Berbanggalah wahai muslimin

Hassan al-Bana pernah berkata, "Aku hairan. Mengapa orang Barat sanggup mempertahankan dan memperjuangkan idealogi-idealogi dan pemikiran-pemikiran mereka hingga mereka sanggup mati demi itu. Aku juga hairan. Mengapa umat islam berasa malu untuk memperjuangkan dan menyebarkan islam?"

Dalam artikel yang cuba diringkaskan ini, izinkan saya untuk berbicara tentang suatu yang sudah malap ini, iaitu kebanggaan menjadi seorang muslim.

Dalam peristiwa perang Badar, ada dua peristiwa berbeza yang mencerminkan sifat bangga yang berbeza. Abu Jahal pernah berkata, "Kami tidak akan pulang sehingga kami tiba di Badar. Di sana, kami akan bermakan-makan, kami akan meminum khamar (arak), kami akan menari-nari dan kami juga akan berhibur dengan wanita-wanita kami. Biarlah kepulangan kami nanti disambut dengan riang dan kami akan sentiasa disebut-sebut sebagai wira".

Dalam masa yang sama, seorang lelaki sedang bertelenggu, bermunajat kepada Allah. Lelaki mulia itu memohon dengan penuh rasa rendah diri dan kehambaan agar Allah memberi kemenangan kepada pihaknya, iaitu pihak yang berjuang di landasan taqwa, mencari izzah islam. Orang itu ialah Rasulallah s.a.w sendiri. Melihatkan betapa Baginda tekun dan sungguh-sungguh dalam ibadah dan munajatnya, Abu Bakar as-Siddiq berasa kasihan. Jiwanya rasa benar-benar tersentuh lalu dia berkata kepada rasulallah, "Wahai kekasih Allah, Allah pasti akan menurunkan bantuan-Nya"

Nah! Surah al-Anfal ayat 9 menceritakannya; "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut". 


Abu Jahal berbangga dengan kekafirannya. Kerana itu, Allah memberinya penghinaan. Bukan dia cuma, tetapi semua gerombolan orang kafir. Ah! Masakan mereka tidak dihinakan! Bilangan mereka ramai, kelengkapan peperangan mereka juga canggih, bahkan kuda-kuda perang meraka juga terlatih dan cekap. Tetapi, penilaian dari sudut fizikal dan lahiriyyah semata-mata, tidak sesekali akan membawa kepada kemenangan dan kehebatan. 

Sedang yang mulia Rasul, Baginda berbangga  dengan Islam. Buktinya, Baginda berbangga memiliki Allah sebagai tempat mengadu, tempat bergantung harap, dan tempat untuk diserahkan segala nasib dan ketentuan.

Pengajaran pertama ada disana.

Orang yang berbangga dan mahu berbangga dengan islam perlu mula memacakkan bendera kehambaan pada diri. Dia perlu memantapkan ubudiyyah. Ya! Kata kuncinya ialah ubudiyyah!

Realiti.

Yang wujud sekarang ialah sekelompok manusia yang mengaku memperjuangkan islam, tetapi terhad pada kata-kata yang tidak didahulukan oleh perbuatan dan bukti.

Ini suatu yang salah. Jika benar kamu berbangga dengan islam, suarakan dan cerminkanlah dengan penghambaan diri kalian pada Rabb! Itu paling utama!

Saya tinggalkan suatu persoalan buat kalian.

"Apakah itu hamba kepada Allah?"

Saya berminat untuk mendengar jawapan daripada kalian. InsyaAllah, dalam masa 3 hari lagi, saya akan sambung artikel ini dengan tajuk yang sama. InsyaAllah.
 
Previous
Next Post »
9 Komentar
avatar

em.. bagus topik ni membuatkan sy juga berfikir..

terkedu..

Balas
avatar

salam..

pandangan ana, manusia bertindak mengikut apa yang dia nilaikan bermakna baginya.

maka apabila Abu Jahal memilih dunia dan segala perhiasannya sebagai tempat membina semangat bertindak, jelaslah bahawa dunia itulah yang menjadi nilai paling bermakna dalam hidupnya.

lain halnya dengan orang Islam, kita memilih untuk menjadi hamba kepada Allah, lantas segala yang dilakukan adalah usaha untuk memperoleh keredhaan-Nya. hal ini demikian kerana sistem nilai orang Islam meyakini bahawa apa-apa yang Allah janjikan itulah yang terbaik.



adapun yang berlaku dalam realiti umat Islam sekarang, ianya adalah tidak semua kesilapan kita bebankan di atas bahu mereka. ini kerana realiti semasa jugalah yang menyebabkan orang Islam lemah dari memperjuangkan ketinggian Islam.


di mana-mana sahaja usaha untuk meninggikan syiar Islam dilakukan, di situ jugalah cabaran terbesar dari melakukannya wujud.


bahkan, cabaran-cabaran ini bukan sahaja dalam bentuk fizikal dan material seperti yang banyak berlaku pada zaman dahulu, sebaliknya ia dilakukan dengan cara yang lebih halus dan berkesan, iaitu dengan merosakkan sistem nilai orang Islam sendiri.


mereka menggerakkan seluruh usaha untuk mengalihkan pandangan orang Islam daripada berdiri tegak di atas landasan syariat yang sebenar sehinggakan kita melihat bukan sahaja orang awam yang menghadapi masalah, bahkan kesatuan-kesatuan umat Islam di peringkat antarabangsa jugat tidak ada yang terselamat.

inilah saat akhir zaman di mana sesiapa yang dapat melaksanakan sunnah nabi diganjarkan dengan 100 pahala syahid.


inilah zamannya dan inilah masanya yang disebutkan sebagai zaman di mana melaksanakan sunnah ibarat menggenggam bara api.

bara akan padam jika dilepaskan, dan tangan akan terbakar jika bara terus digenggam..


er, pernah tulis... sentiasalah bangkitkan rasa kehambaan di dalam diri.

wallahu'alam..

Balas
avatar

salam

sekadar meluahkan pendapat
sebagai hamba Allah, kita harus patuh pada perintah Tuhan tanpa mempersoal kenapa harus patuh.Kerana kita hamba.
wallahualam :) terima kasih atas post ini. Ilmu yang dikongsi ini, moga Allah sentiasa memberi ilham untuk menulis

Balas
avatar

salam..terima kasih atas perkongsian..bg saya hamba kpd Allah ialah melaksanakan sgala yg Dia perintahkan dan tinggalkan apa yg dilarang..tetapi konsep hamba kpd Allah ini membawa kita kearah kebaikan dan juga kesejahteraan hidup dimuka bumi Allah ini..kerana Dia lebih mengetahui ttg apa yg diciptakannya(makhluk)..Dia tidak membebankan kita dan kita juga diberi ganjaran dariNya apabila mengikut perintahNya..apabila kita melakukan laranganNya dan bertaubat,Dia tidak menolak taubat kita..Allah Maha Besar..wallahualam..maaf andai ada yg tersalah..harap dibetulkan..
wassalam..:)

Balas
avatar

sebagai hamba Allah.. kita harus yakin yang segala2nya datang pada Allah.. sedangkan 7 petala langit dan 7 petala bumi pun Allah dapat pelihara dengan baik sejak beribu2 berjuta2 tahun.. ini kan seorang hamba yang kerdil.. belajar2 tanam sifat percaya pada Allah saja yang Maha Berkuasa...

Balas
avatar

x malu dengan islam..cuma malu dgn muslim(yg suka ckp berdegar2/facsist/racist tp x faham islam secara menyeluruh

Balas
avatar

masyaALlah..semoga kita diberi kekuatan memperjuangkan Islam,dan tidak segan dgn Islam

Balas
avatar

"Apakah itu hamba kepada Allah?"
"Sami'na, wa atho'na"

cinta tanpa sempadan kpd Allah, yg akan membawa kpd ketaatan tanpa ragu. Lepas itu baru blh melahirkan jiwa penghambaan yg seterusnya membawa kpd penyembahan.
simply:
cinta-taat-hamba-sembah.

Balas
avatar

"Yang wujud sekarang ialah sekelompok manusia yang mengaku memperjuangkan islam, tetapi terhad pada kata-kata yang tidak didahulukan oleh perbuatan dan bukti.

Ini suatu yang salah. Jika benar kamu berbangga dengan islam, suarakan dan cerminkanlah dengan penghambaan diri kalian pada Rabb! Itu paling utama!"

Satu perkara yg harus kita renungi bersama....

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443