Apa kata saya tentang novel Quartet?

Pertengahan Ogos- saya teruja. Oh! Semestinya saya akan teruja, kerana novel pertama saya akan mula dipasarkan. Segala puji bagi Allah yang memberi ruang dan peluang untuk ia dibukukan. Dalam rasa yang kembang kuncup dalam dada, saya tahan-tahankan dahulu rasa yang satu itu. Saya tidak merancang untuk menulis sesuatu yang berkaitan dengan novel Dia Yang Kunikahi. Belum lagi. Saya akan tulis tentang itu di lain ketika. Tapi buat masa sekarang, ada suatu yang lebih utama yang mahu saya tulis dan kongsikan dengan para pembaca yang saya kasih bangat ini :)

Saya tak tahu sama ada anda sudah membaca atau belum novel ini- Quartet, tulisan Saidatul Saffaa. Pernah? Jika pernah, saya yakin apa yang sedang saya tulis tidak akan banyak beza dengan apa yang sudah anda tulis. Apa yang kita nikmati sepanjang pembacaan kita mungkin sama- jika frekuensi kita dalam range yang sama.

Saya baca novel ini di bulan Ramadhan dan saya tamatkan pembacaan saya usai solat tarawih, malam ramadhan. Dalam kesibukan, sempat juga saya memerhati dan memetik beberapa elemen yang cukup cantik, cukup sifat, cukup sempurna… dalam novel ini.

Pujian yang tulus dari nurani, saya basahkan kepada penulis atas kejayaan dan kejernihan ilham dalam menulis novel yang bagi saya, sangat bermutu. Tahniah, Saidatul Saffaa!

Ini kisah Misa. Kisah yang digarap daripada sisi wanita. Saya lelaki. Tapi saya tak berasa sebarang kecanggungan dalam membaca peribadi seorang wanita- Misa.

Ini kisah transit seorang gadis, daripada kehidupan yang ‘luar biasa’ kepada sebuah kehidupan yang ‘biasa’.

Eh, bukan sepatutnya daripada biasa kepada luar biasa?

Bagi saya tidak. Pada islam- yang ‘biasa’ itu ialah hamba Allah yang taat kepada-Nya. Itu biasa. Manakala yang ‘luar biasa’, inilah kita… kebanyakannya. Perbuatan banyak bermaksiat, sebenarnya itu ialah luar biasa! Luar biasa bagi seorang hamba, luar biasa juga kepada fitrah dan asal usul.

Berbalik kepada tema. Tema yang cuba ditampilkan oleh pengarang, saya terjemahkan sebagai sebuah cinta. Bukanlah cinta itu cinta lelaki-wanita, tetapi sebenarnya cinta seorang wanita dalam mencari Allah.

Ada banyak tempat dalam novel ini, penulis berjaya membuatkan hati saya melompat. Oh! Hiperbola. Tidak. Hati saya sebenarnya benar-benar ‘melompat’ hingga terlontar ke dalam satu dimensi lain yang asing.

Persoalan hati, monolog hati, juga ketetapan hati… itulah antara isunya.

Hati manusia, Allah yang pegang. Tiada siapa nafikan itu. Daripada ibu Misa, Puan Hannah… hinggalah kepada kawan-kawan sebiliknya, Azra dan Milah… semua mereka punya rasa runsing dengan keadaan Misa yang ‘biasa’ (mengikut takrif ‘biasa’ yang saya tulis diatas). Selepas beberapa tragedi, akhirnya hati Misa jadi lunak. Di sana sudah terpampang fungsi seorang sahabat fillah- yang mana dia setia dan sabar. Hati manusia ini sebenarnya sangatlah lembut bila dia sedang dalam masalah. Dalam keadaan bersedih itulah, hati manusia itu paling dekat dengan Allah. Tapi tak ramai yang tahu. Tak ramai yang ingat bahawa dia masih ada Allah. Tak ramai yang sedar, dia masih mempunyai tempat penggantungan.

Oleh sebab itu, sahabat yang baik takkan jemu menitipkan kata-kata yang baik (seperti dalam surah Ibrahim) untuk memujuk. Dengan kata-kata yang baik, keyakinan kepada Allah boleh berakar umbi semula. Sungguh!

Syukur, Misa bertemu dengan keinginan untuk pakai tudung. Tapi, dia masih pakai T-shirt saiz S dan M?

Masa tu, Bilal sudah bernikah dengan gadis idamannya. dan Misa pula sedang di Malaysia, di kampung neneknya dan tinggal bersama ibu saudaranya, Mak Su Bib. Di sini titik perubahan kedua Misa. Di kampung yang permai inilah, Misa ‘tersinar’ semula. Kelibat Ustaz Mustaqim dirasanya seperti... ustaz Din! Siapa Ustaz Din? Mungkin tak perlu saya cerita lebih-lebih. Carilah novel Jaja&Din ya :D

Oh. Sambung cerita pasal Ustaz Mustaqim pula…

Kali ni, Misa mula menekankan kepada kita tentang keperluan berusaha. Saya tahu, penulis sedang mahu menegaskan- “takdir itu berada di hujung usaha”

Betul! Saya saya pun berpegang dengan prinsip itu. Berusaha, kemudian bertawakkal. Macam kisah tongkat Nabi Musa. Macam cerita Maryam goncang pokok kurma. (Panjang untuk saya huraikan sekarang. Doakan saya panjang umur, nanti saya hurai lagi)

Dalam masa yang sama juga, Misa mula berkira-kira sendiri, “Aku ni… okey ke?”

Timbul keinginan dalam hati dia untuk jadi lebih ‘biasa’. Daripada baju saiz M dan S, dia memilih baju yang tak lagi menampal kulit. Tudung pun sudah ditukar kepada yang makin labuh, makin besar.

Wonder why al-Quran takes 23 years to complete?

Allah turunkan al-Quran di baitul izzah, sebelum ia turun berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Kenapa ya 23 tahun? Kenapa tidak sekaligus?

Dalam islam, perubahan ekspress itu bukanlah satu yang bagus. Saya memahami ini dengan pengalaman dan pengamatan saya. Ramai yang berubah sekali gus; berubah dengan sangat-sangat drastik. Akhirnya, dia akan drastik juga untuk kembali kepada sisi asalnya (kembali jadi tak baik). Sebab itu, istiqomah penting dalam perubahan. Jadilah macam Misa… berubah sikit-sikit, satu step kepada satu step seterusnya, tetapi berterusan dan konsisten!

Oh ya. Ustaz Mustaqim juga bukannya pilihan hati sebenarnya :)

Habis, siapa? Oh! Si encik penggali tanah tu ya?

Yang ini paling hebat membuatkan hati saya ‘melompat’. Habis lepas pagar sedar saya. Iaitu cerita perkenalan antara Misa dengan Irfan, sebab ia berlaku di alam maya. Mereka berkenal-kenal mulanya daripada Friendster (saya punya dah takde kot)… kemudian blog… dan seterusnya YM… dan akhirnya…couple?

Oh! Mujur tidak. Tidak berlaku adengan berkapel di dalam cerita ini. *tepuk tangan*

“Tapi… kalau ditanya soalan yang sama 4 atau 5 tahun lagi, pasti akan ada jawapannya. InsyaAllah”, kata Irfan saat hatinya cuba diselongkar mencari sekeping cinta buat Misa.

Penulis mahu mengajar kita tentang ‘adab bercinta’. Gambaran yang lebih jelas dicerminkan pada tindakan Irfan yang dengan ‘hati kering’ pergi berjumpa ibubapa Misa. (bagi saya, hati kering. Fuh!! Memang berani. Saya? Oh. Tak berani. Kejap, saya nak jumpa siapa? Tak ada siapa pun)

Memang itu sifirnya. Suka anak dara orang, cakap dekat wali dia…

Dan satu lagi, berkenaan dengan ikhtilat ataupun pergaulan di alam maya. Bab ini, rasanya bukan kena atas batang hidung saya ja, tapi seluruh batang tubuh ni kena hempap dengan persoalan ini- ‘kau lulus tak dalam bab ikhtilat ni?’

Ya Rabb. Saya beristighfar sendiri dan mula merancang sesuatu. Ya. Penulis, Saidatul Saffaa memang sudah menyedarkan saya tentang isu ikhtilat di alam maya kerana di alam realiti, memang saya lulus (insyaAllah) tapi di alam maya……… =.=’

Apapun, saya angkat novel ini sebaris dengan novel novel Jaja&Din dan Contengan Jalanan. Penulis wanita memang hebat! (selingan sahaja). Yang akhir, selepas menamatkan pembacaan dan mula mengkoreksi diri, cepat-cepatlah buat pembaikian! Saya yakin, tiada seorang pun penulis Jemari Seni yang menulis untuk suka-suka, tetapi sebenarnya lebih mahu agar ada manusia yang mengambil manfaat daripada tulisan mereka. Saya harap Saidatul Saffaa bersetuju dengan pernyataan saya.

Apapun, moga Allah merahmarti usaha beliau. InsyaAllah, selesai dengan buku pertama daripada beliau. Saya nak baca yang lain pula… kalau ada masa.
      
Previous
Next Post »
13 Komentar
avatar

Akak cari Dia Yang Kunikahi di MPH alamanda mingggu lepas, takde pun lagi:(

Quartet akak beli masa pesta buku kat pwtc tak lama dulu. Khatam baca 3 hari lepas tu..

satu lagi novel yang akak nak cadang iqbal baca, aci dak? sebab akak baru je habis baca ni, karya mantap. Banyak yang dapat dipelajari. Cinta Kembali Bertasbih karya A Ubaidillah Alias, terbitan PTS.

Balas
avatar

Dah lama tidak membaca novel2 bermutu seperti ini. Pasti akan dapatkan satu segera.

Terima kasih.

Balas
avatar

hurmmm.. dah lama xmembeli buku nih.. MO nak pegi cari jugak novel Quartet ni.. insyaAllah.. tahniah Iqbal, baby sulung bakal dilahirkan... nanti dah terbit jangan lupa inform pada MO ya.. :-)

Balas
avatar

alhamdulillah saya da baca buku ni
in fact saya die hard fan jemari seni
tahniah saudara kerana menjadi salah seorang warga JS :)

memang cerita ini betul2 buat saya terkesan
mengalir air mata juga dibuatnya sebab sama apa yg misa rasa dalam diri saya sendiri

good review:)
saya harap ramai yang membacanya

p/s: saya masih mencari DYK :)

Balas
avatar

ok, akan cepat2 cari buku ni plak n novel sulung saudara...

Balas
avatar

oh! oh! OH!! Kenapa banyak sangat pula novel keluar ni?!! Kenapa banyak sangat yang terlepas ni?!!

Adakah duit simpanan untuk baju raya akan dihabiskan pada novel2?!!

erk... =____="

Assalamualaikum,

Terima kasih di atas perkongsian. :)

Balas
avatar

dah baca Quartet , Jaja&Din , Contengan Jalanan .

Sangat senang dengan pengisian dan cara plot ceritanya yang lembut & flow~

Saidatul Saffa memang penulis yang baik . saya juga dah baca novel Damai , himpunan 3 penulis , salah seorang adalah Saidatul Saffa!

Balas
avatar

Assalamua'laikum. hlovate, saidatul saffa, kak su byk cerita yg menyuburkan jiwa, syukur. quartet saya baca lepas beli di bookfair dulu. plg suka bile dy tekankan ayat 1000 dinar tu. ayat tu sesuai dgn situasi saya waktu tu, alhamdulillah.

saya mula minat saidatul saffa tahun lps sejak baca nvl pertamanya, "Kemilau Mutiara Raudhah" :))

KMR sangat sangat best! (somehow saya rasa lg best dpd quartet. eheh, pendapat saya la) kisah dr n engineer, berkaitan perubahan si lelaki engineer tu. latar tmpt dlm KMR pun buat saya rasa teruja. kwn2 pun dah banyak kali ulang baca. worth reading, insya-Allah.

btw, saya ada ceritakan pengalaman bersama adik muhammad al-hafiz di blog saya. jemput baca :) -eksklusif nuzul quran : mendidik anak GenQ.

jazakallahu khairan kathira atas segala perkongsian. Allah jua yg selayaknya membalas.

Balas
avatar

Terima kasih atas promosi novel 'Cinta Kembali Bertasbih' :)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443