Sipnosis Novel : Semilir

Kelam. Dari satu siri kejahilan ke satu siri yang lain, Johari akhirnya tersedar. Pantas dia berpaling jauh, meningggalkan sisa-sisa jahiliyyah yang pernah sekali menjadi temannya yang paling akrab. Akhirnya, seorang jahil berubah alim. Islam, dirasakan bagai oksigen yang diperjuang tanpa lelah setiap saat.

Nun, di saat itu, dirasakan derap kaki masih tidak mantap. Masih perlu berteman. Seorang gadis suci murni, Nasuha dilamar. Tanpa ketahuan, rupanya Nasuha sudahpun menjadi tunangan sahabatnya sendiri. Merasakan diri tercampak dalam kecewa, segera dipujuk ia dengan memberi ruang kepada seorang lagi gadis yang baru sahaja mahu mengenal islam.

Johari akur, dia sedang di jalan yang liku. Perkahwinan atas dasar dakwah. Lalu, bagaimana ia?

*****
Selesai dengan novel pertama, saya sedang cuba untuk menyambung dengan yang kedua. Baru mula dan baru 10 muka.

Jika ada rezeki, adalah novelnya. Jika tidak, terpaksa dipublish di blog ini sajalah :)
Previous
Next Post »
10 Komentar
avatar

Iqbal, jangan pendamkan bakat.. Moga tuan sentiasa diberi ruang untuk menulis..AMIN

Balas
avatar

nak nak nak baca novelnya

wish u luck
(: all the best ya

Balas
avatar

salam

Alhamdulillah novel dah siap.. insyaAllah saya juga doakan amin

Balas
avatar

like!! :)
kisah ini sgt familiar..siryes..pnah btemu org yg alami stuasi ni...

Balas
avatar

InsyaAllah, moga berjaya ya sahabat. :)

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

alhamdulillah..

dapat juga saya baca sinopsis novel ini.

kalau penulis ingat, saya pernah memintanya di fb tepoh hari.

tahniah.

takpa, kalaupun tak berjaya terbitkan buku, dapat terbit di blog sudah anugerah yang sangat besar..



penulisan terbaru saya: letak link blog anda di sini


tutorial hebat: tips blogger terhebat yang saya tak pernah dengar mana-mana otai sebut setakat ini

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443