Rayuku: Jangan Sakiti Baginda

Saya tiada maksud politik. Saya seperi Dr. Maza, selagi ia mengikut islam, saya akan sokong, sesiapa saja kerana manhaj saya ialah islam, bukannya sesebuah parti *noktah*

Saban tahun kita menyambut hari kelahiran Rasulallah s.a.w. Saya, secara peribadinya tidaklah seratus peratus bersetuju dengan cara kita menyambut hari lahir Baginda. Ada beberapa sebab yang agak peribadi, menyebabkan saya lebih suka jika sambutan itu dilakukan secara sendiri-sendiri. Namun, dalam masa yang sama, saya menyokong penuh sambutan secara besar-besaran, walau penglibatan saya, agak minima. Ingin tahu?

Siapa kata Rasulallah tidak menyambut hari lahir Baginda?

Sunnah puasa setiap hari isnin, asalnya adalah kerana Baginda menyambut hari lahir Baginda yang jatuh pada hari isnin. Cuma, ia dilakukan dengan niat ibadah, ubudiyyah, dan tanda kasih serta syukur pada Ilahi.

Nah! Di situ letak kata kunci bagi sambutan ini- "Ubudiyyah"

Jangan sakiti Baginda.

Saya, walau sehebat mana cinta saya pada Baginda, saya tetap tidak akan mampu mengatasi sayangnya dan kasihnya Baginda kepada saya. Akan tetapi, saya rasa bersalah yang sungguh-sungguh kerana membiarkan cinta Baginda, tidak saya balas.

Dengan rasa bersalah, izinkan saya memberi peringatan. Mudahannya, kita tidak menyakiti Baginda, tidak juga menghinanya, apatah lagi memperguna-gunakan Baginda!

Rasulallah punyai ramai bapa saudara seramai 9 orang. Antara yang ingin saya ketengahkan ialah 3 orang sahaja iaitu Abu Lahab, Abu Talib dan Hamzah.

Ketika di saat kelahiran Baginda s.a.w, semua mereka menyambut kelahiran Baginda dengan cara yang paling meriah. Yang paling grand ialah Abu Lahab. Ratusan unta disembelih dan dikorbankan, tanda syukur atas kelahiran Baginda s.a.w.

Tidak kalah, Abu Talib juga menyambut kelahiran baginda dengan cara yang meriah. Hamzah juga, bahkan.

Pun begitu, di sebalik sayangnya, kasihnya dan meriahnya sambutan kelahiran Baginda s.a.w, ada banyak peristiwa di sebaliknya, yang membuat Baginda 'sakit' iaitu bersedih hati. Sedih yang bukan kepalang, bukan juga dibuat-buat. Kesedihan yang lahir dari lubuk hati seorang Rasul.

Abu Lahab, di mana kedudukannya?

Dia ialah orang yang paling hebat menyambut kelahiran Rasulallah, tapi tetap juga orang yang paling hebat menentang Rasulallah. Neraka, nauzubillah.

Abu Talib, dimana beliau?

Dia seorang yang banyak menyokong dan melindungi Baginda tapi diceritakan dalam sahih Muslim, hukumannya tetap dalam neraka, tetapi azab yang dialami ialah serendah-rendah dan seringan-ringan siksa.

Mengapa Abu Talib, yang saban hari tanpa lelah, melindungi Rasulallah, tetap juga tidak melayakkan dirinya untuk ke syurga?

Segalanya terjawab dengan satu kalimah, "Jika aku ikuti ajaran yang kamu bawa wahai Muhammad, nescaya itu akan membuatkanmu gembira. Namun, apa kata orang kepadaku kelak"

Abu Talib... tidak turut sama memperjuangkan islam. Hanya itu...

Hamzah, di mana beliau?

Kematiannya di medan sabilillah, menumpahkan air mata Rasulallah s.a.w. "Sesungguhnya Hamzah ialah penghulu bagi para syuhada' "

Nah! itulah tempat beliau. Hebat, bahkan terlalu tinggi dan agung tempat itu.

Yang melayakkannya menduduki tempat itu tidak lain dan tidak bukan hanya kerana beliau bersama-sama memperjuangkan islam.

Benar, beliau hebat menyambut kelahiran Baginda, tapi sekelumit pun tiada di perkotak-katikkan perjuangan Baginda.

Muhasabah.

Lihat diri kita. Mungkin kita hebat berarak, berselawat bahkan bernasyid, mengenangkan kelahiran Rasulallah. Tapi di satu sudut, kita tidak tumpah seperti Abu Lahab sekiranya kita memperlekehkan ajaran Rasulallah yang lain-lain.

Atau paling tidak, kita tidak mahu turut bahkan buat tak tahu saja pada perjuangan Baginda, maka di saat itu, kita juga tidak layak ke syurga.

Paling kecil, kita perlu menjadi seperti Hamzah r.a. Allah redha padanya, dan dia juga redha pada Allah.

Sambutlah hari lahir baginda, tapi jangan letak titik noktah di sana. Sambunglah dengan turut memperjuangkan sunnah dan ajaran Baginda.

Kerana di sana, letaknya rasa menyampah saya pada golongan-golongan yang munafik. Zahirnya konon cinta Rasul dengan cara berarak, bawa sepanduk dan lain-lain tapi sejam selepas itu, apabila diajak berjemaah ke masjid dan surau, mereka menolak dengan mendabik dada. Ah, di mana cinta itu jika sunnah Rasul, satu pun tidak digenggam erat?

Renung-renungkanlah...
Previous
Next Post »
27 Komentar
avatar

saya sokong pernyataan Iqbal yang akhir.. sakit hati lihat 'mereka' yang kononnya marah bila Islam dihina tapi menolak mentah-mentah ajarannya...

Balas
avatar

x semua org yang berarak dan membawa sepanduk itu org munafik .
mungkin dgn cara nih , ada yg baru tersedar dgn maulidur rasul.
kalau kita sambut sendiri -sendiri, kalau yg dah mmg berpengetahuan tentang maulidur rasul , x jadi mslh . tp mcm mana org yg baru nk tahu atau baru nak belajar .mungkin cara ni ..cara yg baik sebagai permulaan.
-maaf-

Balas
avatar

baru tahu iqbal seorang wahabi rupanya...

Balas
avatar

aduhai... semakin lama, semakin bijak anda membaca isi hati saya ya :)

lepas ini, apa kata anda kata sahaja saya ini syiah?

Jika mahu lebih hebat, apa kata kafirkan saja saya?

Sila baca betul-betul. Dari permulaan, saya kata, saya setuju, tapi dengan lebih sempurna, saya bersetuju jika KITA SAMBUT DALAM MASA YANG SAMA, KITA IKUT SUNNAH.

Bukannya sambut, tapi tinggal sunnah Baginda (seperti kebanyakan orang buat)

Jika mahu berbicara soal 'transasi', saya lebih arif berbanding kalian (insyaAllah) kerana saya ialah orang yang pernah mengalami transit, melalui jalan berlumpur, setapak demi setapak ke jalan terang.

Apapun, Allah mengetahui isi hati.

Jika anda belum dapat mesej saya, sila baca sekali lagi dan jangan sesekali membuat kesimpulan yang menunjukkan dangkalnya corak pemikiran anda.

Kita satu Ummat, satu matlamat.

:)

Balas
avatar

saya kagum hasil tulisan anda...Masha Allah....saya selalu menantikan entry yg terbaru dari Bayyinat

Balas
avatar

"Rasulallah punyai ramai bapa saudara seramai 9 orang. Antara yang ingin saya ketengahkan ialah 3 orang sahaja iaitu Abu Lahab, Abu Talib dan Hamzah."

jadi memilih langkah yang dipilih oleh Hamzah langkah terbaik???
akan daku cuba ikut

Balas
avatar

menjadi seorang da'i memang byk cabaran. seperti juga rasulullah. bersabarlah.

mmg betul manusia ada hak untuk bersuara, namun pabila meluahkan pendapat adalah lebih elok jika mempertimbangkannya megikut waras akal yg Allah beri.

wallahualam.

Balas
avatar

terima kasih sbb tolong ingatkan pada diri ini yang selalu lupa :)

Balas
avatar

lamanya xikut perarakan..
kli terakhir 5 thun lepas..xdinafikan,bila berselawat ke ats bginda beramai2,trasa syahdu, trasa meriahnya umat islam meraikan bginda..mgkin btul juga utk org yg bpengetahuan lbih, xjd mslh..sma spt tahlil yg dh jd 1 adat n kmestian saat ade kmatian..ada yg mmilih utk adakn tahlil,ade yg ckup dgn sdekahkn doa.wlpn dri ni bnyk klemahan tp ttp suka smbutan besar2n maulidurrasul.. :)

ade org ckp cuba klau kita smbut birthday kwn2/kluarga/ yg dh mninggal..plik x? knduri arwah ade la kn.. tp baginda sgt istimewa..klau buat knduri arwah utk bginda, tu yg pelik.. (sje nk cte :D)

all in all, nice one! n don't bother org ckp wahabi ke ape..spe kte nak mnilai mnusia n buat ksimpulan sndr..kn? :)

Balas
avatar

hmm.. kecewanya Baginda melihatkan masyarakat kita kan? moga mendapat kekuatan utk mengamalkan Islam sepenuhnya dan sunnah yang ditinggalkan..

Balas
avatar

stuju sgt dgn pendapat anta..mmg byk pendapat pasal sambutan maulidur rasul nie, tpi mmg xmenjadi dosa jika kita menyambut atau tidak kn?..oleh itu, hati2 smua jgn jadikan perkara mulia ini sebagai alat untuk musuh Allah dan Rasul-NYA untuk mbuat kita bergaduh sesama sendiri..kita tak tahu org yg tak sambut,mungkin org itulah yg slaluu menangis kerna Rasulullah, mana kita tahu org yg sambut, ttp ikut sunnah Rasullullah... hanya Allah yg tahu segala2 nya, ...doa lah slaloo moga kia sentiasa mendapat rahmat Allah dan insyAllah syafaat Rasulullah di akhirat kelak..Aminn~~

Balas
avatar

Terima kasih atas peringatan ini ya iqbal :)

Balas
avatar

jazakallah dgn peringatan ini, akhi. :)

barakallahu fik.

Balas
avatar

salam,perkongsian yg menarik..syukran ya Bayyinat..semoga ALLAH sentiasa merahmatimu..amin~

Balas
avatar

thanks utk perkongsian dan peringatan nie :)
selalu masuk baca sni , i'll be speechless . taktau nk komen apa ^^

Balas
avatar

salam maulidur rasul iqbal. nice entry.. x pnah terfikir sblm ni

Balas
avatar

salam maulidur rasul...entry yang bagus untuk renungan kita bersama...;)

Balas
avatar

iqbal... this is well written, kudos to you

penulisan dari hati akan mengalir juga ke hati... terima kasih

Balas
avatar

ooh..

Iqbal seorang muslim (menyerah diri) rupanya ;)

mudah2an oarang yang menulis dan yang membaca sama-sama dapat ganjaran keredhaanNya..

dan mendapat semangat untuk menyambut kasih sayang baginda di setiap hari..

Balas
avatar

salam
maaf lambat singgah sbb terlalu bz
hehee
betul tu
kita disarankan utk ikut sunnahnya
jauh lebih baik drpd semata2 sambut hari lahir dia

Balas
avatar

tul laaa, napa kita tak balas kasih dan sayang baginda tu.. ramai yang sedo hal tu tapi mulut slalu sebut tentang nabi sentiasa ingat kat ummatnya

Balas
avatar

semoga syafaat baginda di akhirat nanti menyentuh kita..

amin, amin, amin.


penulisan terbaru saya: letak link blog anda di sini


tutorial hebat: tips blogger terhebat yang saya tak pernah dengar mana-mana otai sebut setakat ini

Balas
avatar

salam,
akh iqbal. moga ALLAh redha penulisan ni.apa y anda sampaikan adalah apa yang cuba saya sampaikan.

orang yang nak sebarkan sunnah sebenar selalu di 'cop' wahabi.

saya sendiri, dari dulu. sejak sekolah rendah!

barangkali budaya ilmu kita belum cukup kuat berperang dengan kejahilan.

tak apa. saidina umar pun pernah belajar satu doa dari seorang ulama: 'ALLAHUMMA IJ'ALNA MINAL QALIL'.

hakikatnya yang sedikit itu boleh jadi yang benar.asalkan tidak pernah tersasar dari al-quran dan sunnah.

ibnul jauzi berkata: hadis soheh sudah cukup bagi mereka yang menerima hidayah ALLAH.

subhanallah.
'ALLAHUMMA IJ'ALNA MINAL QALIL'.
wallahua'lam

firas az-zahra'

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443