"Kalau tanya orang yang sedang mabuk minum arak pun mereka kata mereka mahukan syurga"
Jernih wajah lelaki itu saat mulutnya menutur lembut motivasi cinta. Saya mendengar bersama hati yang diperhalusi dengan rasa mahu menerima kerana kedatangan lelaki itu tidak lain hanyalah untuk menyebarkan cinta yang sudah mekar dalam sanubarinya.
Dan pertemuan kami malam itu sangat santai, tetapi tidak dilupai jawapan bagi soalan tadi, "Semua orang mahukan syurga!"
Dewan Peperiksaan.
Dewan segi empat itu ialah satu dimensi yang nyata. Deretan meja yang bersusun lurus menjadi tempat manusiawi menghamburkan segala yang terbuku dalam kotak minta... atas kertas berkajang.
Sedang diri menjawab soalan-soalan yang berpisat-pisat dalam dewan peperiksaan berhawa dingin itu, diri yang sedang tekun mengerah akal nan terbatas itu terlupa bahawa bumi tempatnya berpijak juga ialah sebuah dewan peperiksaan yang agung. Dimensinya ialah di luar sedar, tetapi keluasannya seluas mata memandang. Setiap yang bernama manusia sedang diuji dan dinilai, tetapi ramai yang tidak cakna dan ambil penduli.
Tiada peraturan yang khusus, cuma tertib yang diperhati sedekatnya.
Itulah ujian dunia. Penilaian dan pemilihan bagi calon syurga.
Ujian Yang Silih Berganti.
Bermulanya dengan tangisan pertama, hingga keluhan terakhir, setiap yang punya akal akan dinilai. Penilaian yang tertakluk pada kudrat dan iradat Allah ini, tidak siapa yang dapat katakan 'henti' kerana ia ialah ujian yang tidak kelihatan pada nilai zahir. Cuma nurani yang jernih sahaja mampu menilai.
Saudaraku.
Kita sering terlupa bahawa memang hidup ini ialah satu ujian. Saat kita gagal, ia ujian. Saat kita cemerlang, itu ujian. Saat kita menang, itu ujian dan saat kita gagal, itu juga ujian. Maka, setiap keluhan dan sorak gembira punya markah dan nilai yang signifikan.
Jika pernah kalian melihat bagaimana kalian memanjat tangga, maka kalian akan ketahuan bahawa ia sama seperti dunia yang sedang kalian hadapi ini. Di hujung tangga ialah syurga. Layaklah... kerana ia ialah tempat yang tinggi dan terpelihara. Kita bermula dari bawah. Satu per satu anak tangga kita daki.
Tangga pertama...
Tangga kedua....
Tangga ketiga...
Seterusnya.
Itulah letaknya ujian. Ujian yang bertingkat-tingkat. Tahapannya tidak sama, bahkan meningkat dan penuh variasi yang curiga serta sulit pula.
Jika ditakdirkan Allah kita selamat pada ujian yang pertama, bagaimanakah mungkin boleh untuk kita melebarkan senyum walhal yang menanti di sana ialah ujian kedua?
Keluhan.
Jika mahu mengeluh, itu bukan cara. Jika mahu menangis, itu juga bukan yang dididik. Yang utama, basahkan diri dengan sifat taqwa. Biarkan sifat itu bertakhta utuh. Biar! Biar sahaja dirimu bermandikan taqwa kerana sesudah itu, tiada kekesalan lagi!
Lihat dengan mata hati. Apa tujuan kamu diuji?
Allah menguji manusia kerana mahu kita melangkah ke atas. Jika tiada ujian, kita tidak akan sudi untuk ke atas. Jika tiada ujian, tidak ketahuan siapa yang manuju syurga dan siapa pula mencari neraka. Jika tidak didatangkan ujian juga, bagaimana mungkin hamba dapat bermanja dengan Tuhannya?
Dan jika tiada ujian juga... untuk apa kita hidup?
Kerana tujuan didatangkan kita ke dunia adalah untuk ibadah tanpa syirik yang bertali, maka wajarlah respon kita kepada ujian-Nya menjadi ibadah.
Saat perempuan cantik mendatangi, itu bererti ujian sedang bertandang.
Saat kesukaran menghimpit, itu tanda ujian.
Saat kejayaan datang bertimpa, itu juga sebutir berlian yang menguji.
Kepada siapa kamu meminta tolong, dan bagaimana caranya kamu mencari solusi?
"Kepada Engkau kami berserah dan kepada Engkau kami mohon pertolongan"
Seharusnya, respon kita saat diuji ialah begini, kerana kita tahu bahawa ujian itu datang dari-Nya dan dari-Nya juga datanglah penawar dan solusi.
Kesimpulan.
Allah sedang menguji kita dan ujian itu sifatnya mutlak. Setiap saat kita dalam hidup ini ialah ujian. Maka, berusahalah untuk meletakkan syurga sebagai puncak, kerana hanya dengan itu barulah diri ini punya kekuatan untuk melonjak lebih ke hadapan.
Dan satu lagi anak tangga dipijak... memanjangkan hujung sebuah ujian Ilahi.
***************************************************************
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudah mula membaca e-novel Antara Dua Bidadari. Saya diberitahu, sudah ada yang berjaya menamatkan pembacaan. Tahniah! Namun, sedikit ralat telah berlaku di luar ruang sedar saya.
Ada sedikit ralat pada bab 44.
Nasuha mengingat-ingat kembali sirah. Pasti zaman dahulu, ada juga sahabat Rasulallah s.a.w yang beriman, tapi ibubapanya enggan. Antaranya ialah Abdul Rahman bin Auf r.a. Ibunya yang masih kuat berpegang dengan agama menyembah patung pernah menggugut tidak mahu makan. Abdul Rahman bin Auf r.a, walaupun cinta kepada ibunya menggunung tinggi, tapi dia dia lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya. “Jika ibu punya 10 nyawa, dan 10 kali juga ibu mati, pasti aku tetap juga tidak akan keluar daripada agama yang aku anuti ini”.Yang sebenar, bukan Abdul Rahman bin Auf tapi Mus'ab bin Umair.
Kisah Abdul Rahman pula ialah begini.
Diriwayatkan bahwa ibu AbdurRahman Bin Auf sesudah mengetahui bahwa anaknya memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, “Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu malam yang dingin aku akan tidur hamparan padang pasir, sehingga engkau mengaku akan kembali kepada agama nenek moyangmu.” Demikian ibunya mengancam. Walaupunpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk Dinullah dan mencintai Rasulullah S.A.W.
Maaf di atas kesilapan. By the way, sesiapa yang masih berminat untuk e-novel itu, boleh hantarkan emel kepada saya.
15 Komentar
salam akhi,
Balasterima kasih atas coretan ini,
moga Allah bg lg kesempatan dan peluang utk mengisi ruangan ini,
hamba mahu juga,
lautan_rabbani@yahoo.com.my
jgn lupa ya. ^^
salam.
Balasana nak juga, bolehkan?
matadoreterhebat@gmail.com
semua mahukan syurga,
tapi tak semua dapat rasa dunia ini ujian semata.
hmm.
Salam ziarah kat sini. saye pun nak e-novel tu
Balasini email saye
berrypie_bella@yahoo.com
Syukran =)
menarik..
Balassy nak e-novel 2 boleh?
ni email sy slhn_15@yahoo.com
Salam ziarah,menarik artikel yang saudari tulis,saya menjemput saudara/saudari/puan untuk memberi komentar,cadangan untuk penambahbaikan atau pandangan terhadap artikel terbaru saya.Semoga jasa saudari dibalas oleh Allah SWT.Mana tahu kemungkinan kita berbeza pandangan,jesturu itu,di harapkan dapat berkongsi bersama.
Balasmmmm... ujian, diakui kadang2 kita lelah oleh ujian yang silih berganti namun makin banyak ujian, makin tabah kita menghadapinya... kena banyak bersabar... kerana yakin akan merasa kemanisan akhirnya...
Balasassalamualaikum
Balasmoga kita berjaya melalui ujian di akhirat juga
Sepanjang hidup kita adalah tempoh peperiksaan/penilaian..
Balas...
"Jika ditakdirkan Allah kita selamat pada ujian yang pertama, bagaimanakah mungkin boleh untuk kita melebarkan senyum walhal yang menanti di sana ialah ujian kedua?"
....
Alhamdulillah..artikel yang memberi peringatan.
....
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?.." Al-Baqarah: 214.
nk jga e-novel tu...
Balasemail sy: sitisaleha89@gmail.com
~Saat perempuan cantik mendatangi, itu bererti ujian sedang bertandang...~
Balasi likoei!! hehe..=0
setiap yang berlaku adalah ujian
Balasbahagia dgn setiap ujian
sungguh Dia suka menguji
dan sungguh sukalah diuji
kerana tanda Dia Maha Penyayang
tanda Cinta dan Kasih
Akh, saya nak juga boleh
zahra92_orchid@yahoo.com
jazakallah...
..slm..artikel yg bermanfaat..
Balaserr,,klu ble sya pun nak e-novel 2....nawwarallahuqalbak..;)
emel saya..
yb_bos@yahoo.com
salaam..
Balasboleh emailkan saya enovel bidadari syurga.
emel
zmz4eva@gmail.com
afwan..salah tajuk
Balas*antara dua bidadari
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443