"Aku tahu. Aku bukannya ajak kau jadi orang yang luar biasa pun!"
"Tapi kenapa kau selalu sangat ajak aku solat berjemaah? selalu sangat ajak aku belajar mengaji? selalu sangat ajak aku hafal Quran? selalu sangat ajak aku dengar ceramah agama? aku bukan apa... aku cuma kurang minat dengan benda-benda ni. Aku rasa aku tak nak jadi lebai-lebai ni. Aku nak jadi biasa-biasa saja"
"Apa maksud kau dengan 'biasa-biasa' tu?"
"Iya. Aku juga solat walaupun lewat. Aku juga mengaji, walau tak lancar. Aku juga dengar kuliah, walaupun seminggu sekali. Macam kebanyakan orang lain..."
Seperti Kebanyakan Orang Lain (?)
Mungkin anda pernah mengalami perbualan seperti berikut. Saya belum. Ia hanya lahir dari cetusan imaginasi saya, bukan realiti kehidupan saya.
Saya tertarik dengan pendirian beberapa manusia yang mahu hidup 'biasa-biasa'. Tidak dinafikan, itu juga impian dan keinginan saya. Menjadi yang biasa-biasa, tapi biasa yang bagaimanakah yang sebenarnya?
Ada orang memahami bahawa islam itu agama yang mudah. Dan benar, islam tidak pernah menyusahkan dan menyukarkan.
Tapi setakat mana kita faham bahawa tentang konsep biasa-biasa dalam islam?
"Biasalah solat di akhir-akhir waktu..."
"Biasalah pakai tudung tapi baju lengan pendek..."
"Biasalah datang masjid dekat-dekat orang solat jumaat..."
"Biasalah tak buat dakwah..."
Ia menjadi biasa hanya kerana kebanyakan orang telah meninggalkan ia- Satu kewajipan yang semakin dilupakan! Itulah yang kita panggil sebagai biasa!
Suatu Ketika.
Satu ketika dulu, menyembah berhala itu biasa. Tapi selepas islam datang di tanah arab, menyembah patung menjadi luar biasa.
Satu ketika dahulu juga, membunuh anak ialah biasa. Tapi ia menjadi sebaliknya apabila islam muncul. Tapi sekarang, ia kembali menjadi biasa. Benar, kita tidak melihat anak-anak muda kita tertunduk-tunduk menyembah patung. Tapi kita boleh lihat mereka 'menyembah' artis-artis. Anak-anak juga dibunuh, tanpa kira lelaki atau wanita.
Tidak lain, ini adalah tanda bahawa kita sudah kembali ke zaman jahiliyyah atau lebih tepat, jahiliyyah moden.
Dan saya tertarik dengan satu hadis dari Abu Hurairah, Rasulallah bersabda : "Islam bermula sebagai dagang (asing), dan akan kembali sebagai asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing"- riwayat Muslim.
Terasing.
Menjadi orang asing di planet sendiri, bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Bukan juga sesuatu yang mudah. Kerana ia sukar, Allah menjanjikan satu habuan yang sangat besar kepada manusia yang memilih jalan hidup 'luar biasa' ini.
Ibnu Mas'ud menceritakan bahawa Rasulallah pernah bersabda: Ummat akhir zaman kelak akan berada di situasi, berpegang dengan islam itu seumpama menggenggam bara api. Kerana kesukaran sebegitu, Allah janjikan pahala satu amalan mereka seolah-olah sama dengan pahala 50 orang. Para sahabat ra. bertanya kepada Rasulallah, "50 dari kalangan kami atau kalangan mereka?" Jawab Rasulallah, "50 orang dari kalangan kamu (dari kalangan para sahabat ra.)".
Kesimpulan : Tiada Yang Luar Biasa...
Ya. Sebenarnya, islam itu sentiasa biasa-biasa. Cuma sikap segelintir manusia yang mengambil islam separuh-separuh telah mencemarkan islam itu sendiri. Sebenarnya, orang yang meninggalkan dakwah itulah orang pelik. Orang yang membuka aurat itulah orang yang pelik. Orang yang solat di rumah itulah orang yang pelik. Mengapa perlu diaggap orang yang berpegang dengan islam sebagai pelik? wahai orang-orang yang pelik?
Jika kita mahu sangat menjadi orang yang biasa-biasa, maka mari kita kembali ikut cara hidup Rasulallah dan para sahabat ra. kerana itulah dia 'biasa-biasa' yang kita bising-bisingkan. Selain dari itu, semuanya pelik!
Ayuh, jalani kehidupan bercorak islam. Biar kita dianggap pelik kerana menutup aurat. Biar kita pelik kerana memilih untuk solat berjemaah. Biar kita dianggap pelik kerana berdakwah dan belajar agama kerana kita tahu destinasi kita ialah syurga.
Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menggenggam bara di jalan-Mu ini...
24 Komentar
hadis tu cukup membuktikan bahawa kata2 rasulullah saw bukan sesuatu yang boleh kita dustakan. benar. kini islam itu asing. sebab tu kita yang sudah ada fikrah ni jangan jadikannya asing. kita mulakan supaya orang2 yang melihat perbuatan kita yang mereka rasakan asing ini, turut sama melakukannya. allahu a'lam
Balasmanisnya syurga itu..kerna pahitnya dunia...:)
Balasmgkn nmpk pelik bagi org.bila bertusung litup,berjemaah di surau.sebab kita hidup untuk mati.
doakan echah jugak boleh jadi macam tu.
terimakasih info yang sangat berguna mantap untuk peringatan bersama
Balasentri menarik utk umat akhir zaman apabila menilai Islam dengan keadaan ketinggalan...
Balasmohon izin kongsi :) tq
Semoga saya juga diberi kekuatan ke arah itu...amin
Balasoh,dekat sekolah ada bukak tazkirah pasal hadis ni..
BalasSebenarnya, itulah yang biasa bagi manusia. Tinggal kita nampak luar biasa, sebab kebiasaan itu telah ditinggalkan manusia hari ini
ayat curi je pun, tp itu benar:)
beruntunglah orang-orang yang asing, ini antara tanda-tanda kiamat
nak jadi biasa2 yang bermakna. ^_^
Balasalhamdulillah..syukran!tazkirah yg berguna..dan buat hati ni segar kembali..=)
BalasIM pun nak jadi yang biasa-biasa jer. senang!
Balaskupasan yg mnarik juga. artikel ni macam berkait dengan video orang yang terasing. Saudara iqbal dah tgk? http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/11/orang-yang-terasing.html
Balasamin.
Balasmudah mudahan sentiasa di bawah lembayung rahmatNYA. :)
terbaik!!
Balasmaka berbahagialah mnjadi org2
yang asing..
betulkan yg biasa,biasakn yg betul
insyaALLAH,mga kmu pmudahkn :)
Jazakallah akhi..
Balasmoga Allah sayang kita..
menarik...
Balasmohon copy ea...akan saya link kan
jadi manusia biasa dengan lifestyle yg luar biasa..
Balasdari yang biasa2 aje nak ke luar biasa..
Balasartikel penawar hati di kala diri sedang duka.
Balasterima kasih.
"Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa"
Balas-Salam ziarah daripada orang biasa jua.^^,
salam...
Balasermmm...itula..yang xbiasa, dibiasakan...dah banyak dah sekarang...
paham kan...
terima kasih diatas peringatan yang bermakna..
Balasbest baca.. perlukan istaqamah yg tinggi untuk melakukan perubahan ini..
Balasterima kasih...
Balassangat indah.. :)
tq iqbal. ;)
Balasinsaf baca ni...
Balasterima kasih utk peringatan bersama.
jom singgah sini
http://vitalicious2u.blogspot.com/
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443