Pagi itu, saya disajikan dengan satu drama yang sangat menarik (mungkin hanya menarik pada saya seorang). Dua ekor anak kucing yang masih kecil mengekori saya dan kawan-kawan sedang kami berjalan menuju ke bas. Badan mereka basah, mungkin terkena tempias hujan malam tadi.
Anak-anak kucing yang berwarna kuning dan hitam itu masih mengekor dari tadi. Bahkan, sangat mengganggu pergerakan kerana kami terpaksa berhati-hati agar tidak terpijak mereka sedang mereka selamba mencelah di balik langkah-langkah kami. Binatang, tidak punya logik. Bahkan tidak tahu bahaya juga.
Awal saya masuk bas dan sengaja saya ambil tempat paling hadapan, di belakang pemandu. Ia bukan tempat kegemaran saya, tapi saya mahu memerhati dua ekor anak kucing comel itu. Kawan-kawan saya yang baik dan lembut hati berusaha menjauhkan mereka dari tayar bas yang besar itu. Bimbang-bimbang mereka terkubur di bawah sana. Seorang sahabat memegang lalu meletakkan seekor anak kucing di tempat yang jauh. Sebentar sahaja, ia datang kembali. Kecoh sedikit suasana di luar bas. Lalu, yang lain pula mengangkat dan meletakkan di bahu jalan. Kali ini, lebih jauh pula.
Dan sama, ia tetap datang kembali ke bas. Persis mahu turut sama berkuliah. Aneh. Buat kali yang ketiga, sahabat yang sama mengangkat dan meletakkan ia di tempat yang lebih jauh dari tadi. Dan kucing-kucing itu masih tetap mampir dan bertenggek di bawah pintu bas. Berkerut juga muka sahabat itu. Kemanusiaan yang tinggi menimbulkan rasa kasihan, runsing, bimbang dan risau. Risau jika anak-anak kucing yang sangat kecil (pasti tidak diperasan oleh pemandu) akan tidur lena digeles tayar bas.
Dan syukur, ia tidak menjadi kenyataan. Bas bergerak, dan saya tidak tahu anak-anak kucing itu kemana. Yang pasti, daging mereka tidak terlekat di bawah tayar.
Berfikir sejenak.
Allah ciptakan manusia dengan satu sifat kemanusiaan. Dengan sifat ini, manusia dibezakan dengan haiwan, selain kerana akal.
Tapi saya tidak berhajat menyentuh soal kemanusiaan. Saya hanya mahu membicarakan soal 'belas kasihan' sahaja, pecahan kecil daripada keseluruhan sifat kemanusiaan.
Kami risau jika kucing itu dipijak. Mata kami di depan, bukan dibelakang tapi kucing itu mendatangi kami dari arah belakang. Nyaris dipijak. Sepakat, kami mengambil langkah "watch your steps!". Kami juga risau jika ia mati dilenyek bas. Terserlah, sahabat saya meletakkan ia di tepi jalan. Bukan sekali, tapi tiga.
Kucing itu memang degil. Tak takut mati. Tak tahu bahaya! Tapi memang sifat binatang begitu. Bodoh dan degil. Jika bodoh sombong itu ditafsirkan sebagai 'bodoh tapi tak mahu belajar', binatang juga sama cuma ia bodoh tapi memang tak belajar pun.
Saya tak berhenti setakat ini. Saya mahu membawa kita melihat bagaimana Tuhan mengajar kita erti 'kasihan'. Saya melihat peristiwa ini dan cuba mengaitkannya supaya menjadi nota fikir buat zikir (NFBZ).
Jika kita merasakan kucing itu sebagai degil, sebenarnya kita pun tak banyak beza. Tahu atau tidak, rupa-rupanya Allah dan Rasul-Nya sentiasa inginkan kita selamat dunia dan akhirat. Buktinya jelas. Satu demi satu peluang Allah beri kepada kita. Saat kita hampir melakukan maksiat yang membunuh iman, Dia tampilkan seseorang untuk memberi kita nasihat. Tapi selalunya, kita degil dan terus-terusan melakukan maksiat. Kita abaikan nasihat mereka. Mujur kita belum mati walaupun 'hati kita sedang mati'.
Dari sudut yang lain pula, Allah sentiasa meletakkan tangan-Nya diatas kita. Ia simbolik kepada perlindungan dari Dia.
Sahabat saya, dia pernah terselamat dari kemalangan. Keretanya rosak teruk tapi dia cuma calar-calar sedikit sahaja. Lalu dia mengucap syukur, "Allah selamatkan aku". Tak lama, dia kembali memandu, dan masih laju seperti dulu.
Ada pula orang yang gagal dalam bercinta. Kecewa. Empangan air matanya pecah. Teman-teman naik kasihan. Nasihat demi nasihat diberi. Tak cukup, ditambah pula dengan kata-kata motivasi. Akhirnya, dia tersenyum. Katanya, "Terima kasih kerana beri aku kata-kata semangat. Alhamdulillah, aku okey" (sambil cuba membuat mimik muka yang paling comel)
Alhamdulillah itu ucapan syukur. Tapi tak lama, dia mahu bercinta lagi, dan episod itu berulang. Dikecewakan, menangis dan hanyut. Mujur belum diperkosa atau digadai. Mujur sahaja.
Ada pula yang batuk-batuk berpanjangan. Sebabnya ialah rokok. Saat sakit, dia meminimakan sedutan asap beracun itu. Menghampiri tenat, sahabat-sahabat yang risau keadaannya memberi nasihat, "Berhentilah merokok tu". Dia berhenti dan ditakdirkan, dia sembuh sekejap. Lalu, kembalilah dia kepada rokok.
Mungkin betul kata orang, "Sekali manusia mula merokok, dia hanya berhenti selepas mati".
Kesimpulan.
Artikel ini ialah kesinambungan kepada artikel teman sejati. Sebenarnya, Allah dan Rasul-Nya menetapkan setiap syariat untuk kita patuhi adalah kerana kita disayangi. Kita makhluk istimewa. Kerana itu, Allah dan Rasul-Nya menjaga kita.
Dan konsep penjagaan ini sangat lengkap. Ia merangkumi keyakinan kita, jasad kita, akal kita, zuriat keturunan kita, dan harta kita. (maqosid syariah).
Allah mahukan kita masuk syurga. Kerana itu, Allah beri kita hidup satu hari hingga ke satu hari, supaya kita dapat membuat amal soleh.
Rasulallah mahukan kita masuk syurga. Kerana itu, Baginda memohon kepada Allah agar kita ini tidak diazab dengan serta-merta di dunia agar kita berpeluang untuk taubat. Tidak seperti umat-umat terdahulu.
Orang-orang beriman juga mahukan kita masuk syurga. Kerana itu mereka halang kita dari buat dosa. Sebaliknya terima kasih yang sepatutnya kita beri ditukar kepada kebencian dan dendam. Mujur, orang beriman sifatnya cool dan tidak akan berdendam :)
Tidakkah diri anda rasa disayangi?
19 Komentar
Perkongsian yang menarik.
BalasSuka tengok anak2 kucing...kitty ni memang berwajah manis...caiyang kucin
Balasalhamdulillah~ org beriman, y setiap saat merasakan kehadiran Tuhan dlm hatiY, begitulah dia~
Balassetiap ap y terjadi, SEMUANYA mahu dikaitkanY dgn Allah :) tidakkah indah sebegitu?:)
merasa kehadiran Allah dlm hati, merasa setiap saat Allah berbicara dgn diri~ ALlahuakbar~ sgt indah perasaanY :)
alhamdulillah hati kamu begitu, syukur pdNYA~
moga istiqamah hati kami (tmasuk kamu y membaca--siapa2 shj) dlm keadaan begitu, aamiin ya Rabb~
menarik iqbl
Balas(:
kesian la kucing2 tu
Belas kasihan itu wajb ada dalam diri setiap muslim. Kepada sesiapa shj termasuk dirinya sendiri...
Balasdisayangi..
Balastp sayang, x tahu..
Salam ukhwah dan salam ziarah :)
BalasSyukran atas entry ni, gua kena muhasabah diri gua balik ni...
anak kucing sangat comel.. tapi nak membelanya tak sanggup..
Balasyelah.. kadang2 kita tak terfikir pun tentah itu..
entry yg sgt baik...:)
Balasbyk yg sy dpt dr entry ini...sifat berbelas kasihan diantara makhluk ciptaan TUHAN sgtlah mulia...andai semua manusia ada sifat sedemikian pasti dunia ini berada dlm keadaan aman..tiada penindasan, pembunuhan dan peperangan...
tersentuh sgt entry ni. 3kali saya bace!! malangnya, sy tergolong dlm golongn pmpuan yg putus cinta tu. erti kata lain ----> tak serik. now sy sedang bertekad, harap dpt bertahan. tapi tak tahu la, rase pasti akn tewas lagi. sigh*
Balasnice entry
Balasyups
kucing memang degil
tapi paling tidak mereka memang tidak belajar kan
suka ayat2 untuk perenggan nih
P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!
Suka artikel ni! :)
BalasAda kucing.
Ada pengajaran.
Ada nasihat halus.
Ada NFBZ-Nota fikir buat zikir.
Ada NFBZ-Nor Fatin Binti Zuaini.
hehe..:D
menarik. :)
Balassahabat -sahabat yang menegur cuma menjadi pernataraan antara kita dengan Allah.. cuma..kita sahaja yang tidak merasakannya seperti itu.
BalasTerbuktilah.. Allah itu Maha Penyayang kepada hambaNya yang beriman
perkongsian yang menarik.
Balastrima kaseh!=)
menarik entry ni. perbandingan yang cukup jelas untuk membuatkan kita berfikir betapa kasihnya Allah kepada kita. :)
Balassmpai jugak msud entry ni kat sy..hehehe
Balassaya insaf baca entry ini. semoga kita semua sentiasa berubah ke arah yg lebih baik. insyaAllah~
Balassalam,
Balassyukran atas peringatan ini. Teringat sepotong ayat Al-quran tp x ingt surah apa." Manusia memang x pernah ambil pengajaran"
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443