Ini adalah kerana ibadah yang kita kerjakan itu adalah sangat terdedah kepada penolakan. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tolak ibadah kita, and we have no right to against His will!
Artikel kali ini bertujuan untuk membincangkan ciri-ciri ibadah yang diterima. Penulis cuma akan menulis beberapa etika dengan ringkas. Jika mahu penerangan yang lebih, sila kunjungi toko buku yang berdekatan. Heh.
Menurut Sheikh Amir bin Muhammad Al-Mudri (imam masjid Al-Iman di Yaman), ada beberapa perkara yang perlu dimiliki oleh kita agar amal ibadah kita diberikan ganjaran dan diterima oleh Allah.
Pertama, kita perlu memiliki rasa takut amal bahawa amal-amal kita akan ditolak. Dalam bahasa lain, ini ialah sifat para muttaqin. Boleh rujuk surah al-Mukminun ayat 60. Memiliki rasa takut ini ialah asas kepada kehambaan. Ini adalah kerana jika kita takut dengan Allah, maka dengan sendirinya kita punya hati akan tunduk, memperakui segala nikmat yang telah Dia kasi non-stop.
Kiranya... kalau tanpa kurnia-Nya, pilihan-Nya, atau tanpa permission-Nya, adakah kita dapat buat kebajikan? Nehi! takkan mampu! Semua ini pilihan Allah. Dia beri kita peluang, dan syukur peluang itu kita sudah manfaatkan. Rujuk ayat 12 daripada surah Lukman. Mudah-mudahan timbul perasaan yang sepatutnya ada pada hamba.
Ciri yang kedua ialah kita mestilah menganggap amalan yang kita lakukan itu sangat kecil. Kecil hinggakan rasa tak layak nak dibanding dengan apa-apa jenis measurement pun. Dengan sendirinya, kita akan terhindar daripada sifat riak dan juga perasan. Perasanlah... konon-kononnya Allah terima amal ibadah, tapi rupa-rupanya tidak.
Kalau boleh saya berikan contoh, saya nak ambil contoh sedekah aja. Kalau di tempat saya (dirahsiakan di mana, Afrika Selatan mungkin), surau-surau ni sudah dijadikan macam tempat buang sampah. Selalu saja ada orang yang 'sedekah' barang. Tapi sebenarnya, barang yang dia kasi tu pun bukannya elok dah. Macam kain langsir yang sudah koyak rabak, buku-buku yang sudah bertukar warnanya, dan lain-lain.
Bukankah sepatutnya kita berikan yang terbaik yang ada pada kita? Ececeh... macamlah saya mampu buat maacam tu...
Merasakan sumbangan kita tadi tu kecil juga membuatkan mulut kita senyap. Tak ada nya kita nak buat press conference. Tak ada nya kita nak buat pengemuman hingga petala langit ke tujuh. Tak ada nya kita nak sibuk cerita kat orang. Sebab bila kita tahu perbuatan kebajikan yang kita buat itu kecil cinonet, maka akan datang rasa malu. Allah suka hamba-Nya yang pemalu dan tidak sombong, don't you know?
Sifat yang ketiga, kita perlu banyak berdoa kepada Allah. Ini ada kaitan dengan sifat pertama tadi kerana ia bekerjasama. Mukmin sejati perlu ada sifat takut dan harap. Takut amal tidak diterima, tapi dalam masa yang sama, perlu meletakkan harapan yang menggunung agar Allah terima juga.
Ciri-ciri amalan yang diterima yang keempat ialah diberi taufiq untuk taat selepas taat. Maksud? Kiranya... selepas selesai A, kita buat B pula. Bukannya terus berdiri dalam kelompok A sahaja. Contoh, selepas bersolat, kita rasa teringin untuk susuli dengan amal ibadah yang lain seperti zikir, baca Quran, dakwah atau mungkin mencari rezeki yang halal kerana Allah. Nak melihat sejauh mana taufik itu merantai kita... kita perlu lihat kepada pola pertumbuhan iman kita. Adakah kita konsisten? istiqomah? atau timbul-tenggelam? Buat baik depan orang, tapi malas buat baik belakang orang? Heh...
Saya doakan kita sama-sama dapat istiqomah. Depan orang kita baik, belakang orang kita baik kuasa dua.
Ciri yang terakhir (sebab saya sudah janji akan beri sedikit cuma) ialah kita perlu memperbanyakkan istighfar. Mudah kira... sifirnya ialah semakin banyak ibadah kita, semakin banyaklah kita perlu beristighfar. Bukan mudah nak buang riak, ujub, dan segala mak-nenek ini. Tapi Allah sudah beri jalan yang mudah, iaitu dengan melazimkan meminta maaf dan ampun daripada-Nya.
Kesimpulan.
Alang-alang kita berbuat amal soleh, biar sampai Allah terima. Perkasakan ilmu, pertingkatkan iman dan taqwa. Mudah-mudahan, Allah terima amal kita. We do our best and leave the rest to Allah ;)
14 Komentar
eh, dah kembali kepada gaya penulisan yang sebelum ni ke?
Balastakut kepada Allah
Balasmenganggap ibadah kita tak tera mana
banyak berdoa
beristiqamah
beristighfar
alhamdulillah, ilmu baru. syukron akh.
Terima kasih utk perkongsian.
Balasdan ia menjawab persoalan-persoalan yg bermain di benak.
ada cadangan tajuk buku yg patut dibeli utk kupasan yg lagi mendalam tentang isi yang Iqbal kupaskan ni?
(=
bismillah.
Balasalhamdulillah, pengisian yang tulus. insyaALLAH semoga penulisan kembali memuhasabah kita.
pernah juga terlinta dibenak,apakah ibadah diterima or tak..adakala beramal dengan harap mendapat keredhaan Allah dan cemas sekiranya tidak diterima ibadah itu...
Balaspernah terbaca,syarat ibadah yg diterima Allah ada dua:
pertama : ikhlas
kedua : bertepatan dengan sunnah dan syara’
Ibadah dalam kehidupan seorang Mukmin adalah kehidupan
keseluruhannya, kerana setiap kegiatan hariannya adalah
dikira ibadah kepada Allah..hanya perlu niat dan x bertentangan dgn syarak..
benar sekali bahawa
Islam adalah way of life
*hasil pembacaan hamba fakir
assalamualaikum
Balasnice entri
baru je habis baca e-novel anda
mantap !!
thanks =)
semoga pahala menyebarkan kebaikan sentiasa mengelilingi anda
InsyaAllah
assalamualaikum
Balasterima kasih atas perkongsian ni :)
kita kena bandingkan ibadah kita dengan orang yang kuat ibadah, kalo bandingkan dengan orang yang teruk kita pulak jadik lagik teruk
Balasterima kasih kerana berkongsi maklumat yg bergune walaupun cinonnet....=)
Balasinsyaallah. semoga amal ibadah kite akan d terime Allah....
Saya mahu dilihat sebagai moderate dsecara terangan, tetapi religious dalam sembunyi.
Balassupaya orang tidak expect terlalu lebih, atau mendengki kepada amalan saya.
hmm...muhasabah diri...huhu...
Balasalhamdulillah..
Balassyukran atas perkongsiaan!
mengingatkan diri ini yg kadang terlalai :D
Style! Amazing! =) Taqabbalallah..
Balastgh terkesan nih.. ^^
trima kasih akhi...
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443