NFBZ : Kafir Baik

Dengan nama Allah yang sentiasa mengawasi manusia.

Soalan-soalan seperti ini, saya lihat seringkali dibangkitkan oleh para musuh-musuh islam. Mereka sedaya upaya menimbulkan kekeliruan dan kepincangan pada keyakinan umat islam, khususnya remaja. Atas maksud itu, saya rasa wajar untuk saya kongsikan di sini.

Mungkin jawapan saya, bukanlah jawapan yang terbaik. Kerana itu, saya benar-benar menggalakkan percambahan idea dengan lontaran pendapat daripada kalian yang budiman sekalian.

Moga Allah redha.

Banyak persoalan yang dapat diekstrak daripada 16 perenggan ayat dalam gambar diatas.

Pertama dan keduanya, berkenaan remaja. Berkenaan kecintaan kepada islam, kesedaran beragama, serta berkenaan tekanan, yang kebanyakannya ialah punca segala kepincangan. Tekanan.

Pun begitu, segala persoalan itu berada di luar skop artikel ini.

Orang kafir lebih baik daripada orang islam?

Ya. Ada. Ramai pula, bahkan.

Jadi, pokok pangkalnya ialah 'baik'. Mereka (orang kafir) baik kepada manusia. Contoh: suka memberi sedekah. Kesannya, manusia akan senang kepadanya. Namanya akan meniti di bibir-bibir manusia yang makan baktinya. Bahkan, dia juga akan dihormati dan disanjung atas kebaikannya kepada manusia.

Nah, di situ kita bisa lihat keindahan islam. Walaupun kepada orang bukan islam, agama ini tetap bersikap adil. Prinsip islam memang begitu. Tiada kezaliman, walau secubit.

Pun begitu, si kafir tadi tidak baik dengan Allah. Ya, bagaimana bisa baik jika diri mereka tidak menyembah Allah? Atas sebab itu, di akhirat nanti, dia terlindung daripada rahmat Allah.

Bukankah Allah bisa mengampunkan segala dosa, kecuali dosa syirik?

Apa maksudnya? Kenapa dengn dosa syirik?

Kerana syirik, termasuk dalam bab menduakan atau dalam erti kata yang lain, tidak yakin dengan Allah. Kerana 'tidak yakin', maka tidaklah dia layak untuk mendapat ampun. Pergilah minta 'ampun' itu kepada Tuhan yang dia yakin, yang pastinya dusta-dusta belaka.

Persoalan yang timbul selepas itu ialah 'bagaimana dengan orang islam, tapi perangai macam setan?'

Perangai macam setan itu bagaimana? Wah! mudah saja orang-orang meminjam perkataan 'macam setan'.

Oh! ini bukan soalan yang muhammad (penanya di atas) tanya.

Syaitan, dia beriman tapi takabbur. Maksudnya? Dia percaya kepada Allah tapi dia tidak beramal iaitu tidak sujud hormat pada Adam a.s. Cuma satu! Dalam sebuah hadis, diceritakan bagaimana syaitan datang berjumpa Nabi Muhammad. Mengapa dia datang berjumpa Baginda? Kerana ia adalah perintah Allah!

Uhh... tidakkah kita patut malu?

Syaitan, makhluk yang sejak zaman berzaman menjadi musuh kita pun ikut apa Allah suruh, mengapa kita pula yang sering ingkar pada-Nya?

Orang islam, sejahat manapun dia, pasti akan ke syurga selagi masih ada kalimah syahadah. Ada iman. Pun begitu, ramai yang goyang kaki konon-kononnya, dia sudah ada iman yang senipis kulit bawang itu. Yakinnya mereka, hingga ditinggalkan perintah Tuhan, memenuhi perintah nafsu.

Yakinnya?

Kerana yakin yang tak berasas, dia masuk neraka. Logiknya, tiada siapa tahu kemana destinasinya. Syurga atau neraka? Jika dia mengaku dia tahu, maka dia juga telah mempertuhankan sangkaannya. Syirik, bukan?

"Orang bersolat tapi buat maksiat! Kalau begitu, baik aku tak solat sebab aku baik, tak bermaksiat!"

Sama dengan isu tudung. Persoalan ini diajukan berulang-kali.

Kembali pada pokok pangkal. Allah itu adil.

Kita menanggung dosa berbuat maksiat, tapi tidak menanggung dosa meninggalkan solat.

Orang tak bersolat, walau zero dosa maksiat (mustahil!), tapi tetap ke neraka kerana tidak solat. Bukankah solat ialah perkara pertama ditanya? Tiada solat, tiadalah amalan yang lain. Solat hancur, hancurlah amalan yang lain!

Kesimpulan.

Saya mahu membawa para pembaca melihat kepada satu sudut pandang.

Baik atau buruknya kita, ialah daripada dua sudut pandang. Manusia dan Allah. Kejarlah 'baik di pandangan Allah' kerana pasti, kita akan baik pada pandangan manusia.

Lihatlah rakyat Jepun. Walaupun tak beriman, tetapi mereka sangat menghayati akhlak-akhlak dan nilai-nilai islami. Saya sangat yakin, jika orang Jepun dapat iman, maka mereka akan seribu kali lebih baik daripada kita, muslim melayu yang terkenal dengan akhlak buruk. 

Siapa mahu berdakwah kepada orang Jepun?


Previous
Next Post »
19 Komentar
avatar

perkongsian yang cukup baik..

mekasih iqbal...=)

Balas
avatar

ye... kadang2 mereka boleh dibuat contoh pula..
kadanag2 rasa lebih senang berusan dengan mereka kerana mereka bersungguh

Balas
avatar

yaa..betul
masalah kita ialah terlalu banyak soalan tapi malas nak mencari jawapan sendiri..lepas tu mula timbul persoalan-persoalan yang mengelirukan dan membuat kesimpulan sendiri..

yang mudahnya,berguru lah untuk mencari...insyaAllah

Balas
avatar

sebaik2 mereka tetapi tidak semulia kita yg beragama islam :)

Balas
avatar

Retorik kritis:

Eh, tengok negara iran. Diorang berani lawan amerika. Siap standby senjata nuklear lg. Tengok la pemimpin diorang, ahmadenijad... zuhud orangnya, rendah diri, berakhlak mulia lagi. Ni lah bukti betapa benarnya ajaran SYIAH!


Jawapan:

Jikalau perihal kekuatan melawan amerika dijadikan sandaran, negara Cuba pon berani lawan amerika. Korea utara pon ade nuklear nak lawan amerika. Adakah ini membuktikan kebenaran akidah mereka?

Jikalau pemimpin berakhlak spt ahmadenijad dijadikan kebenaran suatu ajaran, tok sami buddha lagi hebat, beribadat siang malam, tak punya harta, malah tak makan daging haiwan langsung kerana sayangnya pada sesama makhluk. Adakah kita patut ikut tok sami buddha?


Kesimpulan:

Akidah tak semurah tu utk kita korbankan. Apa2 pun Al-quran dan sunnah dijadikan sandaran. Wallahualam

Balas
avatar

apa cerit anon ni?

aiseh. kamonlah beb. pakailah nama ke apa. anon is for teh lozer.

lu pakai anon dah macam lu sendiri tak yakin dengan apa lu cakap, lu tahu?

ah, pedulik aa!

maaf sedara iqbal, saya tumpang menyelit. kalau terkasar saya minta maaf, kalau saya salah pun, saya minta maaf.

Balas
avatar

salam :)

lantak la pakai anon ke apa, atleast we get her/his point :)
guys,
kawan kpd kawan kpd kawan saya, she just get married dgn orang jepun.
according to my friend, recently, dah ramai orang jepun memeluk Islam(xsure jumlahnye berapa)

all praises to Allah :)

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

tq iqbal.. hmmm kesian mreka yg kafir tp kesian lg muslim yg kufur.. :'(

Balas
avatar

perkongsian yang baik Iqbal... lama x tggl jejak d cni.. (=

hikmahnya knapa mreka yg nonmuslim ni baik adlah supaya kita contohi n knapa mrka msih kafir, itulah tgggjawab kita!
~sekadar pndangan~

"d sebuah ngara bukan Islam, ku melihat Islam tp tiada orang Islam.. di ngra Islam, ku melihat org Islam tp tiada Islamnya... "

Balas
avatar

salam

kesian kt mereka kafir. mereka tak tahu

Balas
avatar

salam. akhi, pengisian ni sgt bmakna. mmbuatkan diri ni rsa ingin lebih dekat kepada Allah swt. supaya agamaNya dapat disampaikan kepada yg masih tidak mengetahui. teruskan penulisan sebegini.

Balas
avatar

serius suka entry nih.. tu semua bergantung pd iman.. klu iman berkurang, tu yg jd cm dialog kt atas nih huhu

Balas
avatar

nice one dear :)

yup.. org jepun jauh lebih tinggi akhlaknya berbanding masyarakat kita.. sy sdri kagum dgn mereka.. 2 tahun kt jepun ni mcm2 bnda yg buat sy kagum sgt dgn masyarakat jepun.. :)

Balas
avatar

salam alayk~
masa kat sekolah, lepas waktu agama, cikgu non muslim masuk dan waktu tu tulisan kat papan hitam belum padam lagi. dia baca ' orang kafir masuk neraka'. lepas tu, dia tanye, orang kafir ni orang bukan islam yang jahat je kan?

huk2..

Balas
avatar

kagumlah kerana agama yang tidak berbelah bagi..:) kerana ALLAH itu benar..dan balasan juga benar..

Balas
avatar

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (Al-Baqarah 2:8)

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah 2:9)

Balas
avatar

alhamdulillah..ilmu yg bermanfaat =)

kafir mmg ada yg lbey baik dr islam tp alangkah baiknya jika mereka turut bpegang teguh pd kalimah syahadah...

mereka menjaga hubungan dengn manusia ttp tidak menjaga hubungn dgn ALLAH..padahal ada yg percaya bhw wujudnya ALLAH..

semOga mereka mndpat hidayah..

wallahua'lam =)

Balas
avatar

oh, btw. AJARAN syiah?

lol.

tak ada pula cakap, ajaran ahli sunnah wal jamaah?

lol.

pasal encik buddha tu, dah sendiri cakap, kesian kat kafir tu sebab dia kafir. maka kenapa bandingkan dengan orang kafir?

lol.

err, bukannya nak cari gaduh. dah dah. peace and out.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443