlalu mendewakan gaya hidup moden,maka perempuan moden lah yg akan anda cari.Betul?
Sama juga,jika anda seorang yg pemalu,maka anda juga akan cenderung kpd gadis pemalu.Iya..semuanya kembali kpd siapa diri anda.Makanya,kata-kata Ust Hasrizal Jamil adalah sgt tepat;’Kita seharusnya lebih banyak menjadi drpd mencari’.

Adapun,pernah juga kita dengar cerita ada ustaz berkahwin dgn perempuan yg biasa-biasa.Atau mungkin pernah dengar cerita lelaki yg biasa-biasa berkahwin dgn ustazah.Saya gunakan perumpamaan ustaz dan ustazah utk mewakili ‘baik’ sbb mmg masyarakat memandang mulia akan golongan ni.Betul?

Sebenarnya kita belum faham.Yang dikatakan baik oleh Allah dalam ayat itu ialah baik di sisi Allah.Mungkin bagi kita org tu baik,tapi di sisi Allah dia jahat.Contoh,kita menganggap org tu baik sbb dia selalu tolong orang miskin,banyak bersedekah dll.Tapi dlm masa yg sama,kita tak tahu rupa-rupanya dia tu anak derhaka.Maka kita kata dia baik sbb kita nampak one side aje.Sedangkan Allah Maha Tahu dan Maha Melihat.Baik atau jahat seseorang tu,Allah lebih berhak menentukan.

Boleh jadi ustaz tu tak baik,atau perempuan yg biasa-biasa tu baik..
Boleh jadi lelaki tu sebenarnya baik,atau ustazah tu yg tak baik..

Semuanya boleh jadi,kerana itu selayaknya kita lebih risaukan diri kita sendiri.Kita terlalu mengambil berat urusan mencari.Kononnya kalau tak dicari,jodoh takkan datang.Mungkin ia benar,tapi seharusnya yg diutamakan ialah soal menjadi.Kita boleh bermimpi utk mendapatkan pasangan yg baik di kaca mata manusia,tapi kita takkan dapat pasangan yg baik di sisi Allah,jika kita sendiri bukan seorang yg baik di sisiNya.

Kesimpulannya,islah dan perelokkanlah diri kita,kerana lelaki soleh dan perempuan solehah adalah magnet yg akan saling menarik antara 1 sama lain.Jangan risau tentang jodoh ;D
 (sekadar gambar hiasan)
Kemudian datanglah kpd Musa salah seorang daripd kedua-dua perempuan itu sambil berjalan dlm keadaan tersipu-sipu malu dan berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami". Maka ketika musa datang mendapatkannya(Nabi Syu'aib) dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu "-28;25
Previous
Next Post »
85 Komentar
avatar

gua suka pompuan rambut kerinting..hakhak..gurau..

gua suka pompuan yg pakai kain tudung labuh stock mcm ustazah..mana nk dpt ek..kalau dpt mmg bahagia gua..kehkeh..

Balas
avatar

salam..jodoh itu umpama mati, tiba saat dan ketikanya pasti akan tiba. tak perlu runsing memikirkan nya. jika mahu kematian itu indah, kita berusaha menjadi yang terindah di mata ALLAH, begitu juga sebaliknya..itulah umpamanya jodoh! pandangan saya, jika salah betulkan

Balas
avatar

i lov hot girls..
huhuhu..
xdela..mmg pmpuan sopan ni nampak cantik sgt2.u all.admit it!

Balas
avatar

Sy pun dok terfikir gak camni dulu...yang penting kita kena jaga diri kita kan, baru kita leh dapat sama cam kita gak kan...sebelum kita nak dapat jodoh yg betol, macam2 jenis org kita jumpa dulu kan...bertawakal bab jodoh...walaupun ada rasa risau huhuh

Balas
avatar

sy bukan baik sgt tp nak dptkan lelaki yg baik.. cam ne tu.

huhu.

Balas
avatar

partner to live together.. even though it's fated.. we still have to search.. if we lost in searching..look back yourself into mirror..
am I enough to demand such that and that about him/her?

Balas
avatar

tak semua perempuan tudung labuh tu baik & suci
itu yg berani saya katakan berdasarkan pengalaman yg saya pernah lalui
(:

Balas
avatar

kita minta pada DIA..
i-allah ^^

Balas
avatar

Assalamualaikum...

Ana doakan semua ikhwan bertemu dgn wanita yg solehah..

Sesungguhnya, wanita solehah adalah wanita yg melengkapkan dirinya dgn ilmu agama, akhlak karimah, budi pekerti yg luhur dan amalan2 mulia. Sekiranya sesiapa yg memilikinya adalah amat bertuah krn wanita solehah ini akan berusaha membina rumahtangganya ke jalan yg murni.. keredhaan suami terhadap dirinya itu merupakan pintu utk mendapatkn keredhaan ALLAH yang lebih besar..

Dan yg lebih penting semua ikhwan haruslah perbetulkan diri terlebih dahulu sblm bertemunya dgn wanita solehah ini.. sama2 doakan.

Balas
avatar

Menjadi wanita solehah lebih susah daripada menjadi lain-lain wanita berkarier. Kerana taraf jawatan solehah jauh lebih tinggi daripada jawatan-jawatan yang ada di dunia. 'Sijil' ini laku di dunia dan di akhirat. Lantaran itu syarat-syarat untuk menjadi solehah lebih berat daripada syarat-syarat menjadi wanita berkarier. Tempoh masa yang diperlukan untuk latihan menjadi solehah juga lebih lama.

SRIKANDI yang sebenar ialah wanita yang bertaqwa. Yang menjadikan Allah sebagai matlamat hidupnya. Rasulullah kecintaan dan ikutan. Suami sebagai tumpuan kasih sayang dan ketaatan.

Balas
avatar

salam..iqbal, saya suka sgt post ni.
insyaAllah, mudah2an kamu btemu jdoh dgn wanita yg solehah ye..aaamiin.

Balas
avatar

sy doakan iqbal mndapt wnita yg di idam2kan oleh sume lelaki..huhuu

sebetulnya yg bertutup itu lbh berharga kan?mcm mutiara kt bwh laut sane..ramai yg nak ohhh

Balas
avatar

salam iqbal

lama x jenguk blog ni, akhirnya exam pun dah abis dpt la luangkan masa singgah pondok cinta cari santapan buat rohani. Jodoh kite sume adalah rahsia ALLAH yg boleh dirungkai dgn istikharah. Firman Allah lelaki baik untuk pompuan baik & begitulah sebaliknya. Oleh itu, nak dpt jodoh yg berakhlak baik dan menyejukkan hati, kita sendiri kenalah memulakannya terlebih dahulu. kalu akhlak x baik, cmne nak dpt jodoh yg baik, x gitu? :D inilah yg dikatakan sbgi usaha, berusaha untk memperbaiki diri dgn ilmu agama agr dpata jodoh yg boleh membimbing kite ke arah jihad. Bukannya dgn sms, telefon atau pun dating dgn alasan mencari calon sesuai untk dijadikan pasangan.. wallahu alam bissowab

Balas
avatar

apa yang penting buat yang terbaik

Balas
avatar

(1)-pencacai alim
Hahaha..ko suka yg kerinting mcm megi?nak stock mcm ustazah,kena cari kat sekolah agama la.huahaha



(2)-rina
Sila~mesti lebih ayu ;D



(3)-HiJaNViolet
Tiada apa yg saya perlu betulkan kerana saya terlalu bersetuju dgn statement anda :D



(4)-anuarfariz
Haha.Panas mcm mana?haha.mmg betul pompuan sopan looks better~



(5)-Izanty
betul ;)


(6)-Inas
Usaha jadi yg baik,insyaAllah dapat yg baik ;)



(7)-amira
menarik!mendalam pengertian~tersirat


(8)-Anisa
Ya.Tak semua~ ;)



(9)-yong
Ya.setuju :)


(10)-aisyahHumaira
terima kasih atas perkongsian bicara.Sgt lengkap dan baik ulasan saudari.Terima kasih~



(11)-mama HidayahAmin
Sgt terasa kata-kata akak.sejuk umpama air.terima kasih akak atas perkongsian ini~



(12)-iejan
Haha..insyaAllah.Iejan bila nak update blog? ;D



(13)-echah
Haha..terima kasih~betul kata kamu,mcm mutiara.......


(14)-nur sakinah
Ya..saya setuju ngn kata-kata kamu.terima kasih atas perkongsian



(15)-Sharinginfoz
InsyaAllah.terima kasih dtg ;)

Balas
avatar

nice la..hari2 dapat muhasabah diri kat sini :)

Balas
avatar

salam,

pada pandangan saya, mungkin sewaktu ketika jahiliyyah dulu, itu semua tarikan nafsu, tapi bila Allah telah menghadiahkan kefahaman itu, tarikan itu menjadi lebih besar dari nafsu itu sendiri kerana tarikan itu menguji keimanan..

pada pendapat saya, lelaki yang baik akan cenderung kepada wanita yang baik juga kerana, di kala lelaki baik ini berada di dalam suasana masyarakat yang di mana keimanan mereka akan teruji dengan wanita2nya belum menutup aurat dgn sempurna, tatkala terlihat (untuk pandangan pertama) akan wanita yg insyaAllah telah sebaik mungkin menutup aurat dgn sempurna, mereka akan terdorong untuk terus menjaga pandangan kerana timbulnya rasa malu dan terus teringatkan Allah..

Mungkin sbb itu Allah memerintahkan para wanita untuk menjaga aurat sebaik mungkin, kerana kbykn wanita solehah akan mendorong masyarakat ke arah kebaikan..

sbb itu peranan wanita sebenarnya sangat besar dalam membentuk sesebuah masyarakat..

masyarakat yang baik dan hebat lahir dari kalangan para wanita yg hebat juga..

sbb itu, untuk melihat keadaan sesebuah masyarakat lihat keadaan wanitanya..

semoga kamu faham apa yg ingin cuba disampaikan.

semoga dipertemukan jodoh yang terbaik

wasalam

Balas
avatar

aku pernah buat entry pasal ni dulu

tajuk ; tangisan malam pertama

anyway, kte blh berdoa, slbihnya Allah smbunyikan smuanya dlm hijabNya=)

Balas
avatar

risau juga
xtahu kenapa
xjumpa2 lagi nih

P/S : Header Baru H.P.B Blog

Balas
avatar

Tudung labuh.. entry yang menarik.. tertarik nk komen jua. hehehehehe...

Tudung labuh...
Memang cantik terlindung,
Sungguh ayu tertutup,
Yang terzahir jelas gaya kesopanan,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi, alhamdulillah..
atau berdebu dengan sebab duniawi,nauzubillah..
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu..

Rasullullah juga pernah berpesan, kahwinilah wanita kerana agamanya... namun, usahlah disempitkan yang beragama tu hanya pada mereka yang berlabelkan 'TAHU AGAMA'. tapi yang lebih penting 'MAHU BERAGAMA' dan berusaha menuju 'MAMPU'.. dia mungkin seorang ustazah, die mungkin bertudung labuh, dia juga mungkin masih belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan menuju kesempurnaan kebaikan. yang mahu dibimbing dan diajar...

sekadar berkongsi diponcik cintaaa! =>

Balas
avatar

saya pun mahu dapat lelaki y baik hehehe..
saya doakan kamu juga dapat perempuan y baik..

btw da alang alang awak bercerita pasal ni..
jadi saya mahu mintak pendapat..

benarkah lelaki y baik itu untuk perempuan y baik??
benarkan jodoh sudah ditetapkan??
saya tak pernah bercinta.. erkk tapi pernah mencuba untuk bercinta...
tapi saya tak boleh..
terasa ada(seseorang) y menghalang..
terasa berat sangat hati ntuk terima seseorang(kenalan laki y lain)..
membuatkan saya sehingga kini pegang pada keyakinan bahawa suda ada y ditetapkan untuk saya..
dan saya hanya akan menunggu dan menerima seorang lelaki yakni y sy rasa dia tu la y ditetapkan untuk saya..

tapi kadang2 saya takut jugak..
takut kalo keyakinan tu sebenarnya entah apa apa jerk..

tapi seriously saya juga suka dengan munculnya keyakinan itu coz "rasa" tu buatkan sy sentiasa berhati2 dalam pergaulan saya bersama kawan2 apatah lagi golongan lelaki.. kiranya hati sy terhalang untuk buat sesuatu y tak patut like bercinta/ pegang tangan/ hang out dengan guys.. coz rasa berdosa sangat n rasa seolah olah saya sudah mencemarkan diri saya sendiri dengan melakukan semua itu..

n alhamdulillah utuk itu..
soalnya sekarang.. pada pandangan awak..
wujudnya "rasa" tu sedangkan kita tak berjumpa sesiapa lgi.. logik tak??
or i will consider as sakit jiwa.. huhuhu.. saya confius!!

dan sila nasihatkan saya..
bingung!!

-Hani-

Balas
avatar

(16)-cik Linn
Oh.hari-hari ke dtg sini?thanks sgt2.moga bermanfaat~


(17)-S.Al-farisi
Sudah tentu saya faham :)
terima kasih saudara :)



(18)-jane
Haha..nanti saya baca


(19)-hans
Haha..rilek bro.Ko muda lagi :)



(20)-Ayue Aishah
TERBAIK!!!!!!!!terima kasih berkongsi!!!Alhamdulillah~


(21)-Hani
haha..unik sekali kes kamu ni!ia bukan sakit jiwa tapi ianya satu tuntutan,khauf..iaitu takut kpd Allah.Takut kita bergaul mesra sgt ngn laki,maka ia akan menjerumuskan kpd zina.Dlm hal ini,kaedah fiqah 'saddu al-zara'ik' iaitu menutup pintu dan peluang maksiat.So,apa yg kamu buat tu tersangat-sangat betul kerana menutup peluang zina,yg asalnya ialah saja kenal-kenal,borak2..

Dan benar,takdir manusia ditulis ribuan tahun sblm Allah cipta langit dan bumi lagi.Ini diceritakan dalam hadis.

So,saya percaya bahawa benar...telah diciptakan seseorang kpd saya.Bertepatan dgn firman Allah dalam surah Ad-Zaariyat ayat 49- Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).

Pasangan~semua makhluk ada pasangan,termasuk saya termasuk juga kamu.Jadi,saya lebih menyukai peluang bercinta slps kahwin..InsyaAllah lebih selamat~

So,kesimpulannya...kamu di landasan yg betul.InsyaAllah~

Balas
avatar

terbaek aa bro..
moga di dunia nih ramai orang cam ko..

Balas
avatar

salam iqbal ^^

walaupun ada yg kata tak semestinya yg bertudung labuh itu 'baik', namun sekurang2nya dia berusaha menutup aurat mengikut syariat. ada yg kata yg muslimah seksi tu hatinya lebih baik..astaghfirullah. bagaimana baiknya?

kalau amik ajaran islam separuh2..mcm ni la jdnya. takut sgt tak kawen, tu yg sibuk nk couple. tak yakin jodoh dr Allah swt, sibuk cari sendiri. bila rasa tak sesuai, nak clash pulak. apa barang..

iqbal dh byk buat entri pasal kawen/jodoh ek..hehe!

Balas
avatar

semoga dapat apa yang diimpikan insyaAllah... luaran tidak semestinya dalam sebegitu namun ... luaran adalah gambaran dalaman...

hati yang baik tidak kerana mereka bertudung labuh TETAPI suruhan Allah itu adalah WAJIB...jadi sifat yang dimiliki dengan bertudung labuh sudah tentu isyarat kelebihan yang ada pada dirinya dengan mematuhi suruhan Allah itu...

jangan kata susah untuk dapat sesuatu yang sukar seperti impian yang diimpikan kerana... kalau kita nak... insyaAllah akan datang ... mereka kata sukar sebenarnya... mereka nak ke... betul betul nak ke? itu persoalannya kan...

syabas krana pilihan mu adalah bijak.. impian mu selari dengan perubahan iman yang ada mungkin... amin...

http://unclejoe11.blogspot.com/2010/04/let-pictures-speak.html

Balas
avatar

maaf silap link plak.. mungkin kisah ini.. sedikit sebanyak boleh dikongsi dan relevan dengan entry ni...alhamdulillah uncle sendiri mempercayai cinta sesudah kahwin..

http://unclejoe11.blogspot.com/2010/05/secebis-episod-kehidupan.html

Balas
avatar

benar kata sedara tu.. yg paling penting agamanya bkn lah luarannya.. nice info..

Balas
avatar

NICE INFO HERE!
hari2 nk dtg sini lah. hehe ^^

Balas
avatar

ubah diri sblm mengubah yg lain =) perhatikan diri sendiri dulu. sgt setuju baik tu di sisi Allah bkn di mata mnusia... sbbb rmai manusia pura2 baik.

p/s: ramai manusia baik... tp belum tentu jujur =)

Balas
avatar

sy pakai tudung biasa je...huhu. :-p

main2 je. yg penting ada mtlamat islam dalam diri dia. insyaallah.
smoga kita smua dpt yg baik2 :-)

Balas
avatar

(22)-kyo
Er...jgn la puji lebih2 bro..ko pun apa kurangnya kan? :)



(23)-Lynn Nasir
aik?mcm emosi aja kak?haha..sabar~saya selalu apa tulis artikel pasal cintan-cintan ni?


(24)-UJ
Wahhhh...sgt menarik~terima kasih perkongsian.


(25)-LiFe KaMi
Terima kasih :)



(26)-Nadd
InsyaAllah.saya pun akan add blog kamu ke blog list saya :)


(27)-MissXYZ
Ya~terima kasih kerana bersetuju ngn saya ;D


(28)-UnglyPooh
hehe..yg penting niat ialah menutup aurat,kan?

Balas
avatar

biasanya lelaki suka pandang wanita yg free hair tp bila nk wat bini, cari yg sopan dipandang maksudnya menutup aurat.

Balas
avatar

(29)-amirah
Ha'ah..saya perasan juga keadaan mcm ni..nape ya?


(30)-Adah
"azzohiru dalil batil"-apa yg kita nampak di luar,itulah dia dari dalam.Kalau betul dia hati baik,pekaiannya pun mesti baik2 dan begitulah seterusnya...hehe..setuju?

Balas
avatar

insyaAllah.. nt da kawin, nak stat pakai tudung labuh gak..;)
slow2...

Balas
avatar

pkonngsian yg menarik...tq

nk cari pasangan yg baik, betul kene perbaikkan diri kita dulu..

Balas
avatar

Eda pon dah berubah dari tudung biasa ke tudung agak labuh..
tapi ramai jugak y salah ertikan cakap kita mengada la..berubah ade sebab la ape la..
ape2 pon y penting hati kita dengan Allah..
Mesti kena ikhlas..:)

Balas
avatar

seriously bila aku terlihat orang yang pakai tudung labuh,sejuk tul aty aku nie..ntalah kenape la..tapi kalau aku terserempak perempuan tak menutup aurat pon mata aku terliar nak tengok mereka..adoii...hahahhahaha..jangann..
tapi harap2 dpt gadis yg menutup aurat..:)

Balas
avatar

indahnya pelanggi dgn tujuh warna. Tapi sayang muncul hanya seketika. Sekali sekali dan bukannya setiap masa. Begitulah dgn muslimah sejati, hanya segelintir dalam kalangan wanita hari ini.

p/s= setuju benar, kita sepatutnya lebih banyak menjadi daripada mencari.

Balas
avatar

doakan saye dapat jadi camtu ye. hehe =)

Balas
avatar

Kita seharusnya lebih banyak menjadi drpd mencari.totally agree!
contohnya,untuk wanita:
Jangan berangan bila orang tanya,'apa ciri-ciri u letakkan untuk pasangan sehidup semati u nanti?'
jawabnya,' mestilah i nak yang beriman,pandai mengaji,sopan,'sambil tangan kiri membetulkan skirt pendek dan tangan kanan menyisir rambut berwarna 'blonde'lepak di nightclub.
Mungkin akan ada nasibnya,siapa tahu..tetapi mungkin juga 1 dalam 10...siapa tahu?
Semua dah ditentukan,cuma untuk mendapat yang terbaik,kita harus menjadi yang terbaik.
Situasi kelakar:
Sepasang couple ber'dating' di shopping mall sambil duduk berkepit di atas kerusi..berpegangan tangan.Tidak hirau orang sekeliling.
dialognya:
lelaki: Ayang,nanti anak kita abang ingat nak hantar pergi sekolah tahfiz la..jadi ustaz,ustazah
perempuan: Yerlah kan bang..Semoga akan jadi anak yang soleh dan solehah.
Bukan bersikap prejudis.Alhamdulillah..niat baik.tapi cara???environment??
Dengan pincangnya masalah sosial umat Islam sekarang?



Fikirlah....
Islam perlu bangkit semula.

tepuk dada,tanya iman.
jangan tanya selera,puasa ni!haipp~

kalau salah,tlg betulkan.
budak baru belajar.

Balas
avatar

(31)-fisha
Yup!setuju ngn kamu.niat tu penting~sikit2,lama2 jadi banyak juga :)



(32)-Ann
Yes..it's very true :D


(33)-Eda
Itulah namanya dugaan.mesti akan ada org yg mengata itu..mengata ini..haha..tetaplah istiqomah,lgpun kita berada di jalan yg benar kan?

Balas
avatar

(34)-nas
Hahahahaha...jujurnya ko ni ;D haha..tapi okey lagi,at least normal lelaki suka perempuan,jgn lelaki suka lelaki dah la.hahaha



(35)-Shameel
Ya.terima kash cikgu :)


(36)-Nabilla
Amiinn...bulan puasa doa makbul.banyakkanlah doa ya! :)


(37)-OrenLimau
Oh..takde apapun yg saya nak tambah sbb dah terlalu lengkap apa yg kamu katakan td tu :)
Niat yg baik,harus seiring dgn usaha yg baik ;)

Balas
avatar

semoga iqbal dapat pasangan yg sesuai mcm iqbal juga.. (^__^)

Balas
avatar

tapi sayang kan ade sesetengah mereke ni menjatukan martabat mereke yang bertudung labuh.. dulu tgk dgn mate sendiri, bertudung labuh, tapi isap rokok.. cium dengan pakwe.. tak sepatutnye kan.. kesian mereke yang ikhlas bertudung labuh..

Balas
avatar

Assalamualaikum.. nak bagi ckit pendapat..

Kalau Allah takdirkan orang yang baik tu tak jadi ngan kita...maknanya..jangan kita sangka dia tak baik.. tapi dia baik untuk orang lain...

Balas
avatar

diriku..tak sempurna...dan aku juga..bkan gadis bertudung labuh...pernah terfikir aku pakai mcm tu..tp..aku rasa..byk lg yg perlu aku perbetul tentang diri aku..

Balas
avatar

(38)-Faarihin
haha..terima kasih~tapi...lmbat lagi laa



(39)-Nur-al-ain
Biasalah...org tak suka.mcm2 la dibuatnya cerita~


(40)-Ummu mujahid
Setuju! ;)


(41)-nekmo
Bagusla...tujuan entry ini ditulis pun utk memperbaiki diri :)

Balas
avatar

insyallah.....semoga bertemu jodoh yang baik dan semoga kita sama2 berusaha untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik.....

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

salam..
sy pengunjung baru di sini..tertarik plak nak komen entry ni..

sy setuju ngan encik penulis, kita perlu lbih byk menjadi drpd mencari..sy pernah dgr (xpasti hadith atau sekadar kata2) yg bunyi lbih kurg mcm ni, "carilah isteri yg solehah dlm saf pertama di masjid (utk lelaki) dan carilah suami yg soleh dlm solat awal waktu (utk perempuan).."

yg sy fhm dr kata2 ni, jodoh yg baik mmg boleh dicari,iaitu dgn cara menjadi seorg yg baik jugak..erm,lbih kurg mcm tu la kot maksudnye..

dan sy ada 1 prinsip jugak yg mungkin boleh digunakan dlm hal ni. 'jika kita menginginkan yg terbaik,maka kita seharusnya berusaha utk menjadi yg terbaik terlebih dahulu.'

kesimpulannya,sama2lah kita berusaha memperbaiki diri utk menjadi lebih baik,tak kiralah dalam apa-apa hal sekalipun..insyaAllah..

p/s: sorry kalau komen panjang sgt.. =)

Balas
avatar

seeloknya saling melengkapi...baru bahagia. kalau sudah tuhan takdirkan bertemu dan bercinta dengan gadis tak bertudung, apa salahnya. yang lelaki la harus memimpin supaya pasangannya itu jadi baik.

Balas
avatar

Terima kasih Iqbal..entry yang sangat2 bermakna buat saya....dan terima kasih sbb mnjawab soalan yang sering mnjadi teka teki saya selama ini...Semoga Allah rahmati kamu :)

Balas
avatar

tudung labuh?l
hmm..byk blogger yg membincangkan perkara ni..sy pun bertudung labuh,tp lebih memilih yang bersegi bukannya tudung litup..(tak sesuai) lagipun sy ni aktif cket..tp,yg penting menjaga aurat kan?itu yg utama dlm sebarang pemakaian hatta tidak bertudung labuh pun,kena la pakai tudung yang tak jarang..

p/s : group tdung labuh ni bnyk ujian yang menimpa..sy antaranya..n_n

Balas
avatar

sy suke entri ni..

pe pom sebelum kita nak jodoh yang baik seharusnya kita perlu jadi baik..xperlu kita mencari yang terbaik tapi jadilah yang terbaik insyAllah DIA akan bg jodoh kita yang terbaik tuk kita...

InsyAllah leh wak panduan..

Balas
avatar

suka tengok orang tudung labuh... ayu

Balas
avatar

walaupun dah beratus2 komen kt cni, muni nk jgk komen. =)

thanks atas entry ni. sume cter ttg nak jadi jodoh yg bak after bace post ni ek? alhamdulillah~

meh nk tya kt iqbal, pe nak buat kalo dah ade boypren? selain kata pisah la.. sbb itu kputusan yg sukar n personally, muni tgu je dy yg lafazkan kata perpisahan.

makin muni nk jd baik, mkin la dy xsuke. tp 1 masa yg lain, dy bangga plak. yeappeda~ mujurlah sbnarnye muni xlanjut mncintai sesiapa lg termasuk bf nih. uhuhu

iqbal kne komen blik taw. ;)

Balas
avatar

pengetua ana kata ,
"kalau kamu pakai seluar ketat ,
haa nanti laki kamu pon mesti la dapat yg pakai seluar ketat"
lebih kurang la kan :D
lepas tu cm tanak da je buat jahat .

Balas
avatar

sy bagi 16 bintang untuk entry ni.nice :)

Yang penting menutup aurat.tapi kalau dilabuhkan lagi untuk sembunyikan keaiban dan perhiasan,alhamdulillah.

apapun niat bertudung atau menutup aurat itu kerana Allah.

Balas
avatar

=) encik hubby pon suka popuan tudung labuh... =)

Balas
avatar

semua suka bila iqbal berbicara.. hehehe.. (^__^)

Balas
avatar

(42)-Khaidah
Sudah pasti kerana mengubah diri kearah kebaikan adalah tanggungjawab setiap orang ;)



(43)-Aya
Wahhh..ini sesuatu yg baru,tapi saya sedikit ragu...sebab setahu saya,saf terbaik bagi wanita ialah saf yg terkebelakang.Lebih belakang,lebih baik..berbeza dgn lelaki,lebaih afdhal dan utama solat saf depan.Waallhu'alam~
Apapun,saya setuju...kita perlu ubah diri kita terlebih dahulu ;)


(44)-iqah
Terima kasih juga kerana membaca :)


(45)-Ckin
Biasa la tu....kalau ujian sikit pun dah melatah,pelik la... :)



(46)-Hamzah Ian
Haha...TQ bro dtg baca :D


(47)-ieyramahsuri
Sama-sama.Moga sama-sama dtp kebaikan :)


(48)-cemomoi
Erk...abg duk cite pasal zaujah sendiri ka? :D haha





(49)-Munie
Agak berat soalan ni~hehe..dalam satu cabang ilmu fikah,ada satu kaedah bernama 'saddu al zarai'k' iaitu menutup peluang maksiat.Jelas,couple membuka ruang maksiat...tapi kalau munie yakin yg munie mampu kawal diri,y not?minta fatwa hati,kerana Allah dah jadikan hati kita berasa gundah,serabut dan risau jika dah melakukan dosa dan memberi ketenangan jika berbuat kebaikan.

So,munie boleh check,bila agak2 mcm rasa bersalah...cepat2 la jauhkan diri sikit,kerana itu kan tanda dosa.

Dan yg paling penting,Tiada ketaatan kpd makhluk dlm perkara yg berdosa.Jika 'si dia' tak suka kita menjadi baik,maka wajib kita tinggalkan dia..sedangkan jika ibubapa ajak kita buat dosa pun wajib kita lari,ini apatah pula outsider kan?

Moga menjawab persoalan~





-(50)-fathiah
haha..nice...pengetua kamu mesti best :D


(51)-Fatin
Wah...16 bintang?nape tak cukupkan 20?heheh(tamak~)
Ya!saya setuju~kerana Allah!


(52)-Amni
Ya?haha..mesti akak pun bertudung labuh ;)

Balas
avatar

yg tak btudung labuh ni jahat di mata sesetengahnya.

Balas
avatar

(53)-kak faarihin
haha..alhamdulillah ;)

(54)-macy-
erk?ngerinya...nape mcm tu sekali??

Balas
avatar

er..actually mcm tu la bunyi kata2 tu sbnrnya..sy yg buat dia jadi mengelirukan..maaf~

so maksud sbnrnya lbih kurg mcm ni la.. lelaki kalau nakkan isteri yg solehah, kena usahakan utk dptkan saf depan skali kat masjid.. perempuan pulak kalau nak dptkan suami soleh, kena usahakan utk solat di awal waktu..

maaf lg skali atas kekeliruan.. =)

Balas
avatar

entry ini sangat menarik...
usah gusar tentang jodoh.kerana ALLAH telah menetapkan jodoh untuk kita2 semua =)

Balas
avatar

(55)-aya-
Oh...faham dan setuju :)


(56)-rose
InsyaAllah~usahakan~hehe

Balas
avatar

heee~ time kaseh komen blik. mjwb persoalan la kot. cume if nk tgal trus ble dy xsuke, xla kot.. jz tgal for awhile. bg dy sejuk lu.

thanks a lot Iqbal. ^_^

Balas
avatar

teringat cerita abah saya. Mama tak pakai tudung (haha, zaman 70an masa diorg kahwin) tapi abah tak paksa mama pakai tudung. sikit2 abah cucuk. cara cucuk tu tinggal misteri la sbb abah tak cerita.

Tapi lama2 around time saya lahir (90an) mama pakai tudung dgn rela hati. walaupun tak labuh tapi masih sempurna (lepas dada suma2 la).

20 tahun abah saya cucuk. terpikir kalo lelaki mampu cukup devoted macam ni...rasa2 ramai lagi tak pompuan dr tak pakai tudung dia pakai tudung?

Balas
avatar

i really love this en3. mama lin pun selalu pesan "lelaki baik utk perempuan baik"

tp semua lelaki yg ada hati kt saya smua sy nmpk skema n pendiam. tp dlm hati sy lg prefer org yg happy go lucky dan matang. bila muhasabah diri balik, "kawan kita menunjukkan siapa kita" sy jadi terfikir balik perangai diri sndiri. x sure pulak klu sy ni skema. tp pendiam tu memang.. hehe

Balas
avatar

salam'alaik. first tym jejak ke sini.

hmmm...

sekadar berkongsi rasa hati.

dahulu, tika belum ditarbiyah, tika tidak kenal apa itu ikhtilat, diri dikejar lelaki yg tidak ditarbiyah.

alhamdulillah, tarbiyah Allah sudi menyapa diri yg hina dina ini.

tapi skrg, lain pula cabarannya. dikejar muslimin2 yg mengaku ditarbiyah. cukup menggusarkan hati...

wahai ikhwah yg ditarbiyah..
fahamilah... inniakhofullah.
kekadang rasa futur.. sbb masa jahiliyah terasa ingin berubah krn rasa jijik dikejar lelaki2 dan paling utama, saya mahu mecari redhanya.

futur pabila kini juga dikejar.. tapi hati lebih hiba kini, kerana yg mengejar adalah ikhwah yg ditarbiyah..


Allah,kuatkan hati ini. padamkan imej2 mana2 ikhwah dari hatiku, dan padamkan imej ku dari hatu mana2 ikhwah..

ampuni aku ya Allah......

Balas
avatar

Syauqina-
saya sendiri buntu bagaimana harus saya memberikan respon.Cuma sedikit yang saya mampu katakan,perkahwinan itu mempunyai falsafah yg sangat besar dalam islam,hinggakan ia menyamai separuh drpd keseluruhan agama!

Sesiapa yang sudah masa utk berkahwin,silakan..tapi utk mencapai tahap bersedia itulah yg harus diteleti berkali-kali.

Org yg belum bersedia,usah sesekali impikan pergaulan atau perkenalan yg sia-sia kerana perkahwinan ini seumpama kita makan nasi.Kita makan hanya ketika kita lapar.Jika tak lapar,lalu kita makan,maka kita akan membinasakan diri kita!

Jika kita sudah tiba saat yg sesuai utk berkahwin,maka tika itulah baru kita boleh bertaaruf.Jgn berkenal-kenal dan terkejar-kejar jika diri belum bersedia,kerana kita akan membinasakan diri.

Mungkin itulah saja yg mampu saya kata...huhu..afwan~

Balas
avatar

salam iqbal ...

apa khabar..
moga sihat selalu..

lama jugak saya tak singgah ke sini..
semakin mantap dan penuh tazkirah blog kamu yee..hehe..bagus..

nanti selalulah singgah dan bg tazkirah kat saya jugaaa yee...hehe

Balas
avatar

ya ikhawanul iqbal
syukran sgt menarik entry ni..luahan hati sendiri isn't it?
moga diberkati

Balas
avatar

baru terbaca entri ni:

saya juga sependpat dengan iqbal, zaman sekrang, prp lebih suka berfesyen. suka juga melihat gelagat mereka yang agak trendy itu..gaya yang berani

tapi sy tak punya keberanian utk trendy sepert mereka bila mengenangkan apa yg saya pelajari, apa yang saya tahu...

ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah

saya juga tak ingin jadi pohon yg tak berbuah itu:-)

Balas
avatar

wah...best bc entry ni...hehehhe...baru terbaca...
suami sy ubah sy utk pkai tdg labuh...mula2 x suka...
1st hadiah dr die ms mula bercinta dlu...tdg labuh...
skang ni...1st hadiah dr suami ms bru2 kawin dlu....buku agama...
hdiah dr abg ipar lak...bagaimana nk jd isteri solehah...alhamdulillah...aku bkn ustazah...tp skang dh mula nk jd ustazah,,...

Balas
avatar

subhanallah!!
sgt terkesan entry nie...
menyedarkn diri yg kdgkala mmpu hanyut dek pesona dunia!
BENAR sekali apa yg inche iqbal utarakan= kita sepatutnya lebih risaukan diri kita sendiri...ayat ini mmg btol2 mcm pop up,,like da 1 hlovate done to me~~
Maha Suci Allah, moga anda terus menyampaikan sesuatu yg mmpu menyedarkan umat utk kembali pd Allah, insyaallah!

Balas
avatar

ya betul tu.. baik disisi Allah itu yang utama kan..

Balas
avatar

Salam, kalau ada ssiapa yg bminat nk mmbntu jadi pengedar kain tdung bleh PM sy ya.. (^_^) moga bernilai ibadah insyaallah...

http://www.facebook.com/pages/Qurratul-Hijab/183444525057909


p/s : En.Iqbal, relate dgn post en. ni..sy tertarik nk promosi..kain tdung labuh..mgkin bleh tlg promosikan skali.. (^_^) jazakallah..

Balas
avatar

Salam, kalau ada ssiapa yg bminat nk mmbntu jadi pengedar kain tdung bleh PM sy ya.. (^_^) moga bernilai ibadah insyaallah...

http://www.facebook.com/pages/Qurratul-Hijab/183444525057909


p/s : En.Iqbal, relate dgn post en. ni..sy tertarik nk promosi..kain tdung labuh..mgkin bleh tlg promosikan skali.. (^_^) jazakallah..

Balas
avatar

ini dari pengalaman saya sendiri,bukan nak mengaibkan siapa2...tapi perempuan yg bertudung labuh,tak semestinya sangat baik cara lakuan dia di rumah.housemate sy seorg perempuan yg bertudung labuh,tapi di rumah sangat malas menjaga kebersihan, bilik tidur dia sangat semak, telekung kotor,jarang basuh,tuala pun sama,tempat tidur dia lagilah.. bila makan,tak basuh pinggan,sampai dah berkulat,(dia boleh buat bangun solat sunat,tapi basuh 1 cawan yg dia minum yg xsmpi 2minit pun xboleh buat)lepas memasak,tak mengemas balik..kitorang yg tinggal serumah terpaksa duduk dlm gelap,sebab dia xmau buka langsir takut nampak rambut dia..padahal langsir ada 2lapis..seriously, i will not recommend her as solehah...

Balas
avatar

Sy pulak.. *nak share jugak* :P
..

Alergik, kesian pun ade ngn laki berkopiah tapi kasanova (alergik) , berkopiah tapi lemah lembut (kesian) means, tak sesuai dgn citarasa sndri ke hape sis tak tau la. sis bekas pljar agama , still bidang agama b.arab so biasa ngn tudung labuh (jilbab) ni.. entah ku heran juga taste dan idaman masa kini mningkat usia dewasa ni rasa macam nak pilih yg biasa , keja biasa tapi btggungjawab , tak berapa hal agama takpe. sy da byk belajar walau tak seluas lautan lagi . "ilmu kan luas " tak baik bongkak. hihi . at least, tak susahkan si dia nanti.. laki kan biasa2 pun automatik kene tau gak hal agama. senang cite, nak bidang lainn.. kohkoh kbai


Assalamualaikum..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443