Cerita: Gambar Kaabah

Saya suka mendengar cerita. Selagi ia baik dan bermanfaat, saya tak kisah menadah telinga untuk mendengar. Pernah seorang ustaz di awal 30-an berkongsi cerita tentang pengalaman dia dan rakan-rakannya berdakwah di satu pekan kecil di Argentina. Woo! tapi saya lupa nama pekan tu kerana ia sangat asing bagi saya.

Satu hari, seorang perempuan tua bertongkat mampir kearah mereka. Pasti ia sangat jelas kerana mereka semua berpakaian jubah dan berserban. Wanita tua itu menghulur kad yang tertera alamat rumahnya seraya berpesan supaya kumpulan dakwah ini datang ke rumahnya esok.

Malam itu mereka bermesyuarat dan esoknya, mereka ke rumah wanita tua itu. Melangkah masuk, mereka sedikit pelik melihat satu gambar yang cukup dekat dengan jiwa mereka. Di dinding rumah yang serba sederhana itu, tertampal gambar kaabah. Walaupun ia kecil dan asalnya sehelai kain, ia nampak terjaga.

Dengan kehairanan, mereka bertanya (dengan bantuan penterjemah), "Makcik ni islam?"

Mak cik tua itu menjawab, "Entahlah. Rasanya masih islam".

Lalu mak cik itu menagis teresak-esak. Menurut ceritanya, inilah kali pertama dalam tempoh hampir 30 tahun dia bertemu dengan orang islam. Dia dahulu emigran dari Morocco (saya pun ingat-ingat lupa). Sejak kematian suaminya, memang dia lupa terus akan solat, puasa, dan lain-lain tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Bahkan, dia seolah-olah sama seperti masyarakat sekitarnya. Tiada beza sedikitpun kecuali setiap pagi, dia akan memandang gambar kaabah itu dan berusaha mengingati bahawa dia masih islam.

Esaknya bertambah laju. Memang dia telah lupa segala-gala yang berkaitan dengan islam. Dia hanya 'bertahan' dengan sebuah gambar- Kaabah. Hanya dengan melihat gambar itu baru dia akan tahu dia islam.

Lalu wanita tua sebatang kara itu diajar kembali syahadah dan solat. Cerita itu berhenti sampai disitu sahaja, tapi cukup untuk memberi saya satu pengajaran yang sangat bermakna.

Bertahan! Bertahan! Bertahan!
Dalam diam-diam, saya merasakan kebanyakan kita sedang dalam usaha mempertahankan keimanan. Satu hadis yang diceritakan oleh Jabir Ibnu Abdillah ra. bahawa Rasulallah pernah bersabda yang membawa maksud bahawa kelak, akan ada berbondong-bondong manusia yang akan masuk islam. Tapi, berbondong-bondong juga akan keluar dari islam (murtad). Hadis yang bersanad dhaif ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya.

Sekali saya membaca, saya hanya sebak. Dan kelmarin, saya membaca terjemahan surah al-Waqiah. Pada ayat ke 14, Allah menceritakan tentang "segelintir umat kemudian" dan ia benar-benar menyesakkan dada saya.

Saya cuba memandang realiti. Di negara-negara minoriti muslim seperti di Amerika, Perancis, Korea Selatan dan banyak tempat, agama islam di sana sedang mengembang. Pesat. Sebaliknya di tanah air tercinta, hampir setiap hari ada orang murtad. Jika tidak pada pengakuan pun, pada hati. Hebat sungguh dakyah wang kristian, persis dengan politik wang yang dibudayakan oleh sesetengah pemimpin sekarang.

Mari Memandang Kiblat.
Jika seorang wanita tua bertahan dengan islam kerana memandang kaabah, apa kata kita juga begitu. Tapi, maksud 'memandang kaabah' itu bukanlah semata-mata pandangan kosong kita, sebaliknya ia lebih kepada "solat".

Saya ulang dari dulu lagi. Jangan lalai dalam solat. Solat yang lalai ialah seperti melambat-lambat, solat dalam keadaan malas, patuk ayam dan jahil. Tidak semua orang faham bahasa arab. Tapi sedar atau tidak, belajar bahasa arab itu hukumnya wajib. At least, untuk kita faham maksud surah Fatihah dan bacaan serta ziki dalam solat.

Jika dalam feqah, memperbaharui ingatan ialah sunat, saya rasa tak salah jika saya ulang balik apa yang saya pernah sebut - "solat ini umpama layang-layang. Jika kita solat main-main, maka ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk tali itu putus".

Kesimpulan.
Sempurnakan solat kita. Bagi yang lelaki, ayuh penuhkan rumah Allah. Ia tidak berbayar, sebaliknya kita pula yang dibayar oleh Allah.

Jika ditanya orang-orang murtad tentang solat, pasti mereka akan berkata "tak reti dan tak buat". Dan benarlah sabdaan Rasulallah, solat itu benar-benar pembeza.

Jika sahabat handai, saudara mara atau lebih buruk, ibubapa kita sendiri pun tak solat, bagaimana?
Previous
Next Post »
12 Komentar
avatar

Teringin nak tengok kaabah depan2 mata. nak rasa macam mana perasaan masa tuh. Hmm. moga2 hari mendatang dapat menyempurnakan dengan lebih baik lagi ibadah solat. :)

Balas
avatar

nasib baik makcik tu kembali ke pangkal jalan.

Balas
avatar

subahanallah, begitulah ujian yang diberikan umat islam diluar negara. semakin ditekan semakin ia menegak di dalam diri individu tersebut. tetapi orang islam di negara kita yang islam ini tidak bersyukur dengan nikmat terbesar itu.malah ingin pula menjauhi daripada agama.

Balas
avatar

semoga kt sentiasa memperthnkn iman.. Ingat,iman sentiasa naik dan turun. Sebaik2 hamba Allah tu, dia merasakan kemanisan iman dlm melakukan amal ibadat. Salam.:)

Balas
avatar

Benar...tapi dimana silapnya ya??muslim di malaysia endah x endah sje imej islam itu pdnya.Solat yg x cukup..solat tapi masih x trpelihara dr munkar..solat tapi fokus dan khusyu'nya ntah kemana.Itu baru dikira solat..belum prkara2 lain.Ya ALLAH..peliharalah diri ini..

Balas
avatar

kagumnye... 1st time dgr cite ni..

penah dgr tentang batu terapung? fisha ade cite sikit pasal batu tu kat entry baru.

http://mylildeary.blogspot.com/2010/12/taman-tamadun-islam.html

kalau iqbal tahu lebih. cerita lah ek, berminat!

Balas
avatar

masyarakat islam perlu prihatin dgn nasib org spt itu..itu yg akan dipersoalkan di dpn Allah kelak

Balas
avatar

menarik, macam layang-layang.. jika tak kusyuk memang kita melayanggg... teruknya solat aku!

Balas
avatar

Soklan terakhir anda ialah jawapan yang saya tiada langsung. Ya bagaimana, mengapa dan macam mana.. entahlah. susah nak jawab. ini benar2 sukar.

Apapun saya berharap kalau lah ada undang2 jika tidak bersolat akan disaman.. herm.. mungkin kah?

tq artikel ini sebagus artikel yg lain nya.

Balas
avatar

aku suka baca kisah makcik tu
alhamdulilah dia berjumpa dengan orang yang sebetulnya

P/S : Tolong Belikan Topup! Penting Nih!

Balas
avatar

syukur atas nikmat iman yang Allah kurniakan kepada kita..Alhamdulillah...

Balas
avatar

teringat kisah wanita melayu johor yang berpuluh tahun hidup di korea..

macam mana lah amalan agamanya di sana..(katanya masih islam)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443