Kekuatan Yang Lebih

Ada manusia yang mencari-cari kekuatan. Dia meminta tips daripada saya. Saya hanya boleh tersenyum tawar, kerana saya bukannya orang yang kuat. Cuma, saya boleh berkongsi sedikit, dari mana saya bertemu dengan kekuatan.

Solat Tahajjud.

Inilah dia rektor tenaga saya. Saya yakin, semua orang sudah pun sedia faham dan sedia tahu akan kelebihan-kelebihan solat tahajjud. Jika masih ada yang tidak mengetahui, izinkan saya memetik sebuah hadis daripada kitab Shahih Bukhari. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah Yang Maha Suci lagi Agung akan turun ke langit dunia pada 1/3 akhir malam lalu berfirman, "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, akan Aku perkenankan doanya. Sesiapa yang meminta ampun dari-Ku, akan Ku ampunkan dia".

"Seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat sunnat yang dikerjakan di tengah malam"- Hadis riwayat Muslim.

Selain itu, beberapa tempat dalam al-Quran juga ada menegaskan tentang solat tahajjud ini. Antaranya pada ayat ke 79 daripada surah ke 17, al-israk, ayat 16 daripada surah As-Sajadah (surah ke 32), ayat 2 serta 20 daripada surah Al-Muzammil (surah ke 73).

Tidaklah saya berniat untuk bercakap lebih-lebih tentang kelebihan kerana saya pasti, setiap orang tahu bahawa solat tahajjud ini adalah suatu yang sangat istimewa. Tapi... kerana malas, jarang benar kita buat. Betul?

Buat kali ini, izinkan saya berkongsi sedikit.

Para Sahabat nabi.

Sesekali tidak akan ada upaya kita menandingi ibadah mereka. Solat mereka panjang-panjang. Ibadah mereka, semuanya khusyuk dan tunduk. Bahkan mereka sedikit sekali tidurnya. Ah. Jika mahu digambarkan kehidupan para sahabat r.anhum, maka bahasa yang mudah ialah 'mereka ibarat singa kala siang dan ibarat tikus saat tibanya malam'.

Ini adalah kerana setiap hari yang berlalu, akan mereka layari dengan perjuangan yang gigih di waktu siang. Dakwah, peperangan, jihad dan lain-lain, semuanya dilaksana bersama iman yang terpahat kukuh. Lagaknya seperti singa yang tangkas. Tetapi di waktu malam, mereka ibarat tikus yang ketakutan. Mereka akan mula beribadah sambil bersendu-sendan. Basah lencun janggut-janggut mereka dengan titisan air mata. Mereka.... sedang diri sedia banyak amal dan juangnya, masih takut akan murka Ilahi. Sedang kita? Ah, jawablah sendiri....

Jika kalian search di google tentang solat tahajjud, kalian akan bertemu dengan cara-cara, adab dan segala perincian tentang ibadah istimewa ini. Dan saranan saya, buatlah begitu kerana saya tidak akan bercerita disini. Bimbang, ia mengundang bosan untuk hati kalian hadam.

Istimewanya ibadah.

Ramai yang sudah bertanya tentang solusi untuk memujuk hati. Skrip mereka sama. "Saya tak mampu nak tenang lah..", "Saya rasa down lah..." , "Saya rasa depress dengan &*%$.."

Sebagai manusia yang sama seperti kalian, saya juga mengalami masalah dan situasi yang sama. Futur? itu berkali-kali, mungkin. Iman merundum jatuh, itu juga ada kadangkalanya. Tetapi, istimewanya bangun malam itu... ia benar-benar memberi ketenangan.

Pertama, jika saya rasa down, saya akan mulakan dengan membaca al-Quran. Surah pilihan pastinya surah Yusuf tetapi surah apa-apa pun tidak mengapa. Kerana seingat saya, dalam ayat 57 daripada surah Yunus, Allah telahpun mengisytiharkan bahawa dalam al-Quran, wujud penawar bagi penyakit rohani juga jasmani. Penyakit hati, juga penyakit badan.

Istimewa, apabila kita bangun disaat orang masih tidur, memang suasana sunyi itu membantu kita untuk khusyuk. Saat itu, kita akan mula berfikir sendiri, terkenang sendiri dosa-dosa kita. Ah, terbayang benar kehidupan selepas mati nanti. Sunyi pastinya. Tanpa siapa boleh menjadi teman. Ahli keluarga tercinta, sahabat handai terhormat, semua tidak menjadi teman. Tapi tahajjud itu, ia bisa. InsyaAllah.

Satu lagi cara memperoleh tenang ialah dengan menangis. Menangis... dan teruskan menangis. Jangan ditahan ego. Jangan diselit lagi rasa hebat sendiri. Sungguh, kita semua ini tidak hebat. Langsung tidak! Kerana hakikatnya, semua yang datang ialah datang daripada Allah. Semua yang hilang, ialah hilang kerana ketentuan Allah. Memang kita tidak ada upaya sedikit pun, selain Allah lah yang memberi semuanya.

Menangis, kenangkan dosa.

Menangis, kesalkan masa-masa dan umur yang berlalu.

Kita tidak menjadi makin muda. Kita semakin menghampiri mati. Ah, malang benar jika mati tanpa amal. Lebih malang pula jika mati bersama taubat yang belum terlaksana!

Ketiga, berdialog dengan Tuhan. Er... maksud saya ialah berdoa. Dan doa, dalam bahasa yang kita tahu. Jika faham arab, silakan. Jika faham melayu, teruskan dengan yang kita faham. Jangan terlalu skema, kerana jika terlalu mengikut 'skrip' kita takkan dapat 'feel'. Sebaiknya, merayu dan pohon sungguh-sungguh kepada Allah.

Kesimpulan.

Selepas kalian baca artikel ini, tidakkah timbul rasa mahu mencuba merasa betapa nikmatnya menangis, merintih dan merayu pada Allah. Biarlah saat itu kita ceritakan segala keaiban kita kepada Dia. Fikirkan... Allah sudah pun tahu segala keaiban kita, tapi masih tetap Dia sembunyi dan lindungi segala dosa batin kita. Setiap bayangan-banyangan tidak elok kita, setiap maksiat belakang-belakang yang kita buat, semuanya dalam 'poket', tapi Dia tak malukan kita pun!

Dan sungguh, saya yakin benar bahawa tiada siapa pun yang benar-benar suci, tanpa perlu dia merasa dirinya berdosa dan perlu meminta ampun.

Wallahua'lam.

Moga kalian lebih terpanggil untuk menghidupkan malam-malam kalian dengan amal soleh kerana yang pasti, ia memberi sejuta macam tenaga yang tidak akan kalian temui selain daripada ini. Fastabuqul khairat!
 
Previous
Next Post »
23 Komentar
avatar

Terimakasih.... Terasa kekerdilan diri ini

Balas
avatar

tahajud - penguat jiwa
dhuha - pengikat rezki
istikharah - petunjuk jalan

*pesan ustaz aku, jangan tinggal 3beradik ni. =)

Balas
avatar

terima kasih di atas perkongsian ilmu yg cukup bermakna ni. ya, 3 beradik tu jgn ditinggalkan.. insya Allah.

Balas
avatar

salam akhi,
terima kasih..
sokong dgn catatan yg dilakar,
pasni boleh kongsikan ttg solah dhuha pula.. (",)
insyaAllah.

Balas
avatar

Terima kasih di atas peringatan ini... terasa begitu jauh dariNYA.

Balas
avatar

Terima kasih atar perkongsian ini.. Syukran jazilan.. :)

Balas
avatar

syukran jazilan,begitu senang dpt bc entri sbgni..~~peringtn utk diri spya terus b'ibadah hny krn Allah...~~~

Balas
avatar

terim kasih atas perkongsian... indah...

Balas
avatar

terkesan dgn hasil tulisan anda...syabas Bayyinat......

Balas
avatar

alhamdulillah

Allah serius baik, bila aku rasa nak upgrade amal dari segi yang ibadah tak wajib,
dia buat tangan aku klik pautan-pautan yang ada kaitan.


T_T

tengs juga, tuan rumah bayyinat.

Balas
avatar

Syukran atas perkongsiannya akhi,Jazakallah.. ^^

Balas
avatar

sepatah dua kata..dh..hee~

terima kasih =)

Balas
avatar

Assalamualaikum

pakaian takde aksesori... orang tengok pon kurang menarik

Balas
avatar

alhamdulillah syukran..sungguh indah

Balas
avatar

pabila diri terlalu cepat merasa lelah,
seolah mengisytihar kalah,

sedang mulut cair melafaz keluh,
padahal syurga seakan jauh,

tanyalah hati.

hati tak pernah menipu kan?

iya.

perlukan tazkiyatun nafs,
penyucian jiwa.

jazakallah khairan atas perkongsian.
keep himmah okeh.

Balas
avatar

sangat menyentuh.. menampak kekerdilan diri. terima kasih berkongsi

Balas
avatar

tq bal...knp sih ak ni rasa tenang aja baca setiap entri kamuuu..

tq yah, teroskan tabiat kamu untuk mencatiti semua ilmu dr para ulama, ustaz, naqib n sbg nya..

moga ilmu itu dpt dimanfaat bersama rakan2 lain..

Balas
avatar

i'm in ur bloglist..wowowo..
terharu..krook krook..tq lo bro..
toink2..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443