Dia Yang Kunikahi

Alhamdulillah. Saya layangkan sebujuk rasa cukup kepada Yang Maha Esa kerana memberi saya ruang dan peluang untuk terus mencoret sesuatu di laman hati saya, kepada kalian yang dekat di hati.

Saya bersyukur kepada Allah dan saya berterima kasih kepada anda semua. Sebabnya ringkas, kerana daripada segala ini, lahirlah sebuah novel ‘biasa’- Dia Yang Kunikahi.

Sepatah dua kata daripada saya-

Saya menulis novel ini selama kurang lebih dua bulan. Saya tak punya alasan yang kukuh pun untuk menulis novel sebenarnya. Sungguh, sepertimana yang ditulis di kulit belakang novel Dia Yang Kunikahi (DKY), saya memang tak pernah terlibat langsung dengan mana-mana bengkel penulisan. Saya tak pandai mengarang; sangat tak pandai. Tetapi, ada dua perkara utama yang membuatkan jari-jemari saya menari di papan kekunci komputer jenama Compaq saya ini.

1- Ramai yang meminta saya menulis novel. Sangat ramai (menurut takrif saya). Dan tak salah jika saya kata, saya menulis kerana anda! Kerana anda yang sentiasa dekat di hati saya.

2- Saya melihat ada ruang untuk saya menitipkan satu dua pengajaran daripada al-Quran melalui sebuah cerita yang dikarang. Al-kisah, saya tengok… ada junior saya yang menggunakan masa rehat mereka untuk membaca novel. Masa rehat yang setengah jam itu mereka habiskan dengan menatap muka per muka novel yang saya baca tajuknya… Oh! Novel cinta. Tidak keterlaluan jika saya katakan, ia sebuah novel cinta bertajuk klise, dan saya pasti sangat… isi kandungannya ialah kisah cinta yang ‘biasa’.

Lalu timbul di fikiran saya. Mengapa saya tak cuba menulis novel. Kurang-kurang pun, boleh juga ‘masuk jarum’ pada kaki novel. Mungkin boleh menuetralkan mereka. Manalah tahu, ada yang terlebih asid. Manalah tahu juga, ada yang terlebih alkali. Jadi saya harap novel saya boleh menuetralkan jiwa kita. Apapun, semuanya biiznillah (dengan izin Allah)

Bagaimana ya saya menulis?

Sejujurnya, saya memang tidak banyak membaca novel. Tidak keterlaluan juga saya kata… saya ‘menulis dulu, baca kemudian’. Selepas habis semua bab saya karang, barulah saya mula membaca novel-novel orang. Antaranya novel Hlovate dan kak Su. Dan daripada hasil pembacaan saya, saya cuba ubah dan sunting secara berperingkat-peringkat. Tapi malangnya, manuskrip itu sudahpun berada atas meja puan editor saya- Kak Noor Suraya!

Lebih menarik, manuskrip saya ini bukannya saya hantar… tapi manuskrip ini dilamar! Bagaimana? Ingat tak dahulu… saya pernah buat ulasan tentang novel Jaja&Din. Ha! Masa itulah. Saya tak sangka penulis novel itu, Kak Noor Suraya akan memuat turun manuskrip saya (masa itu saya buat jadi e-novel). Sungguh saya tak jangka!

Saya sengaja buat e-novel kerana bagi saya, ini ialah eksperimen saya sahaja. Ya. Saya sekadar mahu cuba-cuba. Tak punya hajat yang mendalam pun untuk mengirimkan kepada mana-mana syarikat penerbitan. Dan kerana itu juga, saya bersikap acuh masa menyunting dan mengedit karya sendiri.

Oleh sebab itu, saya yakin amat… bahawa setiap orang yang ada memuat turun e-novel saya yang lama akan berasa kecewa. Masa itu, nama e-novel itu ialah ‘Antara Dua Bidadari’. Jujur saya katakan, manuskrip itu ialah bahan mentah yang belum disunting hatta oleh saya sendiri.

Saya cuma serius menacapkan DYK hanya bila Kak Noor Suraya menghantar satu mesej pada laman sosial Facebook saya. Dia ceritakan dengan telus niat syarikat JS Adiwarna; mahu membukukan e-novel itu. Saya pula… umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Maka, tanpa lengah saya pun setujulah.

Saya sendiri rasa sayang… sayang amat kalau-kalau apa yang saya tulis itu, pembacanya hanya 100 orang dan kurang. Tak berbaloi. Tetapi untuk dibukukan, saya pun rasa ‘kurang’ berkenan juga.

Sebab itu, saya pernah berkata kepada kawan saya, saudara Normen. Kata saya, “Kalau pun aku nak bukukan manuskrip aku, aku akan bukukan pada Jemari Seni. Kalau tak, aku kasi free saja”

Dan memang! Saya beri free… free untuk dimuat turun (versi belum sunting) dan sekarang, sudah ada versi yang lebih baharu, lebih berkualitas, lebih mutu, lebih perasa, lebih berkilau… ops! Terpuji novel sendiri pula. Maaf! Tapi hakikatnya, saya memang bersyukur kerana orang yang sunting novel saya bukannya calang-calang orang tetapi seorang penulis hebat- Noor Suraya.

Heh! Siapa tak kenal Kak Su? Siapa yang tak setuju kalau saya kata… Kak Su sudah masuk dalam barisan penulis terhebat abad ini.

Akhir kata, saya mengembalikan rasa gembira saya kepada Allah kerana saya sedar, segala ilham dan kekuatan ini datangnya daripada Allah. Buku saya ‘berat’… dan kerana itu, saya serahkan kepada Allah juga kepada sambutannya.

Saya tak harap sangat pembaca yang ramai, tapi saya sangat berharap… pengajaran yang saya cuba titipkan, boleh dimanfaatkan. Pertama sekali, kepada diri saya sendiri kerana melalui hasil tulisan saya ini, saya belajar seribu satu perkara yang takkan saya dapat jika saya tak menulis novel ini.

‘Ya Allah, berkatilah mereka yang membaca buku ini’- saya mendoakan kalian, dengan harapan yang menggunung agar ada manfaatnya.

Oh ya! Sebelum saa terlupa; ramai yang sudah membaca novel DYK melemparkan komen sebegini- “Buku ni besttttt! Tapi bila baca ending, rasa macam nak koyak-koyak aje buku ni!”

Saya tahu sebabnya! Tapi saya tak boleh ubah endingnya sebab memang ceritanya tamat begitu. Saya senyum dan ketawa sendiri sahaja. Harapan saya juga, janganlah ada yang koyak-koyak buku tu ya nanti bila dah habis baca :D

Sekarang, apa kata kalian tentang buku ini?
    
Previous
Next Post »
33 Komentar
avatar

Esok gak Zida pegi beli and lepas baca baru boleh cari entri ni semula sebab nak komen ~

Mabruk 3alaik :D

Balas
avatar

nak jugak buku tu..xdak kat area sini..sapa2 yg baik hati poskan utk ana..nnt ana bank in kan duit nya..

tahniah iqbal.!

Balas
avatar

Alhamdulillah, dah berjaya tulis novel.
suka sgt dgn novel keluaran jemari seni.
nak beli jugak la nnt.

Balas
avatar

ana pun nak. mana nak cari di tasmania ni. ana beli yg soft copy ke, ada? nak sgt baca..

Balas
avatar

“Buku ni besttttt! Tapi bila baca ending, rasa macam nak koyak-koyak aje buku ni!”

Membaca quote unquote di atas membuatkan saya tergelak sendiri. Jujur cakap, saya pun punyai rasa sebegitu. Nasib baik baca softcopy..jadi tak boleh la nak koyak-koyak kan...

Err...bukan anti..tetapi agak keberatan untuk menerima...Namun andai itu yang terbaik, tidak mengapa..Andai semua pihak bersetuju, apa salahnya..

Balas
avatar

fuh nak kena carikk...
tapi kalau kat perlis nih mmg berkurun la nak tunggu ...
cover lawa loh. =)

Balas
avatar

Alhamdulillah.
tahniah akh iqbal! ^_^
insyaAllah,sy cari novel tu smpai dpt ^_^ cantik cover novelnya..

Balas
avatar

wah.. tahniah dek... dari dulu akak tahu.. iqbal memang sangatlah berbakat dalam penulisan.. pergh.. kak suraya.. novel dia memang best2..


akak teringin gak nak mengarang.. tapi tak berapa reti pulak.. sekadar menulis untuk diri sendiri.. bolehlah.. hehehe..

Balas
avatar

mabrook ya akhi! ^_^V teruskan mengarang..enta ada bakat yg sangat2 boleh dikembangkan dgn lebih jauh..

DYK, versi soft copy...yer..ana agree ''endingnya..'' kerana ana sudah meneka2 ending nye..hihi..tak sangka betul pula di akhir pembacaan...
novel yg bercirikan Islam..
ana sokong usaha murni enta!

teruskan!

^_^

Balas
avatar

assalammualaikum

alhamdulillah..tahniah akhi Iqbal..

dh smpai ke Muar johor x novel trsebut??

sesiapa yg boleh mbantu..ana nak novel trsebut..nnt ana bank in kan duit..

Balas
avatar

Allahu Allah,alhamdulillah
tumpang gembira dgn bro iqbal :)

dan ia adlh JS,sgt2 la terbaek
tahniah, truskan mnulis krn cintaNYA

Balas
avatar

ok..saya nak pergi mph sekarang. ^^

teruskan menulis, moga Allah permudahkan.

Balas
avatar

wah...lama tak dtg cni... tahniah bro... ko mmg layak

Balas
avatar

insya-Allah, lepas ni akan ada dalam koleksi.. Saya memang pembaca tegar JS tapi untuk penulis2 tertentu sahaja. Tahniah atas kelahiran buku pertama.

Balas
avatar

rugi pulak rasa xdownLoad e-novev hari tu sebab masa istu agak sibuk dengan thesis dan repot praktikum..

P/S : kalau dah beli takkanlah nak koyak pulak.. :-)

Balas
avatar

tahniah...mesti cari buku nih...saya peminat novel nih..;)

Balas
avatar

walaupun tak pernah beli novel, tapi terasa macam nak beli lak novel ni.. (",)

Balas
avatar

salam'alaik...
sejujurnya, saya juga bukanlah peminat novel...
tapi, novel penulisan Hlovate lah yg telah membuka mata saya 2 tahun lalu....dan alhamdulillah, ke semua novel Hlovate telah sy miliki... =)

dan, Tautan Hati penulisan ukhti Fatimah Syarha paling saya kagumi.. ^^,

Balas
avatar

salamualaikum..ahsanta buat enta ^__^
jadi jugak ye novelnye??hehe..
hmm..andai ade masa..nk cari je novel nih..tngk komen org..mcm hebat dan 'best'...mantop ya akhi..insya'allah..harap2..sampailh mesej dlm hasil karya sulung enta nih ye..insya'allah..ana bagi sokongan kt enta..teruskan berkarya!!enta mmg ade bakat menulis sejujur2nya bile baca hasil penulisan di blog anta nih..wassalam.. ^_______^

Balas
avatar

tahniah iqbal.moga memberi manfaat..

Balas
avatar

Assalamualaikum Iqbal Syarie..;)

1st of all, tahniah utk DYK :D

rse curious ngn ending die..haha..insyaALLAH akn dptkn novel DYK tu ;) mph ade kn?

p/s -> semoga maju jaya :)

Balas
avatar

Tahniah Saudara Iqbal...
Sudah khatam DYK...karya generasi muda yang penuh dengan ilmu..awesome..but ending memang buat nak carik2 jer naskhah tu tp sayang la pulak...:)

Balas
avatar

aihh, baru tau buku ni bile jejak dis blog.
mabruk alaik lah!
inshaAllah nanti carik.
saya mmg tak kesah perabes duet bab2 buku ni

Balas
avatar

assalamualaikum.
kat kedai buku popular ada x buku ni?atau kedai terpilih saja?nak jugak beli.. ^_^ wpun bukanlah peminat novel...

Balas
avatar

susahnya nak cari buku ni. kat MPH alamanda tak jumpa pun :(

Balas
avatar

Bismillahirahmanirahim...
Aslamualaikum penulis paksi.net dan penulis buku DYK...
(mungkin komen ni akan panjang,hanya Allah yg tahu kemudiannya apa yg bakal ana tulis...)

Truly, sebelum ni ana hanya kenal syeikh melalui syeikh Normen,tapi itupun hanyalah disebabkan beberapa status2 di fb atau komen dan juga ada cerita darinya tentang syeikh.

And truly again, ana tak pernah jengah blog Bayyinat ni pun sebelum ni.

Dan sememangnya ana peminat tegar novel. Bermula dengan novel ahadiat akashah dan novel cinta yang ana baca pada mulanya di zaman 90-an, dan memasuki ke bacaan hlovate dan fatimah syarhah serta farhan hadi.

Dan sememangnya ana sangat kagum dan sukakan penulis novel Islamik seperti syeikh, ameenmuslim, nazihatul hanan, fatimah syarha, dr.farhan hadi.

Di mana ana mengenali syeikh sebagai seorang penulis novel DYK???
satu hari, ana singgah kedai buku, memang hobi walau tak beli,dapat tengok novel pun jadilah, dan ana perasan satu novel ni, tajuk sangat menarik, Dia Yang Kunikahi.

Peminat novel tegar memang akan ada yang suka jalan ceritan novelnya apabila hero-heroin sudah berkahwin, dan bagi ana sendiri, kerana penulis tersebut boleh terapkan nilai bercinta selepas kahwin, tak nafi ada banyak juga penulis yang suka menulis kisah percintaan sebelum perkahwinan di dalam novel, ni akan beri effect pada masyarakat sebenarnya terutama remaja.

Dan tahniah, syeikh terapkan nilai al-Quran di dalamnya, syeikh terapkan, cintakan Rasulullah saw.
Subhanallah...
wahazamin fadhli Robbi...
Dia Yang Maha Mengilhamkan segala idea DYK kepada syeikh.

Dan bila menjengah ke blog bayyinat ni, tajuk sebenar DYK ialah Antara Dua Bidadari, dan sebenarnya ana juga termasuk dalam golongan 'rasa macam nak koyak2 je buku ni' apabila tamat endingnya. Heee...

Tapi tidaklah sampai macam tu kan, banyak ibrah di dalamnya, dan rugilah duit ana. Heee again.

Dan realiti juga, poligami adalah halal dan disyariatkan olehNya, tapi tu lah, tak semua wanita boleh terima, cuma jangan kerana sehelai ending di belakang, buku jadi mangsanya.

Dan kawan2 ana di sekeliling, memang pencinta novel cinta, ana ada menarik mereka untuk meminjamnya, tapi masih belum berjaya menarik mereka untuk membaca novel Islamik, mungkin ada kaedah lain menarik mereka yang belum ana cuba.

Tapi biarlah tak sampai 100 orang, tapi kualiti novel tersebut sampai kepada kuantiti pembaca yang sedikit.

And again, i got many information in there, subhanallah alhamdulillah yg mengurniakan ilham pada syeikh dan men'terjumpa'kan ana pd buku tersebut.

And truly again, hanya tu satu2nya buku syeikh yang baru ana baca, di tepi2 blog bayyinat ni,dah mcm banyak novel yg syeikh keluarkan.
Alhamdulillah.

Tapi belum jugak sempat menjengah ke blog syeikh, hanya entry ni satu2nya yang baru ana menjengah, sedikit kekangan masa (tapi sempat pulak habiskan DYK).

Tahniah tahniah.
Teruskan menulis, dakwah untuk orang muda, yang insyaAllah satu hari nanti, kawan2 ana yg pencinta novel cinta, meminati karya2 dari penulis Islamik seperti syeikh dan ameenmuslim.

"‘Ya Allah, berkatilah mereka yang membaca buku ini’- saya mendoakan kalian, dengan harapan yang menggunung agar ada manfaatnya."
Ameen33 ya Robb.

Pembaca novel DYK (walau akhirnya mcm nak koyek,kidding...),
Aishah Ashiyya

p/s: maaf memanggil syeikh, walaupun tahu syeikh belum tua, tapi lebih selesa begini dengan orang yang tinggi ilmunya. Bila ameenmuslim akan keluarkan karyanya?

Balas
avatar

masyaAllah subhanallah ana rs bergenang mata bc entri ni, subhanallah!

ana rs bahagia semacam apa ntah y teramat sgt bila dpt tahu enta da ad novel subhanallah! dlu ana pnh doa, karya dan tulisan enta mmg best, hrp sgt ad syrkt pnerbitan y dbukakan ht oleh Allah utk beli karya enta.

dpt byg kn x knapa ana rs bhagia sgt hga rs nk ngs....

ana bhagia utk prestasi+pencapaian enta, alhmdlh subhanallah msyaALlah.

rhmt Allah utk enta, dan Allah pmudahkn laluan+lgkh+urusan+doa enta utk bermanfaat pd ummah subhanallah~

JAJA&DIN mmg terbaik! kak su mmg terbaik alhmdlh! :)


*sbnY ana rs sgt malu nk drop komen sb da lme sgt. ye benar. da terlalu lama x jengah blog nta nh sjk ibu ana kena kanser biiznillah.

insyaAllah ana akn pastikan ana xketinggalan sgt nk bc tulisan enta, insyaAllah

Balas
avatar

dimana boleh cari novel ni eh?

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443