(Selama ini, kita melangkah dalam zulumat atau dalam nur?)
Melalui beberapa artikel yang lepas, kita sudah jelas bahawa Allah itu wujud. Allah sangat baik kepada kita. Allah juga sangat cinta kepada kita. Dan kita juga sudah tahu, bahawa Allah sangat berkuasa, dan makhluk langsung tiada daya dan upaya.
Tapi, saya belum sempat bercerita panjang tentang kesan apabila kita merasakan Allah itu baik, hebat dan sayang kepada kita.
Ada satu kisah. Kisah tentang saya, di zaman saya jahiliyyah dahulu. Saya dahulu punyai satu kegemaran yang sangat buruk. Saya berkongsi bukan kerana saya mahu publisiti murahan atau berbangga-bangga, tetapi saya berkongsi cerita kerana saya mahu menarik perhatian anda semua tentang betapa kita perlu mentarbiyyah diri kita dengan mewujudkan kekuasaan Allah dalam diri.
Saya pernah persoalkan soalan ini, dan saya mahu ulang soalan ini:
'Akal kita meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa Allah itu wujud. Tetapi, bagaimana dengan hati kita? Adakah benar hati kita mengiyakan bahawa Allah itu wujud?'
Dahulu, Allah tidak wujud dalam hati saya. Kerana itu, saya tidak kisah melakukan maksiat, melakukan dosa. Saya fikir, 'Tak apa. Orang lain pun buat juga'. Tapi setelah kekuasaan Allah mulai hadir dalam hati, maka secara automatik saya rasa tidak mahu berbuat maksiat. Ia satu perasaan yang sangat aneh! Satu perasaan bahawa 'aku tidak boleh buat ini!'.
Maka, saya mampu meninggalkan satu maksiat yang dahulu pernah menjadi suatu kegemaran. Tidak perlu saya sebut, tapi kalau kawan-kawan saya di STAR dulu, mereka mesti tahu apa itu. (Lebih baik kalau tidak ingat)
Maher Zain apabila menerima sentuhan hidayah, terus membuang jauh ketagihan alkohol nya. Adik Ipar Tony Blair, Laurent Booth juga sama. Selepas memeluk islam, keinginan untuk meminum arak hilang serta merta.
Saya mengaggap ini ialah satu hadiah daripada Allah, kepada orang-orang yang berusaha mewujudkan kekuasaan-Nya dalam diri.
Anda pernah mendengar perkataan HDA ?
Saya pun baru dengar juga. Saya dahulu tak panggil HDA. Saya sebut nama panjangnya. Baru-baru ni baru saya temui singgkatan huruf ini. H-Hubungan D-Dengan A-Allah. HDA ialah hubungan-dengan-Allah.
Maksudnya, kita sentiasa merasa bahawa Allah melihat kita. Bagaimana mahu mewujudkan HDA ? Inilah yang saya cuba timbulkan.
Pertama, kita perlu yakin bahawa Allah itu wujud. Allah wujud tanpa sebab. Kerana itu, manusia dan semua makhluk di bumi ini memerlukan kepada Allah sedangkan Allah sama sekali tidak perlu kepada kita. Saya akan hurai dengan lebih lanjut dalam artikel yang lain.
Kedua, kita wajar merasakan bahawa Allah itu sangat baik. Allah telah beri kita macam-macam. Walaubagaimanapun, apa yang Allah beri sama sekali bukan milik kita, kerana ia milik Allah. Kita tidak memiliki apa-apapun. Kerana Allah baik, Dia beri kita 'pinjam' macam-macam dan Dia boleh tarik, bila-bila saja. Ini juga akan saya hurai secara lebih detail dalam artikel berasingan.
Ketiga, kita perlu tahu bahawa Allah sangat sayang kepada kita. Dia tidak mahu kita hidup dalam kesusahan, kemudharatan, kejahilan dan pengakhirannya, kekal dalam neraka. Tidak! Allah tidak zalim. Dia meluaskaskan dengan seluas-luasanya jalan kita ke syurga. Tapi kerana kasih-Nya, kita tidak balas, maka kita jadi lupa diri.
Keempat, kita perlu rasakan bahawa Allah sangat hebat. Di dunia, tiada yang mampu memberi kemudharatan melainkan apa-apa yang telah Allah tentukan. Yang memberi manfaat dan mudharat hanyalah Allah. Makhluk hanya menjadi 'agen' atau 'pelakon'. Kita yang tertipu dengan lakonan dunia, akan menggap bahawa selama ini yang memberi kita sihat ialah ubat, bukan Allah. Maka dalam masa yang sama, kita seolah-olah telah mewujudkan sifat ketuhanan kepada ubat- iaitu memberi sembuh.
Cara Mewujudkan HDA.
HDA akan sentiasa wujud dengan cara kita bertanya diri kita;
- Aku wujud pun kerana Allah. Tidakkah aku perlu sentiasa berbakti kepada Allah?
- Allah sangat baik kepadaku. Bukankah aku juga berkelakuan baik terhadap Dia?
- Allah sayangkan aku. Maka, aku juga perlu sayang kepada Allah dan sayang kepada orang-orang yang Dia sayang!
- Allah sangat hebat. Bukankah aku patut meraskan aku ni hina dan aku malu kepada-Nya?
- Aku terhutang budi kepada Allah. Wajarkah aku buat Allah murka?
- Setelah segala kebaikan Allah beri, takkanlah aku nak balas dengan maksiat?
Moga dengan wujudnya HDA 24 jam sehari, kita akan rasa tidak mahu buat jahat dan sentiasa rasa nak buat baik. Maka, tika ini tiada lagi istilah 'insaf sekejap' dalam diari hidup kita.
17 Komentar
menarik... sy suka term 'HDA' tu... ^___^
Balas~mula2 igt HPA ke? hehe..
salam ziarah,
Balasmaaf lama x berkunjung..n tahniah, penulisan iqbal smkin mantap skrg :)
apepun thanks 4 this entry, sgt menarik..tgk tajuk je otak terus ligat berfikir ttg maksud sebenar and bila klik tajuk alhamdulillah dapat bg "breakfast" yg sihat utk "hati" pg ni.
syukran dik, semoga terus istiqomah di jalanNya..ameen..
formula yg bagus..=)
BalasH.....D......A....
=)
good article.. simple yet full of info. bdw, Allah memang sangaattt baik. DIA x pernah mintak walau sedikit balasan. malah DIA lagi memberi kepada siapa yang dikehendaki-NYA
Balas:)
HDA?ist time dgr...heee..mnjga hbgn dgn ALLAH:)
Balastak ramai pun sbnrnya yg jaga HDA ni..sedar tak sedar, ramai yang lebih pentingkan hubungan sesama manusia...
Balasko mmg otai..aku sokong sgt
BalasAllah melihat,
BalasAllah hebat!
:)
HDA
Balas(:
suka lah dgn entri awak
menyedarkan nis yg jahil
perlukan latihan intensif atasan saranan HDA ni... tima kasih
Balassetuju dgn cemomoi. bdw term HDA tu menarik. macy ingat sains mana tadi
Balasassalamualaikum,
Balasterima kasih atas perkongsian :)
suka dgn entri ni.. :D
Balassubhanallah..terima kasih..=)
Balassalam dik iqbal,
BalasSubhanallah..cttan buat diri juga..Terima kasih mngingtkan..
HDA.. ohh inilah yg dipanggil conection @ online dgn ALLAH.
Muga kita sama2 memelihimya..Amin
ok. artikel ni best! maksiat ape tu? heheh sbuk nk tau
Balas~suka~ tq iqbal...
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443