I'm leaving

Terdesak!

Terhimpit!

Tersepit!

Saya diheret ke penjuru kebuntuan. Kebuntuan yang seakan tidak berpenghujung walhal hulu kepada semua itu hanyalah hujung kuku yang satu ini.

(Tuhan... bantulah aku...)

Saya meminta izin daripada kalian untuk lari. Lari yang bermaksud untuk berehat. Saya mahu berehat daripada kehidupan yang mencabar kekentalan hati ini. Kehidupan yang menggoncangkan paksi dan tunjang-tunjang akar taqwa.

Apabila Allah menyatakan bahawa penilaian pada hamba ialah pada hati dan bukan fizikal luaran, maka saya bertambah kaget. Cubaan yang didatangkan pada hati ini bahkan lebih berat berbanding fizikal.

(Tuhan... bantulah aku...)

Saya merindukan manusia yang berani untuk menepuk bahu saya sambil mulutnya menguntum senyum.

"Iqbal... kau sudah banyak ketawa"

"Iqbal... kau sudah banyak berangan"

"Iqbal... kau pandang siapa tu?"

"Iqbal... kau fikir apa tu?"

"Iqbal itu... Iqbal ini... Salah itu... Salah ini..."

Tapi hakikat yang sebenar, tiada orang yang benar-benar menegur. Hanya setiap kali diri tergelincir, barulah timbul kekesalan dan setiap itu, lafaz istighfar menyusul deras... tapi seperti drama, ia bersiri-siri dan berulang-ulang.

Saya impikan kehadiran orang yang tersenyum memberi kata nasihat tanpa perlu saya meluahkan yang terbuku dalam hati. Orang yang mampu membaca bahasa hati melalui bahasa muka.. Alangkah indahnya...

Saya tercari-cari orang yang mampu membisikkan seruan dakwah di tengah kelam dan sibuk dengan urusan dunia yang berpisat-pisat.

"Jom pergi majlis syeikh itu.."

"Jom dengar ceramah ustaz ini..."

"Jom menadah kitab dengan ustaz itu.."

"Mari menuju kejayaan..."

Bagaimana jika saya katakan bahawa saya masih terlalu biasa. Saya tidak hanya perlu memberi, tetapi saya juga perlu menerima tetapi siapa yang mahu menegur saya saat saya tersilap?

Jawapannya tiada.

Tiada yang mencuit bahu kala tawa saya berderai hingga meleret. Tiada yang memicit batang leher saya saat saya memanjangkan leher menonton sesuatu yang sia-sia. Siapa pula yang sanggup menolak muka saya saat mata saya tajam mengerling dan menjeling gadis comel yang seorang itu. Dan siapa pula yang sanggup menggelengkan kepalanya apabila saya tersenyum sendiri sambil memasang telinga mendengar cerita-cerita tentang orang lain.

Jawapannya masih sama, iaitu belum ada. Belum ada yang benar-benar begitu lakunya pada saya.

Saya bersendiri, dalam kumpulan. Saya keseorangan, dalam keramaian. Saya kebanjiran, dalam kemarau. Saya kepanasan, dalam kedinginan. Saya ketawa... dalam duka. Dan muka saya gembira, tetapi iman saya terluka.

Parah... dan semakin melarat.

I'm a survivor and i shall equip myself with survivor kit.


I'm a winner and i must prepare myself for a glory.


I'm a writer and i should write things that benefits me.

Sudahlah...

Saya penat dengan hipokrasi diri begini. Saya sudah penat melakar kisah dongeng seorang hamba yang seorang ini. Sudahlah... Izinkan saya berehat.

Pemergian saya mungkin lama... mungkin sekejap... mungkin sebulan... mungkin juga seminggu...

Akan tiada lagi update buat masa terdekat. Maka, gunakanlah sela masa ini untuk membaca artikel-artikel yang lepas. Saya pergi bukannya untuk bermain-main kerana bersama ia, sebuah tekad yang basah dengan kekesalan. Untuk itu, saya tidak akan melayan kiriman-kiriman emel untuk meminta e-novel Antara Dua Bidadari tetapi, saya berharap agar insan-insan yang sudah memilikinya untuk memanjangkan kepada sahabat-sahabat yang meminta, dan juga yang tidak meminta.

Mandat besar saya berikan kepada orang-orang yang sanggup untuk menyebar luaskan e-novel itu di lama sengsawang dan blog masing-masing. Ikhlaskan diri untuk berkongsi... moga saya boleh menumpang kebajikan kalian.

Ia satu yang saya sudah halalkan sejak perkataan pertama saya taip. Saya sediakan diri untuk memberi agar dimanfaatkan kepada kendiri dan umumnya.

Itu harapan saya. Sebarkanlah cinta Ilahi... kerana ia satu yang mengasyikkan.

Akhir...

Saya mohon maaf kepada hamba. Saya minta ampun kepada Tuan. Doakan saya agar saya dapat menemui 'teman' yang seorang itu. Teman yang menyorok di ceruk hati. Teman yang malap dibalik dedaun kekejian.

Semoga bertemu lagi sahabat. Jika tidak seminggu lagi, maka sebulan lagi. Jika tidak di sini... di syurga nanti. InsyaAllah

:(
         
Previous
Next Post »
21 Komentar
avatar

terima kasih e-novel insya Allah akan disamapaikan pada sahabat2 lain

Balas
avatar

assalammualaikum dik iqbal,

maaf dik, akak tak pandai menyusun kata-kata..
cuma ingin akak katakan "La Tahzan"
berehatlah dik jika itu bole memberi kedamaian hati..
terimakasih sekali lagi diatas e-novel itu..insyaAllah dik akan akak sebarkan..dah print tggl nak binding aje..
akak doakan adik menuju kejayaan.Amin

Balas
avatar

sedih baca entri ni...
saya pula rasa nak nangis...=((

tatkala sang penulis menulis memberi peringatan, bukanlah bererti dia kuat gagah sama seperti pantasnya larian jemari menutur bicara bisu..penulis itu juga seorang manusia, ada kala lalai, ada kala terlupa...sungguh perlu kpd yg lain..utk terus berlari menggapai Cinta...penulis itu sudah sakit, perit...hatinya pedih..perlu kpd satu siraman bicara yg bisa menyegarkan akar untuk kembali berdiri...

berehatlah Akh..kembali mencari diri..

Balas
avatar

jika kita mahi diri ditegur dan dibawa bersama ke jalan Allah, maka kita terlebih dahulu perlu berbuat demikian..dgn itu, kita akn memperoleh persekitaran yang cintakan keimanan dan ketaqwaan kpda Allah..

slmt berehat..=)

semoga enta kembali dgn dakwah yg lebih hebat..ingatlah, daie di jalan Allah ini adalah bukan satu pilihan..tetapi satu kewajipan..jgn kita terkelu di saat kita ditanya apa usaha kita utk menegakkan agama di muka bumi Allah sbagaimna layaknya seorang yg bernama Khalifah..

Balas
avatar

Semoga berjaya menemui 'teman' yang seorang itu =) Semoga kembali ke dalam diri yang dicari.

Balas
avatar

nak gak e-novel tu...

smoga penulis menemui apa yg dicari...

Balas
avatar

Pergilah sahabat,
andai itu mampu menghilangkan keresahan di hati,
andai itu mampu mengubat luka yang berdarah,
andai itu membuatkanmu bertemu dengan apa yang dicari.

Teruskan langkah,
kadang-kadang teruji,
kadangkala tersadung dalam langkah
yang sentiasa goyah,
namun itu tidak mematahkan semangatmu untuk terus melangkah bukan?

Moga ada teman yang dinanti,
moga bertemu damai yang dicari di penghujung keresahan itu.

Balas
avatar

Jangan pernah kenal erti putus asa sahabat. Moga kan ketemu apa yang dicari.

e-novel iqbalsyarie (Antara Dua Bidadari) boleh di download dalam bentuk pdf dari link/URL berikut:

http://www.mediafire.com/file/d9a6334218s6kr1/ANTARA%20DUA%20BIDADARI-IQBALSYARIE.pdf

Balas
avatar

Assalamua'laikum Adik Iqbal,

sudah menjadi asam garam orang berjuang, begitulah.
Ku titipkan kata2 ini, kata2 yang selalu aku ulangi buat diriku jua.

Dalam diari pejuang, tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, bala yang menyusahkan... Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. Mereka tepu dengan masalah dan ujian. Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dengan 'belaian' PENCIPTA, sebagai tanda ingatan-Nya. Semoga ditabahkan hati dalam menghadapi ujian-Nya.

Juga:
"Dan janganlah kamu merasa lemah(dalam perjuangan mempertahan Islam),dan janganlah kamu berduka cita(terhadap apa yang akan menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan)jika kamu orang-orang yang(sungguh-sungguh)beriman." (Ali Imran:139)

Semoga segala urusanmu dipermudahkan-Nya.

Balas
avatar

assalamualaikum

sesekali beruzlah...

semoga dipermudahklan Allah segala urusan

Balas
avatar

Pernah rasa apa yg kamu rasa sekarang ni...rasa diri hipokrit rasa macam 'seorang' diri sebab teringin nak ada org marah and tegur saya.Sebab saya tahu sy bukanlah sempurna.

takpe iqbal.take time.beruzlah and cari diri kamu balik.Sy tolong doakan.Insya Allah.

Balas
avatar

assalamualaikum

take your TIME akhi Iqbal..
Moga sentiasa dalam kesejahteraanNYA.

kepada sesiapa yang nak e novel trsebut..saya bersedia untuk emailkn kpd anda.Insyaallah.

Boleh emailkn prmintaan anda kpd saya di azlen_haron@yahoo.com

Moga kita sama2 beroleh manfaat drpnya.:-)

Balas
avatar

mungkin iqbal tak jumpa lagi 'sahabat' tu. tapi mungkin iqbal boleh jadi 'sahabat' itu untuk orang lain:)

assalamualaikum.

Balas
avatar

Assalamualaikum.

Sahabatku, Iqbal jika saya layak memanggil anda sebagai sahabat.


Saya dah karang banyak tadi untuk ditulis di sini, tetapi bila difikirkan semula rasa macam tak perlu pula.


Sahabat, anda berkuasa ke atas diri anda sendiri. Jatuh bangun anda, semuanya anda yang akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Jika ketandusan manusia untuk membantu, maka Allah ada untuk kita bergantung.

Betulkan niat, tanamkan tekad dan pelajari jalan yang benar.

Sesungguhnya Nabi sangat merindui ikhwannya...

wassalam.

Balas
avatar

moga dberi kekuatan akhi!
jgan terus lemah kerna ramai lagi mereka di luar sana y msih blum mndpat embun tarbiyah...

Balas
avatar

Assalamualikum,
Apakah Rasulullah pernah berihat? Siangnya berdakwah,malamnya bermunajat.Adakah sesiapa menegurnya agar beribadat?Malah baginda ditegur kerana terlebih ibadat.Rebutlah masa lapang sebelum datang masa sibuk.
WAllah a'lama.

Balas
avatar

sedih baca entry ni.. :'(
saya pun pernah rasa apa yang kamu rasa..

pergi lah 'bercuti'.. carilah apa yang kamu mahu 'cari'..

moga kembalinya kamu nanti. kamu adalah kamu yang lebih hebat. insyaAllah.. :)

p/s : jangan menghilang terlalu lama. kamu punya pembaca yang sentiasa menantikan sesuatu dari kamu..

selamat bercuti~ :D

Balas
avatar

salam iqbal

ana baca semua entry iqbal yang lepas2, walaupun ana x komen. Ana rasa kehilangan juga kalau x baca tulisan iqbal lepas ni. iqbal x hidup dalam suasana tarbawi, ini ujian dariNya sebenarnya. kenapa perlu risau tiada siapa yang menegur? kan iqbal ada ALLAH? mungkin beruzlah adalah pilihan terbaik. cari mutiara ketenangan iman dalam hati. insyaAllah DIA sentiasa bersamamu.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443