Santai :)

Rasanya agak lama juga saya tidak menulis suatu yang santai kerna banyak yang serius sahaja saya tuliskan dan kongsikan, tapi dengan harapan yang masih belum berubah sejak dahulu iaitu supaya ada secebis kebaikan buat diri saya, penulisnya.

Pertama, Pesta Buku.

KL International Book Fair 2011. Saya teruja. Memang saban tahun, ia seperti satu pesta yang ditunggu-tunggu. Saya pasti bukan saya seorang cuma, tapi ratusan dan ribuan pencandu buku juga ternanti-nanti tarikh ini.

Sedang diri diminta untuk membuat senarai buku yang mahu dibeli (kerana tak mahu terlebih belanja), saya jadi keliru sendiri. Tidak tahu mahu mencari buku apa. Tapi keutamaannya ialah novel-novel samada Hlovate ataupun Hilal Asyraf. Pun, tertarik juga diri untuk membeli buku-buku motivasi. Entahlah...

Sepintas lalu tentang buku.

Saya gemar menulis tetapi kurang pada membaca. Itu lemahnya saya dan itu kurangnya saya. Kiranya, saya ini termasuk dalam kategori penulis yang kurang membaca dan layaklah untuk penulisan saya kaku begini. (Saya minta maaf kepada sidang pembaca sekalian).

Saya perasan, ada insan yang agak kedekut untuk membeli buku yang bermanfaat.

"Mahal!"

Baiklah. Saya tidak menafikan bahawa kadangkala senaskah buku boleh mencecah puluhan ringgit Malaysia. Kala gawat begini, memang sengsara lebih terasa. Kerana itu, tidak ramai yang membaca dan akhir, kurang terdidik mindanya.

Kerana itu juga, saya sarankan kepada sesiapa yang punya wang lebih, belilah buku-buku yang baik. Jika tidak untuk kalian baca, kalian boleh hadiahkan kepada sesiapa. Dan hadiah berupa buku agama atau al-Quran terjemahan, adalah hadiah yang paling indah pada kiraan saya.

Dan itu juga kata-kata ustaz saya, imam kariyah kami. Mesejnya jelas, "Jika kita tidak punya kemampuan untuk baca, apa salahnya kita biarkan orang lain yang baca. Setidak-tidaknya, ada saham kebaikan terpalit pada diri kita juga pada akhirnya"

Kanak-Kanak.

Hampir setiap hari saya menonton video ni. Dari laman Facebook seorang sahabat, saya mengambil keputusan untuk memuat turun sahaja video ini kerana saya sudah jatuh suka dengan adik comel ini. Ops! Bukan adik comel tetapi adik yang terlalu serta tersangat comel!


Saya teringat akan hadis daripada Imam Bukhari, “Tiada (seorang anakpun) yang dilahirkan kecuali ia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi, atau menjadikannya Nasrani atau menjadikannya Majusi (penyembah api).”

Ramai yang beranggapan bahawa yang dimaksudkan dengan Yahudi, Nasrani atau Majusi itu sebagai 'masuk agama' mereka. Sebenarnya, penafsiran yang lebih tepat ialah 'cara hidup'.

Ini adalah kerana Yahudi ialah satu agama yang dikhususkan kepada orang Yahudi semata-mata, dan tidak pada manusia selain daripada bayi-bayi yang keluar dari rahim-rahim wanita mereka. Atas sebab itu, kita boleh melihat bagaimana lelaki melayu bernama Muhammad boleh menjadi yahudi, nasrani atau majusi. Dan ia suatu yang samar kelihatannya, kerana terlindung di balik tulisan 'islam' di balik kad-kad pengenalan mereka.

By the way, saya punya harapan untuk memiliki zuriat yang sebijak dan secerdas adik kecil ini. Jika ibunya ada membaca post ini, silalah memberi respon kerna saya teringin benar untuk memberi sebarang hadiah tanda kekaguman dan kecintaan saya pada anak kecil ini. Semoga kamu membesar bersama ruh islam yang tidak luntur. Doa saya, lelaki yang sarat dengan silap kepada anak kecil yang suci dari dosa. 

METC?
Saya pernah masuk TV al-Hijrah, tapi saya sendiri tak tonton diri saya kerana tidak dapat siaran itu

Semenjak identiti saya sebagai pelatih di Malaysia Airlines Engineering Training Center (METC) terbongkar (padahal memang saya sengaja bongkar), ramai yang bertanya tentang cara-cara untuk apply ke sini. Saya malas kurang rajin untuk menulis. Oleh itu, saya kongsikan satu post dari sahabat rapat saya (saudara tarbiyyah saya), Normen Halusran.

Cuma sedikit harapan saya dan teman-teman, kami seboleh-bolehnya punya impian untuk melihat lebih ramai 'ahli akhirat dan kerja-kerja dunia'. Jika kalian faham, saya memaksudkan tentang keberadaan orang yang punya latar belakang yang islamik tetapi membanting tulang dalam industri yang tidak islamik.

Suasana ini berlaku di Eropah, tetapi sedikit tenggelam di bumi sendiri. Di sini, orang yang faham agama kurang peka atau kurang minat untuk menceburi bidang-bidang dunia, kerana minat mereka selalu sahaja terarah pada bidang agama. Cuma, ruang dan sela yang ada ini sudah semakin menipis. Alhamdulillah. Itu tandanya islam semakin bangkit (menghampiri kemenangan abadi) bersama-sama kebangkitan jiwa muda!

Novel.

Yang ini pun satu hal juga. Ramai yang sedia tahu (dan ada yang tidak tahu) bahawa saya ada menulis novel. Ya. Ia suatu yang sudah dinoktahkan sejak sekalian lamanya. Rasanya, akhir Januari kerana pada awal bulan Febuari, saya sudah hantar dan emel kan kepada beberapa publisher untuk dinilai.

Sedikit terkilan saya, saat selepas hampir 3 bulan sepi tanpa balasan emel, saya bertanya. "Pihak tuan berminat atau tidak dengan manuskrip saya?", dan jawapan balas ialah, "Maaf. Kami belum menilai dan pihak kami akan membuat penilain pada manuskrip tuan" dan kata terima kasih pada akhir ayatnya itu tidaklah memberi saya rasa yang seronok. Tidak pada saat itu.

Lalu, saya mula bekira-kira untuk hantar pada publisher lain dan malang buat saya (moga ada hikmah yang agung disebalik peristiwa ini), rata-rata mereka tidak punya kesempatan kerana sibuk untuk membuat persediaan untuk pesta buku nanti.
"InsyaAllah selepas pesta buku nanti", salah satu emel diterima dari pihak publisher. I'm looking for it!

Sepintas lalu, saya mahu bercerita sedikit tentang novel ini kerana ramai sahabat bertanya pada saya tentang 'cara menasihati sahabat untuk menutup aurat', 'cara memberitahu diri meminati lelaki (bagi wanita)', 'cara dakwah kepada orang muda', 'cara solat dalam kapal terbang' dan lain-lain persoalan.

Sebenarnya, saya sudah sedia memberi contoh jawapan dan solusi bagi permasalahan berikut dalam novel hampir 400 muka surat ini. Cuma masalahnya itu... ia masih belum lagi dinilai, apatah lagi diterbitkan =.='
        
Previous
Next Post »
17 Komentar
avatar

ok la tu. bukan mudah terbitkan novel..
er, rasanya la.

Balas
avatar

Cuba hantar pada Galeri Ilmu pula.

Sebab, baru-baru ni ana ada emel, bincang sesuatu. Dan, editor tersebut balas.

Editor bahagian novel.

(Balas tu balas, tapi kalau nak menilai novel, wallahhualam, dia akan minta masa lanjut atau tidak) tapi, waktu KLIBF selalunya sibuk lah.

Balas
avatar

alhamdulillah tahun lepas ana sempat ke PBAKL..tahun ini x de rezeki..:(..mudah2an ade di tahun2 berikutnya..

Balas
avatar

memang benar kalau suasana tarbiyyah di luar negara wujud suasana macam tu. orang yang faham islam banyak yang cuba berkongsi kefahaman mereka dengan orang2 lain.

di tempat kita, yang menjadi masalah kerana ramai orang berada dalam 'comfort zone'. menganggap diri berada dalam 'negara islam' itu selamat sedangkan selamatnya kita bukan kerana berada di tempat2 begini sebaliknya amalan2 kita juga.

jangan bputus asa dalam mengajak manusia. dan jangan mengharapkan yang senang dalam berdakwah.

banyakkan pergantungan kepada Allah insyaallah! ^_^

wallahua'lam.

Balas
avatar

wow...mcm best je novel tu....nak beli nanti !!

btw, tapi macam lama sangat je nak tunggu d publish...=(

macam mana tu yerk ??

ha, bagon2, solat tahajud dong !! hehe..=0

Balas
avatar

assalamualaikum..

wah, amat terkesan dengan video adik comel tu, fasihnya dia..
Alhamdulillah,

by the way, good luck untuk penerbitan novel awak tu, akan di beli nanti (kasi tajuk yea) :)

Balas
avatar

wah..penulis rupanya ...x sabar nk tgok novel tu nanti..

Balas
avatar

salam ziarah :)

tak sangka meminati hlovate jugak...

memang teruja untuk ke book fair kali kedua, tapi rsenyer x berkesempatan kot...

banyak org beli buku tapi x baca. amat rugi. ada juga yang suka sgt baca buku, tapi xde duit nk beli buku..

apa2 pun, semoga berjaya dalam karya anda. insyaALLAH, jika ia banyak memberi manfaat kepada pembaca2, pasti akan dipermudahkan segala urusan =)

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

assalamualaikum

mmg seronok kalau brada di Pesta Buku..mcm2 buku2 mnarik trsedia..rambang mata..

bru tau saudara ada menulis novel..sabar ya..insyaallah,jika rezeki memihak kpd saudara..xlama lg terbit novel karya saudara:-)

Balas
avatar

assalammualaikum dik iqbal,

wah glamourlah adik iqbal ni ye..insyaAllah dik jika niat kita benar Allah akan permudahkan jalan kita..moga adik teruskan perjuangan menulis walau belum diterbitkan..Kalau sudah jgn jual mahal-mahal ye..

akak pun kalau dpt anak lelaki..nak macam adik comel tu..sejuk perut mak dia..

Balas
avatar

akhi nak keluarkan novel ke??
dah siap nanti bg tau ye :)

Balas
avatar

Alhamdulillah,insyaAllah pasti sesuatu yang baik akan berlaku w/pun agak lambat^^ kalo dah diterbitkan novel tu,roger2 lah ^^ kompom dibeli^^

Balas
avatar

tahniah akhi kerana dah berjaya hasilkan novel.. tak sabar nak baca.. akhi memang ada bakat menulis yang baik..

akhi kata nak join MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"

kan. ajak la ramai2 lagi ye.. mudah-mudahan semuanya dalam redha Allah..amin

Balas
avatar

salam iqbal
moge sihat ^_^

kat ganu ada siaran alhijrah, iqbal ada buat show utk pee? leh kak liza tgok ^_^

Balas
avatar

Kak Liza- benda tu dah ditayangkan dah~ lamaa dah

Balas
avatar

salam adik iqbal,
salam ziarah, berehat sebentar di pondok cinta ini memang terhibur dan menyegarkan minda....selamat menjalani peperiksaan, semoga berjaya !

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443