Perkongsian: Jangan Hentam Kami

Gambar Hiasan.
Malam itu, cuaca sangat nyaman. Tidak ada panas kemarau, juga tidak ada dingin tengkujung. Suam-suam. Kipas yang tergantung di bawah bumbung juga berpusing dengan kencang, menambahkan lagi nyaman suasana, dalam surau At-Taufiqiyyah.

Pun begitu, saya yang rasa sedikit berasap. Jarang, atau mungkin lebih tepat, tidak pernah saya rasa 'berasap' duduk dalam majlis ilmu. Cuma malam itu sahaja.

"Lihatlah anak muda sekarang! Lepas satu... satu lagi maksiat mereka perbuat. Cara hidup sudah lebih Barat berbanding orang barat... bla...bla...bla..."

Saya cukup sensitif, apabila kemarahan dan murka, segalanya yang bermaksu begitu, dihambur kepada remaja. Ya, kepada remaja tanpa ditapis dahulu.

Walau yang berkata itu ialah seorang ustaz, saya rasa saya ada sebab untuk tidak setuju. Lalu, di akhir-akhir kuliah ustaz itu, masa sesi soal jawab, saya bangkit dengan sebuah persoalan.

"Saya berminat dengan corak pemikiran Hassan al-Banna. Beliau cenderung untuk mencorak golongan rijal kerana yang pasti, golongan rijal (pemuda) inilah yang akhirnya, akan menggoncangkan dunia. Berkenaan dengan keruntuhan moral, jua kepincangan mereka (rijal), saya merasakan daripada kita terus-terusan menghambur amarah serta mencari salah, adalah lebih baik jika kita mencari penyelesaian ia. Bukankah di sebalik masalah ini, orang tua juga ada salahnya?"

Saya ialah antara belasan remaja yang duduk di celah-celah golongan veteren yang memenuhi separuh ruang surau ini. Mungkin kerana saya dan sahabat duduk di tempat paling hadapan, kehadiran kami tidak disedari. Barangkali.

Saat saya habis dengan kata-kata, saya lihat ustaz itu berubah wajah. Saya gagal dan tidak mahu mentafsir. Cukup untuk saya fokus pada jawapannya.

Akhirnya, sebuah kata-kata yang berharga melantun keluar dari mulutnya yang saya yakin, sentiasa basah dengan zikir. Terima kasih ustaz kerana berkongsi mutiara bersama kami.

Ustaz akur. Disebalik sejuta salah dan silap remaja, berpuluh-puluh juta lagi kesalahan ialah pada orang-orang tua. Sebabnya ialah kegagalan orang tua  mencorak anak muda. Harus diingat. Orang tua bukan terhad kepada ibu dan ayah. Saya juga orang tua, iaitu orang yang lebih berusia daripada sahabat saya yang baru 20 tahun, tahun ini.

Banyak pihak yang terlibat. Jelas, tidak adil jika hanya 'remaja' yang ditolak masuk ke kandang pesalah. 

Saya juga remaja. Harus saya katakan, kepincangan yang timbul adalah kerana kekeliruan. Saya, juga anda serta billion yang lain. Kita banyak terkeliru tentang islam. Puncanya pelbagai. Pun, tunding jari bukannya ubat bagi penyakit ini.

Saya tidak berhajat untuk menghurai dengan lebih lanjut. Cuma seperkara yang saya mahu timbulkan dalam hati kita semua iaitu kewajaran untuk berlembut dan bersikap adil.

Saya yakin dan percaya, hampir semua orang yang bermaksiat adalah kerana mereka terkeliru atau tidak tahu. Yang bermaksiat dengan ilmu, itu cuma segelintir. Kerana itu, saya dan anda (terutamanya yang memegang name tag da'ei) perlulah lebih bijaksana. 

Menghukum itu bukan caranya. Memarah itu bukan caranya.

Mengajak, itu ya. Menasihat, itu juga. Memberitahu, itu yang pertama.

Remaja ada potensi. Remaja ada turning point. Saya tidak mahu tunding siapa-siapa. Cukuplah saya sedar, saya juga salah seorang yang bertemu jalan pulang dan saya hargainya, sampai bila-bila.

 
Previous
Next Post »
12 Komentar
avatar

kagum dgn jawapan ustaz tu. tak melatah pula dia ya

Balas
avatar

salam bro.
apa khabar?
moga terus kaya dan bergaya dgn fikrah dan da'wah seiring akhlak yg bercahaya.
teruskn mengetuk hati insan, mudah2an Allah kasih. (",)

Balas
avatar

(1)-Ain
Alhamdulillah dia tak. Saya kenal ustaz tu, memang dia pun sempoi.


(2)-MQ
alhamdulillah, sihat dan tidak, seirng saja. Ya, itu doa saya juga, kepada enta dan semua. Semoga kita kaya dnegan dakwah :)

Balas
avatar

:)

kdg2 kita benci kat maksiat tu tapi dgn cara yg tak ikot sunnah.

kata2 akak usrah,
kalau kita marah pada sesoaorang sbb maksiat yg dia buat, itu salah sebab marah itu adalah sifat setan :)

Balas
avatar

susahnya cari punca yang seakan dah tersimpul mati

Balas
avatar

sebolehnya kita sentiasa muhasabah diri untuk menilai balik sejauh mana kesilapan yang pernah dilakukan..menuding jari menyalahkan mana2 pihak tidak dapat menyelesaikan masalah yang ada kan..=)

Balas
avatar

berani kerana benar :)
insyaAllah, semua orang ada peluang untuk jumpa turning point masing2. Allah Maha Penyayang. yang selebihnya bergantung kepada diri masing2.
either nak atau x..

Balas
avatar

Salam,

Pada pandangan saya, cara berdakwah ada pelbagai. Anda dgn cara lembut anda mungkin mampu menarik orang yg berkenan dgn cara lembut tersebut. Ustaz tu mungkin sedikit keras caranya, mungkin mampu menarik orang yg tak boleh dgn cara lembut.

Cuba tgk status ustaz zaharuddin yg paling latest. Begitu keras bukan? Org yg tak biasa dgn cara keras tersebut atau anda sendiri mungkin tak bersetuju. Juga boleh tgk cara salafus-sholih.blogspot.com berhujah suatu isu melalui video. Mmg keras! Saya kadang2 rasa pelik adakah org boleh terima? Tapi masyaallah bila tgk komen, pandangan saya meleset sama sekali.

Percayalah, dakwah bukan terhad pada satu2 cara pemikiran sahaja. Saya sendiri tidak bersetuju cara anda 'memperbetulkan' ustaz tersebut, mungkin patut memberitahu secara sembunyi bukan dihadapan khayalak ramai yg sudah tentu wajahnya akan berubah. Kita boleh tidak bersetuju, tetapi jgn pertikai metod dakwah org lain. Setuju?

Wallahualam.

Balas
avatar

kdg2 jugak tak boleh salahkn org tua.bila da didik..tp macam takmkn saman.mmg la.dapat pendidikan sempurna kat skolah.tp knp tak implement dlm diri?

so akar umbi..diri sdiri jugak.hendak seribu daya.taknk seribu dalih :)

pendapat semata2

Balas
avatar

Cik anon. izinkan saya highlight satu perkara.

saya nak ubah cara al-ustaz memandang. dan saya sudah ulang di atas- "jagang heret kami ke kandang pesalah"

Saya percaya islam itu adil. Jangan hanya menyalahkan anak remaja, sebaliknya ibubapa juga perlu disalahkan.

Jika mahu berbicara soal hikmah, alhamdulillah... kamu sedang berhikmah dengan saya dan saya hargai :)

Terima kasih atas teguran. Saya terima, seadanya :)

Balas
avatar

dem!

suka gila dengan entri ni. akhirnya suara remaja yang selama ni dipendam, dilepasluahkan.

tahniah saudara!


*kalaulah kebanyakan da'e macam sedara, konfem saya respek. haha.

Balas
avatar

Surau At-Taufiqiyyah.
Ingatkan surau dekat-dekat sini.
Terkejut betul.
Ha ha.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443