Wahai diri yang megah dengan tulisan,
Untuk apakah tari jemarimu?
Untuk siapakah kalam mu?
Untuk siapakah bicara mu?
Wahai diri yang gagah dengan karya,
Ke mana hala kiblat mu?
Ke mana pula destinasi kasih mu?
Ke mana juga maruah dan kebanggaan mu?
Saat dirimu ditanya Tuhan mu,
Untuk apakah tulisan mu?
Wahai diri yang tegak bersama bait nada cinta bersulam izzah,
Tanyalah dirimu.
Apa yang kamu cari dalam penulisanmu?
Populariti kah?
Pujian kah?
Ah! Segalanya fana!
Segalanya tidak membawa kamu kepada Tuhan,
dan segalanya membawa kamu ke makam neraka.
Wahai diri yang mencoret dengan ihsan Ilahi,
Letakkan tanganmu di dada,
Hamparkan jemarimu yang laju di medan pena,
dan segalanya membawa kamu ke makam neraka.
Wahai diri yang mencoret dengan ihsan Ilahi,
Letakkan tanganmu di dada,
Hamparkan jemarimu yang laju di medan pena,
lalu tanyalah pada hatimu,
Adakah ini perjuangan kamu?
Adakah ini layaknya untuk membeli surga?
Adakah ini menjadi perisaimu menapis bahang siksa neraka?
Layakkah kamu?
Adakah ini perjuangan kamu?
Adakah ini layaknya untuk membeli surga?
Adakah ini menjadi perisaimu menapis bahang siksa neraka?
Layakkah kamu?
Wahai penulis,
Bulatkan niat mu.
Kentalkan azam mu.
Tegakkan pegangan mu.
Dirimu berjuang dengan pena pedang sisipan al-hikmah.
Dirimu berlindung dengan perisai ketulusan.
Dirimu berperang dengan nafsu kehitaman.
Dan akhir,
Dirimu berjuang di bawah pemimpin yang sama,
Muhammada S.A.W
Wahai penulis,
Carilah izzah mu,
Jadilah kamu Hassan Bin Tsabit di alam baru,
Yang kerna kalamnya, musuh binasa,
Yang kerana penanya, musuh terpesona,
Juga jihad buat pemilik diri nya,
Dan layaklah untuk si hamba dikasihi Tuan yang mulia.
******
Sedang mencari kekuatan yang lebih.
Sedang menggali sumber kekuatan yang baharu.
Sedang mencari sumur penjernihan yang hakiki.
Segalanya daripada Allah...
Dan untuk Allah jua...
Moga Allah ampunkan saya.
9 Komentar
sungguh indah bicara tuan hamba...
Balasikhlas mu hanya Allah menilainya...
teruskan bertinta selagi diizinkan-Nya...
menyedarkan manusia yang sedang lena...
agar mendapat petunjuk dan hidayah...
Cahaya dari Allah yang tiada tolak bandingnya...
pena itu > tajam drpd mata pedang..
Balasterima kasih akhi,
Balasmenyedarkn hamba utk kembali ke alam nyata.
kata-kata anda dalam karya ini sungguh mendalam. terima kasih untuk kata-kata ini :)
Balasdapat menyumbang sekecil ilmu untuk dikongsi dan dimanfaatkan pon dah bersyukur... moga Allah terima amalan sekkelumit ini untuk jadik bekalan dibawa ke kubur kelak
Balasmuhasabah diri...
Balasbanyak dah entry yg termiss.. huu.. insyaallah will read time by time.. :)
BalasAs-salam...
Balaslama tak berkunjung ke sini.. sejak menutup blog yang lama.. apa habaq dek iqbal? moga sihat2 slalu..
bila baca entri ni.. teringat apa yang pernah ditulis dulu.. rasa banyak sangat perkara yang sia-sia dituliskan.. sangat merugikan bagi yang membacanya.. =_=
Salam Iqbal,
BalasMoga terus menulis. Keikhlasan itu bukan kita yang ukur.
Namun niat adik untuk berkongsi ilmu tu wajar dipuji.
Akak sendiri senang dengan cara Iqbal menulis.
T/kasih atas bingkisan ini. Lahir dari hati yang ikhlas pastinya akan memberi kesan pada mereka yang membacanya :))
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443