Kawan Aku Berzina. Macam mana nak selamatkan dia?

Saya terjumpa satu hadis dalam Shahih Bukhari. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulallah bersabda: "Tidak akan berzina seorang penzina, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan minum arak, orang yang minum, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, jika ketika itu dia sedang beriman".

Pengajaran dari hadis ini ialah iman dan maksiat ialah musuh. Ia tidak akan wujud serentak. Jika ada maksiat, iman akan tiada. Jika ada iman, maksiat pula akan lenyap.

Jadi, cara paling efektif meninggalkan zina ialah dengan mewujudkan iman, kerana dengan kehadiran iman, automatik maksiat akan lari. Tapi bagaimana?

Sejujurnya, saya tidak punya sahabat yang terjebak lagi dengan zina. Maka, saya belum punya pengalaman berdepan dengan mereka.

Zina.
Asal saja kita sebut perkataan zina, kita semua sepakat bahawa zina ialah satu perbuatan yang kotor, keji dan jijik. Namun begitu, tanggapan yang negetif ini tidak memberi kesan kepada si pelakunya.

Timbul persoalan. Mengapa mereka berzina? Jawapannya mudah- iaitu kerana mahu berseronok.

Di situ kita jumpa punca, dan disitu jugalah tempat yang perlu kita 'rawat'.
Kita tinggalkan sebentar tentang 'seronok' itu...

Kawan-kawan.
Setiap yang berlaku, ada puncanya. Lalu, apa pula punca zina? Punca zina ialah kerana kita tegar untuk mendekatinya. Sebagaimana yang saya pernah katakan, zina ini ialah satu penyakit di mana jika 'kita dekat, kita mati'. Bila sudah mula terjebak, tersangat sukar untuk berpatah balik.

Dalam surah An-Nur, apabila Allah mahu memperkatakan tentang hukuman bagi penzina, Allah terlebih dahulu mulakan dengan penzina wanita barulah penzina lelaki tapi dalam surah al-Maidah, apabila Allah mahu memperkatakan tentang hukuman bagi pencuri, pencuri lelaki didahulukan daripada wanita.

Kerana fitrahnya, memang zina ini puncanya banyak dari wanita.

Sejenak.
Mengapa lelaki sering disalahkan jika berlaku zina? Dan bukannya wanita? Pernah dengar tak quote ni?- Kucing mana yang menolak ikan? Memang  realitinya, mana ada lelaki yang akan menolak pelawaan zina daripada wanita (kecuali lelaki yang bertaqwa).

Tapi, jika wanita yang dipelawa lelaki untuk berzina, maka kecenderungan untuk perkara itu berlaku adalah sangat tipis. Mengapa? Kerana wanita lebih takut kepada kesan selepas zina. Wanita takut jika tertangkap, mengandung dan lain-lain.

Maka, setuju atau tidak jika saya katakan bahawa banyak penzinaan berlaku kerana pelawaan, kerelaan dan sifat keterbukaan wanita? Tapi seringkali, 'pelawaan' ini datang tanpa wanita itu sendiri sedar. Sedangkan satu senyuman dari wanita pun mampu membuatkan 10 lelaki salah faham, boleh bayangkan jika ia lebih daripada sekadar sebuah senyuman?

Maka, berhati-hatilah kalian (para wanita), kerana mungkin kalian ada menaikkan nafsu lelaki tanpa sedar.

Langkah-langkah Mengajak.
Ini ialah beberapa perkara yang saya mampu fikirkan.

Langkah pertama- Suruh mereka segera bernikah.

'Parents aku suruh aku habis belajar dulu, baru mereka kasi aku kawin'

Lalu, bagaimana? Takkan nak suruh mereka kawin di Siam kot? 

Langkah dua- Suruh mereka berpisah.

'Uish, aku dah buat dengan dia, takkanlah aku nak tinggalkan dia?'

(baik pula). Okey, baiklah. Jika tidak mahu berpisah pun tidak apa.

Langkah tiga- Sibukkan dia.

'Malam ni aku tak tidur kat rumah'

'Ko nak pegi mana?'

'Adalaaa...hehe' (nampak tanduk tumbuh, kontot)

'Eh, lepak la. Takkan malam-malam macam ni nak jumpa awek lagi kot? esok-esok ajelah. Daripada ko selalu sangat jumpa dia, pe kata kita main game/ tengok movie/ tengok bola/ makan-makan (aku belanja)/ bla...bla..bla.."

'Alaaa..lain kali la. Kesian awek aku, duduk sorang kat rumah'

'Ala bro. Esok pagi je la. Malam ni ada match chelsea lawan arsenal pukul 2 pagi. Jom ar layan dengan aku'

'Hmm..okeyla'

Langkah Empat- Dekatkan dia dengan agama.

Seperti ajak dia join program masjid atau surau (kuliah etc.)

Langkah Lima- Bercakap tentang keburukan zina.

Saya suka mengambil contoh dakwah Rasulallah. Baginda suka menyentuh naluri kemanusiaan. Pernah seorang lelaki datang bertemu Rasulallah, memohon kebenaran untuk berzina. Rasulallah menyuruh beliau membayangkan sekiranya yang berzina itu ibu, kakak, adik, dan ahli keluarganya, apakah beliau akan suka? Ternya si lelaki ini terkesan. Dia dapat membayangkan perkara ini berlaku kepada ahli keluarganya, maka terus lenyap keinginan jahatnya itu.

Jadi, cuba kita sentuh naluri kemanusiannya.

"Bro, ko tak kesian ke kat awek ko tu. Kalau dia mengandung macam mana. Ko mesti sedih kan kalau kau lahir tanpa ibubapa (anak haram), lalu ko nak budak tu jadi anak haram?'

"Bro, kesianlah... kalau-kalau nanti ko tak kawin dengan dia. Pastu sapa nak kawin dengan dia? Dia dah tak suci bro! Ko lah yang rosakkan dia!"

"Bro, ko bayangkan apa bapak dia rasa kalau dia tahu ko dah buat dengan anak dia. Nanti ko pun ada anak. Cuba banyangkan, anak yang dibesarkan dekat 20 tahun, ko rosakkan. Zalim tu bro"

Langkah Enam- Perkukuhkan imannya.

Seperti yang saya sebut pada mukaddimah, iman tak wujud seiring dengan wujudnya maksiat. Lalu, kita boleh wujudkan iman dalam diri sahabat itu dengan cara membawa dia merasakan betapa Allah itu sangat baik, hebat, kuat dan best. Ini harus dimulakan dalam perbualan seharian.

"Ko tak rasa syukur ke bila tengok orang tu. Allah bagi dia cacat, tapi Allah tak jadikan kita cacat."

"Ko tengok gunung tu. Dalam Quran kata gunung-gunung akan bertambah ketinggian mereka setiap tahun. Saintis dah temui dan buktikan kebenarannya tahu. Hebat kan Allah?"

Langkah Tujuh- Sahabat.

Kenalkan dia dengan kawan-kawan kita yang baik-baik. Bersahabat dengan orang baik adalah sangat penting kerana ia membentuk siapa kita secara tidak langsung.

Langkah Lapan- Bersama dengannya hingga dia tiada masa untuk awek dia.

Weekend ni pegi futsal. Weekend minggu depan pegi main bola tampar pula. Weekend lagi satu pegi camping. Lepas tu panjat gunung ke, mandi laut ke, apa-apa lah. Dalam masa yang sama, ajar dia untuk mentadabbur alam. Mudah-mudahan dia boleh mengurangkan keinginan dan belajar untuk mengenal Allah.

Langkah Sembilan- Berjemaah dengan dia.

Solat berjemaah dengan dia. Biarlah lambat sikit pun, kita tunggu dia bersiap. Lepas tu ajak dia baca Quran sama-sama. Makan pun berjemaah juga.

Langkah Sepuluh- Beri hadiah.

Kasi hadiah seperti kopiah ke, tasbih ke, Quran ke atau apa-apa benda yang boleh buat dia ingat Allah selalu.

Langkah Sebelas- Bangun Tengah Malam.

Masa dia sedang enak tidur, kita bangun solat hajat. Merayu kepada Allah supaya Allah jadikan kita sebab dia mendapat hidayah. Dan jangan lupa doakan dia selepas setiap kali solat.

Langkah Dua Belas- Perlu ada hubungan dengan keluarga dia.

Kenal-kenal dengan ahli keluarga dia terutamanya mak dan ayahnya kerana dalam masa yang sama, dia akan berasa lebih malu kepada kita. Kita juga perlu selalu puji mak dan ayah dia supaya dia berasa syukur dan bangga terhadap ibubapanya. Akhirnya, ketika datang peluang zina, dia mungkin akan teringat kepada ibubapanya dan seterusnya membatalkan keinginannya.

Langkah Tiga Belas- Istiqomah.

Jangan ingat harini kita tegur, esok dia nak berubah terus. Belum tentu. Sabar. Sabar. Sabar. Dan jangan putus asa.

Kesimpulan.
Saya sarankan agar apabila kita berdepan dengan manusia macam ni, kita guna pendekatan kemanusiaan. 'Ish, ko tak kesian ke...' dan selepas itu, kita manipulasikan sifat takut dia. 'Ko tak takut ke kalau mak ayah dia tahu? Tak takut ke kalau kena sakit aids, sipilis, dia pregnant etc'.

Tapi paling utama, pastinya dengan menguatkan iman. Iman ialah benteng. Jika ia kukuh, maka tiada suatu apapun akan merobohkannya.

Kembali kepada isu 'seronok'.
Dalam dunia ni, hanya wujud 2 jenis seronok saja iaitu seronok buat maksiat dan seronok buat ibadat. Seperti iman, kedua-dua keseronokan ini tidak akan wujud seiring. Jika wujud seronok maksiat, maka hilanglah seronok ibadah. Tapi jika wujud seronok ibadat, maka akan lenyaplah seronok maksiat.

Ada satu hadis yang sangat cantik bagi kaum lelaki sekalian.

"Tiada seorang muslim pun yang melihat kecantikan (aurat) wanita, kemudian dia memalingkan wajahnya, kecuali Allah akan campakkan kemanisan beribadah kepadanya"- Riwayat Ahmad.

Kepada Bro Anonymous
Sorry bro kalau artikel ini tidak membantu ko dan kawan ko. Apapun, aku berdoa agar satu ketika nanti, Allah akan berikan kita dan orang di sekeliling kita hidayah. Again, aku mintak maaf atas segala kelemahan.
Previous
Next Post »
32 Komentar
avatar

terima kasih. boleh dijadikan bimbingan dan panduan.

insya Allah. belum dan takkan terjebak.

nauzubillah.

Balas
avatar

seriusly.. sangat suka dgn entry ni.. betul2 sedarkan saya yg asyik leka dgn duniawi..

syukran~

Balas
avatar

thanks for sharing this entry.:)

Balas
avatar

pernah mempunyai seorang kawan yang berzina..dan.penyelesaianya..berkahwin..:)

Balas
avatar

thanx..panduan n ingatan yang sangat berguna buat kita manusia yang sering khilaf..

Balas
avatar

nasihat yang baik moga dapat membantu kita semua terhindar daripada kemaksiatan tu

Balas
avatar

panduan yang boleh diikut.. tapi kalau tak ada istiqamah susah juga kan..

Balas
avatar

Salam.
Takdehal la bro.
Bro tolong bagi banyak idea dah ni.
Harap sangat dah baca banyak-banyak teori ni tak tinggal teori je bro,
praktikal kena mantap skali.
Baca teori banyak-banyak tapi tak buat macam cakap lebat ah kan bro.

Member aku pernah cakap, Dia murka kalau cakap banyak tapi tak buat amende yang dia cakap tu.
Kalau direct ayat dalam quran tu kira serius tu bro. kan?

Doakan. Aku harap jumlah penzina laki pompuan ni makin kurang dari hari ke hari.
Baru bermakna setiap ayat yang bro taip.

Mekasih.

Balas
avatar

masing-masing kena jaga pandangan..

tqvm 4 this entry.. :)

Balas
avatar

salah satu cara mnjauhi zina,
takyah sibuk2 nk bercouple sblm nikah.

kan?

Balas
avatar

chelsea lawan arsenal ??bile? sape yg mng..hehe..(buat2 tny)

bagus sekali tips di atas..satu-persatu & detail...senang nak folo..tak boleh langkah 2,boleh terus skip ke langkah 4 kan bro?

Balas
avatar

Assalamualaikum pengkomen n tuan rumah..

ingat tak kisah isra mikraj?Nabi saw ada bersabda pada mlm tu,

"Aku melihat di dlm neraka ada satu rumah tembaga yg pintunya terlalu sempit dan di dalamnya terdapat beberapa org lelaki dan wanita y terkurung.Di situ terdapat ular dan kala jengking yg berlengkar d kemaluan mereka.Aku bertanya kpd Jibril as:siapakah mereka?Jibril as jwb:Inilah org2 y berzina".

Lanjut,boleh tanya org alim tentang nya dalam kitab peringatan kpd org y lalai..Tanbighul Ghafilin..Sure semua akan seram untuk berzina

Balas
avatar

Salam, alhamdulillah jawapan yang tepat. Mewujudkan iman. Inilah solusinya, penawar utama. Sekiranya ini berlaku dan terjadi, ia akan menyelesaikan pelbagai masalah yg lain.
InsyaAllah

Balas
avatar

sgt suke artikel ni.. sgt2.. dalam maksudnye.. nk share to some1.. btw, betul part isu "seronok" tu.. betol.

Balas
avatar

hm..kahwin, pengubat zina.
tapi masalah kawanku ini lain pulak.

dia nak berkahwin dengan orang yang dia baru kenal sebulan dua. katanya nak elak maksiat. okaylah.

tapi...
betul ke kalau si bakal tu ada pekerjaan yang tidak cukup utk menampung hidup diorg?

betul ke kalau si bakal tu tak cuba datang jumpa mak bapak si perempuan, malah kalau mak bapak dia tak datang, pertunangan tetap diteruskan?

betul ke kalau lelaki yang dipilih tu jenis yang suka rapat2 bersama, naik motor sama2,keluar malam sama2, dengan lesen 'tunang'?

betul ke kalau lelaki tu hasut si perempuan supaya meninggalkan kawan2 perempuannya sebab kawan2 perempuan rajin menasihat dia?

ada niat di atas perkahwinan, tetapi niat itu mestilah kerana Allah, dan bukan nafsu. tolonglah betulkan kawan kami ini.

http://unintendedz.blogspot.com/2010/11/hati-dan-cinta-mana-lebih-buta.html

Balas
avatar

Hmm...umat akhir zaman sangat 'advance'. Perempuan atau lelaki ke-2 nya kena ada rasa MALU. Insya Allah,zina dapat dibendung.

yg jadi problem sekarang, kita semakin kurang malu...

Balas
avatar

bila terbaca yang tentang snyuman tu teringat kat seorang kawan.. dia asyik tegur aje jgn senyum2 lebih kat dia.. padahal kita senyum tak bagi apa2 makna pun kat dia..

Balas
avatar

Aku ada kawan camni. Memang tatau benda tu jadik sampaila dia pregnant dan dia baru cite kat aku. Terkejut kemain aku masa tu. Tapi, takdela marah dia. Aku tegur dia bebaek. Nasihat soh kawen. N last2 mmg dia kawen dengan pakwe dia.

Sampai skrg aku contact dia lagi. hope dia bahagia dengan suami dia. n aku tetap bg sokongan moral.

papepon jgn sesekali merendah2kan atau mghina mereka yg terlanjur ni (err laen la kalo orang tu xserik2 melanjurkan diri). ajak dorang balik ke jalan benar...cakap leklok. tengking2 xmakan .

skrg dia hidup dengan suami dia yg tu dan anak dia la. harap bahagia dan bertaubat dia :D

kite pon amekla iktibar dari benda2 ni juga

Balas
avatar

i've been in this situation before..rasa kecewa sangat bila dapat tau dia dah buat dengan gf dia.even worse, dah buntingkan anak dara org.seriously, aku kecewa.bila ditanya kenapa smpi boleh terfikir nak berzina dengan gf sendiri? dia sendiri pun tak pasti.T_T

Balas
avatar

terima kasih! sungguh terkesan di hati.. hebat.

salam kenal.. salam singgah ke sini.. dtg dari blog deena, :)

Balas
avatar

tersentak...pape pun alhamdulilah..semoga saudara diberkati Allah.

cuma nak tanya, pasal mimpikan seseorang yg kita minat, siang malam asyik terbayangkan wajah dia, sehinggakan kadang2 boleh beriminigasi yg bukan2.. adakah tergolong dalam kategori zina?

Balas
avatar

salam dik...

ayat kesimpulan tuuu best - pendekatan kemanusian coz kak liza pun penah guna cara niii ^_^

**moga sihat**

Balas
avatar

alhamdulillah~ syukur~ Allah mberi kamu peluang, peluang dan izinNYA y CUKUP2 dan tlalu byk utk menyentuh ht mnusia, alhamdulillah~

saya yakin dan p'cy, kamu benar2 menulis dari hati, maka kerana itulah, hati2 y m'bc, turut sama terkesan tatkala membaca, dan semua itu dengan izn Allah y sgt mencintai kita semua SETIAP saat...

Balas
avatar

tq r sbab ingatkan aku...insyallah aku akan cube brubah n wat yag trbaik...
utk ibubapa aku,,
n tnjuk tldn yg baik pade adk2 aku..

Balas
avatar

Assalam saudara,

terima kasih atas entry kali ini. saya ada beberapa kawan yang berzina tapi tak tahu nak nasihat apa. malah bangga dh brapa kali buat. baik lelaki atau perempuan. Wallahua'lam

Balas
avatar

Seriously,thanks.
Sy dilemma,2 sahabat (pasangan) baru berjinak2 melakukan zina.
Dapat tahu pun secara tak sengaja,tak tahu mcm mana nak nasihat sebab dorang tak tahu yg sy tahu.
Setakat ni cuma berdoa supaya dorang dpt hidayah. :(

Balas
avatar

saya dari Indonesia. saya punya keluhan yang sama. teman saya berzina saat saya sedang tidur. kami tinggal berdua. saya tidak berani memberitahukan dia. padahal sayapun berdosa jika tidak menegur mereka. Mereka memang akan segera menikah, tapi yang dilakukannya adalah haram. Apa ada yang tahu saya harus bagaimana?

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443