Lalu, mengapa?

Jika dirmu berniat untuk mencapai ia, maka hambakanlah dirimu pada pencipta ia~ Pic from deviantART
"Mengapa kita perlukan islam?", tanya saya kepada 6 pasang biji mata yang sedang memandang saya. Malam itu malam pertama saya berkongsi dengan adik-adik, dalam liqo' yang pertama. Syukur, mereka semua sangat responsive. Jawapan mereka tuntas, adakalanya segar dengan pengisian. Dan bebenang jawapan tadi dapat saya kait menjadi satu ayat cuma- Islam ialah ibarat oksigen.

Saya mahu anda menjawab di akhir artikel nanti ya. Boleh? (",)

Oksigen.

Saya kira setiap yang bernyawa perlu pada oksigen. Walau ia perosak, atau pun pemulih, tetap ia perlukan oksgen untuk kelansungan hidup. Sama juga dengan islam. Islam tidak pernah disempitkan lapangan dan dimensinya. Islam tidak menjalankan diskriminasi. Ia bukan untuk bangsa arab sahaja. Ia juga bukan untuk bangsa melayu sahaja. Kerna, islam ialah untuk segala manusia, dan alam seluruhnya.

Dan si ingkar yang sombong, mereka memilih untuk berpaling meninggalkan islam, menjauhi islam dan memusuhi islam.

Perbuatan sebegitu saling tidak tumpah seperti kita memutuskan bekalan oksigen yang pada akhir usaha kita, kita akan mati kelemasan.

Kita Bukan Bermain-main.

Di saat manusia sejagat ramai yang memilih untuk binasa, kita dipimpin oleh rahmat Allah untuk memilih agama. Ia nikmat yang unik, bahkan yang paling indah buat hamba yang hina, layaknya gelaran itu untuk kita.

Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 115. Allah menempelak kita dengan sindiran, "Apakah kita menyangka kita ini Allah jadikan untuk bermain-main dan suka-suka sahaja? Dan adakah kita merasakan bahawa kita ni tidak akan kembali kepada Allah?"

Saudaraku...

Kita diciptakan dengan matlamat yang jelas. Firman Allah dalam Surah Az-Dzariyat ayat 56, "Allah menciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepada-Nya"

Bagi saya, dua dalil itu cukup untuk menjawab soalan awal tadi, iaitu tentang mengapa perlukan islam. Kerna yang pasti, hanya islam sahaja yang dapat memacu kita ke landasan yang benar dan seterusnya, ke syurga yang penuh dengan kurnia dan nikmat.

Kesimpulan.

Artikel kali ini tersangat ringkas kerana saya cuma mahu menekankan betapa pentingnya untuk kita memiliki rasa syukur.

Syukurlah kerana Allah pilih kamu untuk baca artikel ini.

Syukurlah kerana Allah buka hati kamu untuk sebuah tarbiyyah jiwa.

Syukurlah kerana Allah pilih kamu untuk berbuat kebaikan.

Dan akhir, syukurlah kerana pada dirimu, ada kebaikan dan kebaikan itu ialah islam.

Berbanggalah dengan islam, selagi dirimu punya hayat.

Dan berbanggalah untuk menjadi pendokong kerja Nabi, selagi belum ajalmu dipanggil. Sedang ajalmu adalah suatu yang datangnya tiba-tiba...

Maka, masihkan islam itu tidak penting bagimu untuk ia berada di tangga kedua selepas duniamu? 

"Bersegeralah kamu dalam mengerjakan amal soleh, kerana kelak akan muncul fitnah sebagaimana gelap-gelitanya malam sehingga seseorang yang ketika pagi harinya masih mukmin, di petang harinya dia berubah menjadi kafir. Dan seseorang yang di petang harinya masih mukmin, di pagi harinya dia sudah berubah menjadi kafir, lantaran diri rela menukar agamanya dengan kesenangan dunia"- riwayat Muslim
          
Previous
Next Post »
20 Komentar
avatar

alhamdulillah dengan nikmat islam, iman dan taqwa

Balas
avatar

alhamdulillah,
saya rasa terisi,
ringkas tetapi benar2 menepati,

dunia layaknya hanya di tangan,
untuk di pegang menjadi amanah
untuk di makmur dan di kerja kan dgn tgn,,

sedang akhirat itu hati, oh, lebih tepat, Allah itu di hati.

Balas
avatar

eh, komen yang ke lima kat atas ni macam ada masalah kan?
hehe

Balas
avatar

salam..

jawapannya, kita memilih Islam kerana Islamlah agama yang Allah redhai.

maksudnya, andai Islam ini tidak membawa kebaikan kepada kita pun, tetapi akibat disuruh oleh Allah, kita tetap perlu kepadanya. Cuma mustahillah Allah akan suruh kita kepada suatu yang membinasakan kan..

ok, masalah yang timbul sekarang rata-rata masyarakat kita yang beragama Islam tidak pernah berasa berharganya Islam yang mereka anuti. ini demikian kerana mereka memiliki iman yang secara warisan. mereka tidak pernah tahu apa sebabnya mereka Islam.

bila ditanya mengapa mereka menjadi Islam, pasti mereka menjawab kerana ibu bapaku Islam.

inilah yang disebut sebagai Islam warisan. sedangkan hakikatnya tiada Islam warisan di dalam agama ini.

er, panjang lagi kalau nak syarah ni, tapi cukuplah dulu.
hehe

perkongsan terkini, kesilapan dalam rancangan Maharaja Lawak

jazakallah, wassalam

Balas
avatar

Kita perlukan Islam untuk 'memuliakan' roh kita yang sedia hina ini.

kerana Islam tak perlukan kita untuk mulia.

kerana setiap sakit itu ada ubatnya,

dan ubat bagi dunia adalah agama.

sudah tentu bukan calang-calang agama.

Balas
avatar

Hadis nabi saw:

Islam tidak memerlukan kita untuk berdiri tapi kita memerlukan islam untuk selamat

wallahu'alam

Balas
avatar

ececeh...pendeknya entri...


gud luck lo dik tok exam !! chaiyok2...u r not pilot but sibling of pilot...wink2..

dekan woo...!!

**ku dambakan entri yang pjg !! ahaks !!

hehe...** jawapan balas kepada komen anda....~

************

alhamdulillah masih besempatan membaca entri ini..

sy baru balik exam Islam dan Ideologi masakini...perr, balik2 baca entri ni...sama !! tapi x serupa...btw, aku bersyukur kerna Islam masih di hati...

jgn lupa sedekahkan al-fatihah, ayat kursi n 3 qul kepada nabi dan imam mahdi, mudah-mudahan kita mendapat syafaat nabi muhamad s.a.w
d akhirat kelak n mudah-mudahan kita tergolong dlm kelompok pengikut imam mahdi...

wallahualam...

**pjg nyerrrrrrrr komen ana...

Balas
avatar

terima kasih =)

assalamualaikum..
saya perlukan islam kerana hanya islam boleh memberi ketenangan abadi di sisi Illahi dan hanya dengan islam saya bisa meraih keredhaan Allah di dunia dan akhirat..

Balas
avatar

islam adalah ketenangan yang melengkapi segala isi kehidupan tanpanya kita mungkin x ada tujuan.Hidup atau pun mati sama je kan =)So.! islam is da' way of life perjlnn kita utk ke akhirat y kekal abadi.

Balas
avatar

assalamualaikum,
mengapa saya perlukan islam?
ianya segala2nya..
sumber kekuatan hidup.

Balas
avatar

assalammualaikum dik iqbal,
soalannya seperti "apa erti saya menganut Islam"pjg jugak kalu nak dikupas ni..

kita mesti meyakini beramal untuk Islam itu Wajib..

Balas
avatar

assalammualaikum dik iqbal,
soalannya seperti "apa erti saya menganut Islam"pjg jugak kalu nak dikupas ni..

kita mesti meyakini beramal untuk Islam itu Wajib..

Balas
avatar

terima kasih iqbal syarie.
perkongsian yang membuka minda

Balas
avatar

mashaAllah,nikmat banyak Allah bagi pd kita semua,dan setiap nikmat ini akan dipersoalkan di hdpan Allah...

jemput memberi pandngan di blog sya...berhubung artikel terbaru saya...

Balas
avatar

mengapa kita perlukan islam??

kerana mmg fitrahnya begitu..
kita perlu islam sebagai landasan kita dalam menjalani hidup..
islam= cara hidup..
kalau bukan islam, mau cara hidup yang bagaimana lagi?

islam is the best way of life..

kan :)

wallahua'lam..

Balas
avatar

bismillah. good entry.
" khairal kalam ma qalla wa dalla".
- sebaik-baik kalam adalah y ringkas dan padat.

allahu a'lam.

Balas
avatar

Alhamdulillah...Beragama Islam itu secara warisan atau secara dapatan adalah nikmat rezki yang paling besar dari Allah...jika Dia tidak memberi tidak munkin kita dapat menikmati....BERSYUKUR itu adalah cara untuk membalas apa yang Allah bagi.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443