NFBZ : Aduhai si Peminta

gambar hiasan
Mutaakhir ini, banyak sungguh cerita pasal tipu-menipu. Bukan setakat Tipah sahaja ditipu, orang masjid juga ditipu. Antara yang hangat ialah cerita tentang kewujudan sidiket-sindiket yang meminta sedekah di masjid-masjid atas alasan mahu membantu orang-orang yang miskin di negara mereka.

Dalam sebuah rencana yang saya pernah baca, Malaysia dilabel sebagai syurga pengemis. Rakyat Malaysia tersangat pemurah. Di mana-mana sahaja, akan ada golongan manusia yang akan meminta seringgit dua untuk mengalas perut. 

Lalu, Islam memandang isu ini bagaimana?

Jelas lagi bersuluh, amalan memberi makan kepada orang miskin ini adalah sesuatu yang sangat dituntut. Dalam banyak keadaan, ia menjadi wajib seperti tuntutan zakat. Dalam banyak hadis juga, Rasulallah melarang kita daripada menghampakan orang-orang yang meminta. 

Pendek kata, memang perbuatan ini memberi sedekah ini ialah satu amalan yang sangat-sangat mudah dilakukan. Ganjarannya pula sangat besar dan hebat. 

Panjang pula berkata, “Tak mau aku sedekah. Entah-entah dia menipu tak”

Panjang kata lagi, “Ada tangan, ada kaki, usaha la sendiri. Aku pun cari duit guna tulang empat kerat aku la!!”

Aduhai. Sedihnya. Memang tidak dinafikan, kata-kata sebegini sudah sinonim dengan kita. Lebih parah, ada yang memaki-hamun golongan dhaif ini sedangkan ia jelas bertentangan dengan ajaran islam.

Allah melarang kita daripada memaki dan menghina golongan miskin ini.
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik- Surah Ad-Dhuha ayat 10
Saat menulis artikel ini, fikiran saya mengimbau kembali apa yang berlaku semasa saya sedang menunggu bas di hentian Pekeliling. Seorang lelaki lewat 30-an menghampiri saya yang sedang duduk dan memberi salam. Salamnya saya jawab dan senyumnya saya balas.

“Bang, boleh mintak tolong tak?”

Saya mengangguk.

“Begini, saya nak balik kampung saya. Tapi duit saya tak cukup lagi RM 2.50 lah. Saya dah mintak tolong kat driver bus, tapi dia tak sudi tolong. Jadi terpaksalah saya minta pada orang. Boleh bang?”
Raut wajahnya benar-benar sayu. Beg yang disandangnya sedari tadi diletaknya atas tanah.

Saya tersenyum. Dan tanpa banyak soal, RM 2.50 bertukar tangan. Lelaki itu gembira. Dia mengucapkan terima kasih. Kami bersalaman dan di hujung-hujung perpisahan kami, saya minta dia mendoakan saya. Dia menjawab insyaAllah. Saya rasa bahagia.

Dalam bas, sekali lagi saya terkenang akan lelaki itu. Saya bersyukur Allah datangkan dia kepada saya. Maknanya, Allah beri saya peluang untuk beramal ibadah. Tapi jauh di sudut hati saya, semacam kekesalan timbul.

Ah, bodoh betul saya. Lelaki itu meminta RM 2.50, itu bermakna bahawa dia benar-benar tidak punya wang walau 10 sen lagi. Seharusnya, saya beri lebih. Mana tahu dia boleh gunakan untuk makan, atau pun untuk dia menelefon ahli keluarganya untuk mengambil dia dia stesen bas. Mengapa tadi saya tidak terfikir? Nampaknya lelaki itu terpaksa meminta lagi kepada orang. Kesihan.

Tapi inilah Malaysia. Di sini, ada orang yang kaya, semakin kaya dengan rasuah. Ada yang miskin, semakin miskin dengan penindasan. Walaupun tidak semua jadi kaya dengan rasuah, tapi sedikit sebanyak sumber rezeki kita ini boleh diragui dan dipersoalkan.

Budaya ‘menghulur tanpa banyak soal’ ini sebenarnya sudah pernah diajar secara tidak langsung oleh abang sulung saya. Masa saya tingkatan 3 jika tak silap, saya bercuti di rumahnya di Tawau, Sabah. Satu ketika dia membawa saya ke Bandar Tawau. Ada benda yang mahu dibeli. Hanya kami berdua, dengan motosikal.

Tiba-tiba, abang saya berhenti di bahu jalan. Dia berhenti berdekatan seorang wanita tua yang sangat tidak terurus keadaannya. Sekali lihat kita akan berkata dia orang gila. Dengan baju yang buruk, muka yang comot dan rambut yang kusut-masai, perempuan itu sangat kasihan. Lebih memilukan, dia sedang menyelongkar tong sampah besar. Mungkin mencari makanan, mungkin mencari barang terpakai.

Abang saya menghulurkan beberapa not kertas berwarna merah kepada mak cik itu. Mak cik malang itu tak habis-habis mengucap terima kasih dan tangannya seperti mendoakan abang saya. Saya sekadar diam memerhati.

Lalu abang saya berkata, “Kalau kita ada duit lebih, jangan lupa orang-orang yang susah ni”. Namun, saya selalu melupakan pesanan ini hingga saat ini.

Konflik: Beri atau tidak?

Jika beri, mungkin dia menipu? Berpura-pura sebagai pengemis, tapi orang sihat.

Tapi bagaimana jika dia betul-betul tak sihat?

Beri saja lah. Mengapa mesti mahu berkira sangat? Kikir dan kedekut. Bukankah itu sifat yang ada pada Qarun. Tycoon yang memiliki harta sebesar gunung tapi sangat kedekut.

“Harta ini ialah hasil usaha aku! Kau nak, kau usaha lah sendiri!”

Betulkah ia hasil usaha kita? Astagfirullah. Ketahuilah, jika Allah tak mahu beri rezeki, satu sen pun tidak akan kita dapat. Jika Allah nak beri rezeki, satu sen pun tidak akan hilang dari simpanan kita.

TETAPI, jika memang kita sudah nampak dengan mata kepala kita yang si peminta sedekah itu menipu, maka tidak apa jika kita tak mahu memberi kerana kita dilarang membantu orang melakukan maksiat dan dosa.

Sebaliknya jika kita tak tahu dan tak nampak, maka berilah seringgit dua. Jika dia menipu, itu dosa dia dengan Allah. Bagi kita yang memberi, Allah akan balas dengan pahala yang boleh bercambah-cambah.


Ingat kata-kata ini. Jika kita terasa berat sangat untuk memberi, tanya kepada diri. Tidakkah kita malu dengan Allah sedangkan dia yang memberi kita rezeki dengan percuma?
Previous
Next Post »
28 Komentar
avatar

ustazah nis pernah cakap..
lebih baik tak payah bagi kalau kite tak ikhlas..
:|

Balas
avatar

bgaimana jika peminta sedekah itu berpakaian sami ingin memohon sumbangan? adkh salah jika kita tidak menghulurkan sumbangan kpd individu yg kita ragui kemana duit yg kita hulur itu dgunakan utk apa?

Balas
avatar

sering jmpe c2asi pminta nmpk sehat benor smpi ragu2 nk bg..

moga tngn2 kita ringan mberi.

Balas
avatar

pernah terjadi sekali, ada seorang lelaki umur 40-an berhenti memanggil kami, minta duit katanya ada rm2 sahaja dalam tangan. akak2 ni dah berhenti dgr je die ckp ape, macy tepuk kakak tu then kakak tu cm baru tsedar. cm sometin~

Balas
avatar

terima kasih utk peringatan ni. bermakna utk sy.

sy slalu ragu2 nk memberi pd org yg mcm sihat tp mengemis. tp btol kata saudara. nape perlu kedekut sedangkan rezeki itu dtg dr Allah. 1 yg kita beri, 10 yg DIA balas. insyaAllah kalau kita ikhlas.

Balas
avatar

waaaaa dilema yang biase di hadapi. selalunya tak tahu nak buat macam mane kalau peminta sedekah ni datang kat kite....
takut2 jugak kalau dorang ni bawah sindiket ke kan??? tp I think kite tolong jelah yg termampu selagi tak betul2 pasti yang mereka ni menipu kan?

Balas
avatar

boleh anis kongsikan ini~~~
terime kasih
like10000000x

Balas
avatar

Hanya sandarkan pada Allah untuk menilai.. nampak je, terus bagi kalau ada lebih, tak perlu buka ruang untuk was-was.. :)

Balas
avatar

skang ni peminta sedekah dh jadi satu sindiket...

Balas
avatar

bagi aku lah kan
aku kurang bersetuju sikit jika kita memberi tanpa memikirkan masa akan datang
memang betul2 ada yang miskin
tetapi lebih banyak yang menipu daripada yang betul
sekarang dah ada macam2 sindiket yang menggunakan budak - budak atau orang tua...
kadang2 ada yang sanggup bagi RM5 atau RM10..RM50 pun ada...
tapi kalau dah namanya sindiket atau yang mengemis itu sebenarnya menipu..memang tak gunalah...
memanglah orang kata bila kita dah bagi itu antara urusan dia dan Allah tapi dalam masa yang sama kita sebenarnya menggalakkan mereka nih untuk brbuat jahat iaitu menipu...
kalau rakyat Malaysia tak 'sepemurah' seperti skrg nih rasa2nya susah nak ada sindiket - sindiket menyamar jadi pengemis nih...
ini pandangan aku lah..terserahlah nak setuju atau tak...

Balas
avatar

rasanya kalu banyak ngat keraguan time nak memberi, elok le sedekah je la kat institusi seperti masjid , rumah anak yatim atau baitul mal

Balas
avatar

kalau ditipu pn, tp niat ikhlas insyaAllah akn diterima. Allah kn Maha Mengetahui :)

Balas
avatar

slalu kesian dengan pengemis kat pasar malam..nak pulak yang bw baby kecik..haih...Malaysia mmg syurga pengemis...

Balas
avatar

setuju juga dengan cemomoi. kadang kala memberi kepada saudara mara sendiri yang lebih memerlukan adalah lebih baik. bukankah membantu ahli keluarga sendiri perlu diutamakan.
apapun, terpulang pada niat seseorang itu.
~sekadar pandangan~

Balas
avatar

Hmm...bagi jelah kalau dia minta.macam kejam pulak kalau tak bagi.kalau dia tipu dan pura-pura itu urusan dia dengan Tuhan...

Balas
avatar

macam mane kalau yg pakai ala2 pak ustz n minx sedekah utk kebajik@ ekonomi Islam ke,,
kesan untuk umat ISlam sendiri,,
sebb yg dmintanya bukan dlm kalangan muslimin saje,,

Balas
avatar

betul jgk ckp ko tu...dan ckp yg komen2 pun ada betulnya jgk...tu yg kadang2 rasa serba salah tu...
akhirnya...bergantung pada keadaan...

Balas
avatar

..apa yg susah sgt ni..tanyalah Allah, komunikasi dgnya, jgn guna akal fikiran kita tg cetek dan byk hijab..

Balas
avatar

iqbal,sgt suka post kali nih.hmmm.masa student ni,klu jalan2 nampak org mintak sedekah camtu,gatal jek hati nak bagi.tp klu jalan dgn org2 yg lebih tua,lebih suka diamkan diri.respek org tua dulu.huu.hrp2 nanti da kerja,Allah bg peluang tuk byk bersedekah :)

Balas
avatar

kat sarawak ni takde lagi zara tengok kes macam ni. erm. mungkin sebab perkara ni tak pernah jadi lagi ngan zara. :)tapi kalo jumpa insyaAllah bagi.. :) niat kita tu yg penting.

Balas
avatar

one of kelebihan kita sedekah kpd mereka..

mereka akan mendoakan kita. bukankah doa orang susah snang dmakbulkan?

huhu, am I right?

Balas
avatar

sangat setuju ya akhi. memang betul pun macam tu. kita beri sahja, kalau dia tipu, itu urusannya dengan Allah. lain la kalau terang2 kita nampak dia menipu. tu tak da masalah untuk tidak memberi. jzakllah

Balas
avatar

Terima kasih..sangat menjawab dgn persoalan saya selama ni..

Balas
avatar

nk tnye la kn,,, or specifically, nk mntk pndpt,, ok,, ad sorg nenek tua ni,, die sgt daif,, sgt xda wang n xde ape,, tp still die blh mkn, cuz jiran2 baek bg mknn kt die,, n die pon slalu mntk ckit wang from jiran2 or kenln die,, tp yg sedihnye, duit yg die mntk tu bkn utk kegunaan diri sndiri tp utk d cucunya yg asek mntk duit (tujuannye, nk b'suka ria je) kesian kt nenek tu, tp that cucu mmg hampes sgt, so ape pndpt korg, kalo nenek ni mntk duit lg kt org just for the sake of that cucu (yg x da guna) blh ke kte bg??? huhu

Balas
avatar

Z-
A'ah la... saya faham soalan ini. Dalam satu sudut, kita dilarang membantu orang buat maksiat dan dosa. Itu batul.

Tapi, kita kena yakin betul2 la yang duit itu 100% pergi kpd cucu. kalau ada 1% yang nenek itu guna, kan kita membantu dia?

Saya tak pasti. tapi kalau saya, saya akan beri juga sebab Allah menilai keikhlasan.

Bukankah ada sebuah kisah, seorang yang memberi sedekah, tapi sedekahnya kena pada jutawan, pelacur dan juga satu lagi golongan saya lupa.

Akhirnya, dek kerana 'ikhlas', ketiga2 golongan itu insaf.

Wallahua'lam

Balas
avatar

pelacur, jutawan...dan..pencuri

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443