Mukaddimah

Saya berkeinginan membawa para pembaca sekalian untuk kembali ke zaman kanak-kanak. Boleh?

Jika kalian perasan, sudah 3 artikel saya menulis tentang Allah. Allah itu wujud, Allah itu sangat baik, dan Allah sayang saya. Semuanya benda-benda yang telah kita pelajari dan kuasai masa kita kanak-kanak dahulu.

Mungkin ada yang fikir,

"Tak ada idea nak menulis lah tu. Tu pasal tulis benda-benda yang semua orang sudah tahu". 

"Apa ni? Benda ni semua orang tahu la"

"Ingat aku ni budak kecil ke nak kena belajar benda-benda remeh macam ni?"

Biarlah apa kamu nak kata. Saya bukan tiada idea. Ada banyak perkara yang boleh saya tulis, tapi saya tidak mahu ia jadi sia-sia. Sia-sia saya bercakap soal halal-haram, dosa-pahala, jika iman saya dan iman anda masih rapuh.

Izinkan saya memperingatkan diri saya dan anda, bahawa kita perlu kembali menjadi 'anak kecil'.

Satu Persoalan
Bagaimana Rasulallah berupaya menukarkan satu masyarakat arab jahiliyyah yang sangat hina menjadi masyarakat yang sangat cemerlang? Jika kita kaji sejarah, kerajaan Rom dan kerajaan Parsi, masing-masing takut untuk menawan masyarakat arab jahiliyyah. Ini bukanlah kerana mereka (arab) maju atau hebat, tapi ini kerana Rom dan Parsi takut sekiranya terkena tempias nilai-nilai buruk masyarakat arab jahiliyyah ini.

Sangat dasyat sifat jahiliyyah mereka itu!

Tapi, dalam hanya masa kurang 23 tahun, wujud satu perbezaan nilai hidup yang seperti langit dengan bumi.
Jika dulu anak perempuan ditanam hidup-hidup, kedatangan islam telah menyebabkan anak-anak perempuan ini dikasihi, sama seperti anak lelaki.

Bagaimana proses tarbiyyah ini berlaku? Bukankah perubahan ini suatu yang mengkagumkan?

Maka, jawapannya hanya satu iaitu iman.
Iman ialah asas. Tiada asas, tiada segalanya.

Saya tertarik dengan seorang sahabat bernama Bilal Bin Rabah ra. Apabila disiksa oleh tuannya, Umayyah bin Khalaf, satu perkataan saja yang keluar, iaitu 'Ahad'. Dengan satu perkataan saja, bolehkah kita mengatakan Bilal ra. seorang yang arif dalam agama?

Nyata tidak. Kerana kita lebih berilmu. Kita tahu lebih 100 perkataan. Kita hafal surah Fatihah. Kita hafal surah-surah lazim. Tapi bagaimana, Bilal bin Rabah ra. boleh menahan siksaan yang sangat dasyat itu dengan hanya satu perkataan, bukan satu surah?

Murtad
Saya yakin kalian tahu cerita tentang si Aisyah Bukhari. Wanita yang pernah dididik dengan agama. Dia hafal surah Yassin, surah Sajadah serta beberapa surah yang lain. Tapi, dia yang ada banyak ilmu agama, mengapa sanggup menjadi kafir sedangkan Bilal bin Rabah cuma tahu satu ilmu- Ahad, dan dia tetap beriman dalam jasad yang menggigil perit?

Nampak perbezaan ini? Umpama langit dan bumi bukan?

Maka jawapannya ialah iman.

Iman itu ilmu. Tapi belum tentu ilmu itu iman. Kerana itu, saya tak mahu bercakap soal kahwin, soal dakwah, soal akhlak dan lain-lain sebelum kita sama-sama clear dan kenal benar dengan Allah. Useless jika kita ada ilmu tanpa iman. Akan jadi 'dengar dan ingkar', bukan 'dengar dan taat'.

Jika kita terpaksa kembali masuk sekolah rendah, untuk belajar benda-benda basic ini, maka saya setuju sangat. Tapi untuk mudah, cukuplah kita membaca di sini.

InsyaAllah. Dalam artikel-artikel selepas dari ini, saya akan menarik perhatian kalian dengan beberapa kisah yang mudah, nampak remeh dan nampak bodoh, tapi itulah iman.

Ini perkara penting, maka selayaknya kita mengambil berat akan hal keimanan ini. Jika sayang orang sekelilingmu, maka ajak mereka supaya kita sama-sama kenal Allah, di Bayyinat. InsyaAllah
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

sbb tu rukun iman yg pertama ialah beriman dgn Allah~~ jom ingt rukun iman~ hik3~ ^_^

Balas
avatar

thanx nasihat2!

Balas
avatar

artikel sebelum ni x bodoh la..
saya suka...=)

Balas
avatar

entry ko mmg mantap..kalau ada pembaca yg terkesan dan berubah atas entry ko ni, ko dpt saham akhirat beb..

Balas
avatar

bagus apa entry2 macam tu.. mengingatkan kembali bagi yang dah makin lalai n lupa macam akak ni.. huhuhu..

Balas
avatar

perkongsian yang bagus, analitikal dan tajam... teruskan perkongsian ini

Balas
avatar

dulu masa saya mula2 follow blog ni baru ada 500 follower. skarang da 700++.. teruskan menulis. konsep iman, memang penting. moga dengan penulisan yang akan datang akan membuatkan semua pbaca tmasuk saya terus faham akan konsep iman yang sebenar insyaAllah :)

Balas
avatar

Awal agama ialah mengenal Allah..
dan jadikan ibadah itu sebagai cinta..
Terima kasih ziarah,sentiasa follow enta
~Musafir kehidupan..

Balas
avatar

perkongsian yang amat berharga.
apabila adanya kekuatan iman maka akan wujudlah ketakutan kepada Allah.moga Allah redha.

Balas
avatar

dik..akak ad kawan..dia penah kata,bile tgk akak menyebabkan die teringat pasal kematian..huhu, seram akak denga bile dia cakap cmtuh...

rupa-rupanya,maksud dia, dia tergerak ati nak berubah..ditakdirkan,akak jd rumate die...dia bagus dik..solat dia jaga..cuma hal aurat je belum terjaga...akak ta penah marah dia soal tuh..just tunjukkan tauladan sebaik mungkin..akak tak pandai nak bercakap2 hal hukum nih...cuma berdoa muge dia jd better suatu ari nanti....dakwah tuh tugas kita semua ,kan dik??...

Balas
avatar

Akak Jari:
Saya sangat berkeinginan utk bercakap dengan lebih dalam tentang dakwah kpd hosemate. Tggu la ea. Buat masa sekranag, dakwah dengan akhlak dan doa. teruskan doa :)

Balas
avatar

baca entry ni buat macy teringat nak share pasal jahiliah moden.. akn buat bila ada kelapangan~

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443