Nota Fikir: Matang Segera

Satu Suntikan.
Saya pernah terbaca satu bahan dari internet berkaitan ayam daging. Menurut sumber itu, ayam yang kita makan hanya mengambil masa beberapa minggu untuk matang daripada sebiji telur yang baru keluar dari ibu ayam. Memanglah ia satu sumber dari internet yang boleh diragui kesahihan dan kebenarannya. Tapi, ia juga agak masuk akal kerana menurut sumber itu lagi, ayam-ayam ini telah disuntik dengan bahan kimia. Satu yang merunsingkan ialah enzim yang dihasilkan daripada babi. Kebenarannya? Wallahu'alam.

Sebenarnya isu suntik-menyuntik ini bukan baru. Sudah lapuk. Logiknya, kita memberi protein atau benda asing dengan niat yang murni (kononnya) seperti mahu mempercepatkan proses kematangan dan pembesaran. Kesannya juga jelas, masa diambil menjadi singkat dan kos juga dapat diminamakan.

Bagi tumbuh-tumbuhan pula, kita beri baja untuk mencapai matlamat yang sama.

Saya sebenarnya terfikir. Mengapa tidak bayi diberikan suntikan seperti kita menyuntik binatang ternakan? Bukankah ia akan mempercepatkan pembesaran dan proses kematangan bayi itu?

Saya belum pernah menemui satu cerita pun tentang percubaan manusia untuk memberi suntikan protein atau enzim bagi mempercepatkan pembesaran, dan saya juga berharap ia tidak akan berlaku.

Hakikatnya, memang manusia tidak akan matang segera. Proses kematangan akal fikiran ialah satu proses yang panjang dan berperingkat. Ia bukan suatu yang ekspress.

Saya sering terdengar bahawa manusia mencapai usia matang di ambang usia 40 tahun. Bahkan, ustaz-ustaz juga banyak yang bercerita bahawa sesiapa yang sudah menjangkau usia itu tapi belum menunjukkan tanda-tanda mahu meninggalkan kejahatan, kenakalan dan jahiliyyah, maka ia akan menjadi sukar. Tersangat sukar. Hujah mereka, Rasulallah s.a.w juga menerima wahyu pertama di usia 40 tahun.

Saya yang jahil ini mahukan penjelasan. Adakah ada hadis yang menyatakan demikian? atau ia sekadar 'hadis melayu' yang disebar-sebar tanpa ada sandaran? Saya yang masih amat jahil ini belum juga pernah bertemu dengan mana-mana bahan atau sumber. Setakat ini belum lagi... (Jika kalian ada, silalah berkongsi dengan saya)

Tapi saya punya pandangan saya yang tersendiri.

"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu, Dia menjadikan kamu lemah kembali serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa"- surah Ar-Rum ayat 54

Saya melihat di usia 20 tahun setiap manusia sudah harus mencapai tahap kematangan. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa 20 tahun.

Baiklah. Saya ingin tegaskan bahawa apa yang saya sebutkan ini hanyalah cetusan pemikiran saya. Tiada nas dan dalil yang mengatakan usia 20 tahun wajib jadi matang. Tidak. Cuma saya mahu kita duduk berfikir, apa perlunya kita matang di usia ini.

Mengapa bukan lebih awal? Seperti seawal 'mimpi basah' ?

Syariat mengatakan begitu. Sesudah manusia mencapai usia baligh, dia sudah memikul tanggungjawab dan kewajipan. Kewajipan yang semakin bertimbun seiring dengan meningkatnya usia.

Maka, jelaslah bahawa semakin awal manusia itu matang, itu lebih baik. Tapi matang itu juga perlukan dipandang dari sudut yang berbeza pula.

Ada yang melihat, matang itu sekadar pada perubahan fizikal. Bagi lelaki, pastinya ia kelihatan pada perubahan suara atau pembetukan biji halkum di leher. Perempuan bahkan lebih jelas. Tapi ia bukan sekadar itu, kerana yang lebih mustahak ialah kematangan akal fikiran.

Dan ia terus kembali kepada tujuan Allah jadikan akal fikiran- supaya manusia dapat menilai baik-buruk setiap perkara. Supaya manusia dapat memikirkan cara untuk mentaati-Nya dan supaya manusia dapat memikirkan jalan bagaimana mereka dapat menjadi hamba Tuhan.

Dan saya mahu bawa kalian ke dimensi itu- 'Dimensi Hidup Bersyariat'.

Seperti yang saya katakan tadi, seiring dengan penambahan usia, tanggungjawab juga bertambah. Bahkan, kita akan dipersoalkan tentang setiap tanggungjawab kita kelak! Di usia 20 tahun, saya yakin setiap manusia akan menganggap bahawa inilah tempoh yang paling 'mencabar'. Tidak hairanlah jika ramai pekerja-pekerja seks wanita ditangkap di usia 20-an dan tidak hairan jugalah pelumba-pelumba haram dan gangster-gangster mati di usia semuda ini.

Hakikatnya, musuh-musuh islam sentiasa berusaha merosakkan para pemuda! Seruan "pemuda harapan bangsa" hanya bergema sedetik sebelum ia lenyap ditelan pekatnya jahiliyyah. Sedikit pun tidak meninggalkan kesan di jiwa saya (yang dahulu) kerana saat itu, saya masih 'belum matang' walhal sekali pandang, persis seorang bapa beranak tiga (metafora semata-mata). Ini adalah kerana hakikat kematangan terletak pada akal- setakat mana ia membantu manusia untuk taat.

Artikel ini bertujuan membawa para pembaca menjawab sedikit persoalan remeh.

Bila kita mahu berubah?

Akan terdengar jawapan yang aneh. "Nanti dekat tua". "Nanti umur 40" "Nanti nak pergi haji" dan semua jawapan ini membawa kepada maksud yang sama, iaitu "Nanti-nantilah. Aku belum puas enjoy".

Saya tak nafikan, enjoy ini memang takkan puas. Hakikatnya, manusia jika diberi satu lubuk emas, akan meminta satu lagi lubuk. Tak puas. Dan tidak akan puas dengan dunia. Inilah kesan nafsu yang tak terdidik.

Bila mahu berubah? saya ulang soalan saya.

Sekaranglah! Awal? Tidaklah. Bahkan sudah lambat tapi belum lagi 'terlewat'. Peluang masih ada.

Saya selalu bertanya diri saya, mengapa Allah menyuruh saya solat subuh setiap dinihari? Saya bertemu dengan satu keyakinan bahawa Allah mahu beri saya satu peluang baru untuk saya berubah. Berubah dan meningkat. Inilah hakikat hijrah. Kita semua mahukan pembaikian, pembaharuan, serta peningkatan kualiti hidup.

Dan siapa yang memberi kualiti yang kita impi-impikan itu?

Allah! Kerana hidup yang berkualiti dan bermakna hanyalah hidup bersyariat. Hidup bertuhan dan mentaati Tuhan.

Usia 20.
Tidak lama lagi, kalian bakal menjadi suami orang. Sampai bila mahu pakai seluar pendek? Sampai bila mahu solat dirumah? Sampai bila mahu 'subuh gajah'? Dan sampai bila mahu buta al-Quran?

Saya tinggalkan anda, para romeo untuk menjawab.

Buat Juliet, tidak lama lagi kalian pula akan menjadi isteri orang. Sampai bila mahu membuka aurat? Sampai bila mahu terlompat-lompat? Sampai bila mahu terjerit-jerit? Dan sampai bila mahu jadi orang yang solat di akhir-akhir waktu?

Seperti Romeo, saya juga meninggalkan soalan ini untuk dijawab oleh anda.

***

Iqbal, kenapa asyik bersoal jawab soal kahwin?

Jawapan saya mudah. Saya yakin bahawa kematian itu adalah sebaik-baik peringatan. Tapi hakikatnya, remaja dengan kematian memang susah nak 'ngam'. Dan artikel saya yang lalu seolah-olah satu hipotesis yang ada benarnya

Tanggung dan Jawab.
Asalnya dua perkataan. Kita menanggung beban. Dan kita perlu menjawab soalan-soalan yang berkenaan dengannya. Masih remaja, tapi sahabat-sahabat ra. seperti Ali bin Abi Talib, Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, Abdullah bin Az-Zubair dan ramai lagi telah pun  tegak berdiri, melucutkan selimut nafsu, lalu menggenggam satu kebanggaan menjadi muslim.

Merekalah yang sepatutnya menjadi ikon remaja.

Tapi sedih, teramat sedih kerana saya hanya mampu berbicara tentang keimanan mereka. Sedang saya masih seperti dulu. Jahilnya saya, teruknya saya Allah saja yang tahu.

Untung nasib kita berbeza. 
Itu  rencana Yang Maha Kuasa. Segala sudah ditetapkan-Nya. Menerima hidayah dan memberi hidayah, satu pun bukan kuasa saya. Saya pun bukannya tahu bila saya mahu berubah melainkan Allah yang ubah saya. Dan jika saya berpeluang menyatakan terima kasih, maka kepada Dia saya panjatkan setinggi kesyukuran.

Saya juga melihat setiap manusia memiliki turning point yang berbeza-beza. Dan saya yakin benar akan hakikat ini- "Manusia hanya mampu berusaha sedang memakbulkan sesuatu ialah hak mutlak Allah"

Bersama dengan keyakinan itu, saya tulis artikel ini dengan membawa mesej yang diulang-ulang- "Sampai bila kita mahu hidup begini?"

Hidup yang jauh dari masjid. Jauh dari majlis ilmu. Jauh dari orang-orang soleh. Jauh dari redha-Nya. Bahkan, hidup yang penuh gelak ketawa keji, penuh maksiat tercela, penuh umpat dusta, penuh dengan keluh kesah. Sampai bila?

Tidakkah kita teringin untuk kembali kepada fitrah?

Dan tidakkah sudah sampai saatnya kita perlu berubah?
Dan subuh itu datang lagi, membawa aroma dinihari yang sama.. Membawa peluang yang berulang. Dengan penghayatan yang berbeza, kita guna hari itu dengan keinsafan yang pasang surut. Lalu satu hari kita tersedar, bahawa subuh bererti peluang. Maka, sampai bila kita mahu lalai daripada memanfaatkan peluang-peluang ini?
Tanya diri kita... Tidakkah kita rasa terpanggil?
Previous
Next Post »
11 Komentar
avatar

Perubahan diri bermula dari hati yang ikhlas. mudahan dengan entry ni, dpat membuka mata mereka yang 'tertutup' dan juga sebagai peringatan kepada diri zara sendiri. :)

Berkenaan dengan entry saya yang paling latest tu,. setakat perkongsian biasa2 sahaja. sedikit sebanyak sekadar berkongsi apa yang ada di hati dan juga di minda. :) InsyaAllah, harap berguna juga buat Iqbal.

Btway segan pula bila Iqbal baca, penulisan zara tak setanding ur entries kot. :)

Balas
avatar

salam.
sekadar perkongsian.
tentang satu suntikan.
sebenarnya, berita itu memang diragui kesahihannya.
ayam2 tu cepat membesar sebab diberi vitamin bukan dicucuk.
lagipun, manalah larat penternak ayam tu nak cucuk sekor2 ayam kerana jumlah ayam yang diternak terlalu banyak.

*bercakap berdasarkan pengalaman.
sebab, maklumat itu telah diberitahu oleh penternak ayam sendiri.

^_^,
BTW, rasa macam lari dr topik.

Tidakkah kita teringin untuk kembali kepada fitrah?

ingin jawab soalan itu,
YA, SEMESTINYA

Balas
avatar

kalu umat nabi kita diberi lebih kurang 60 tahun je usia, aiseh tinggal tak brapa tahun je ni, sedangkan separuh yang dilalui rasa baru kejap sangat...

Balas
avatar

bulan depan sy dah cecah 2othun, risau pulak... T_T

saya sahut soalan n seruan tu. emm, taknk lengah2 solat lagi. em risau, ade je bnda nk buat saya lalai. sigh. :(

Balas
avatar

"percubaan manusia untuk memberi suntikan protein atau enzim bagi mempercepatkan pembesaran" >> future biotechnologist trasa trcabar nih.. hehe.. human developmntal biology extremely complicated.. Pencipta kita je tau mcm mana ciptaanNya.. kl scientist ubh, 'cari psl' je tuh..

tp papepun , msej dapat! Jom berubah.. "Hijrah d hujungnya hasanah"

Balas
avatar

baru berbicara isu ni dengan kawan tadi, tiba2 bukak bayyinat, eh isu yg sama


padang saya, matang ni bila hati sudah mula mahu taat pada Allah pada sebenar-benar taat. sanggup tuinggalkan keseronokan dunia yang boleh ditanggalkan..

saya belumpun halfway ke situ. belum matang lagi.umur bukannya makin muda, takut dipanggil dalam keadaan yang terlalu 'mentah'

nice one!

Balas
avatar

pnjgnya iqbal. macy kena dtg smula bru bca separuh

Balas
avatar

Subhanallah...

Time kasih Iqbal atas perkongsian yg tak putus2

Balas
avatar

Salam alaik.

(=

Matang. Matang tidak diukur dengan usia. Sebab ada yang umur dah banyak tapi perangai masih lagi kebudak-budakan, umur baru saja mengenal dunia, dah terserlah kematangannya. Usia hanya nombor bukan paksi kepada kematangan.

Tertarik dengan ayat Ar-Rum tu, thanks by the way sebab mencari-cari kalam itu.

Apa peringatan di sebalik kalam ayat ke 54 itu?

Allah katakan, mula2 lemah, kemudiannya kuat dan kembali lemah. Allah nak katanya, tempoh waktu kuat tu adalah waktu utk para pemuda pemudi, usia remaja. Waktu utk bina jati diri, waktu utk mencipta sejarah. Waktu orang kata, waktu muda ni lah waktu nak buat segala-galanya.

Kalau waktu remaja sekarang, masih mengutamakan hiburan, masih fikirkan mahu bersenang lenang, agak-agaknya bila dah sampai waktu lemah kembali, apa yang dapat dibanggakan?

Jom jadi matang.


terima kasih atas perkongsian, moga Allah redha. (=

Balas
avatar

sedih dengan pakcik makcik yang masok kilauan emas...hakikatnya umur sudah lebih 40 tahun...apakah kepopularitian juga lagi yang masih mahu dicari :(

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443