Perkongsian : Maher Zain, Opick dan Hiburan

Maher Zain
Opick
Sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya tegaskan bahawa apa yang bakal anda baca ialah pandangan peribadi saya. Saya merujuk kepada al-Quran dan hadis sebelum menulis, tapi saya tidak immune pada kesilapan. Jadi, saya tidak memaksa anda menerima buah fikiran saya.

Pertama sekali, saya ingin berkata bahawa saya ialah salah seorang daripada segelintir manusia yang tidak suka menonton filem.

"Kecoh lah kau... Orang lain tak tengok, tapi tak ada pun cerita dalam blog".

Baiklah, saya tidak akan kecoh. Tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab soalan sahabat-sahabat saya- "Kenapa tak suka?"

Sebab yang paling utama ialah kerana saya tidak sanggup melihat agama saya dipermainkan. Sesetengah pelakon, boleh berlakon sebagai 'ustaz' dalam suatu filem, tapi dalam filem yang lain, dia berlakon sebagai 'paderi'. Ada pula, dalam satu filem, dia berlakon sebagai 'muslimah', tapi dalam filem yang lain, dia memegang watak 'pelacur'.

Ia membawa saya kepada perasaan jengkel yang bukan dibuat-buat. Melihat bagaimana mudahnya syariat di pegang dan dilepas, membuatkan saya tak sedap duduk.

"Kenapa tak boleh sedangkan tema filem itu ialah dakwah?"

Saya ada jawapan. "Matlamat tidak menghalalkan cara". Saya ambil satu ayat daripada al-Quran. Surah Az-Zumar ayat 3- 'Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)'

Ayat itu panjang, tapi kalau kalian boleh nampak, ia berkisar tentang para penyembah berhala. Saat dikatakan kepada mereka, 'Mengapa kamu menyembah patung?'. Mereka akan menjawab, "Kami tidak menyembah atau memujanya patung-patung itu melainkan supaya kami dapat mendekati Allah dengan sedekat-dekatnya"

Kita ubah konteks ayat.

"Kenapa pelakon-pelakon itu perlu pakai pakain seksi-seksi?"

"Kerana dengan cara ini, kami dapat berdakwah dengan lebih baik". Astaghfirullah.... salahnya...

Itu baru satu, dan itu juga faktor utama.

Kedua, saya tidak menonton filem kerana 'saya tidak ada masa'. Saya sebenarnya hairan dengan para muslimin dan muslimat yang terjun ke medan dakwah. Bagaimana mereka masih punya masa untuk menonton drama jepun dan korea?

Satu filem mengambil masa 2 jam. Jika dua jam itu dihabiskan dalam usrah atau study, itukan lebih baik.

Tiga, saya punya banyak alternatif. Saya perhatikan, kaki wayang ini menonton kerana 'bosan'. Saya pelik juga, bagaimana boleh datang bosan itu. Tapi saya juga manusia dan saya akui bahawa ada ketika, saya bosan juga berdamping dengan bahan-bahan ilmiah. Alternatif saya ialah dengan membaca. Sejujurnya, saya punya banyak bahan-bahan bacaan. Dan bila saya bosan, saya akan membaca novel. Tapi, novel yang saya pernah habis baca hanya boleh dibilang dengan jari. Kerana realitinya, saya jarang-jarang bosan.

Ada juga orang bertanya, "Bagaimana pendapat Iqbal dengan dakwah melalui musik dan hiburan?"

Saya tak terus menjawab 'tidak' dan saya tidak akan terus menjawab 'ya'. Saya nak kalian semua tahu, saya ialah salah seorang daripada jutaan peminat Maher Zain. Hanya dia dan beberapa orang artis nasyid sahaja yang saya minat. Faizal Tahir? Mawi? Akim? semuanya saya kenal secara tidak sengaja. Sungguh! Saya muak dengan mereka.

"Siapa lu mahu kutuk idola gua ha?"

Saya manusia yang bernafsu, sama seperti kamu. Bezanya, layanan saya kepada nafsu mungkin lebih keras. Siapa Faizal Tahir untuk kalian hormati, lebih daripada kalian hormat pada ulama? Siapa Mawi, untuk disayangi, lebih daripada kita menyayangi guru agama?

Mereka (para artis) tidak layak untuk dijadikan idola. Sungguh saya kata di sini... Tidak layak!

Kembali kepada persoalan tadi. Saya sebenarnya setuju, bahawa dakwah boleh disalurkan melalui nyanyian. Saya sebut dua buah nama ini. Satu ialah Maher Zain dan satu nama lagi ialah Opick.

Mengapa Maher Zain dan bukannya Anuar Zain? Mengapa Opick, dan bukannya OAG?

Kerana lagu-lagu Maher Zain dan Opick bersumberkan ajaran al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W. Yang menyedihkan, lagu-lagu yang tidak didasari oleh al-Quran dan hadis inilah yang lebih mendominasi minda kita. Bukan orang lain, tapi diri kita juga yang menyokong mereka.

"Kami perlukan hiburan!"

Dengarlah lagu-lagu Maher Zain dan Opick. Saya tak jamin kalian boleh menangis, tapi saya yakin, di dalam lagu mereka tersirat pengajaran yang baik-baik.

"Kami mahukan hiburan!!"

Ya, saya tahu. Semua orang perlu dan mahu. Tetapi, bukan dengan cara membuka aurat dan mengagungkan makhluk lebih berbanding Tuhan.

"Hoi!!! Dengar tak? Kami nak hiburan!!!"

Ya, tak perlu jerit wahai nafsu. Saya tahu ia kegemaran kamu. Tapi sebenarnya, hiburan ialah saat-saat indah seorang hamba berdua-duaan dengan Tuhannya. Tuhannya akan memandangnya dengan kasih. Ketika itu, dirinya menangis.

"Tidakkah timbul rasa malu kerana membiarkan air mata kita tumpah kerana menonton filem, dimana teman wanita hero mati ditembak, tetapi dalam masa yang sama, mata ini jugalah yang tidak mahu menangis walaupun dosa yang timbul melaluinya tersangatlah banyak..."

Tolonglah islam...
Tolonglah mereka...

Jangan biarkan para artis terus-terusan membuat dosa kerana sokongan kita. Mungkin kita bisa terselamat dari azab Ilahi, tapi ingat juga. Allah tidak lupa... setiap sokongan kita bererti 'saham'.

Suara saya terhad. Saya tidak mampu mengubah para artis, tapi saya tahu... sedikit sebanyak, saya berupaya merubah para peminat artis. Mari dahulukan Allah berbanding mereka.
Previous
Next Post »
37 Komentar
avatar

suka opick jugak. ^_^ sedap lagu dia. menyentuh hati

lagu ungu yang satu album ketuhanan tu, best gak. yg ada andai ku tahu tu..

Balas
avatar

best post ni. bagi sy tgk tv tak salah, tapi pilihlah yg baik2 saja.. sy pun tak suka tgk filem sebab die pjg meleret2. btw thanks sharing.. :)

Balas
avatar

salam..very good explanation iqbal:-) tak ada sebab artis nak jadi idola..buang masa dan buang hati sebenarnya! maher zain is da best..best for the rest of my life:-)

Balas
avatar

(1)-dr Nadz
Saya lupa nak kata. Saya suka juga lagu itu. tapi cuma lagu itu kerana lagu yang lain, melerat sampai pegang2 tangan. sama macam wali band. satu je lagu agama, tapi yang lain.....


(2)-Sabrina
kalau pasal Tv, lebih panjanglah artikel ini.


(3)-hijab violet
saya suka dengan komen, 'buang hati' kerana nilai hati itu sekali tercemar, susah nak bersih balik. Saya juga minat Maher zain. Tapi utk ke konsertnya... Oh, tidak...

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

ye..ana setuju 100%..artis bukn idola kita.Bosan x sepatutnya wujud..krn org islam yg briman spttnye thu nk isi masa dgn prkara2 yg mndekatkn diri pada ALLAH..mnmbah amal.
cuma mungkin satu pndngan yg ana ingin kongsikan..

ana ada ramai shbt yg minat sgt cite2 jepun dan korea..mula2 trtnye juga apa yg uniknye.n ana ambil kputusan tgok satu cerita jepun yg brtajuk 'one litre of tears'.kisah benar sorg anak prmpuan remaja mghidap pnyakit simtom otak dn tulg belakang masa sekolah lagi.

Apa yg ana dpt simpulkn dari crita itu bnyk positifnya..org jepun mereka tidak beragama islam tapi mereka sgt mnghormati ibu bapa..mereka punctual dari segi masa..dlm cerita itu tidak ada satu pun perkara yg bukn ilmu..mksudnye lepak2 ke.bual kosong mcm cerita melayu.Penuh dgn kajian..sorg pelajar lelaki yg minat dgn biology..pesakit aktif bola keranjang walaupun sakit.keluarga yg bekrjasama dlm bisnes tauhu.mmg sgt brguna bg yg nk cuba tgok cite jepun.Bukanlah ana fanatik dgn cite jepun..sbb ana baru tgok satu tu.yg tajk lain ana x tahu..mgkin ada yg negatif.

yg pasal hormat pada ibu bapa ada dlm surah (isra' ayat 23) kn.tntg masa.ada disebut dlm surah (al-asr)..tntg minat tntg kajian..bnyk sgt ayat yg ALLAH suruh kita kaji sejarah melalui musafir melihat kesan2 yg ALLAH binasakn mereka krn kezaliman sndiri (al-anbiya':21)..tntg berniaga adlh sunnah nabi yg kita patut jadikan teladan (al-ahzab:21)sblum baginda mnjadi nabi..dan disebut juga brniaga adalah 9/10 punca rezeki(ana x thu matan hadith)..hmm mknenye org bkan islam menjlnkn apa saranan al-qur'an dan hadith..org melayu masih buat cerita hantu..cerita rempit..masuk disko dn sbgainye.

t'ingt kata2 sorg ulama' (x ingt juga..rasanya syeikh muhammad abduh).."aku lihat islam tnpa muslim di ngara org bukan islam..dan aku lihat muslim tnpa islam di negara org islam'

tapi..sirah islam dan perjuangan baginda,sahabt,ulama' dan wali tetap p'ajaran yg terbaik buat kita semua..=)kalau ada fakta yg silap..tolong betulkn ye..tegur demi manfaat brsama.

Balas
avatar

salam iqbal..
ada moleknya kalau sertakan sekali ciri-ciri hiburan yang dibenarkan dalam islam mengikut pendapat
Imam Ghazali etc etc ..

sengaja nak tambah pengetahuan..
syukran

Balas
avatar

Islam tidak menghalang, sebaliknya membebaskan, tetapi dengan cara terpimpin.
Maher Zain dan Opick pun artis juga. hiburan yang mereka bawa pun masih muzik.
bezanya, mungkin kerana mereka menyekat dari berlaku kelalaian.
wallahu'alam..

Balas
avatar

(4)-khalifatullah
Jujur, ana suka bangat dengan komen enta Betullah kata seorang sahabat, 'orang jepun sangat mengamalkan ajaran islam. Cuma yang kurang ialah, mereka tidak mengucap kalimah syahadah. Jika mereka islam, pasti mereka lebih hebat daripada kita'


(5)-cemomoi
Panjang ke artikel ni...? maaf ;)


(6)-matadore
Mungkin lain kali :)


(7)-naimul firdaus
Ya. Tepat sekali kata enta. Islam tidak menyekat, tapi memimpin.

Balas
avatar

InsyaAllah,
teruskan menulis akhi..
yg sentiasa menyokong,
~ MQ ~

Balas
avatar

Mari dahulukan Allah berbanding mereka.

menarik, nice post (:

Balas
avatar

(8)-MQ
Jazakallah akhi. Afwan lama tak bertandang ke Lautan rabbani. Sungguh, ana sibuk.. insyaAllah ada masa ana ke sama. Sama, ana juga perlukan tarbiyyah.


(9)-atiqah
Tahniah. Itu maksud saya. Tuhankan Allah, bukannya artisan.


(10)-Daud
InsyaAllah. Moga ada manfaat

Balas
avatar

Ya Allah...semoga nafsu tidak menguasai mindaku..

entry yang bagus w/pn pendapat peribadi penulis..keep it up..=)

Balas
avatar

zup zup terasa!

memang tak jdkan diorang idola scra fizikalnya tapi dga jgk lagu2 diorang

i'm very free nak dga2 lagu n layan cite.buat artikel pasal cane nak isi masa lapang boleh?huhu cane nak bagi diri happy dgn benda baik

tenz!

Balas
avatar

sy dgr maher zain n opick.

sy juga dgr afgan, sixth sense n a few matsalleh songs.


..tp x sampai menjadi idola. NO WAY. insyaAllah.

Balas
avatar

saya minat Maher Zain dan Opick..lagu mereka best dan menyentuh jiwa :)

Balas
avatar

(11)-eda
Terima kasih membaca


(12)-sayoobaek
Entry pasal hobi la ek? Saya rasa, kalau banyak sangat masa, baik baca buku. Novel ke...


(13)-NZ
sixth sense? hehe.. lagu 'tanpa' dia memang betul-betul tanpa la... saya juga dengar, tapi ya... sekadar TER dengar


(14)-Penjejak Angin
Nak copy semua benda pun tak apa, selagi niat tulus untuk dakwah.


(15)-Atikah Aula
Saya juga ;D

Balas
avatar

rasanya komen ni xde kena mengena dgn entri kali ni. adalah sikit kot. nak promote cerita sang murabbi dari indonesia. mungkin ramai yang pernah dengar mungkin juga tak ramai. tapi, filem ni adalah satu kisah benar yang sangat menyentuh hati bagaimana seorang daie menjalankan kerja dakwahnya dengan cara2nya yang unik. dalam kisah ni, baru kita nampak yang mmg tiada 'rehat' dalam kamus hidup seorang daie. plus, filem ni bagi saya adalah satu filem yang amat menitikberatkan nilai2 islam..maksud saya, pergaulan lelaki dan perempuan...walaupun hanya sekadar lakonan, tapi lakonan mereka tidak melanggar batas2 dalam agama

Balas
avatar

sangat suka dengan entri ini. dan sangat sokong.

Balas
avatar

ana sangat2 setuju sptmana apa yang dituliskan oleh penulis....


good!!!

Balas
avatar

sy pun minat maher zain, opick..tpi yg sy pling minat n slalu dgr smpai skrg (nasyid) is lgu2 raihan, saujana, hijjaz, rabbani :D

lately asyik ulang2 dgr lgu saujana - bulan & bintang

tenang & nostalgic :')

Balas
avatar

Hm...sama2 ambil yg baik dpd stp apa yg kita tonton n dgr kat tv tu..

Balas
avatar

memahami~~

cuma jarang2 manusia nk terima apa yg kita nk sampaikan. fear the truth..

btw, suka maher zain n opick juge :)

Balas
avatar

(16)-ayuni
Saya pernah tonton. Subhanallah. Sampai putih rambut ustaz, memikirkan masalah ummat. Walaupun terpaksa bermotosikal atau berjalan kaki, itu bukan masalah. Saya kagum, juga terpesona.


(17)-Seimura
Terima kasih :)


(18)-Peluncur islam
Jazakallah :)


(19)-nazierah
Oh... lagu raihan memang bagus-bagus. Saya juga suka. Nasyid Malaysia, saya lihat ia seperti cendawan, yang tumbuh mekar kerana semakin mendapat hujan. Rasanya ramai yang sudah mula bertukar angin.


(20)-deqna
Sama-sama. Terima kasih juga deqna kerana membaca


(21)-menusuk kalbu
Itulah yang sebenar


(22)-Fareha
Tak apa. Mungkin sekarang belum, tapi selepas ini, ya :D

Balas
avatar

salam.. entry yang benar. itulah hakikat tetapi sedikit yang mahu ambil pengajaran..

Balas
avatar

syukran atas prkongsian... mmng ini lah hakikat yg sbnrnya..

Balas
avatar

(23)-mariah
InsyAllah sedikit bertukar ramai


(24)-aku insan lemah
InsyaAllah :D

Balas
avatar

Salam Iqbal,
Akak pun minat dengan MZ & Opick tu :))

Pun minat juga dengan lagu2 lain.. Cuma tidak sampai ke tahap mengidolakan mereka! InsyaAllah tidak juga untuk masa2 akan datang.

Balas
avatar

salam, wah... banyak betul komen...huhuhu

Apa pendapat saudar mengenai cerita Ketika Cinta Bertasbih? Apa yg saya tahu mengenai cerita ini, pelakon nya adalah pelakon yg terpilih dalam satu rancangan rialiti yg islamic di indonesia. Mmg khas untuk buat movie itu. Pelakonnya dinilai dari segi akhlaknya, bacaan Qurannya, pendiriannya dan juga lakonannya. Pelakon yang yang dipilih mempunyai karekter yg boleh dicontohi oleh masyarakat.... bagi saya itu cerita yang OK bagi saya (selain cerita sang Murabbi).

(ah, panjangnya...)

Balas
avatar

salam saudara, hehe.

http://expresisastra.blogspot.com/2011/01/muzik-bukan-sekadar-hiburan.html

Balas
avatar

Saya tertarik tgk drama korea sebab drama itu lbh bersifat kekeluarga, natural dan lebih nampak realistik di samping watak hero/heroin yg tak seksi2 mcm dalam drama melayu. sedang cuba juga usaha utk menjauhkan diri dri drama2 seme neh. yg layan sekarang cuma korea (khusyuk).

Balas
avatar

sy dgr juga lagu2 barat, lagu2 biasa.minat, tp tidaklah sampai mengagung2 dan menjadikan mereka idola.saya sgt sokong pendpt anda, dan hairan kenapa sampai artis2 barat pula dijadikan idola.mungkin sebab org lain minat kita pun nak ikut minat sama juga?

dan saya sgt2 menyokong maher zain, opick.revolusi baru muzik2 berunsur rohaniah yg blh menyaingi penangan lagu2 barat yg liriknya jauh menyimpang spt berparti di hujung minggu dsb.saya akan cuba utk beralih kepada mendengar muzik2 ini pula insyallah.

Balas
avatar

saya juga minat opick.lagu nya menyentuh jiwa.pertama kali dengar terus tersentuh.
bila waktu telah berakhir-opick.
sgt mmbuatkan saya menangis :)

Mari dahulukan Allah berbanding merek! :)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443