Biarlah saya memulakan bicara dengan satu kalimah maaf. Maafkan saya kerana lama meninggalkan Bayyinat sepi, tanpa perkongsian terbaru. Sebabnya hanya satu. Saya baru dibenarkan keluar wad hari semalam (sabtu) kerana demam denggi.
Sedaya upaya akan saya kongsikan pengalaman-pengalaman berharga saya di dalam wad- satu 'penjara' yang menjadi lapangan ujian terhadap diri saya.
Saya demam dah lama. Dari 4hb 12 lagi tapi saya hanya masuk wad selepas 5 hari demam. Perkara pertama yang saya mahu ceritakan tentang suasana wad ialah suasana solat yang hampir zero. Kerana solat ialah perkara pertama yang Allah akan tanya, maka ia juga akan menjadi bab pertama dalam siri 'tahanan' saya ini.
Hampir zero. Maksudnya, hampir semua pesakit di wad saya (wad denggi) tidak bersolat. Alasannya sama-darurat. Ya, darurat konon-kononya. Saya jadi hairan sendiri. Dalam keadaan badan kita kesakitan, dalam keadaan setiap sendi dan urat dibadan kita keperitan, dalam keadaan kulit kita menggigil minta diselimutkan, dan dalam keadaan kepala berat minta mata dipejamkan, manusia tetap diwajibkan untuk solat.
Solat, satu perkara rutin yang selama ini jarang saya renung ke dasar hikmah. Dan syukur, saya dikurniakan masa untuk melihat ke mana perginya 'solat' itu.
Saya tertanya-tanya.
Mengapa islam tersangat-sangat menitik beratkan soal solat sehinggakan syariat mengajar, tidak mampu berdiri perlu duduk. Jika tidak mampu, boleh dengan keadaan mengiring hingga kepada tahap, solat dengan hati. Kenapa tidak dikecualikan orang-orang sakit daripada solat? Nanti sihat, qada' lah.. (?)
Jawapannya simple. Tersangat simple. Solat ialah satu talian hubung antara Hamba dengan Tuhan.
Dalam masa yang sama, saya bersyukur kerana dalam kesukaran berwuduk, saya masih mampu bersolat dengan sempurna. Cuma wuduknya sahaja yang 'kasi sah aje'. Bayangkanlah, kiri dan kanan ada jarum.
Saya tertarik dengan pesakit denggi depan katil saya. Seorang abang yang di awal 30-an mungkin. Dia ditemani isterinya yang bagi saya, seorang isteri yang cukup setia. Dari hari pertama hingga hari terakhir saya di wad, saya lihat isterinya tidak pernah tinggalkan dia. Ke tandas, dibantu. Makan, dibantu. Tidur, juga dibantu. Cuma sayang, solat tidak masuk dalam list...
Alangkah indah, jika si isteri mewudukkan suami lalu suami pun solat dalam keadaan berbaring.
Tapi tetap, saya terasa ada sedikit kelucuan. Saya pernah terjaga pada jam 4 pagi. Dan samar-samar, saya lihat si isteri abang tu seperti baru pulang solat sahaja kerana dia bertelekung. Sah! Memang telekung. Dan esoknya, hampir jam 8 pagi baru mereka bangun. Saya selepas solat subuh, memang tak tidur. Sejuk...
Timbul tanda tanya. Kenapa isterinya tidak solat sedangkan hanya si suami yang sakit.
Oh, orang perempuan... mungkin Allah beri cuti...
Itu cerita abang, belum cerita pak cik-pak cik lagi. Saya ingat, orang tua kalau sudah sakit kuat macam mana pun, mereka akan solat walaupun dengan cara paling mudah iaitu dengan duduk. Tapi nyata, iman itu ukurannya bukan pada usia.
Di usia lanjut pun, tenanga untuk ke tandas tanpa bantuan tetap ada. Cuma yang tiada, tenaga untuk solat dengan duduk. Sejuk mandi pun tidak apa, janji jangan sejuk kena wuduk. Begitukah pakcik?
Saya pun hanya sempat berbual-bual dengan abang dan pakcik itu pada hari terakhir.
Pesan saya.
Saya sentiasa pesan kepada orang supaya jaga solat. Dan Allah uji saya dengan kesukaran menunaikannya juga. Syukur, jika saya melihat solat satu ketika dahulu sebagai sesuatu yang mesti buat, maka sejak hari itu, saya sudah boleh melihat ia sebagai satu sumber tenaga buat saya. Solatlah yang menghidupkan saya...
Demi Allah, memang tidak mudah hendak bersolat dalam keadaan sakit. Saya dah alami. Nak berwuduk tu dekat 15 minit juga setting apa yang perlu. Tapi thrust me, Allah tidak akan balas kesukaran kita dengan sia-sia. Solatlah, walau terpaksa berbaring. Jika tidak mampu wuduk, bertayammumlah dengan debu-debu di dinding hospital. Saya pasti dinding tu ada debunya.
Perkara kedua yang saya suka sentuh ialah tentang nikmat membaca Quran apabila sakit.
Sudah menjadi pengangan diri saya-"Jika kamu tidak mampu menjadi Al-Quran yang bergerak, maka kamu bergeraklah bersama-sama Al-Quran". Maka, saya akan sentiasa bawa al-Quran mini saya untuk dibaca, dibuat teman dan dibuat rujukan.
Apabila kita membaca ketika sihat dan membaca ketika sakit, saya dapat melihat perbezaan yang sangat besar dari sudut peranan hati. Konsentrasi dan penghayatan terhadap bacaan al-Quran ketika sakit nyata lebih. Dan saya sendiri memberi perhatian yang lebih. Malu juga sebenarnya. Iyalah... bila sudah sakit baru dapat khusyuk membaca Al-Quran. Patutkah begitu?
Pastinya tidak. Tapi nak buat macam mana, inilah yang Allah kata, sakit itu ujian. Ujian supaya saya dapat meningkatkan apa-apa yang saya tak lemah.
Pesan saya
Dampingi Al-Quran. Saya rasa lain kali kalau kita ziarah sesiapa di dalam wad, daripada bawa majalah-majalah atau komik-komik, baik bawakan mereka al-Quran.
Perkara ketiga ialah keluarga.
Sejujurnya, saya berasa sangat ego untuk membiarkan diri saya dikasihankan dan dirisaukan. Saya sedaya upaya tidak mahu jika ibubapa saya tahu saya sakit dan masuk wad. Alasannya mudah, ibubapa saya risau dan mereka akan datang dari kampung. Dan saya tidak mahu itu kerana bukannya dekat jarak kampung dengan hospital. Paling tidak 3 jam juga.
Tapi tetap, mak ayah saya datang dengan kakak saya. Ah, sedikit terganggu emosi ini. Bukannya tidak suka, tapi saya rasa saya ini sangat menyusahkan. Sudahlah kecil-kecil dulu saya banyak menyusahkan dan merisaukan mereka, sudah besar pun tetap sama. Sejujurnya, saya tersangat mahu rasa menjadi lelaki yang belajar untuk tidak membuatkan kedua ibubapanya runsing. Saya mahu belajar diberikan kepercayaan. Entah, mungkin begini lebih baik.
Tapi saya paling suka dengan sms dari abang sulung saya. Ya, dia seorang yang hebat. Sangat hebat dalam keluarga saya, dan saya pasti, dia juga hebat dimata para pekerja, sahabat san saudara-mara kami. Saya penat, bosan, dan stress kerana ditahan selama 4 hari dalam wad.
Saya sudah tidak sakit. Bahkan, sudah terasa kembali normal. Tapi doktor belum beri saya green light. Katanya, platelet saya masih rendah. Abang sulung saya membisikkan kata sabar dengan sangat hikmah.
"Kadang-kadang kita selalu berkata 'dah bukan rezeki aku', 'sabar je lah'. Tapi bila ia kena pada diri kita, itulah ujian sebebar. Ia tidak semudah ucapan"
Saya hadam lumat-lumat mesej itu. Ya, ia tidak mudah. Sangat berbeza antara menyuruh orang sabar dengan kita sendiri bersabar.
Apapun, thanks to him kerna mengingatkan saya bahawa orang sakit ini doanya makbul. Maka, saya doa banyak-banyak :)
Saya juga berusaha mencari ibrah disebalik sakit ini untuk dikaitkan dengan sedikit sirah, jika ada. Satu perkara yang menarik untuk direnungi ialah bagaimana para sahabat muhajirin pada hari-hari terawal mereka berhijrah ke Madinah, ramai dalam kalangan mereka telah diserang oleh demam teruk. Bahkan, ada seoranh sahabat ra. meninggal dunia kerana demam dek cuaca madinah yang tersangat panas ini. Keadaan ini meyebabkan Rasulallah telah berdoa dengan maksudnya, 'Ya Allah, jadikanlah kami mencintai Madinah seperti kami mencintai Mekkah..'
Satu refleksi diri buat saya bahawa sakit itu benar-benar satu tarbiyyah dari Allah. Ia menguatkan talian hati kita dengan Allah. Sakitlah yang membuktikan sama ada kita benar-benar tahu cakap atau kita mampu cakap dan buat.
Dan saya benar-benar maksudkan ia- 'Menyuruh orang bersabar, dan kita sendiri bersabar. 2 perkara yang berbeza'.
Kerana itulah juga, seorang sahabat bernama Khabbab bin al-Art pernah meminta Rasulallah supaya berdoa agar Allah beri kemenangan segera buat islam. Mungkin kita akan anggap Khabbab ini sahabat yang lemah, tapi ternya dia antara sahabat yang paling hebat dalam sejarah. Dia pernah diseksa dengan sangat teruk. Memang, namanya sebaris dengan sahabat-sahabat seperti Bilal Bin Rabah serta keluarga Yassir. Apabila Rasulallah mendengar permintaan Khabbab itu, muka baginda merah padam tanda Baginda marah. "Apakah kamu lupa bahawa umat terdahulu ada yang digergagji kepalanya hidup-hidup, disiat-siat kulit mereka dengan sikat besi bahkan macam-macam siksa lagi semata-mata kerana mereka mahu beriman?"
Ya, sakit itu sangat perlu. Kerana ia adalah bayyinat juga akhirnya.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? 29:2Kesimpulan
Dan kini, saya kembali menulis. Walaupun banyak lesson saya telah miss, insyaAllah saya akan catch up balik dengan kawan-kawan. Kepada kalian yang mendoakan saya, terima kasih daun keladi. Saya dah sihat, tapi jangan lupa doakan lagi :)
Oh ya, ada sahabat tanya apa yang saya mahu buat selepas sembuh. Saya kata, saya mahu kawin supaya jika nanti saya sakit lagi, ada orang jaga saya. hihi.. saya bergurau saja ni :P
Oh ya, seperkara lagi. "menjaga kesihatan itu wajib!"
17 Komentar
moga ini tarbiah 'seni; yang paling hebat dan berkesan untuk kamu dan orang-orang sekeliling..semoga sakit itu telah mercik segala dosa2 yang ada..beruntung..iqbal beruntung..antara beribu manusia,Allah pilih penulis bayyinat..
Balassemoga Allah redha:)
alhamdulillah, iba dah sembuh...
Balasbila Allah turunkan mehnah maknanya Allah sayang kita...
akak juga sedang berperang dengan sakit telinga ni dah bebrapa hari...
tapi bila sakit, Allah tak mahu kita lupa Dia..
lebih baik diberi ujian sakit darpada diberi ujian kejayaan yang tidak henti....
jemput melawat blog akak...
ada dua puisi baru...
tq
sy igt lagi masa abg sy sakit..lepas dia btl2 sedar dr koma..
Balasdapat blik umah.sy ajar dia cara2 solat ddk.sy cari buku nk ajar dia..sy ambikkn air wudhu utk dia suruh dia solat..alhamdullilah..sume berjalan lancar.masa dia sakit dr dulu smpai skang.takpnh sy tgk dia rgl solat
alhamdulillah,awk makin sihat.harap sekiranya saya dapat sakit,moga saya kuat seperti iqbal.
Balassampai terfikir nak kawin ye! moga2 cepat sembuh dan terus menulis untuk islam. insyaallah :)
Balasteruskan perkongsian ilmu ni yea..=)
Balassemoga sihat2 slalu..
alhamdulilah!sakit itu tanda kasih sayang Allah..
BalasDia sgt rindukan suara iqbal tue:-)
sebab tu bila baca al-Quran, hati Iqbal jadi terusik..;)
salam istiqamah.Alhamdulilah.dah sihat.mmg agak tertnaya2 knp bayyinat sepi.tp smuanya ad hikmah.Keep on blogging.
Balasdari entry ni macy ada ilham utk mnulis. tp masa bnr2 xizinkn. mgkn skdr entry cukup makan. haha
Balasapa pun iqbal, semuanya ada hikmah. moga tak sakit lagi :)
Patut la seminggu ni Bayyinat sepi tsnpa sebarang update..penulis dia tidak sihat rupanya...
BalasAlhamdulillah..nampaknya penulis Bayyinat sudah semakin sembuh..moga terus diberikan nikmat kesihatan..
Setiap apa yang berlaku ada ibrahnya yang tersendiri..tinggal kita untuk mengambilnya sebagai ibrah atau tidak..itu sahaja..
tahu cakap dengan cakap dan buat itu memang berbeza..41:1-35
kita tidak akan menghargai nikmat sihat itu sekiranya kita tidak kehilangannya..amat bertuah sesiapa yang terpilih...insya-ALLAH..
maaf.. ada ralat..
Balas*tanpa
*41:31-35
alhamdulillah..Iqbal dah sembuh.. :)
Balasteruskan menulis! ^_^
assalamualaikum. ^_^
Balasbaru follow kamu. hmm. saya pun baru keluar dri ward baru2 ni dan situasi mcm yang awk cita tu mmg masuk dlm list pesakit kat situ.Sush nak solat. alasan sakit. awk dh sembuh sepenuhnyer ke? moga makin sihat jer ye? :)
alhamdulillah,encik iqbal dh smbuh..
Balasalhamdulillah dah sembuh.. kena jaga betul2 kesihatan lepas ni.
Balasapa pun, sakit tu macam tazkirah.. supaya kita ingat akan nikmat sihat. ;)
terkadang ada yang meletakkan darurat mengikut penilaian sendiri lalu meremehkan perkara yang terpenting. bahaya..
:) alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian:)
Balasmoga2 bila saya menjadi doktor nnti, saya tak lupa mengingatkan diri sendiri dan pesakit agar tak lupa jaga solat. amin.
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443