Perkongsian : Mata Yang Durjana

Mata-mata yang khianat. Itu satu frasa. Itu satu ayat. tapi bagi saya, ia sebuah teguran yang bermakna.

Apa nilai sebiji mata?

Hanya orang yang tidak menggunakan akal saja yang akan mengatakan, 'tiada nilai'. Ya, hanya mereka sedang hakikatnya, sebiji mata itu, harganya mahal.

Pahala amalan manusia, dari muda ke tua, dari tua ke nyanyuk, dari nyanyuk hingga menyembah bumi, pasti sebiji mata akan lebih berat daripada amal soleh. Ya, itulah dia nilai sebiji mata.

Saya yakin dan percaya, wang bukan segala. Pun begitu, manusia seperti saya masih lagi bekerjaran ke hulu dan ke hilir demi not-not kertas. Iya, wang itu penting. Jangan disangkal.

Jika, seorang jutawan mahu membeli sebiji mata dengan harga RM 1 billion. Makna, dua biji mata, RM 2 bilion, adakah kita mahu menjualnya?

Punya wang tapi tanpa mata. Ah, bagaimana masih boleh terasa nikmat dan indahnya hidup ini?

Terima kasih Allah.

Laungkan! Hebahkan! Serukan!

Kerana Allah sangat baik, dia beri kita mata. Sesekali, cuba pejamkan mata. Fikir-fikirkanlah, adakah tanpa mata, kita bisa berjalan seperti sedia?

Adakah tanpa mata, kita bisa makan seperti biasa?

Adakah tanpa mata, kita bisa mencintai dan dicintai seperti biasa?

Ah, cukuplah sebiji mata untuk kita beringat.

Sesungguhnya, Allah sangat baik.

Pergunakanlah mata ini untuk berbuat taat, sebelum ia tidak lagi mampu mengesan cahaya. Kelam dan terus tidak mampu melihat.

Terima kasih, Ya Ilahi...
 
Previous
Next Post »
9 Komentar
avatar

tanpa mata .... kita x dapat merasai nikmat Allah yg satu ....

Balas
avatar

ya Allah mataku banyak buat maksiat, ampunilah dosaku

Balas
avatar

Hasil tulisan kamu sangat bagus..Jika anda terbitkan buku sendiri, saya pasti akan membeli..Insha Allah

Balas
avatar

Greetings! I apologise, if not on that purlieus I ask. I specify to learn what in France established sites seeing that acquaintances.
I choice be altogether appreciative if inclination advise... And that I fight on not godly sites[url=http://www.pr08shp.ru/map.html]...[/url])))
I illusion, that faster I had a familiar with life.
And more a question. Whether exists in google.com and in yahoo.com sites of acquaintances?
Like these searchers is more pensive than the others [url=http://www.pr08shp.ru].[/url]
All good luck.

Balas
avatar

Alhamdulillah...
Dengan mata kurniaanNya..
Setiap hari.. Selepas subuh.. Pabila tingkap dikuak..
Saya dapat menjiwai kata-kata alam ciptaan illahi..
Di kolej.. pepohon hijau merimbun.. bukit bukau terbentang luas..
Di rumah.. pabila tingkap dikuak.. suasana alam kota bandaraya, kenderaan memacu laju melengkapkan arus jalanraya.. membuatkan diri ini terfikir akan matlamat hidup seorang manusia.. dan tugas-tugas sebagai hambaNya..
Subhanallah..
Alhamdulillah...
:)

Balas
avatar

tp selalu shj mata itu disalahgunakan...sigh...

Balas
avatar

salam

saya juga insyaAllah akan membeli. Moga Allah berikan iqbal kekuatan dan idea untuk terus menulis. amin

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443